nuffnang ads

Sunday, 14 October 2012

DARI KUIH BAHULU KE ALMOND LONDON.



Kuih muih adalah satu kemestian setiap menyambut perayaan tetapi sudah menjadi kemestian kuih muih disediakan setiap kali menyambut hari raya. Kuih muih juga penting untuk kenduri kendara atau  pada bulan puasa tetapi sebagai makanan sampingan dan pencuci mulut selain buah-buahan. Kuih adalah satu keperluan dalam masyarakat Malaysia. Kuih juga berubah dari jenis traditional sehingga kuih moden sekarang ini. Sudah semestinya setiap kuih mempunya rasa yang enak dan sudah tentu berbagai rasa dan sudah tentu juga rasa manis yang menjadi pilihan.

Setiap menyambut perayaan, pada masa dahulu kuih akan dibuat sendiri. Amat jarang kuih akan dibeli. Mungkin ketika itu ekonomi rakyat negara ini tidak boleh berbuat begitu. Tidak banyak kuih yang dijual dikedai, supermarket atau ditepi jalan. Suri rumah tangga memerlukan kuih dibuat sendiri. Membuat kuih bukanlah sesuatu yang mudah tambahan pula di bulan puasa. Mungkin ketika itu juga banyak surirumah tangga yang tidak berkerja untuk mencari makan. Untuk itu suri rumah mempunyai banyak masa untuk membuat kuih. Setiap rumah akan menghidangkan banyak jenis kuih traditional. Kalau di teliti jumlah kuih yang dihidang lebih banyak dari sekarang. Mungkin kerana kuih dibuat sendiri, banyak jenis yang boleh disediakan. Mungkin juga sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia menghidangkan kuih sebanyak mungkin.

Hidangan dodol buatan sendiri adalah satu kemestian dan kebanggaan. Sudah menjadi bahan perbualan atau pertanyaan bila lagi ingin mengacau dodol?. Ini kerana mengacau dodol bukalah satu kerja yang mudah. Makan dodol mudah dan dodol mempunyai banyak peminat tetapi ingin menyiapkan dodol memerlukan keja kuat untuk mengacaunya dan mengambil masa yang lama. Kalau sudak siap mengacau dodol, satu kerja berat sudah selesai. Kerap kali mengacau dodol akan dilakukan bersama-sama sanak saudara. Selalunya mengacau dodol akan dilakukan diwaktu petang atau selepas makan sahor. Apabila menjelang siang dodol sudah siap. Memang mengacau dodol sangat memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak. Kalau dikacau tidak kena waktu akan mencabar ibadat puasa pada ketika itu.

Dodol pula merupakan kuih kemestian yang perlu dihidangkan pada hari raya ketika itu. Kalau dodol tidak dihidangkan dihari raya seolah-olah raya tidak berseri. Dodol adalah penyeri hari raya satu ketika dahulu. Kueh traditional seperti bahulu, wajik, sagoon, kueh ros, kueh gulong atau lipat (love letter), kueh penderam, inang-inang, lengkong kering, semperit, kueh koye, kueh karas dan kueh kering  merupakan kuih traditional yang perlu ada di pagi raya. Ada juga kueh moden yang menjadi tarikan tetapi kuih traditional sangat popular. Kuih traditional sudah sebati dengan selera orang Malaysia. Kalau ada yang menyedikan kuih modern tetapi kueh traditional juga kerap dicari. Kuih traditional sudah turun temurun, sudah tentu menjadi pilihan

Memandangkan anak-anak sudah belajar tinggi dan sudah merantau jauh ketempat orang. Banyak juga yang telah belajar membuat kueh moden seperti tat nenas, kek lapis, kek buah dan berbagai-bagai nama modern yang diperkenalkan. Walaupun kueh moden mula diterokai tetapi kuih traditional ini tetap dibuat sendiri dan tidak dijual. Pada awal tahun 70an kuih moden telah mula dijual. Ini kerana untuk membuat kuih modern memerlukan peralatan elektrik yang agak mahal. Ini diluar kemampuan penduduk kampung. Mereka terpaksa membuat sendiri kuih hari raya menggunakan peralatan apa yang ada. Bukan senang untuk membeli sebuah oven untuk memasak kuih moden. Ini diluar kemampuan, tambahan pula peralatan traditional sudah ada dirumah dan boleh dipinjam dari saudara mara atau jiran sebelah. Inilah kebanggaan mereka menjelang hari raya. Banyak lagu-lagu raya memuji kehebatan membuat kuih ketika itu. Kehebatan kuih kampong ini telah mengamit anak-anak muda supaya pulang berhari raya di tempat asal mereka.

