Kesenangan adalah sesuatu yang
sangat diinginkan atau dicita-citakan oleh setiap individu yang hidup didalam
dunia. Tahap kesenangan adalah bergantung kepada sesaorang dan sangat “relative”.
Tahap kesenangan juga sentiasa berubah kepada pencapaian dan kesenangan jarang
membuat sesaorang itu berpuas hati dalam kehidupan. Ini mungkin sifat manusia
dan ini juga menyebabkan kita sentiasa bercita-cita. Sejak kecil kita telah
didik atau pengaruh persekitaran untuk kita memiliki sesuatu apabila bila besar
nanti. Keinginan ini akan berubah dan sentiasa berubah bergantung kepada
prestasi dan keadaan masa itu. Banyak orang telah sampai cita-cita yang
diingini tetapi masih lagi dalam pencarian. Walaupun begitu tidak kurang juga
yang telah berpuas hati dalam kehidupan dan sudah sampai masanya untuk membantu
anak-anak, saudara-mara dan adik beradik.
Memang amat menyeronokan apabila
telah dapat apa yanh kita cita-citakan (cita-cita tercapai). Ada juga leka
dengan kesenangan yang telah dicapai dan sentiasa memikirkan hal diri sendiri
dan keluarga mereka sahaja. Mungkin ini yang mereka ingini tetapi “Apakah ini
sikap yang baik?”. Banyak yang telah berjaya hanya menumpukan kepada diri
sendiri. sahaja Apabila balik sahaja dari pejabat, mereka hanya duduk dirumah
melayan keluarga (memang ini sesuatu yang baik). Pada hujung minggu duduk
dirumah, pergi membeli belah bersama keluarga atau balik kampung atau berhibur
disana sini. Tidaklah diketahui samaada sikap ini baik atau tidak. Kalau kita
bertanya kepada sesaorang, mungkin jawapan mereka akan berbeza. Paling tidak
kita boleh memikirkan “Apakah mencukupi setelah kita menikmati sesuatu yang
kita cita-citakan dengan kemudahan yang ada atau telah disediakan ? dan kita
menyatakan ini pencapaian kita dan lain-lain tidak penting.
Kenikmatan dan kejayaan yang kita
nikmati perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan berbagai cara. Jika
kita tidak mampu dengan wang ringgit atau harta benda kita boleh menyumbang
dari segi tenaga dan daya usaha. Sumbangan wang ringgit amat besar kepada
masyarakat. Kita lihat berbagai program atau badan yang memerlukan sumbangan
untuk sesuatu tujuan. Kita tidak boleh berharap kepada ahli-ahli politik,
syarikat swasta, ushawan dan badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sumbangan dari
mereka yang berjaya sebagai individu juga penting. Sumbangan tidaklah perlu
banyak tetapi kalau dikumpul dari ramai yang ingin menyumbang sumbangan akan
menjadi banyak. Ini akan lebih menjayakan sesuatu program tanpa menunggu sumbangan/bayaran
dari kerajaan sahaja.
Aktiviti gotong royong adalah suatu
agenda besar Negeri Melaka untuk melihatkan negeri ini bersih ditambah pula
penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Wabak ini akan dapat
dikawal atau dihapuskan dengan persekitaran yang bersih. Aktiviti ini kerap
diadakan di Negeri Melaka malahan amat digalakan dianjurkan setiap hujung
minggu. Sudah menjadi lumrah apabila sahaja ada majlis gotong royong, mereka
akan mula bertanya samaada ada “T shirt”, topi, nasi lemak atau teh tarik yang
disediakan. Penganjur menjadi kelam kabut untuk menyediakan kemudahan ini.
Penganjur takut kalau ini tidak disediakan, tidak ramai orang yang akan keluar
membantu. Apa lagi, keraplah Wakil Rakyat menjadi tumpuan. Selalunya ini tidak
menghampakan kerana Wakil Rakyat amat memahami kehendak rakyat. Apa kata kalau
kita tidak bergantung semata-mata kepada derma orang luar. Kita sendiri yang
hadir ke majlis gotong royong dengan membawa sedikit makanan. Nama pun majlis
ini gotong royong. Kita bawa seorang sedikit untuk dimakan bersama-sama. Ada
yang bawa makanan tidak kira apa sahaja, ada yang bawa minuman tidak kira jenama
apa dan ada yang menderma topi atau “T
shirt” (jika perlu selalunya tidak perlu). Ini menampakan keikhlasan kita
menghadiri gotong royong.
