Sudah sampai kepada masanya kita mendidik anak-anak mempunyai kemahiran bidang tertentu dari
menjadi pandai. Kenyataan ini memang tidak akan dipersetujui oleh banyak orang
buat masa ini. Ini kerana dengan pandai anak-anak akan mendapat pekerjaan yang
baik serta menjadi orang yang berpengaruh pada masa hadapan. Itu sebabnya semua
ibu bapa sangat mengharapkan anak-anak mereka dapat memasuki universiti serta
mendapat sijil yang tertinggi supaya diiktiraf menjadi orang pandai. Kepandaian
akan dinilai dari segi tinggi mana sijil nyang diperolehi, bukan dinilai dari
segi kemampuan untuk bekerja dan menyumbang kepada negara.
Kemahiran pula berasal dari perkataan mahir yang bermakna terlatih untuk
mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai. Memahirkan bermakna melatih diri
supaya cekap, mempelajari dengan bersungguh-sungguh supaya mahir. Kemahiran
bermakna kecekapan, kepandaian dan
berkemahiran membawa makna mempunyai kemahiran. Dalam kehidupan seharian
kemahiran selalunya dihubungkan juga dengan kepandaian dan juga mereka yang
tidak pandai. Ini dapat dilihat apabila sesaorang tidak mendapat kelulusan yang
tidak cemerlang akan dimasukan kedalam bidang kemahiran. Ini adalah satu cara
untuk membolehkan mereka yang tidak pandai dapat menceburi bidang untuk orang
yang tidak pandai iaitu bidang kemahiran.
Sudah sampai masanya kita memuikirkan bidang kemahiran bukanlah bidang
untuk mereka yang tidak pandai, tetapi bergantong kepada minda dan kebolehan.
Bidang kemahiran telah menjanjikan pendapatan yang lumayan. Sekarang ini telah
terbukti mereka yang kemahiran sahaja membolehkan sesaorang menjadi jutawan.
Banyak jutawan sekarang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi tetapi mereka
berjaya dalam kehidupan. Bidang ini tidak glamour kerana tidak diberi
pengiktirafan yang sewajarnya. Pihak kerajaan juga tidak memberi pengiktirafan
kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak-anak menjadi mahir tetapi memberi
pengiktirafan kepada ibu bapa yang berjaya melahirkan anak-anak yang pandai
sahaja dan mendapat kedudukan yang tinggi dalam kerajaan. Sepatutnya pihak
kerajaan memberi juga pengiktirafan kepada ibu bapa yang melahirkan anak-anak
yang berkemahiran.
Kita perlu memberi pengiktirafan kepada ibu bapa yang mempunyai anak
berjaya dalam bidang perniagaan yang juga boleh dikatakan berkemahiran dalam
bidang perniagaan. Sudah terbukti banyak jutawan yang dilahirkan mereka yang
terlibat dalam jualan lansung.Mereka ini pandai bercakap dan berkemahiran
menambat hati pelanggan dengan jualan terus mereka. Bercakap dan bertemu
pelanggan memerlukan kemahiran yang tinggi. Tidak mudah untuk meyakinkan
pelanggan seperti kemampuan peniaga berbangsa cina. Selalunya tempat yang tidak
mampu menarik pelanggan, kalau diberi peluang kepada peniaga cina mereka mampu
menarik pelanggan. Ini adalah kemahiran mereka yang berbangsa cina. Kemahiran berniaga
telah melahirkan banyak orang yang berjaya. Kemahiran perniagaan akan
melibatkan banyak kemahiran yang bermula dari gaya hidup seharian, kemampuan
bercakap, kemampuan bertemu pelanggan, kemampuan pemasaran, kemampuan berhubung
sesama rakan dan juga kemahiran menarik pelanggan. Itu sebab kita perlu
menggalakan anak-anak berniaga. Ini kerana kemahiran dalam perniagaan akan
menjanjikan sesuatu yang baik pada masa hadapan.