Taraf hidup yang begitu tinggi telah merubah segala-galanya. Anak-anak muda sudah mula mendapat pekerjaan yang baik. Surirumah juga sudah mula keluar mencari pekerjaan kerana tenaga kerja amat diperlukan dan peluang baik telah disediakan oleh kerajaan. Ekonomi negara sangat baik dan pembelajaran sudah semakin baik. Anak-anak muda sudah diberi pendidikan yang sempurna. Mereka sudah mula meninggalkan kampong untuk kebandar mencari makan. Sudah tentu bandar menjanjikan kehidupan yang baik serta pendapatan yang lumayan. Kehidupan moden dengan perlahan-lahan akan merubah kehidupan. Ini ditambah pula dengan ekonomi keluarga yang makin baik. Sudah menjadi kelaziman, walau sejauh mana mereka terbang. Setiap hari raya pasti akan pulang ke kampong halaman. Pada masa itu kenderaan awam akan menjadi pilihan. Tidak banyak yang mampu berkereta. Ini tidak menghalang untuk mereka pulang ke tempat asal ketika berhari raya. Sudah tentu anak muda tidak pulang kosong. Tidak guna merantau sepanjang tahun kalau tidak berbelanja di hari raya berbagai-bagai hadiah dari bandar akan dibawa pulang lebih-lebih lagi untuk keluarga tersayang. Tempat jatuh lagi di kenang inikan pula tempat bermain.

Keadaan semakin berubah, cara hidup traditional mula diubah dengan kemampuan yang ada selain berpakaian moden walaupun baju melayu tetap tidak diketepikan. Banyak yang mula membawa balik kuih-kuih moden yang dibeli dari bandar. Kerap kali kuih bandar akan dilihat mahal dan sedap. Ini pasti menjadi tarikan pengunjung ke rumah di hari raya. Masyarakat kampong sudah dilihat berada sedikit. Banyak pasangan yang suami isteri bekerja sudah tentu lihat lebih mewah. Kepada yang berada sudah tentu banyak yang perlu dilayan dan banyak pula selera. Sudah tentu kesibukan sudah tidak memungkinkan mereka untuk membut kuih raya sendiri. Masa amat menceburui kehidupan walaupun duduk dikampong lebih-lebih lagi kalau yang mempunyai wang. Cara kampong telah mula berubah. Banyak yang mula membeli kuih traditional dan kuih moden. Peniaga kuih juga tumbuh seperti cendawan tumbuh. Kepada yang berkerja kuih bolih di pesan sahaja. Musim sambutan raya banyak yang menjadi agen penjual kuih. Selalunya kuih moden boleh dipesan dan kuih traditional boleh dibeli digerai sepanjang jalan atau digerai-gerai yang disedikan oleh pihak berkuasa tempatan selain kuih juga dijual di pasar ramadhan.

Suasana sambutan hari raya dikampong juga mula berubah. Perubahan ini berlaku kerana taraf hidup yang makin berubah. Banyak yang telah berjaya dalam hidup dan mula bekerja di jabatan kerajaan atau swasta. Wang telah merubah segala-galanya. Sekarang jarang terdengar orang mengacau dodol kecuali anjuran badan-badan tertentu untuk mengingati kenangan lama. Kerap kali majlis mengacau dodol menjadi minat anak mula untuk melihat bagaimana dodol dapat dihasilkan. Baru mereka tahu mengacau dodol amat memenatkan. Mudah sekarang dodol boleh dibeli sahaja. Bukan itu sahaja semua kuih raya boleh dibeli dimana-mana sahaja. Apa yang perlu adalah duit sahaja. Sediakan duit semua akan tersedia. Apa yang susah kalau tidak berduit.

