Kerap kita dipesan sejak dari kecil dahulu oleh ibubapa kita supaya
mementingkan pelajaran atau pendidikan kerana dengan adanya pendidikan, kita
akan menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan dan akan membawa kesenangan dalam
kehidupan. Ibubapa juga kerap menyatakan mereka tidak meninggalkan wang ringgit
atau harta yang banyak, tetapi ilmu yang diberikan adalah harta peninggalan
mereka dan itulah akan menjadi harta pada masa hadapan. Mahu tidak mahu kita
perlu memahami yang pendidikan sangat penting untuk membolehkan kita berjaya dalam
kehidupan pada masa hadapan dan membolehkan kita dikatakan berharta.
Kerap kali kejayaan akan dikaitkan dengan mendapat kelulusan yang cemerlang
dalam peperiksaan. Anak-anak tidak ada pilihan lain, untuk mencapai hasrat
tersebut terpaksa belajar bersungguh-sungguh dan pada mereka tanpa kelulusan
peperiksaan yang baik gelaplah masa hadapan. Pendapat ini masih lagi tidak
berubah hingga sekarang. Kita dapat melihat ibubapa sekarang melakukan apa
sahaja untuk membolehkan anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Ibubapa
sangat bercita-cita untuk anak-anak mereka dapat memasuki universiti untuk
mendapat segulung atau sekeping ijazah atau diploma supaya mendapat pekerjaan.
Sekali lagi anak-anak dihantar belajar bukan untuk mendapat pengetahuan tetapi
untuk mendapatkan sijil. Itulah sebabnya kita hanya akan menghantar anak-anak
ke institusi pelajaran tinggi yang mendapat pengiktirafan sahaja. Jika tidak
diiktiraf, kita tidak mahu anak kita belajar ke institusi tersebut walaupun
besar kemungkinan institusi tersebut mampu memberi pengetahuan yang lebih baik.
Budaya kita mendapat kelulusan terbaik hanya untuk makan gaji dengan menunjukan
sijil yang diperolehi. Apakah ini perlu diteruskan?, sama-samalah kita
memikirkannya.
Peranan ibubapa sekarang untuk pendidikan anak-anak kini sangat besar dan
memerlukan banyak pengorbanan. Peranan ini telah berubah mengikut keadaan dan
masa (dahulu lain sekarang lain). Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk
kejayaan anak-anak selain dari masa yang telah diberikan. Ibubapa perlu
membelanjakan wang untuk anak-anak belajar dan mencapai kejayaan. Ibubapa perlu
sentiasa memperuntukan sejumlah wang untuk pendidikan anak-anak selain dari
perbelanjaan harian, pakaian sekolah, perbelanjaan kantin (makan dan minum), tambang
kesekolah dan buku-buku asas. Ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk
buku kerja tambahan, yuran tusyen, penyediaan kemudahan komputer dan kemudahan
internet, perisian pembelajaran yang berkenaan dan majalah yang bersesuaian.
Anak-anak sekarang tidak mencukupi jika hanya bergantung pada buku teks sekolah
sahaja. Mereka perlu latihan tambahan dan juga buku latih tubi setiap masa.
Maklumat tambahan banyak didapati dari majalah semasa yang banayak terdapat
dipasaran. Untuk mendapat pendedahan/maklumat yang baik majalah adalah
merupakan sumber ilmu yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh anak-anak
(bulanan atau mingguan)
Satu lagi yang amat diperlukan sekarang adalah bagaimana untuk memberi
motivasi berterusan kepada anak-anak. Melalui kajian yang telah dijalankan,
kelemahan anak-anak adalah mereka tidak mempunyai motivasi yang berterusan
(jika ada pun cepat menurun). Sangat banyak program motivasi yang dianjurkan
sekarang terutama semasa cuti sekolah atau hujung minggu. Semua program ini dikenakan
bayaran kerana mempunyai berbagai program yang memerlukan perbelanjaan. Setiap
program pula didatangkan berbagai-bagai pakar dan juga mereka yang pernah
terlibat dalam memeriksa kertas peperiksaan atau mereka yang pernah terlibat
dalam aktiviti penyediaan kertas soalan. Anak-anak tidak mahu ketinggalan dalam
mengikuti program ini. Ada yang menyatakan ini peluang keemasan yang tidak
boleh dilepaskan jika mahu mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksan. Ini
semua memerlukan perbelanjaan. Ibubapa sudah tentu tidak mahu melepas peluang
anak-anak mereka mengikuti prgram yang sangat baik ini. Zaman semuanya percuma
telah berlalu, ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk pembelajaran
anak-anak. Cabaran yang besar adakah ibubapa bersedia dengan cabaran ini?.
