Industri Kecil Sederhana atau
singkatan IKS ada industri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara ini.
Sumbangan bukan sahaja dari pengeluaran produk atau perkhidmatan tetapi telah
dapat memberi pekerjaan kepada banyak orang. Walaupun IKS mempunyai definasi
tertentu dan berbeza dari negara-negara lain tetapi di Malaysia kita melihat
IKS adalah mereka yang berniaga kecil atau sederhana, beroperasi dari premis
yang disewakan oleh kerajaan atau bangunan sendiri secara kecil-kecilan.
Perniagaan tidak berapa besar dan pekerja juga tidak berapa ramai. Susah juga
untuk membezakan antara IKS dengan industri besar atau sangat besar tetapi
mungkin ini boleh diperhatian atau boleh dirasai sendiri oleh pengusaha IKS
dimana letaknya industri mereka. Kita pun tahu bila anak masih kecil atau anak
sudah besar yang boleh dilepaskan sendiri untuk mencari makan. Kalau anak kecil
perlu diberi banyak bantuan dan tunjuk ajar. Anak-anak perlu diberi pendidikan
yang sempurna dan ditunjukan cara hidup yang betul. Itu pun setelah tunjuk ajar
yang sempurna dibuat, apabila besar anak-anak masih lagi memberi masaalah
kepada keluarga. Kepada anak-anak yang sudah besar juga perlukan perhatian dan
tunjuk ajar lagi. Ada yang sampai sudah beranak pinak dan bercucu masih lagi
bergantung kepada kedua-dua ibubapa.
Kalau dilihat secara kasar
sememangnya IKS tidak mengalami banyak masaalah. Ini kerana laporan dan
publisiti yang dibuat seolah-olah industri ini banyak dibantu dan berjalan
dengan lancar. Adalah tidak dinafikan pihak kerajaan telah melakukan
segala-galanya untuk IKS. Kerajaan telah menyediakan bantuan modal, menyediakan
premis untuk disewa, khidmat nasihat dan bermacam-macam lagi. Tahniah kepada
pihak kerajaan dan bantuan ini sudah semestinya amat dihargai. Apakah semua
bantuan ini mencukupi atau apa yang diperlukan lagi. Sememangnya pihak kerajaan
telah membantu dari segi pemasaran produk. Sebenarnya IKS mempunyai masaalah
dalam memasarkan produk mereka. Kerajaan menerusi banyak agensi telah
menganjurkan berbagai-bagai program promosi dan juga pameran sepanjang tahun. Sememangnya
ada IKS yang mendapat manfaat tetapi banyak IKS yang tidak boleh bergantung
kepada pameran sahaja. Mereka mahu produk mereka dipasarkan untuk kegunaan
harian. Produk IKS yang banyaknya untuk kegunaan harian perlu dipasarkan
melalui outlet yang besar atau pasaraya besar. Walaupun ini banyak yang
dilaporkan telah dilaksanakan tetapi kalau ditinjau dari segi kejayaan amatlah
diragui. Sebenarnya produk IKS tidak dilayan sangat di pasaraya besar. Produk
sememangnya diletakan di rak tetapi apakah yang berlaku selepas itu. Harap
sama-samalah setiap dari kita memikirkanya.
Sebenarnya banyak produk IKS
dianak tirikan di pasaraya besar. Mungkin ini tidak disedari kerana kepada
pemilik pasaraya apabila diletakan dirak terpulanglah kepada pembeli.
Sememangnya ada kebenarnya tetapi pendekatan dan perlaksaan macam mana pula
apabila tiba di bawah. Apakah produk IKS diletakan setanding dengan produk
lain. Pihak IKS tidak mampu untuk meletakan 'promoter' atau melihat sendiri
produk apabila sampai di pasaraya. Bagaimana pula dengan pembayaran, pengusaha
IKS tidak mampu untuk pembayaran selepas 6 bulan produk diletakan dirak
pasaraya. Ini jarang diberi perhatian agaknya. Walaupun begitu inilah rungutan
oleh pengusaha IKS dan pernah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Pihak IKS sudah tidak ada banyak
pilihan. Semua katanya telah dilakukan oleh berbagai pihak, terpulanglah pihak
IKS untuk melaksanakannya. Pihak IKS perlu meneruskan aktiviti pemasaran secara
bersendirian, itulah pilihan yang ada. Pengusaha IKS perlu berdiri atas kaki
sendiri, jangan sangat meminta-minta. Mungkin zaman meminta-minta telah lama
perlu ditinggalkan. Pengusaha IKS jangan harap sangat untuk memasuki pasaraya
sahaja. Pihak IKS perlu menjual produk sendirian
dan membuat promosi sendirian. Untuk pemasaran produk pengusaha IKS perlu
lantik agen penjual sendiri dan perlu memasarkan produk secara terus kepada
peruncit diluar bandar. Masyarakat luar bandar masih lagi membeli belah dikedai
runcit dan juga mini market. Mungkin ini adalah saluran pemasaran produk yang
patut ditumpukan. Tidak ramai yang mampu membeli belah di pasaraya. Untuk itu
pasaran luar bandar patut diberi keutamaan walaupun dikatakan kuasa membeli
tidak besar tetapi paling tidak produk boleh dijual.
