nuffnang ads

Friday, 2 November 2012

NEGERA MAJU PEMIKIRAN MESTI MAJU.



Melaka telah mencapai negeri maju dan tinggal menunggu masa untuk diistiharkan sahaja pada 20.10.2010. Ini adalah saat yang membanggakan setelah perancangan dan segala usaha keras telah dilakukan. Akhirnya Negeri Melaka menjadi negeri maju 10 tahun lebih awal  dari Malaysia akan menjadi negara maju pada tahun 2020. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba dan “mimpi telah menjadi kenyataan”. Melaka diistihar negeri maju kerana telah memenuhi 32 indikar yang telah diukur berdasarkan pencapaian negeri maju diseluruh dunia. Melalui perbandingan yang telah dibuat, pencapaian Melaka adalah setanding dengan Negara maju diseluruh dunia.

Mengiktiraf Melaka telah mencapai status maju telah menyebabkan kita berfikir, Apakah apabila kita menjadi Negara maju semua rakyatnya akan menjadi kaya?. Apakah kemiskinan sudah tiada lagi dan semua kekotoran dan semak samun sudah hilang dimata?.Semua yang ada disekeliling kita seperti yang kita lihat ditelevision, semua kelihatan segar dan menarik. Kita serbenarnya ingin melihat negeri kita seperti yang kita lihat seperti ditelivision tetapi ini tidak akan tercapai. Apa yang digambarkan ditelevision adalah seperti lakonan dan telah disetkan untuk sesuatu pengambaran atau kejadian. Apoa yang sebenarnya yang berlaku ada seperti yang kita lihat disekeliling kita sekarang khususnya di Negerei Melaka. Maju selain dari kemudahan dan kemajuan yang kita telah capai untuk kehidupan yang lebih selesa, selamat dan membahagiakan dengan kemudahan seperti yang kita mimpikan. Maju dalam erti kata sebenarnya adalah kehidupan yang lebih selesa dengan pemikiran yang maju. Apa yang lebih penting adalah kemajuan pemikiran yang maju.

Kita kerap mendengar rintihan ibubapa, anak-anak mereka telah lulus dengan cemerlangan di universiti tetapi tidak mendapat pekerjaan. Ibubapa kerap membandingkan negara pada masa lalu. Kata mereka dulu belum keluar universiti lagi pekerjaan telah menunggu, sekarang sudah keluar dengan cemerlang pun amat susah untuk mendapat pekerjaan. Apa yang dinyatakan oleh ibibapa itu benar tetapi zaman telah berubah. Sebenarnya rakyat negeri maju tidak bergantung kepada kerajaan semata-mata. Penduduk negeri maju mempunya inisiatif sendiri untuk bekerja. Pada mereka belajar bukan semata-mata untuk mendapat sijil tetapi untuk mendapat ilmu pengetahuan. Mereka belajar untuk mendapat pengetahuan dan akhirnya berusaha sendiri uintuk membaiki taraf hihup keluarga. Malangnya di negera kita bel;ajar hanyalah untyuk mendapat sijil dan seteryusnya menggunakan sijil untuk mencari pekerjaan. Itu sebab kita selalu berkata berkenaan pengiktirafan. Tujuan belajar ditempat yang mendapat pengiktirafan adalah untuk mendapat sijil dan mencari pekerjaan makan gaji.Rakyat Negara maju harus tidak memikirkan sijil semata-mata. Sudah sampai masanya kita mengutamakan pengetahuan dari sijil semata-mata.

Negara maju tidak hanya bergantung kepada profesion professional semata-mata. Penumpuan utama kepada profesion ini sahaja telah mengakibatkan profesion bukan professional telah dilihat tidak begitu penting. Apa yang paling teruk sekali ada sebilangan masyarakat beranggapan jika kita tidak menjawat jawatan professional kita dianggap tidak berkerja terutama jika terlibat dalam bidang perniagaan dan sektor perkhidmatan seperti juru jual atau profesion yang melibatkan kemahiran. Sehinggakan  profesion kemahiran tidak dipandang lansung oleh segelintir masyarakat. Kalau dulu jika ingin mencari menantu, ibubapa akan pastikan bakal menantu mesti berjawatan kerajaan. Kata mereka walaupun gaji kecil tapi tetap dan berpencen pula dan paling tidak ada caruman KWSP yang tetap dan senang hingga keanak cucu. Kepada mereka yang kerja dengan pihak swasta dianggap tidak bekerja kecuali jika syarikat swasta yang ternama sahaja yang akan diiktiraf sebagai bekerja. Sehingga sekarang pemikiran tersebut masih menjadi ikutan. Banyak yang berkerja dikilang, masih lagi mahu berkerja dengan kerajaan kerana tidak mahu kerja shif atau jawatan bukan kerajan tidak “secure” dan sanggup menerima gaji kecil tetapi masih lagi mahu berkerja dengan kerajaan. Ini adalah pemikiran masyarakat dari dahulu hingga sekarang. Masih ramai lagi yang tidak percaya bekerja dengan syarikat swasta atau perkerjaan yang menggunakan kemahiran dapat menjamin masih depan. Kita dapat melihat sebahagian besar hidup kita sekarang sangat bergantung kepada profesion berkemahiran mahu juga industri keusahawanan dan khususnya aktiviti perniagaan. Amat sukar untuk membawa perubahan untuk mengiktiraf profesion keusahawanan yang merupakan sebahagian dari profesion yang sangat berjaya masa ini. Kita dapat melihat sebahagian besar dari mereka yang terlibat dalam industri yang berasaskan kemahiran telah berjaya, malahan banyak dari mereka telah menjadi jutawan dinegara kita. Kita seharusnya keluar dari pemikiran yang menggangap profesion kemahiran adalah profesion kelas kedua. Profesion ini hanya perlu diceburi oleh anak anak yang kurang berjaya dalam pembelajaran (drop out student). Oleh kerana profesion ini hanya diceburi oleh mereka yang tidak mendapat kelulusan yang baik, profesion ini jarang dipandang tinggi dan kurang diberi penumpuan dan apa yang jelas jarang diberi pengiktirafan sebagai satu bidang profesion yang perlu disanjung tinggi. Pihak kerajaan juga jarang memberi pengiktirafan bidang kemahiran ini sebagai satu profesion yang berjaya dalam kejayaan kehidupan. Ini dapat dilihat setiap tahun penganugerahan Tokoh Maal Hijrah atau pengiktirafan Ibu Mithali masih lagi berkisar kepada tokoh-tokoh yang memegang jawatan tinggi kerajaan dan ibu-ibu yang telah melahirkan anak-anak yang berjaya dalam profesion professional sahaja. Apa yang dapat kita lihat Kerajaan sendiri juga masih tidak mahu mengiktiraf kejayaan bidang kemahitan satu profesion yang perlu diberi pengiktirafan. Sumbangan bidang kemahiran kepada kemajuan negara telah pun terbukti dan telah memberi pulangan yang besar kepada rakyat.

