Satu lagi yang amat membanggakan ketika itu jika anak-anak dapat memasuki
sekolah berasrama penuh, semuanya akan ditanggung oleh kerajaan. Kerajaan akan
memberi bantuan kewangan makan, minum, bayaran asrama, duit poket dan juga
tambang balik ke kampong. Begitulah yang kerajaan berikan untuk memberikan
pendidikan kepada rakyat Malaysia. Ada yang menyatakan bersekolah di sekolah
berasrama penuh seperti membela ayam daging. Semuanya telah disediakan dari
bangun tidur hingga hendak masuk tidur. Setiap penghuni asrama hanya perlu
belajar sahaja. Itu sebabnya dikatakan keputusan peperiksaan sekolah asrama
penuh sangat baik dan menjadi kebanggaan. Inilah yang dikatakan sekolah yang
mempunyai kemudahan yang lengkap. Sebenarnya keputusan yang baik bukan hanya kerana
sekolah yang serba lengkap tetapi sekolah berasrama memilih pelajar yang
mendapat keputusan yang baik yang dikatakan bijak dan pandai. Belum tahu lagi
jika sekolah berasrama mengambil pelajar yang lemah dalam semua mata pelajaran.
Ini baru diketahui kemudahan serba lengkap dapat menghasilkan pelajar yang
cemerlang. Sekarang ini memasuki sekolah asrama penuh bertambah sukar. Mungkin
kerana ramai yang telah mendapat keputusan yang cemerlang jadi pemilihan perlu
juga berdasarkan kreativiti dan berbagai-bagai kritera lain. Untuk itu untuk memasuki
sekolah berasrama penuh perlu ada sesi temuduga pula. Pelajar yang bijak dari
yang terbijak dicari. Ini adalah untuk memastikan sekolah berasrtama penuh
mendapat keputusan yang cemerlang. Kalau pelajar yang pandai dimasukan
kesekolah yang dikatakan sangat lengkap sudah semestinya keputusan yang baik
dihasilkan. Adalah dicadangkan pada masa hadapan sekolah berasrama penuh
mengambil pelajar yang lemah dan jadikan mereka bijak melalui kreativi
guru-guru di sekolah berasrama penuh. Itu adalah cerita pembelajaran di sekolah
asrama yang kerap di[perbincangkan. Sekarang sekolah berasrama penuh bukan
untuk murid-murid pandai dari luar bandar tetapi sesiapa sahaja yang pandai boleh
memohon. Begitulah berakhirnya cerita sekolah berasrama penuh. Mungkin pada masa
hadapan sesuatu yang inovatif perlu dicadangkan untuk dilakukan di sekolah
berasrama penuh.
Satu lagi cerita yang tidak pernah habis disekolah berasrama tidak kira
berasrama penuh adalah 1001 cerita yang juga tidak pernah berubah. Cerita yang
kerap adalah asrama mempunyai hantu. Ada sahaja cerita hantu samaada dalam
tandas atau didalam bilek asrama. Cerita bertambah menarik jika ada kejadian
kematian atau kecederaan pernah berlaku di sekolah. Kadang-kadang cerita ini
sangat lama tapi disampaikan dari mulut kemulut seolah-olah baru semalam
terjadi. Kerap kali ini menjadi cerita utama dan menjadikan penghuni asrama
sentiasa dalam ketakutan. Kadang-kadang tiada apa pun yang berlaku, hanya
cerita rekaan tetapi kerap menjadi bahan kepercayaan. Ada asrama sampai
terpaksa memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Pelajar dan ibubapa tidak akan
berpuas hati selagi upacara ini tidak dilakukan. Kerap kali diperkatakan hantu
atau orangt-orang tertentu telah dipindahkan. Kadang-kadang rasa macam tidak
boleh dipercayai tetapi kalau tidak dibuat ada sahaja cerita yang tidak habis.
Upacara ini perlu dilakukan untuk memberiu noktah kepada setiap peristiwa yang
telah dilalui. Apa yang pelik setiap asrama pasti ada cerita hantu. Cerita ini
sangat popular apabila pelajar baru datang dan terus dikumandangkan sampai
bila-bila.
