Merdeka bermakna bebas, iaitu dalam konsep bernegara adalah bebas dari
penjajahan, kurungan atau naungan. Merdeka juga membawa makna lepas daripada
tebusan atau tuntutan, berdiri sendiri, tidak bergantung kepada yang lain.
Bebas sama sekali boleh melakukan sesuatu sekehendak hati dan tidak terikat pada
mana-mana pihak. Kemerdekaan perihal merdeka (bebas) dan kebebasan dan
pemerdeka adalah orang yang membebaskan daripada penjajajahan atau membebaskan
dari kurungan. Setiap 31 Ogos sepanjang 54 tahun selepas tahun 1957, sudah
tentu tarikh ini diraikan dengan meriah. Ini adalah kerana tarikh ini
negara kita bebas membuat apa
yang kita suka untuk rakyat negara ini. Tugas menyumbang kepada rakyat adalah
janji pemimpin kita semasa inginkan kemerdekaan. Itu sebabnya pemimpin kita
berkerja kuat untuk negara tidak mengira siang atau malam dan tidak kira hari
raya atau tidak. Tidak ada satu hari pun pemimpin negara ini melupakan untuk
menyumbang kepada negara supaya rakyat dapat hidup senang dan negara ini terus
maju.
Malaysia berada di ambang negara maju setelah 54 tahun merdeka dan Melaka
telah maju pada tahun 2010. Setiap hari lagu Melaka Maju berkumandang dan
setiap kali ucapan rasmi atau tidak rasmi perlu diberi salam Melaka Maju
Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau. Pada awal kemerdekaan kerajaan hanya
memikirkan bagaimana untuk memberi rakyat pekerjaan dan membolehkan rakyat
makan sahaja. Ini bermakna kerajaan tidak mahu rakyat negara ini lapar.
Kerajaan percaya jika rakyat lapar mereka akan berkelakuan ganas. Ini dapat
dilihat dibeberapa negara lain yang rakyatnya menganas apabila tidak cukup
makan walaupun telah berada di sebuah negara maju.Pada masa yang sama kita
dapat melihat ada negara yang tidak cukup makan dan berlaku kelaparan. Ini juga
memberi masaalah kepada negara. Apa yang penting rakyat perlu cukup makan.
Tahun ini kemerdekaan negara
disambut dengan thema 'Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera'. Ini menunjukan
kerajaan ingin memberikan komitmen yang jitu untuk memajukan negara dengan
trasformasi yang menyeluruh. Ini dilakukan untuk membolehkan rakyat hidup dalam
kesenangan sesuai dengan perkembangan teknologi diseluruh dunia. Kerajaan
mahukan rakyat memperolehi pendapatan tinggi pada tahun 2020 untuk membolehkan
negara ini setanding dengan negara yang maju diseluruh dunia. Ini hanya akan
dapat dilakukan jika rakyat memberi sokongan kepada dasar kerajaan yang telah
digariskan. Salah satu dari dasar yang baik ialah menjadikan negara ini negara
pengeluar teknologi bukan lagi negara hanya pengguna teknologi. Ini dapat
dilakukan jika rakyat ingin menerima inovasi adalah salah satu dari sumber baru
ekonomi. Inovasi seharusnya dapat mewujukan usahawan dan seterusnya produk
boleh dijual ke seluruh dunia. Semua rakyat perlu menerima dasar kerajaan
dengan hati terbuka dan juga memudahkan segala urusan kerajaan supaya kerja
menjadi teratur dan segala perusuk negara mendapat nikmat.
Malang sungguh, ketika negara
sedang diambang negara maju dengan dasar yang terbaik dipuji oleh pemimpin dari
seluruh dunia. Rakyat negara kita pula ada yang membuat hal dan mempertikaikan
semua kejayaan yang telah dicapai oleh pemimpin dan rakyat yang setia kepada
negara.. Mereka ini perosak negara untuk memusnahkan apa yang rakyat miliki.
Mereka bukan tidak tahu negara kita melaksanakan ekonomi bebas yang mana siapa
yang rajin dan bekerja kuat akan berjaya. Pada masa yang sama negara kita juga
bergantung kepada negara lain diseluruh dunia. Negara kita juga mengharapkan
pelabor dari luar negara untuk melobor dalam apa saha perusahaan supaya ekonomi
meningkat dan pada masa yang sama rakyat negara ini dapat belajar dari
teknologi yang dimiliki oleh pelabor asing. Semua kenyataan yang negatif
berkenaan negara akan membawa pelabor tawar hati dan tidak yakin dengan
kemampuan kepimpinan negara. Ini akan memberi kesan negatif terhadap
pertumbuhan ekonomi negara.