Aktiviti penyelidikan kerap menjadi perbualan samaada diperingkat universitI, pemimpin masyarakat, pentadbir bidang pendidikan atau pelajaran, guru guru sekolah dan juga orang ramai termasuk murid murid sekolah. Apakah benar masyarakat memahami apa maksudnya penyelidikan. Menurut Kamus Dewan penyelidikan berasal dari perkataan selidik yang membawa maksud teliti atau cermat manakala menyelidik atau menyelidik membawa maksud 1) memeriksa sesuatu yang belum terang, menyiasat untuk mendapat keterangan tentang sesuatu 2) mempelajari sungguh-sungguh (untuk mengetahui sesuatu) dan 3) mengintip (mengintai) musuh, menyuluh. Inilah sebenarnya apa yang dimaksudkan kerja penyelidiakan, tetapi kerap disalah ertikan. Banyak orang menyatakan mereka telah membuat penyelidikan dengan hanya membuat sedikit perbandingan atau pemerhatian. Sebenarnya aktiviti ini bukannya penyelidikan tetapi hanyalah membuat sedikit perhatian dan perbandingan. Pemerhatian membawa maksud 1) mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat 2) melihat (memandang, menengok) dengan teliti, mengamati-amati dan 3) mengawasi, menjaga memeriksa. Mungkin juga apa yang dikatakan penyelidikan hanyalah aktiviti perbandingan. Apa yang dilakukan hanyalah membandingkan apa yang ada dan mengambil keputusan mengunakan  sesuatu yang terbaik untuk dalam kehidupan.


Masyarakat Negara maju perlu sentiasa untuk memikirkan cara hidup seharian kita. Kaedah baru mungkin menjadikan kita lebih jimat, cekap, pantas, cantik, mudah dan mungkin membolehkan kita hidup lebih sehat. Ini sesuai dengan dasar baru negara untuk menjadikan inovasi satu dari sumber kekayaan negara dari segi ekonomi. Pada dasarnya budaya inovasi dan penyelidikan di Malysia telah berkembang pesat. Aktiviti ini amat difahami lebih lebih lagi jika produk telah disiarkan disurat kabar. Aktiviti inovasi ini juga disambut samaada di sekolah, institusi latihan, maktab lebih lebih lagi di universiti atau institusi pengajian tinggi. Malahan Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengarahkan setiap polilteknik di Malaysia memulakan aktiviti penyelidikan supaya satu ketika nanti inovasi melaluiui penyelidiakan dapat membantu ekonomi negara. Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak kurangnya menyemai budaya inovasi melalui sekolah sekolah dengan menganjurkan pertandingan inovasi dan mengadakan pameran inovasi samaada bidang sains dan matematik juga dalam bidang yang berhubung rapat dengan kehidupan seharian.

Kerajaan amat serious untuk mengalakan budaya inovasi di negara ini bersesuai dengan kemajuan masyarakat dan status Negara. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah ditubuhkan sejak beberapa tahun yang lalu. Perkataan inovasi ini telah mula diperkenalkan dalam kabinet Tun Abdulah Ahmad Badawi lagi. Strategi memfokus bidang ini telah diteruskan dalam Kabinet YAB Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berapa lama dahulu. Untuk memartabatkan lagi aktiviti inovasi serta untuk menunjukan komitmen kerajaan yang tinggi Kementeria Sains, Teknologi dan Inovasi akan menobatkan tahun 2010 adah Tahun Inovasi Negara. Kerajaan berharap budaya inovasi akan menjadi cara hidup rakyat Malaysia, bukan sahaja budaya inovasi subur tetapi untuk mengingatkan rakyat Malaysia untuk kita terus menghargai inovasi dan menkomersilkan produk rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...