Jika bukan tahap jutawan yang menjadi ukuran, banyak lagi bidang yang
selalunya banyak orang terlepas pandang. Lihat sahaja bidang pembaikan kereta
dan motosikal. Perniagaan yang memerlukan kemahiran ini tumbuh seperti
cendawan. Bidang ini memerlukan minat. Bengkel kerja pembaikan ini sama jumlah
dengan jumlah kedai makan atau restoran. Walaupun pekan kecil aatau bandar
kecil tetap mempunyai banyak bengkel pembaikan kereta dan motosikal. Pentingnya
bidang ini sama juga pentingnya klinik kesihatan. Ada yang memanggil klinik
motor kerana bengkel pembaikan kereta motor seperti mana merawat orang sakit.
Bidang ini tidak akan tamat sampai bila-bila. Selagi ada jualan kereta dan
motor. Selagi itu kemahiran membaiki kenderan bergerak ini diperlukan. Kita
harus mengiktiraf kemahiran ini amat penting untuk anak-anak. Kemahiran
membaiki kenderaan bergerak ini sangat penting untuk setiap masyarakat.
Kemahiran menjahit juga merupakan bidang yang sangat penting. Setiap
manusia memerlukan pakaiaan yang berjahit. Setiap manusia sepanjang kehidupanya
memerlukan pakaian berjahit yang banyak sejak lahir hingga dimasukan kedalam
kubur. Kemahiran ini sangat diperlukan. Kita kerap mendengar apabila menjelang
hari perayaan tukang jahit tidak menang tangan dan terpaksa menolak tempahan
sejak dari 3 bulan sebelum perayaan. Banyak tukang jahit telah berjaya dalam
kehidupan. Mereka bukan sahaja mempunyai satu kedai tetapi telah membuka banyak
cawangan dan pada masa yang sama mereka melatih mereka yang berminat menjadi
tukang jahit dan mengupah suri rumah
yang pandai menjahit supaya menjahit dari rumah. Profesion yang memerlukan
kemahiran tangan ini menjanjikan pendapatan yang lumayan yang perlu diceburi
oleh anak-anak muda sekarang.
Satu lagi bidang yang sangat sangat popular sekarang adalah tukang masak
atau chief. Tanpa tukang masak kedai makan atau restoran tidak dapat berfungsi.
Bidang ini bukan tangkap muat sahaja tetapi memerlukan kemahiran yang tinggi.
Banyak chief yang ternama mendapat pengiktirafan menunjukan masakan di dalam
rancangan tv terkenal. Lebih-lebih lagi sekarang ini banyak saluran tv yang mempunyai
berbagai rancangan. Nama restoran juga telah menggunakan nama masakan
menggunakan nama tukang masa. Tambahan rancangan tv luar negara sekarang ini
banyak mengeluarkan rancangan yang menunjukan kepakaran chief. Bidang yang satu
ketika dikuasai oleh orang perempuan telah dimonopoli oleh orang lelaki.
Kemahiran yang penting yang tidak dikenali sudah menjadi sangat diperlukan.
Anak-anak perlu didedahkan kemahiran memasak supaya dapat menguasai kemahiran
ini pada masa hadapan.
Kemahiran membuat kek juga sangat diperlukan. Tidak meriah jika sambutan
hari jadi, majlis perkahwinan dan juga majlis yang mengambarkan kegembiraan kek
tidak dihidangkan. Sudah menjadi kelaziman apabila menyambut hari jadi mesti
ada majlis memotong kek. Satu ketika dahulu ada juga cadangan dibuat untuk
sambutan hari jadi boleh dibuat majlis memotong dodol. Ini tidak disambut
dengan baik dan ada yang mengatakan ‘tidak menyambut hari jadi jika hanya
memotong dodol’. Tujuan menyarankan untuk memotong dodol adalah untuk memajukan
industri dodol di Melaka. Banyak dari
kita hanya memakan dodol satu tahun
sekali. Bagaimana hendak mempromosi dodol jika makanan ini dimakan bermusim
sahaja. Tiada sambutan langsung untuk memotong dodol semasa menyambut hari
jadi.Memotong atau menghidang kek adalah satu kemestian. Mahu tidak mahu
kemahiran membuat kek ini adalah satu yang sangat penting. Membuat kek bukanlah
sesuatu yang sukar sekarang ini. Banyak dapor dan oven yang canggih terdapat
dipasaran. Kemahiran yang penting dalam membuat kek adalah kemahiran mengadun
tepong. Baik adunannya dan mengikut sukatan yang betul. Sudah tentu kek yang
sedap dapat dihasilkan. Kemahiran kedua adalah bagaimana ingin menghasilkan kek
yang cantik untuk diletakan di khalayak ramai sebelum dipotong. Kemahiran
menghias kek juga penting. Apalah kek jika tidak dihias dengan cantik?. Sangat
jelas kemahiran membuat kek adalah bidang yang sangat komersil dan menjanjikan
pulangan yang baik.