Kita juga perlu banyak menghadiri
aktiviti kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, program keibubapaan, lawatan
masyarakat, sukan rakyat atau apa sahaja aktiviti anjuran apa sahaja badan /kesatuan
setempat. Mungkin ada yang merasakan mereka tidak perlu untuk hadir kerana
tahap kejayaan atau pembelajaran mereka yang telah tinggi. Sebenarnya apa yang
penting adalah keterlibatan kita kepada aktiviti masyarakat. Mungkin kehadiran
kita yang terpelajar atau yang telah berjaya dalam kehidupan ini akan memberi
motivasi kepada orang lain. Masyarakat akan memandang tinggi jika sesaorang
yang terpelajar atau telah berjaya dalam hidup sangup bersama mengikuti
aktiviti masyarakat. Kehadiran juga mungkin akan memberi pengalaman baru dan
apa yang kita ketahui melalui ceramah. Motivasi ala-kedesaan ini amat bermakna
dalam aktiviti mempertingkatkan nilai masyarakat desa mungkin juga memberikan
pengalaman baru kepada masyarakat.
Sikap mendamping masyarakat amat
penting kepada mereka yang telah berjaya. Hanya dengan kaedah ini kita dapat
menyumbang kemahiran atau kepakaran yang kita miliki. Sikap bercampur dengan
kawan-kawan yang telah berjaya seperti kita juga tidak baik. Paling tidak
dengan percampuran yang tidak mengira pangkat atau kedudukan akan membolehkan
kita memahami kehendak masyarakat setempat. Banyak yang kita dengar kesibukan
menyebabkan kita tidak berupaya untuk aktif dalam masyarakat walaupun jawatan
tidak setinggi mana. (kononya). Walau sesibuk mana kita pun aktiviti
kemasyarakaytanm dan bercampur dengan masyarakat amat penting. Jika kita duduk
didalam taman perumahan, kita patut aktif dalam Persatuan Badan Kebajikan. Jika
anak kita bersekolah disekitar tempat tinggal. Kita perlu aktif dalam Persatuan
Ibu Bapa dan Guru (PIBG) jika kita
tinggal dalam kampung kita perlu aktif untuk Jawatan Kuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK). Banyak yang boleh disumbangkan jika kita menyedari
aktiviti ini amat penting sebagai ahli dalam masyarakat.
Sesuatu yang perlu kita sensitif
adalah mendaftar diri sebagai pengundi. Kita jangan asyik leka dengan kerja
atau kesibukan dan lupa untuk menjadi pengundi. Apabila telah mencapai umur 21
tahun kita perlu mendaftar diri sebagai pengundi yang sah. Ini adalah tanggung
jawap kita sebagai rakyat dalam negara demokrasi. Kita juga perlu daftarkan
anak-anak kita yang telah mencapai umur tersebut dan jika kita sebagai ketua
jabatan, kita juga perlu pastikan kesemua mereka mendaftar sebagai pengundi.
Sebagai pengundi kita mempunyai hak untuk menentukan siapa yang patut
memerintah negara ini dan siapa sepatutnya menjadi pemimpin kita. Adalah amat
merugikan kita, jika kita telah diberi hak tetapi kita tidak menggunakannya.
Jika kita ingin terus berbakti, kita juga harap pastikan anak-anak jiran,
anak-anak sahabat dan anak-anak saudara mesara kita juga telah mendaftar
sebagai pengundi. Bukan sesuatu yang sukar untuk mendaftar sebagai pengundi,
hanya yang perlu adalah salinan kad pengenalan dan ada juga pendaftaran secara
“on-line” disediakan. Ini tidak mengambil masa yang panjang. Hanya yang perlu
kita mempunyai rasa tanggung jawap dan ingin menyumbang kepada negara.
