Siasat bermakna pemeriksaan yang teliti atau penyelidikan dan cakap pula
membawa makna bicara, kata, kecek atau tutur. Dari makna perkataan kita dapat
memahami sebelum sesuatu diperkatakan haruslah sesuatu isi atau perkara
dijalanka pemeriksaan terlebih dahulu. Kalau dalam bidang yang terperinci kita
perlu jalankan penyelidikan barulah sesuatu kebenaran dapat dibuktikan atau
sesuatu dakwaan dapat di sahihkan untuk dimenafaatkan. Sikap menjalankan
penyiasatan terlebih dahulu sebelum bercakap adalah satu amalan yang perlu
diamalkan oleh setiap manusia yang berada didunia ini. Ini bukan sahaja sikap
zaman moden tetapi sikap yang telah diamalkan sejak zaman dahulu. Melalui sikap
ini sahajalah sesuatu yang baik akan dapat menjadi amalan. Tujuan menyiasat
adalah untuk benar-benar memahami apa yang berlaku atau apa yang telah terjadi.
Sikap menyiasat ini bukan sahaja amalan pihak polis untuk membuktikan sesuatu
kes tetapi merupakan kehendak mahkamah setiap sesuatu yang diperkatakan
perlukan bukti yang kukuh. Mahkamah tidak menerima bukti dengar dan cakap.
Mahkamah perlukan bukti yang sangat lengkap. Tanpa bukti kebenaran tidak dapat
ditegakan..
Malangnya yang berlaku sekarang, banyak yang dicakapkan tidak disiasat
terlebih dahulu. Banyak yang dicakapkan tanpa bukti. Banyak juga yang
dicakapkan adalah dengar dan cakap dan kerap berlaku sambung menyambung dan
yang tiada akan diada-adakan.Sesuatu yang kecil akan kerap diperbesar-besarkan
sehingga menjadikan isu yang sangat besar dan tidak boleh dimaafkan. Lihat
sahaja apabila sesuatu kemalangan berlaku, mereka mereka yang menyampaikan
cerita akan menambah-nambah apa yang mereka dengar. Kalau satu kemalangan
berlaku hanya kecederaan di kepala sahaja, tetapi apabila sampai dikampung
halaman atau sampai dipengetahuan keluarga seolah-olah sudah separuh mati dan
telah berada di ICU (Intensive Care Unit). Keluarga akan menjadi kelam kabut
dan kalau tidak kena gaya ini akan menyebabkan bahaya kepada keluarga yang akan
berkejar kehospital dalam keadaan panik dan tergesa-gesa. Walaupun sikap ingin
memberitahu kepada keluarga yang ditimpa kemalangan sesuatu amalan atau
perbuatan atau sikap yang sangat baik tetapi kelakuan menambah cerita atau
memanjangkan cerita adalah kelakuan yang tidak baik.
Setiap pembanggunan yang disediakan oleh kerajaan seharusnya telah
dirancang dengan baik untuk memberi menafaat kepada rakyat. Pembanggunan adalah
sangat perlu terutama kemudahan infrastruktur. Ini kerana dengan adanya
infrastruktur yang baik, mutu kehidupan menjadi lebih baik. Kita kerap
mendengar apabila sesuatu kemudahan itu jika tidak disediakan, berbagai
rungutan akan diberikan seolah-olah kerajaan tidak perihatin terhadap kehendak
rakyat. Malangnya apabila sahaja sesuatu kemudahan diadakan, berbagai rungutan
pula kedengaran. Setiap masa apabila sahaja sesuatu projek siap akan timbul
gulongan penentang yang tidak setuju itu dan ini. Kerap diperkatakan apabila
rumah siap pahat akan berbunyi. Selalunya pihak yang tidak berpuas hati tidak
menyiasat terlebih dahulu sesuatu yang diperkatakan atau tidak memuaskan hati
mereka. Mereka sebenarnya mendengar dari pihak lain yang juga tidak memahami
apa yang sebenarnya berlaku. Ini sepatutnya tidak berlaku jika gulongan ini
menyiasat terlebih dahulu. Mereka seharusnya mendapatkan maklumat yang benar
dari pihak tertentu dan barulah melahirkan perasaan tidak puas hati jika telah
benar-benar memahami situasi tertentu.
Kesan tidak mendapat maklumat sebenar dan terus mengatakan sesuatu yang
tidak benar amat merbahaya. Mereka ini selalunya berlagak pandai dan akan juga
dipercayai oleh setengah gulongan. Kita kerap dipesan supaya belajar kepada
orang yang memahami sesuatu maklumat atau satu bidang kepakaran. Jika ini tidak
berlaku, orang ramai akan belajar dari mereka yang tidak faham. Akibatnya semua
orang juga akan tidak faham dan satu kampong akan tidak mendapat penjelasan
yang sebenar. Proses pembelajaran telah tidak berlaku dengan betul. Akibatnya
negara akan terkebelakang dan pembanggunan
akan menjadi sia-sia. Masyarakat tidak mempunyai kerja lain selain mencela apa
yang telah disediakan. Terdapat juga gulongan yang akan mempergunakan isu yang
tidak difahami untuk mengejar sesuatu tujuan.