Menjual produk melalui pasar
malam juga adalah suatu yang perlu diberi keutamaan oleh pihak IKS. Pasar malam
dianjurkan hampir setiap malam dan mempunyai banyak pelanggan. Seluruh negara
pasar malam sangat popular dan telah menjadi tempat masyarakat berbelanja.
Kehadiran pasar malam sangat ditunggu-tunggu. Ini kerana semua produk makanan
samaada mentah atau sudah dimasak boleh didapati di pasar malam.Pasar malam sebenarnya tempat yang amat sesuai
untuk mencuba sesuatu produk IKS. Tidak kiralah produk tersebut berteknologi
rendah, tinggi atau tiada berteknologi lansung. Ini kerana tempat ini menjadi
tempat tumpuan ramai pengguna dan setiap produk akan menjadi tumpuan dan
maklumat produk akan sempat sampai kepada pengguna melalui penyampaian dari
mulut ke mulut. Itu sebabnya di pasar malam tertentu, aktiviti penjualan ubat
amat popular. Kerap kali orang ramai akan berhenti mendengar apa yang
diperkatakan oleh penjual ubat dan kerap kali penjualan ubat dipasar malam
tidak menghampakan. Walaupun setiap ubat yang dijual tidak mempunyai bukti
saintifik tetapi melalui contoh-contoh yang diberi dan publisiti yang diberi
dari pengguna yang terdahulu, orang ramai akan mempercayai dan ubat yang dijual
menjadi popular. Kerap kali ubat yang dijual tidak membahayakan pengguna dan
akan menjadi terkenal.
Kepada pihak IKS yang mencipta produk makanan tidak kira didapati dari
mana-mana institusi penyelidikan, patut mempertimbangkan untuk mencuba
mengkomersilkan produk mereka melalui penjualan pasar malam. Kepada pihak IKS
yang mencipta mesin-mesin mudah untuk kegunaan masyarakat tempatan, pasar malam
patut dijadikan 'testing ground'. Kalau sesuatu produk diterima di pasar malam
ini bermakna produk ini akan diterima oleh masyarakat. Ini disebabkan jika
produk dapat diterima di mana-mana peringkat sekalipun akan digunakan untuk
masyarakat. Jika produk telah diterima dipasar malam ini bermakna produk telah
tersedia untuk dikomersilkan. Pasar malam adalah segalanya bermula. Jika
popular di pasar malam bermakna popularlah untuk setiap lapisan masyarakat.
Pengusaha IKS patut memberi perhatian kepada pemasaran produk menerusi pasar
malam. Pelangan sangat ramai, sewa tidak mahal dan tidaklah pembayaran diterima
selewat 6 bulan.
Pernah juga sebuah institusi penyelidikan tidak mahu memperkenalkan produk
mereka melalui penjualan atau publisiti melalui pasar malam. Pada masa yang
sama merungut yang produk kreativiti dan inovasi mereka tidak sampai
kemana-mana. Setiap kali pengiktirafan yang diterima tidak kemana-mana selain
dari laporan akhbar sahaja. Produk akan digunakan untuk pameran sahaja.
Pencipta giat mencipta untuk mendapat hadiah dan akhirnya mendapat kenaikan
pangkat. Setelah dinasihatkan supaya produk kreativiti ini diperkenalkan
dipasar malam. Pada mulanya mereka menolak tetapi akhirnya bersetuju setelah
berbagai-bagai berita kejayaan di pasar malam diceritakan. Seperti yang
dijangka, memperkenalkan produk dipasar malam sangat memberangsangkan. Melalui
percakapan dari mulut kemulut maklumat produk telah dapat disampaikan dalam
tempuh yang sangat singkat. Tidak dalam tempuh yang terlalu lama hampir setiap
pasar malam produk tersebut telah digunakan dan telah mula dapat dijual melalui
penempahan dikedai hardware. Produk telah dapat dijual dan telah dapat
digunakan. Pencipta produk amat bergembira, akhirnya produk yang mendapat
pengiktirafan antarabangsa telah dapat dijual melalui pasar malam sahaja.