Segala-galanya percuma juga telah berakhir dan cabaran sekarang, adakah ibubapa
dapat menerima perubahan ini?.
Kita kerap mendengar kata-kata, “dulu bila keluar sahaja universiti
pekerjaan telah menunggu”. Ibubapa kerap lagi menggunakan perkataan ini dengan
tidak mahu menerima perubahan keadaan. Zaman telah berubah dengan
berbagai-bagai perubahan dari segi ekonomi dan pengetahuan. Negara telah
berubah dari negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan
perindustrian. Kalau dahulu penduduk Malaysia hanya berjumlakh 17 juta tetapi
sekarang telah berjumlah 25 juta. Kalau dulu tidak banyak yang layak masuk ke
universiti tetapi sekarang memasuki unversiti sudah menjadi perkara biasa
sahaja. Boleh dikatakan setiap keluarga telah mempunyai keluarga berjaya
memasuki universiti. Untuk itu cabaran sekarang adalah untuk bersaing dengan
banyak orang pandai. Anak-anak kita perlu mendapat kelulusan terbaik di
universiti. Kalau dulu kalau lulus sahaja telah mencukupi, tetapi kelulusan
terbaik perlu menjadi impian supaya mudah untuk mendapat pekerjaan. Lulus
dengan kelas ketiga tidak dipandang lagi. Kalau untuk mendapat pekerjaan
profesional, kelulusan dengan CGPA melebihi 3.0 adalah dicari. Untuk itu
anak-anak perlu mendapat kepulusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.
Bidang pembelajaran juga tidak sama seperti dahulu. Ibubapa dahulu jarang
terlibat dalam menentukan bidang yang perlu diambil. Ada ibubapa tidak berapa
kisah dengan pemilihan anak-anak. Apa yang baik untuk anak-anak baiklah untuk
ibubapa. Hanya yang penting bila keluar nanti dapat kerja. Itu sahaja yang
ibubapa dahalu mahukan. Sekarang tidak lagi demikan. Ibubapa perlu mengetahui
bidang apa yang anak-anak mereka ceburi. Bidang yang terdapat juga sangat luas
bersesuaian dengan perkembangan negara sekarang ini. Kalau boleh kita perlu
menasihati bidang yang akan diceburi supaya mereka akan mendapat pulangan yang
baik pada masa hadapan (makan gaji atau berniaga). Ibubapa zaman sekarang bukan
lagi ibubapa seperti satu ketika dahulu. Ibubapa sekarang telah mempunyai
kelulusan yang cemerlang dan memiliki karier yang sangat baik (ibubapa sekarang
pandai-pandai). Ibubapa sekarang banyak pengalaman dan luas pembacaan serta
pergaulan yang boleh dikongsi bersama anak-anak. Ibubapa harus memberi panduan
kepada anak-anak supaya mereka berupaya memilih karier yang betul pada masa
hadapan. Walaupun begitu keputusan terakhir biarlah dibuat oleh anak-anak
sendiri kerana merekalah yang akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan mereka
sendiri. Ibubapa jangan dipersalahkan nanti, ibubapa berhak memberi pendapat
dan contoh sahaja. Keputusan ditangan mereka sendiri. Biarlah mereka
bertanggung jawapa dengan pemilihan untuk masa depan mereka sendiri.