Cerita mendera pelajar atau rangging pada awal kemasukan sudah tidak lagi
diperkatakan. Banyak pengurusan sekolah mengaku tiada rangging lagi berlaku
disekolah atau asrama mereka. Ini sangat menyedapkan hati ibubapa apabila
mendengar taklimat dari guru-guru asrama atau guru disiplin semasa anak-anak
melaporkan diri dihari pertama berada disekolah berasrama. Entahlah benar atau
tidak atau guru-guru, pengetua atau guru asrama cuba menutup mata dengan alasan
kalau tidak mengenali antara satu sama lain macam mana hendak belajar. Ada juga
guru yang memberi alasan yang mereka sudah kena dulu, apa salahnya mereka
dikenakan juga?. Oleh itu banyak guru atau pengetua yang menutup mata sahaja.
Sebenarnya rangging fizikal telah jauh berubah tetapi penderaan atau ragging
emosi sangat kuat berlaku. Ada sekolah dilaporkan selama satu tahun mereka
dirangging secara emosi. Adalah tidak disedari banyak sekolah asrama tandas
yang boleh digunakan oleh pelajat lama atau senior tidak boleh digunakan oleh
pelajar baru. Mereka menetapkan hanya satu atau dua tandas atau bilek mandi
yang boleh digunakan oleh pelajar junior. Itu tandas untuk senior sahaja jadi
kalau mereka bangun lewat pun tandas telah tersedia. Pelajar baru terpaksa beratur
panjang dan terpaksa beratur panjang. Apakah bukan penderaan emosi.
Ada sebuah sekolah berasrama yang agak terkenal mempunyai kemudahan pili
mandi berair panas tetapi hanya untuk senior juga. Guru-guru asrama tahu tetapi
buat tidak tahu kerana mereka juga seperti pelajar senior. Asrama itu juga
mempunyai mesin membasuh yang disediakan tetapi untuk kegunaan senior sahaja.
Pelajar baru mesti basuh pakai tangan sahaja. Ada lagi yang paling teruk
pelajar junior perlu membasuh pakaian dan kasut senior setiap hujung minggu
selama setahun. Mustahil pengurusan sekolah tidak tahu, mereka buat tidak tahu.
Ini sebenarnya tidak pernah berubah sejak tahun 60an. Anak dagang dirantau
orang dikulikan untuk mendapat sedikit pengetahuan. Ini cabaran kepada setiap
pelajar baharu kata mereka.
Kecurian duit dan harta benda termasuk duit, pakaian, buku, talipon tangan
dan bahan makanan menjadi perkara biasa. Ini kerap tidak dilaporkan kerana
sudah menjadi asam garam mendiami asrama. Ada yang mengadu seluar dalam pun
kena curi. Ini adapat dilihat kerana RM 7 sahaja satu nyawa dikorbankan.
Begitulah besarnya RM 7 kepada seorang guru dan penghuni asrama sehingga mati
dikerjakan. Sebenarnya kecurian adalah perkara biasa diasrama. Mereka datang
dari pelbagai latar belakang. Bukan asrama sekolah anak-anak yatim sahaja
berlaku kecurian tetapi sekolah asrama elit juga berlaku. Kadang-kadang malas
hendak diperkatakan jika sudah ramai sangat penghuni diasrama. Berbagai-bagai
ragam akan ditemui. Pengurusan sekolah atau asrama kerap tidak menghebuhkan
kecurian kerana ini akan memalukan sekolah dan juga menjatuhkan air muka
pengetua. Sehingga ada kematian barulah kita sedari ini sebenarnya perkara
biasa. Cerita yang semua orang telah tahu tetapi tidak mahu terus bercerita
yang mana hendak mejaga air muka banyak orang. Semua yang pernah duduk
diasrama, cerita hilang berbagai-bagai harta benda telah menjadi cerita lucu
dan akan dikenang sehingga habis hayat.