Setiap kali apabila laporan sesuatu yang baru diperolehi melalui penciptaan
pihak IKS, banyak pujian akan didapati oleh pengusaha. Kerap kali pujian hanya
tinggal pujian sahaja. Setiap kali pameran dianjurkan, banyak produk IKS akan
dipamerkan. Publisiti besar-besarkan akan dibuat dan banyak lawatan ke kilang
akan dianjurkan. Malang sungguh nasib IKS. Mereka akan dipuji sahaja tetapi
produk tidak dibeli. Untuk mereka yang
bekerja di universiti atau institusi penyelidilkan mereka ini amat bernasib
baik Setiap produk baru dicipta, tidak kira samaada dikomersilkan atau tidak,
samaada telah dijual atau tidak, mereka akan diberi pengiktirafan melalui
kenaikan pangkat. Itu sebab mereka yang bekerja diuniversiti atau institusi
penyelidikan kerap mencipta tetapi tidak boleh dijual. Ini kerana pengiktirafan
telah mereka dapati melalui kenaikan pangkat. Kepada mereka mencipta adalah
untuk kenaikan pangkat bukan untuk dikomersilkan. Banyak yang tidak akan setuju
dengan kenyataan ini tetapi itulah hakikatnya. Kepada pihak IKS, jika produk
tidak laku, mereka tidak akan dapat apa-apa.
Percakapan dari mulut kemulut adalah sangat penting dalam penjualan produk
atau dalam bidang pemasaran. Pihak IKS sememangnya tidak mampu untuk membeli
iklan yang mahal di TV atau akhbar harian. Pengiklanan juga memerlukan
perbelanjaan yang besar. Apabila dengar sahaja pengusaha datang untuk mengiklan
produk, sudah tentu bayaran yang tinggi akan dikenakan. Kadang-kadang kalau
difirkan tidak patut tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan kerana
masing-masing perlu melaksanakan tugas untuk memberi keuntungan kepada
syarikat. Untuk itu IKS perlu melantik agen penjualan dan mula mencari
publisiti penjualan dari mulut kemulut. Inilah cara yang terbaik untuk menjual
produk IKS. Kalau ingin yang mencabar lagi, mungkin boleh melibatkan dalam
industri jualan langsung. Ada yang mengatakan yang jualan secara langsung juga
tidak mendapat bayaran dengan kadar cepat. Ini akan menimbulkan masaalah juga
kerana IKS tidak mempunyai modal pusingan yang banyak.
Banyak pihak boleh membantu IKS tetapi ini tidak dilakukan sepenuhnya.
Kalau boleh agensi kerajaan yang besar memberi ruang percuma untuk IKS menjual
produk untuk tempoh tertentu. Apabila produk sudah popular, mungkin peluang ini
boleh diberikan kepada orang lain pula. Jangan sangat berkira dengan pihak IKS
dan menyewa terlalu mahal. Semua premis kerajaan adalah dibina dari peruntukan
kerajaan bukan dipinjam dari bank. Mengapa tidak boleh diberi sewa percuma
dalam tempoh tertentu. Ketua jabatan kalau boleh dapat memikirkannya. Beri
ruang sepenuhnya pihak IKS untuk mempromosi produk mereka dalam apa sahaja
program yang dianjurkan oleh jabatan. Pihak jabatan juga perlu menggunakan
produk IKS dan jangan ragu-ragu dengan keupayaan produk IKS. Kadang-kadang
produk IKS memang mahal sedikit tetapi kalau untuk membantu apa salahnya?.
Kadang-kadang produk IKS ada terdapat berbagai-bagai kekurangan. Ini boleh
diperbaiki dengan memberi cadangan untuk tujuan penambahbaikan. Mereka ini
sangat bersemangat untuk berniaga tetapi kurang layanan mereka yang sudah besar
atau menjadi gergasi. Sudah tibanya kita terus membantu IKS untuk mereka juga
menjadi gergasi atau mereka boleh berubah menjadi Industri Sederhana Besar
(ISB) dan seterusnya menjadi Industri Besar (IB) atau Industri Besar Besar
(IBB)
No comments:
Post a Comment