Sejak akhir-akhir ini adalah didapati banyak cerita bohong yang terus
dipercayai. Seolah-olah dilihat cerita bohong menjadi popular dan amat diperlukan.
Setiap kebenaran yang dinyatakan tidak dipercayaai lagi. Satu ketika perkara
begini sukar untuk dipercayaai tetapi terbukti sekarang ini cerita bohong amat
diminati. Cerita yang tidak diketahui asal usul juga kerap dipercayaai.
Perkataan yang popular kerap yang kita dengar adalah mereka berkata “cerita ini
kawan rapat ayah aku yang beritahu” atau ada pula yang bercerita ” kawan baik
aku dapat tahu dari orang politik yang rapat dengan sipolan”. Banyak lagi yang
akan memberitahu ”sebenaranya begini cerita yang dia orang beritahu”. Cerita
ini akan terus disampaikan tanpa usul periksa. Akibatnya sangat besar yang
mungkin akan menjadi tohmahan dan buruk sangka terhadap sesuatu. Jika perkara
ini melibatkan orang besar atau sesaorang yang menjadi pemerhatian umum ini
akan menimbulkan aib yang sangat besar.
Kemahiran menyiasat ini telah pun menjadi amalan dalam proses pembelajaran.
Sesaorang yang berjaya perlu mengamalkan kemahiran kedua proses pembelajaran
yang telah memberi kesan yang sangat besar terhadap proses pembalajaran. Kemahiran
kedua proses belajar yang perlu ada
adalah kemahiran menyiasat. Menyiasat ini bermakna kita perlu membaca buku,
pergi perpustakaan, melawat sambil belajar, tanya kawan-kawan atau cikgu atau
ibubapa dan melayari internet. Melawat sambil belajar adalah aktiviti yang
sangat penting diamalkan. Semasa lawatan kita dapat melihat apa yang kita
pelajari didalam kelas. Negeri Melaka adalah negeri yang kaya dengan sejarah.
Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah ada di Negeri Melaka. Melawat Melaka
Bermakna Melawat Malaysia, Ini kerap diperkatakan. Apakah makna ungkapan ini.
Ini bermakna apa yang ada di seluruh Malaysia boleh didapati di Melaka. Banyak
fakta sejarah ada dalam negara kita yang perlu kita lawati dan ini lebih
membolehkan kita memahami sejarah dengan lebih mudah. Semuanya telah kita lihat
dan pernah berada didepan mata kita.
Mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi
sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat
penting jika kita ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting
dalam zaman moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini
kerana dari pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan
kadang-kadang dapat melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja
penyelidikan sangat penting untuk membuktikan teknologi boleh digunakan untuk
memudahkan kehidupan. Semua kerja-kerja penyelidikan memerlukan kerja ujian
dalam makmal atau luar makmal. Sebelum sesuatu jumpaan dapat diterjemahkan
untuk kegunaan kehidupan, ujikaji yang lengkap perlu dijalankan. Setiap ubatan
sebelum digunakan untuk menyemboh penyakit perlu menjalani ujian dalam tempoh
yang lama. Setelah itu barulah ubat dibenarkan berada di farmasi untuk dijual
dan boleh digunakan untuk menyembohkan sesuatu penyakit. Setiap ujian, ujikaji
makmal dan kerja lapangan adalah proses penyiasatan yang perlu dilakukan.
Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan
perpustakaan di peringkat kampong, daerah, negeri dan negara. Kemudahan
perpustakaan juga perlu disediakan bermula di Tadika, Sekolah Rendah dan
Menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat Mara dan Universiti. Kemudahan ini
sangat perlu untuk menjadi pusat rujukan pelajar atau pelatih. Kita dapat
melihat kemudahan perpustakaan yang sangat hebat dan canggih. Perpustakaan
bukan sahaja mempunyai buku yang banyak tetapi mempunyai kemudahan berasaskan
elektronik yang hebat. Jika pelajar atau masyarakat tidak menggunakan kemudahan
yang tersedia ini adalah amat merugikan. Anak-anak sejak kecil lagi perlu
dididik menggunakan kemudahan perpustakaan tidak kira perpustakaan masyarakat
atau dipanggil perpustakaan komuniti. Mengggunakan kemudahan perpustakaan ada
amalan yang baik dan satu kaedah penyiasatan untuk lebih memahami apa yang kita
pelajari. Kerja penyiasatan akan membuatkan kita lebih memahami apa yang
dipelajari. Bukan itu sahaja, kita dapat terus mengembangkan apa yang kita
telah pelajari.
No comments:
Post a Comment