Rakyat yang baik adalah mereka
yang sentiasa membayar cukai dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebagai
penghuni yang bertanggung jawap dan sesuai dengan status kita yang telah berjaya
dalam mengejar cita-cita. Tanggung jawap membayar cukai adalah sangat perlu.
Banyak cukai yang perlu kita bayar seperti cukai pendapatan, cukai tanah, cukai
pintu, cukai perniagaan dan berbagai-bagai lagi. Ini satu lagi tanggung jawap
yang amat baik kerana kita telah mampu membayar cukai. Ini satu kejayaan dan
sumbangan kita kepada negara. Adalah lebih baik jika cukai dibayar mengikut jumlah
dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak yang
bertanggung jawap. Penerimaan cukai ini akan dapat membantu Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merancang
sesuatu yang berfaedah untuk rakyat. Wang atau cukai yang diterima akan
digunakan untuk mempertingkatkan infrastruktur untuk rakyat. Kita dapat
melihat, mana sahaja yang mempunyai pembayar cukai yang banyak dan baik,
kemudahan yang disediakan amat baik. Ini akan memberi peluang rakyat hidup
dalam keadaan yang selesa. Anak-anak juga mendapat kemudahan pembelajaran yang
baik. Adalah sangat baik jika kita tidak terlalu berkira berkenaan pembayaran
cukai. Sebenarnya kita membayar segala kemudahan yang telah kita nikmati
termasuk jalan raya, persekolahan, kemudahan sukan, kemudahan rekresai,
kemudahan kesihan, kemudahan kutipan sampah dan banyak lagi kemudahan yang kita
telah terima untuk membolehkan kita hidup bertambah selesa.
Warganegara yang baik sentiasa
menjadi mata dan telinga kerajaan atau masyarakat. Sikap lihat sahaja sesuatu
kejadian tanpa membantu dan mengambil tindakan sepatutnya adalah sikap yang
tidak baik. Kita sepatutnya menegur apa yang tidak kena dihadapan kita jika
perlu dan tidak mengakibatkan sesuatu yang tidak baik kepada kita. Jika kita
bertemu dengan sesuatu kemalangan kita perlu membatu apa yang kita mampu. Jika
kita lihat sesaorang memerlukan bantuan segera, kita perlu membantu dengan
segera. Jika kita seorang professional yang boleh membantu sesuatu sesuai
dengan kepakaran kita, kita perlu meberi bantuan permulaan supaya yang akhir
nanti akan diselesaikan kemudian nanti.oleh mereka yang sangat layak. Amat mudah
kalau kita ingin membantu dan jika kita ada perasaan.
Kejayaan yang kita perolehi
dimasa ini bersama keluarga adalah nikmat yang kita dapat kerana dilahirkan
dinegara yang mempunyai kerajaan yang cekap dan mempunyai perancangan kemudahan
yang terbaik. Apa yang kita nikmati ini bukanlan sedia ada, kemajuan dan
kemudahan perlu dimiliki dengan kehendak, usaha, motivasi, keinginan dan
kebolehan. Semuanya perlu dirancang dan bukan datang secara tiba-tiba. Setelah
kita menikmati kemudahan dan kejayaan ini kita perlu memulangkan sesuatu kepada
masyarakat dengan rasa tanggung jawap. Ini dapat kita lakukan dengan sentiasa
perihatin dengan aktiviti kemasyarakatan dan menyertainya dan membantu yang
mana perlu. Sikap berdiam diri, lihat apa yang
berlaku atau menjadi tukang komen sahaja tidaklah baik. Masyarakat amat
memerlukan komitmen dari mereka yang telah berjaya untuk membimbing masyarakat.
Bantuan yang perlu disumbangkan bukan sahaja dari wang ringgit tetapi usaha,
kehadiran, penyertaan aktif, bimbingan dan motivasi.
+ one answer, if they don't want to menyumbangkan bakti bermaksud mereka akan menunjukkan sifat tidak menyayangi NEGARA sendiri
ReplyDeleteCan it??
Deletewhy ?
ReplyDeletewhy
ReplyDeletePada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika masyarakat tidak mahu menyumbangkan bakti?
ReplyDelete