Sekarang ini semuanya telah dikomersilkam. Kalau dahulu pelamin untuk
majlis perkahwinan dibuat sendiri sahaja. Dulu buat pelamin dengan cara
bergotong royong. Kalau ada yang mahir dikalangan rakan rakan sekampong atau
jiran. Kemahiran ini akan digunakan. Perbelanjaan membuat pelamin juga tidak
begitu tinggi. Kalau kita melihat gambar pelamin di majlis dulu-dulu cantik
juga. Sekarang ini semuanya telah menggunakan perunding perkahwinan atau
gunakan kepakaran berbayar. Pasangan pengantin boleh memilih pelamin yang
berharga murah, sederhana atau mahal mengikut kemampuan. Pelamin sekarang ini sangat
cantik. Setiap perunding perkahwinan akan mempunyai team yang membuat pelamin
mengikut kehendak tuan rumah. Banyak pasangan yang berkemampuan membuat pelamin
yang mahal. Kerja membuat pelamin bukalah satu kerja yang mudah. Membuat
pelamin memerlukan kepakaran. Bidang ini perlu didalami pada masa hadapan.
Sudah tentu apabila negara berpendapatan tinggi, majlis perkahwinan juga
memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Ini adalah peluang perniagaan yang baik
selain kemahiran menyolek dan merancang majlis perkahwinan supaya dilihat
sangat glamour.
Amat jelas peluang untuk menjadi jutawan sangat terbuka untuk mereka yang
berkemahiran. Amat sedikit mereka yang pandai menjadi jutawan. Selalunya mereka
yang pandai akan berakhir dengan makan gaji sahaja. Mereka yang pandai pun
memang ramai yang berminat untuk makan gaji. Mereka menjadi pandai untuk
memudahkan peluang untuk mendapat pekerjaan. Bila sudah dapat kerja jarang
kepandaian digunakan. Sebaliknya kepada mereka yang berkemahiran terpaksa
bekerja sendiri dengan melakukan perniagaan untuk menunjukan kemahiran yang
dimiliki. Ramai juga yang makan gaji untuk sementara waktu sebelum memulakan
pekerjaan yang menggunakan kemahiran yang dimiliki. Selalunya mereka ingin
mengumpul modal dan mengenali pelangan mereka dan dimana perlu difokuskan.
Apabila ini berjaya dilakukan. Mereka tidak akan menoleh kebelakang. Mereka ini
akan berjaya dan menjadi jutawan pada masa akan datang.
Kepada ibu bapa perlu menukarkan pandangan kepada kerja yang bercorakan
kemahiran pula. Tanggapan makan gaji sahaja sudah tidak sesuai lagi. Kemahiran
banyak memberui peluang kepada kehidupan yang lebih baik. Profesion kemahiran
perlu diberi pengiktirafan sebagai seorang yang berjaya juga. Jangan malu untuk
menggunkan kemahiran untuk mencari makan. Kemahiran adalah sesuatu yang
istimewa dan jangan malu mengatakan kita bekerja menggunakan kemahiran. Lihat
ahli muzik mereka ini adalah yang mencari makan menggunakan kemahiran dan
berjaya menjadi tarikan orang ramai. Menyanyi adalah profesion yang sangat
berjaya kerana menggunakan kemahiran sepenuhnya.
betol tu. kemahiran boleh menjana pendapatan lumayan zaman sekarang. walaupun lulusan spm tapi boleh berjaya jadi jutawan atas usaha dan penat lelah sendiri. tidak perlu kerja makn gaji seumur hidup hanya kerana mahu glamor dan pangkat sedangkan banyak tekanan dan tanggungjawab
ReplyDelete