Hampir setiap hari kita
kedengaran bamyak penyelidik kita dapat menemui sesuatu yang baru. Perjumpaan
melalui penyelidikan, inovasi atau kreativiti boileh berupa kaedah kerja yang
baru, bahan baharu atau sesuatu yang merupakan sesuatu penambahbaikan.
Menjumpai sesuatu yang baru terutama melalui surat khabar atau pameran kerap
menjadi kebanggaan penyelidik, organisasi penyelidik, pemberi geran atau juga
pentadbir. Kepada sesuatu pihak terutama kerajaan kejayaan penyelidikan hanya
dapat dibanggakan jika dapat dijual atau berada dipasaran atau dapat digunakan
untuk penambahbaikanb sesuatu proses. Malangnya apa yang kerap dilaporkan produk
penyelidikan tidak dapat atau dikomersilkan dengan berbagai alasan bukan dari
penyelidik tetapi pihak industri atau yang paling penting dari pengguna tidak
mendapat menafaat apa yang telah dikatakan sebagai juimpaan baru.
Banyak artikel yang kit abaca,
pengkopmersilan tidak dapat dibuat kerana pada pandangan pihak industry jumpaan
barU (sebagaimana yang didakwa) tidak ada nilai komersil. Bagaiman hendak
dikomersilkan jika jangka produk tidak boleh yang mana memmang benar tidak
mempunyai nilai komersil. Amat malang, setelah berbelanja besar dan banyak
tenaga yang telah diberilkan oleh sekumpulan penyelidik tetapi produk tidak ada
nilai komersil. Penyelidik hanya dapat berbangga dengan award yang telah
diberikan dengan sekeping sijil dan kalau ada dengan pujian melalui surat
khabar. Kepada penyelidik, mereka tidak merasa kerugian. Hasil penyelidikan
akan ditulis dalam jurnal kebangsaan dan antarabnagsa. Paling menguntungkan
dapat membentang kertas kerja diluar negara diseluruh dunia dengan mencanangkan
satu penemuan baru. Sangat men
guntungkan lagi, setiap penghargaan, pembentangan dalam setiap seminar
atau kolikium diperingkat skebangsaan
dan antarabangsa akan ditulis sebagai pencapaian luar biasa didalam CV untuk
tujuan kenaikan pangkat. Penyelidik masioh lagi mendapat menfaat walaupun hasil
penyelidikan tidak mempunyai nilai komersil. Kepada para akademik yang juga
pensyarah atau penyelidik hasil kejian mereka telah member sumbangan besar
kepada dunia akademik yang tidak mudah untuk difahami oleh masyarakat
luar.Kepada mereka jumpaan kademik hanya dihfahami oleh orang akademik sahaja.
Sememang benar seperti yang
pernah diperkatakan oleh Dato’ Seri Rafidah Aziz semasa memegang jawatan
menteri dahulu. Katanya, peruntukan penyelidikan seperti membuang wang kelaut
yang belum lagi diketahui faedahnya. Kalau wang telah dicurah kelaut
mengfaatnya mungkin ada mungkin tidak. Itulah penyelidikan. Fenomena ini boleh
dielakan atau dukurangkan jika setiap kerja penyelidikan membuat kajian yang
rapi sebelum sesuatu kerja penyelidkan dimulakan. Kita tidak mahu kerja
penyelidikan hanya syopk sendiri sahaja. Kerap dikatakan penemuan telah
menyelesaikan masaalah masyarakat tetapi sebenarnya masyarakat tidak mempunyai
masaalah yang dikatakan telah diselesaikan oleh penyelidik. Adaalah didapati
banyak penyelidik hanya syok sendiri sahaja. Mereka membuat penyelidikan
berdasarkan pemikiran mereka sahaja. Penyelidik juga tidak banyak bercampur
dengan masyarakat dan tidak mengetahui masaalah masayarakat sepenuhnya.
Penyelidikan perlu memberi menfaat kepada masyarakat dan dapat menyelesaikan
masaalah masyarakat. Adalah dicadangkan sebelum geran penyelidikan diluluskan
penilaian ketat terhadap menfaatnya perlu dilakukan. Jika boleh penilaian perlu
juga menggunakan kepakaran industri atau kepakaran masyarakat. Penilaian tidak
boleh dibuat hanya ahli akademik sahaja. Ahli akademik tidak pakar dalam
segala-galanya.
Pihak industri juga selalu
merungut, penyelidikan yang dilakukan tidak menepati cita rasa mereka.
Penyelidik hanya membuat penyelidikan menyelesaikan masaalah industri yang
hanya merupakan andaian mereka sahaja. Amat jarang pendapat pengiat sesuatu
industri diambil kira semasa membuat kerja-kerja penyelidikan. Jika ada pun
hanya dari segi jangkaan atau mengikut pendapat semasa pertemuan melawat
pelajar yang menjalani latihan industri atau mengikut pendapat pelajar yang
baru balik dari latihan industri. Lawatan yang hanya seketika tidak boleh
mendapat apa yang diperlukan oleh pihak industri. Lawatan teknikal yang serius
perlu dilakukan dan kalau boleh gunakan sekim angkut industri selama beberapa
bulan berada di industri untuk mendalami apa masaalah yang perlu diselesaikan.
Jika boleh pihak industri juga dijemput sebagai salah seorang penyelelidik
dalam setiap kumpulan penyelidik. Penyelidakan yang agak terbuka yang
dianggotai oleh banyak wakil dari beberapa industri sangat baik dan boleh
menghasilkan sesuatu yang baik untuk
negara.
Masyarakat amat berharap hasil
penyelidakan dapat membantu mereka meringankan beban kerja atau mendapat
sesuatu yang baru kepada kehidupan mereka dan oleh dibanggakan. Tidak guna
sesuatu inovasi atau sesuatu kreativiti tetapi tidak dapat dinikmati. Sebelum
sesuatu aktiviti penyelidikan dapat dijalankan, penyelidik harus benar-benar
telah mengenal pasti masalah yang ingin diselesaikan melalui penyelidiakan.
Kalau boleh masaalah masyarakat benar benar telah diselami dan hati budi mereka
dikenali dan msaalah mereka dikenalpasti. Kita tidak boleh menyatakan masaalah
masyarakat dengan hanya membuat jangkaan atau telahan sahaja. Biarlah
masyarakat yang menentukan halatuju apa yang perlu kita buat. Penyelidik hanya
menngunakan kemahiran mereka sahaja untuk membuat penyelidikan.
Betul kata tuan.
ReplyDeleteSekarang ni institusi pengajian tinggi awam selain Universiti pun sudah mula buat penyelidikan.
Suatu perkembangan baik.
Untuk bermula sebagai budaya, ia nampak sebagai galakan.
tetapi kalau buat penyelidikan untuk capai KPI dan nampak setara dengan Universiti yang memang fokus utama ialah penyelidikan,
kenapa nak buat penyelidikan juga ?
kenapa tak difokus pada peningkatan skill graduan ?
geran penyelidian biarlah universiti grab(walaupun banyak yang x selari dengan industri atau ketinggalan dengan industri atau nilai akademik yang tak dipandang barat). namun banyak juga penyelidikan yang berkualitidan diiktiraf dunia.
geran inovasi berilah pada pensyarah selain universiti utk naikkan tahap kemahiran, buatlah centre of specific technical skill then sebarkan ilmu pada pelajar.
barulah berfokus.