Sejak akhir-akhir ini, semua
kerajaan buat semuanya salah belaka kepada mereka yang mahukan tampok
pemerintahan negara berpindah ketangan mereka. Apa sahaja yang negara kita
miliki termasuk sejarah negara telah diperlekehkan. Ini jarang berlaku di
negara asing. Selalunya hero negara adalah milik negara dan menjadi sejarah
bersama. Malangnya ini tidak berlaku di negara kita. Sejarah negara
dipermainkan dan mereka pula mencipta sejarah dari kaca mata mereka sendiri..
Mereka pula yang menetapkan hero mereka sendiri dan pada masa yang sama
mempertikaikan orang yang telah berbakti kepada negara. Amat malang sekali,
mereka ini mempunyai pengikut dan ada orang yang mempercayainya. Mungkin mereka
ini mereka yang dikatakan orang buta sejarah seperti yang diperkatakan olih
pakar sejarah kita yang terkemuka. Mereka ini orang yang sedap mulut sahaja.
Memikirkan sejarah dari kaca mata sendiri dan sesuka hati ingin mencipta
sejarah. Amat malang negara yang telah merdeka selama 54 tahun tetapi masih
lagi mempunyai rakyat sebegini.
Kemajuan negara telah terbukti.
Perpatah kita mengatakan dimana ada semut disitu ada gula. Dimana sahaja negara
yang maju sudah tentu ramai pekerja asing yang datang untuk menumpang tuah.
Negara kita tidak terkecuali. Seramai 3 juta pekerja asing yang datang untuk
mencari sesuap nasi. Rakyat negara ini hanya memilih pekerjaan yang sesuai dan
berteknologi. Untuk kerja berat yang memerlukan tulang empat kerat diserahkan
kepada pekerja asing. Pekerja asing bukan sahaja berada dibandar tetapi pekerja
asing juga terdapat diluar bandar dan dikampong yang tersorok. Pekerja asing
ini datang setiap hari dan ramai lagi yang bercita-cita untuk datang kenegara
ini untuk mencari makan. Negara kita telah menyumbang sebahagian kek ekonomi
kita kepada negara jiran. Malaysia sudah terkenal dan dapat membantu negara
jiran tetangga. Ini merupakan satu kebanggaan.
Kedatangan buruh asing telah
memeriahkan aktiviti kehidupan di negeri Melaka. Senang sahaja kalau ingin
memikirkan, kalaulah sesuatu negeri telah mula mengambil pekerja asing sudah
tentu tenaga kerja didalam negara tersebut tidak mencukupi. Ini bermakna aktiviti
ekonomi dalam sesuatu negeri tidak akan dapat berjalan sepenuhnya jika
kekurangan tenaga pekerja, jalan penyelesaian dengan mengambil pekerja dari
negeri jiran. Pengambilan pekerja asing ini bukan sahaja untuk negeri Melaka
tetapi untuk semua negara diseluruh Malaysia. Ini sekali lagi menunjukan negara
ini telah berada diambang negara maju seperti mana yang dicita-citakan oleh
seluruh rakyat negara ini.
Masih ramai lagi yang tidak
berpuas hati setelah menempa banyak kejayaan di negara ini. Ramai yang telah
mendapat pendidikan yang baik yang tidak mahu lagi mengaku negara ini adalah
sebuah negara yang terbaik. Ada yang mengatakan kalau mereka duduk di negeri
lain juga mereka akan dapat pendidikan begini. Ini adalah kata-kata orang yang
tidak pandai berterima kasih atau bersyukur. Banyak lagi negeri lain rakyatnya
tidak dapat seperti mereka yang berada di Malaysia. Negara yang mempunyai
perancangan rapi dari sebuah negara pertanian pada awal kemerdekaan dan
sekarang telah menjadi negara perindustrian yang mampu mengeksport produk
keluar negara adalah satu pencapaian yang membanggakan. Ada beberapa negara
didalam dunia yang mencapai kemerdekaan lebih kurang sama seperti negara kita,
tetapi masih lagi terkial-kial untuk keluar dari belenggu kemiskinan. Masih
lagi ada negara yang tidak habis-habis dilanda krisis kepimpinan yang tidak
menguntungkan rakyat.
Awal kemerdekaan rakyat diminta membuat berbagai jenis kerja dengan
bercucuk tanam atau melakukan apa sahaja pekerjaan yang membolehkan makanan
tersedia apabila balik dari berkerja. Kerajaan juga membuka apa sahaja industri
dan kilang untuk membolehkan rakyat makan. Pada satu masa dahulu setiap wanita yang bekerja di kilang di panggil
'minah kilang' atau 'minah karan'. Ketika itu bekerja dikilang amat popular.