Setiap kali keputuan peperiksaan keluar, akhbar akan melaporkan kejayaan
cemerlang pelajar dengan diikuti temubual dengan pelajar yang mendapat kejayaan
luar biasa. Setiap kali temubual akan berakhir dengan pertanyaan yang sangat
perlu “Bagaimana anda mendapat kejayaan yang begitu cemerlang?”. Ini akan
dijawap oleh pelajar dengan mengatakan “Saya mendengar setiap patah perkataan
yang dikatakan oleh cikgu saya”. Jarang yang kita mendengar mereka berkata
menghadiri kelas tambahan, tusyen atau lain-lain yang telah mereka hadiri.
Setiap yang berjaya akan berkata mereka mendengar setiap patah perkataan yang
dicakap oleh cikgu mereka. Ini bermakna mendengar sangat penting. Kemahiran
mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi juga penting
dalam kehidupan. Kita tidak akan berubah jika tidak mendengar sesuatu yang baru.
Kita juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika kita tidak mendengar dan
akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan kemahiran hidup dan
amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat menfaat dari kehadiran
dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar jika kita tidak mendengar dan datang untuk tidur lepas itu
makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya upaya untuk memahami
apa yang dipelajari didalam kelas. Mereka akan mendengar dengan tekun. Jika
mereka gagal untuk memahami sesuatu fakta atau maklumat. Mereka akan segera
bertanya. Kerap kali kita mendapati anak-anak tidak mahu bertanya setiap sessi
pembelajaran berakhir. Ini kerana mereka tidak tahu apa yang ingin di tanya.
Ini kerana mereka belum faham apa yang diajarkan. Itu sebab mereka tidak
bertanya. Banyak alasan yang diberikan tidak faham kerana ingin memahaminya
dirumah atau semasa sessi ulang kaji dirumah. Ini bukan tidak boleh tetapi
adalah lebih baik proses pemahaman berlaku ketika sessi pembelajaran
berlansung. Apa yang kurang boleh terus difahami segera atau ditokok tambah.
Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari kemahiran mendengar
yang baik. Adalah perlu kita melatih diri kita menjadikan kita mempunyai
tingkah laku untuk mendengar apa yang diperkatakan.
Pada masyarakat, sesiapa yang berpendidikan akan dapat memberikan sesuatu
yang istimewa semasa bekerja. Maksudnya mereka yang berpendidikan akan pandai
bekerja (walaupun tidak semestinya).
Mereka yang berpendidikan akan memudahkan kerja-kerja penyampaian tugas. Mereka
yang berpendidikan boleh terkehadapan.dan dapat menaikkan nama institusi mereka
bekerja. Itulah kayu pengukur yang telah kita praktik sepanjang hidup kita.
Tidak hairan kita semua berebut-rebut kearah itu. Ini sememawngnya telah
terbukti kebenaranya. Sememangnya banyak tugas memerlukan mereka yang
berpendidikan. Tidak perlu diberi latihan yang keterlaluan. Hanya sedikit
taklimat, mereka telah boleh menjalankan tugas dengan baik. Mungkin mereka yang
berpendidikan ini terang hati menurut setengah-setengah pihak (susah juga
hendak dibuktiklan ketepatanya).
Kemahiran mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap perlu dijadikan
amalan kehidupan samaada murid sekolah atau ibubapa. Amalan ini amat baik dan
akan membawa kejayaan kepada yang mengamalkannya. Setiap langkah tidak perlu
dihafal tetapi perlu diamalkan sahaja. Kepada anak-anak ini merupakan amalan
untuk mendapat kejayaan yang baik untuk kejayaan pembelajaran. Kepada meraka
yang dewasa yang telah mempunyai karier akan mencapai kedudukan yang lebih baik
dengan tindakan yang memberi menfaat yang baik. Kepada organisasi pula, amalan
yang baik menjadikan organisasi menjadi sangat cekap dan akan menghasilkan
tindakan yang amat baik dan berkesan. Walaupun amalan yang lain juga perlu
diamalkan tetapi amalam mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap adalah
amalan yang sangat baik dan telah terbukti menghasikan kejayaan kepada individu
dan juga organisasi seterusnya menjadi kejayaan kepada negara. Apakah ibubapa
berupaya menyemai budaya ini kepada anak-anak dalam proses pembelajaran
seharaian. Ini lah peranan dan cabaran yang perlu disahut oleh ibubapa.
No comments:
Post a Comment