Positif membawa makna pasti, tegas, tentu dan tegap atau memperlihatkan
sesuatu yang baik atau yang boleh mendatangkan manfaat. Fikir pula membawa
makna ingatan, angan-angan atau akal. Berfikir pula bermakna menggunakan akal
fikiran (untuk menyelesaikan sesuatu), mempertimbangkan (dalam ingatan).
Berfikiran membawa makna berfikir mengenai. Memikir bermakna berfikir mengenai
sesuatu, mengingati, merenung sesuatu. Pemikiran bermakna perihal berfikir
(memikir). Semua makna ini diambil terus dari Kamus Dewan terbaru yang telah
menerangkan dengan jelas makna pemikiran tanpa perlu ditokok tambah. Apa yang
sangat jelas positif adalah bermakna sesuatu yang pasti dan boleh membawa
kepada pengharapan.
Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang
mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita
memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian
atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan.
Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau
ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan
juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.
Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu
cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan
sentiasa berfikiran positif. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk
sentiasa membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai
kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi
bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka.
Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana
sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan
sekali-kali berfikiran negatif dan tidak mahu membantu lansung. Jangan juga
sekali-kali berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan
pemikiran ingin membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba
sedaya-upaya yang kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk
membantu. Kita perlu melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk
membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau
diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita
dengan senyuman walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat
baik jauh dari sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat
dapat merasakan kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah
pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai
pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.
Kepada pelajar juga sikap positif amat penting. Sikap positif akan
mengambarkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan berjaya. Jika ini ada
dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat
dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar
bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan
mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang
baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan.
Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba.
Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa
berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembalajaran
akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.
Sikap yang baik dalam proses pembelajaran bermula dari minat untuk belajar.
Minat dengan mata pelajaran, kegiatan pembelajaran, kegiatan luar persekolahan,
mempunyai hobi yang amat baik dan minat dengan guru-guru yang mengajar. Setiap
pelajar perlu belajar meminati guru-guru yang mengajar apa juga mata pelajaran.
Sikap membenci guru perlu dibuang jauh-jauh. Sikap menyukai murid juga sangat
penting kepada guru-guru. Latihan yang telah diterima sebagai guru adalah
latihan untuk kita menyukai anak didik kita. Guru-guru jangan sekali-kali
membenci murid-murid dalam apa keadaan sekali pun. Sikap menyukai mereka yang
pandai dan anak orang berada sahaja adalah sikap yang tidak baik. Guru juga
jangan sekali-kali membenci pelajar yang kurang pandai dan anak-anak orang yang
tidak berada. Kita tidak boleh meramal masa depan sesaorang murid dari
pencapaian semasa kecil atau semasa alam persekolahan sahaja. Kata perpatah
mengatakan “yang akhir nanti akan diperkatakan orang”. Kejayaan pelajar sekolah
memerlukan perjalanan yang panjang. Mereka kadang-kadang kurang menyerlah
semasa kecil tetapi akan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Biarlah guru-guru
melayani setiap murid sama rata agar mereka dapat belajar dalam keadaan
kegembiraan. Berbagai kerenah anak murid perlu dilayan dengan baik jika kita
mengharapkan setiap mereka mendapat kejayaan pada masa hadapan.
Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier.
Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa
sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan
kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil
hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah
inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah
dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan
pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara
satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif.
Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang
berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat
segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati
dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam
keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima
dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil
kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah
diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila
berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa
kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita
tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse
to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau
membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada
mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan
juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah
setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari
bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni
keluarga dalam ketenangan.
Sikap positif juga amat perlu dalam kehidupan. Kita perlu memandang apa
yang telah diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat
memberi menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang kita miliki jauh lebih baik dari rakyat negara lain.
Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan
mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat
bergantung apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih
baik dari beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk
mencari pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk
mendapatkan pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja
sampah yang dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti
Putra Malaysia, 40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang
boleh dimakan seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja
makanan yang tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi
telah dibuang sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.
Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik
dari kita perlu ditiadakan atau ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali
mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari
kita). Kita sebenarnya “”greener than the other side”. Kita juga tidak boleh
mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih
baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang
kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancung yang datang untuk menikmati
keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang
rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini
menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan
kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan
dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan
memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada
sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan
dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini
sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga
barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana
perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan
makanan untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua
menjadi mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir.
Jika kita ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal
harganya. Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah
dimiliki dengan harga yang berpatutan dan mampu dibeli.
Berfikiran positif perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu
diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang
telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan
mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak
masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka.
Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan
sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru
boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang
berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang
sentiasa mempositifkan perkata negatif. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh
dan permikiran positif ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah.
Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan dan pemikiran positif rakyatnya.
Bismillah,
ReplyDeleteTumpang singgah ya tuan rumah. Boleh baca entri saya.
artikel yang terbaik!
ReplyDelete