Hasil dari dasar kerajaan yang ingin menyediakan apa sahaja pekerjaan kepada rakyat
telah membolehkan rakyat makan dengan cukupnya. Pada masa yang sama kerajaan
menyediakan infrastruktur yang lengkap dan kemudahan pendidikan yang sempurna
untuk rakyat jelata. Kerajaan juga percaya hanya dengan menyediakan kemudahan
pendidikan kepada rakyat, taraf hidup mereka akan berubah. Semua yang kerajaan
lakukan ketika itu telah mendatangkan hasil yang baik. Pada masa yang sama
kerajaan juga percaya untuk maju, tidak boleh 100% bergantung kepada bidang
pertanian. Kerajaan perlu mencuba bidang industri yang baru dan seterusnya
mengutamakan perpindahan teknologi. Rakyat perlu disediakan berbagai kemahiran
untuk hidup. Bukan semua perlu menjadi profesional, bidang kemahiran juga telah
dititik beratkan. Berbagai institusi kemahiran telah ditubuhkan. Rakyat perlu
menjadi pandai dan bijak. Itu keutamaan yang kerajaan tumpukan untuk menjadi
negara maju.
Apa sahaja keperluan yang diperlukan oleh sesaorang warganegara telah
disediakan oleh negara kecuali mereka yang tidak mengambil tahu. Untuk
memudahkan pemahaman, kerap kali perbandingan pencapaian dibuat supaya mudah
untuk melihat apa yang telah dicapai oleh orang lain dan apa yang telah dapat
kita capai. Untuk pemerhatian yang lebih
mudah, lihat sahaja sistem persekolahan negara, semuanya baik dan dilaporkan
hampir 100% anak-anak kecil mendapat pembelajaran yang sempurna malahan
sekarang ini kemudahan pra-sekolah juga telah disediakan di sekolah harian.
Universiti awam milik kerajaan di negara ini sebanyak 22 buah. Ini tidak lagi
memerlukan anak-anak belajar keluar negara lagi kecuali kursus kritikal. Walau
bagaiman pun kepada mereka yang berkemampuan, tiada halangan untuk anak-anak
belajar ke tempat mana yang mereka suka. Kemudahan jalan raya sangat baik.
Membuat perjalanan adalah telah menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Perjalalanan dari utara ke selatan dan dari barat ke timor sangat selesa. Lihatlah
setiap hujung minggu. Jalan raya di negara ini seolah-olah tidak mencukupi.
Kalau dahulu membayar lesen radio dan tv sebanyak RM 24 setahun telah menimbulkan
rungutan tetapi sekarang mereka sanggup membayar melebihi RM 100 untuk berbagai
saluran tv komersil setiap bulan. Dahulu banyak dari kita menggunakan kemudahan
talipon awam, lepas itu berubah dengan pemasangan talipon dirumah. Satu ketika
dahulu kalau rumah yang mempunyai talipon dirumah dikatakan orang kaya tetapi
sekarang semuanya telah mampu menggunakan talipon tangan. Malahan ramai yang
mempunyai talipon tangan lebih dari satu. Sampah di negara ini 40% adalah sisa
makanan yang boleh dimakan. Pada hari raya yang lepas pekan-pekan kecil telah
'jammed' kerana banyak anak-anak kampong yang telah berjaya dalam karier
masing-masing. Balik ke kampong bergaya dengan kereta. Kereta bukan barangan
mewah tetapi satu barangan keperluan. Melancong keluar negara bukan lagi
sesuatu yang janggal. Banyak yang mampu membawa keluarga melancong dan membeli
belah diluar negara. Ini tidak pernah dimimpikan pada awal kemerdekaan. Talian
internet dan mempunyai akaun Face Book adalah perkara biasa setiap keluarga,
Anak-anak muda bergaya kemana-mana dengan membawa note-book dan blackberry.
Makan direstoran berjenama di Kentucky Fried Chicken. Pizza Hut, Mc Donold dan
minum kopi di Old Town, Star Buck, Boston dan lepak di restoran hotel 5 bintang
juga sudah biasa. Anak-anak sekolah telah mengadakan jamuan perpisahan di hotel
5 bintang. Inilah nikmat kemerdekaan tetapi malangnya ramai yang telah mendiami
negara yang 54 tahun telah merdeka tetapi mereka tidak juga merdeka dari
ketidakpuasan hati yang tidak berkesudahan.
No comments:
Post a Comment