Suasana menyambut hari raya mula berubah apabila majlis berbuka puasa berubah dari anjuran berbuka puasa dirumah berubah kepada majlis berbuka puasa di hotel.  Sekarang ini setiap kali ingin dilihat majlis berbuka puasa perlu diadakan di hotel atau di dewan tertentu. Sudah tentu premis ini mampu menyedikan makanan yang banyak. Berbuka di hotel atau dewan untuk membolehkan tetamu makan sebanyak mungkin. Itu sebabnya hotel menyediakan buffet ramadhan dengan harga yang bergantung kepada bilangan makanan yang disediakan. Kerap kali jemputan anak-anak yatim juga diadakan di hotel-hotel besar. Ini adalah untuk membolehkan anak-anak yang kurang berkemampuan merasai nikmat makanan banyak seperti yang dinikmati oleh orang lain. 

Bukan sahaja kuih raya perlu dibeli. Sekarang ini hidangan berbuka juga tidak perlu disediakan dirumah. Apa yang perlu dilakukan selepas habis kerja terus sahaja ke pasar ramadhan yang berselerak disetiap persimpangan jalan. Sebut sahaja makanan dan minuman apa yang dikehendaki. Semuanya tersedia. Perubahan ini jelas kelihatan pada awal tahun 90an dimana ekonomi negara sudah mula tinggi dan taraf hidup rakyat sudah mula merubah. Keadaan ekonomi sebenarnya telah merubah cara hidup rakyat.

Kita harus bersyukur, rakyat negara ini telah mendapat nikmat kejayaan negara yang merempah ruah. Rumah pun sudah mula besar dengan kemudahan moden yang sangat lengkap. Setiap rumah sudah mempunyai kenderaan sendiri lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang berjaya dalam karier. Dahalu tidur dalam panas tidak mengapa, apabila keadaan mengizinkan mereka mula memasang kipas angin tetapi sekarang setiap rumah sudah mula memasang alat hawa dingin dirumah mereka. Banyak rumah kampong juga yang mampu memasang alat hawa dingin disetiap bilik. Ini bermakna mereka bukan sahaja mampu membeli peralatan hawa dingin tetapi mampu juga membayar bil elektrik setiap bulan. Setiap rumah sudah mempunyai perkhidmatan Astro. Kalau dahulu rakyat akan merungut apabila kerajaan mengenakan bayaran lesen radio dan tv sebanyak RM 24 setahun. Sekarang ini banyak yang sanggup membayar ratusan ringgit untuk bil Astro dengan berbagai saluran perkhidmatan siaran. Buka itu sahaja setiap rumah tidak lagi memiliki tv yang berat dan besar tetapi sudah mempunyai tv yang besar lagi nipis. Setiap rumah sudah memungkinkan mereka menggunakan perkhidmatan internet. Setiap isi rumah mempunyai Fb mereka sendiri untuk berhubung bersama kawan-kawan atau menjalankan perniagaan.

Gaya hidup yang berkemampuan ini sebenarnya amat ketara. Sekarang ini supermarket besar menjadi tumpuan. Anak-anak semuanya telah memakai pakaian berjenama. Keriangan ini dapat dilihat sejak awal ramahdan lagi dan suasana ini terus dirasai sehingga malam hari raya. Dua atau tiga hari sebelum raya semua supermarket besar akan dibuka sehingga jam 12 malam. Ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka yang baru sampai ke kampong untuk membeli barangan untuk yang tersayang. Makanan yang dibeli juga sudah berubah, kalau dahulu makanan murah menjadi pilihan tetapi sekarang ini udang besar menjadi pilihan

Kesenangan rakyat dapat dilihat apabila sambutan hari raya. Kalau dahulu kuih raya perlu dibuat sendiri. Sekarang ini semua kuih raya boleh dibeli sahaja. Kalau dahulu minuman air sirap tetapi sekarang air kotak dan air botol disediakan. Kalau dahulu anak-anak menunggu duit syiling sahaja tetapi sekarang ini menunggu wang kertas dari sampul kertas dengan ucapan selamat hari raya. Kalau dahulu berbuka puasa dengan pemberian bungkus sekarang hotel menjadi tempat biasa sahaja. Kalau dahuli berbuka dengan beberapa jenis kuih tetapi sekarang buffet dengan ratusan jenis makanan. Kalau dahulu kalau mengunjungi rumah kawan-kawan untuk berhari raya kuih bahulu disediakan tetapi sekarang Almond London di sediakan. Tidak perlu ke London untuk menikmati Almond London. Ini ada di hari raya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...