Kisah pinjam pakaian juga tidak pernah selesai. Pinjam meminjam perkara
biasa dari besar sehingga tua tetapi pinjam tidak pulangkan balik sangat banyak
berlaku diasrama. Kita sedia maklum, duduk diasrama terdiri dari pelbagai latar
belakang keluarga. Ada yang datang dari keluarga yang berada dan ada yang tidak
berada. Sudah pasti gaya berpakain dan berbelanja sangat berbeza. Selalunya
jika berada diasrama tidak boleh dilihat senang sedikit atau perpakaian cantik
atau mahal sedikit. Kalau kena perli sahaja tidak apa-apa. Kerap kali usaha
untulk mencuri akan dilakukan dan ada satu gulongan lagi yang kerapa meminjam
apa sahaja. Mereka akan meminjam pakaian dan duit ringgit. Kerap kali yang
meminjam duit ringgit tidak akan memulangkan sampai habis sekolah. Banyak juga
yang meminjam pakaian dan tidak akan memulangkanya sampai lusuh. Kalau diminta
semula tidak akan berjawap dan akan dituduh sombong dan berlagak. Ada juga yang
meminjam akan memulangkanya tetapi dalam keadaan kotor tidak bercuci.
Meminjam buku, shampoo, pen dan apa-apa alat pembelajaran dan bahan
kegunaan asrama satu yang menjadi perkara biasa. Masaalah curi sabun, bahan
pencuci dan macam-macam lagi seolah-olah menjadi tradisi diasrama. Kalau dulu
mungkin dikatakan banyak yang mendiami asrama datang dari keluarga miskin
tetapi sekarang ini banyak yang mendiami asrama datang dari keluarga orang
berada, malangnya perkara yang sama juga kerap berlaku.
Penderaan emosi yang berterusan sehingga hari ini yang juga tidak disedari
atau tidak diberi perhatian adalah ujudnya laluan senior samaada di kafeteria
atau tempat pembelajaran. Laluan ini hanya untuk senior sahaja. Sudah tentu
laluan ini akan mempercepatkan kerja seperi di bilik makan. Pelajar junior
tidak boleh mengambil makanan atau bahan-bahan melalui laluan senior. Terdapat
kasta yang tinggi di sekolah asrama. Kita kerap menyatakan penghinaan kasta
tidak dibenarkan tetapi amalan ini dibiarkan disekolah asrama penoh. Untuk
pengetahuan pengurusan sekolah, perkara ini sangat berluas-luasa dan telah sampai
kepengetahuan ibubapa. Ibubapa banyak yang merasa dukacita tetapi tidak banyak
yang dapat dilakukian.
Semua 1001 cerita sekolah berasrama ini tidak pernah berubah. Banyak juga
ibubapa yang takut untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah berasrama tetapi
kadang-kadang tiada pilih lain. Kepada mereka yang tidak berada, mereka tidak
ada pilihan lain. Untuk itu kita perlu sentiasa memikirkan perkara ini. Mari
kita sama-sam berterus terang untuk masa hadapan sekolah. Keputusan yang baik
amat penting untuk dihasilkan tetapi perangai yang baik juga perlu dihasilkan.
Jangan hanya untuk mengejar nama perkara-perkara ini dibiarkan. Keadaan ini
akam membunuh kreativiti. Mari kita sama-sama berubah untuk mendidik anak-anak
supaya mereka menjadi anak yang berjaya. Generasi akan datang perlu dilihat
dari anak-anak muda masa kini. Cerita 1001 kisah disekolah asrama pelu
dikurangkan untuk mencapai Wawasan 2020 mengikut acuan kita sendiri.
http://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html
ReplyDeletehttp://ceritadomino1945.blogspot.com/2017/10/nibiru-akan-picu-gempa-dan-kiamat-19.html
Tunggu Apa Lagi Guyss..
Let's Join With Us At Dominovip.com ^^
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami :
- BBM : D8809B07 / 2B8EC0D2
- Skype : Vip_Domino
- WHATSAPP : +62813-2938-6562
- LINE : VIPDOMINO99
- No Hp : +855-8173-4523