Buat sama makna berbuat atau membuat yang bermakna mengerjakan (melakukan) sesuatu.Membuat sama juga memperbuat yang bermakna membikin, membentuk atau mencipta, mengerjakan, melaksanakan, melakukan atau menjalankan.Membuat juga bermakna menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan atau menjadikan.Membuat juga membawa makna memperlakukan.Membuat-buat bermakna berpura-pura, berlaku pura-pura atau berbuat seakan-akan.Membuatkan bermakna membuat sesuatu untuk. Memperbuatkan ialah membuat (dengan usaha), terbuat ialah dibuat daripada, terperbuat ialah telah dibuat atau dikerjakan, buatan ialah hasil pekerjaan, sesuatu yang dikerjakan, kerja, cara membuat, hasil ilmu ghaib, buat-buatan yang dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh atai pura-pura.Perbuatan ialah segala yang dibuat atau tindakan.Pembuatan bermakna perihal kegiatan, usaha dan membuat.
Berulang berasal dari perkataan ulang yang bermakna balik pula, kembali dari permulaan, kembali semula.Seulang bermakna sekali lagi.Berulang ialah kembali, pulang ke.Berulang-ulang bermakna selalu pergi balik (ulang alik atau mundar mandir),kerapkali atau berkali kali melakukan sesuatu atau beberapa kali.Mengulang ialah melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi dari apa yang telah dilakukan, mempelajari kembali apa-apa yang telah diajarkan atau menhafal pelajaran, pergi mendapatkan atau mendatangi.Terulang membawa makana sudah diulang, ulangan ialah sesuatu yang dilakukan lagi, sesuatu yang berlaku berkali-kali atau sesuatu yang diulang.Keberulangan ialah keadaan berulang.Pengulangan ialah perihal atau perbuatan mengulanga atau mengulanagi.Pengulang ialah orang yang mengulang atau mengulangi atau mereka yang membantu memberi pelajaran kepada mahasiswa diluar kuliah.Ulang-alik bermakna kerap kali (berkali-kali) pergi dan balik, bolak-balik atau mundar-mandir.Berulang-alik berpergian dan kembali pula (berkali-kali), pergi ke sesuatu tempat dan balik serta berulang.Ulang-kaji ialah kajian semula (kembali) dan mengulang kaji ialah mengulangi kajian, mengkaji semula atau mempelajari semual.
Setiap kerja yang dilakukan perlu dilakukan bersungguh-sungguh.Kalau berjaya sudah tentu amat membanggakan tetapi jika gagal sudah tentua ada orang yang akan keciwa.Keciwa adalah sesuatu yang tidak diingini dan tidak ada orang yang ingin keciwa.Banyak orang berkata kalau kita mnenyerah kepada kekeciwaan kita telah menepuh kegagalan.Kejayaan yang sebenar ialah bagaimana kita boleh mengatasi kekeciwaan atau menukar kegagalan kepada kejayaan.Itulah yang dikatakan kejayaan.Untuk itui setiap pekerjaan perlu dilakukan berualang-ulang untuk memperolehi kejayaan atau untuk membolehkan kita menjadi pakar dan membolehkan semua kerja menjadi mudah dan biasa dalam kehidupan.Untuk berjaya dalam kehidupan kita tuidak boleh menyerah kepada kegagalan.Apabila setiap perbuatan dilakukan dengan berulang-ulang kejayaan sebenrnya akan dapat dicapai.
Sudah tentu setiap yang hidup inginkan kecemerlangan dalam kehidupan. Untuk itu setiap dari kita perlu bekerja kuat untuk mencapai cita-cita atau hajat.Selalunya cita-cita yang perlu dicapai ialah supaya badan sehat dan hidup senang. Kalau boleh senang dalam serba serbi, senang berjalan, senang berbelanja, senang makan dan semua kerja menjadi senang. Kalau ada pun masalah yang menghalang tetapi laluan perlu dipermudahkan tanpa masalah. Inilah sebahagian cita-cita manusia dalam kehidupan sebelum mati. Setiap yang bercita-cita perlu bekerja kuat dan mengatasi setiap masalah, jika ada kegagalan perlu dibuat semula dengan strategi yang lain dan berualng-ulang kalau ada yang tidak kena..Apa yang penting dalam mengejar cita-cita kita jangan mengetepikan orang lain dan cepat putus asa..Jika kita berkuasa tidak mengunakan kuasa untuk memberi masalah kepada orang lain untuk menidakan peluang orang lain yang mungkin berbakat. Sikap ini tidak baik dan tidak membawa negara kearah kegemilangan dan sudah tentu akan membawa keburukan dalam tempoh jangka panjang.
Kerja kuat perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan “”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut tapi biarlah kena pada tempatnya. Telah terbukti mereka yang berjaya samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa bekerja kuat. Sifat malas ditinggalkan jauh-jauh dan permikiran berorientasikan kerajinan ditimbulkan malahan diapongkan supaya terserlah. Kejayaan negara sangat bergantung kepada modal insan yang sentiasa ingi bekerja kuat dan dalam pengertian mudah adalah mereka yang sentiasa rajin.
Jangan terlalu risau jika apa yang kita buat tidak dihargai.Mungkin masyarakat tidak perasan sumbangan kita atau pada ketika itu sumbangan kita terlalu kecil. Mungkin juga sumbangan kita besar tetapi dipandang kecil kerana kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.Sesuatu yang baik jangan ditinggalkan begitu sahaja atau cepat patah semangat.Teruskan buat berulang kali dan perbaiki mana yang tidak kena.Seperti juga kita menulis rencana, kertas kerja atau artikel untuk diterbitkan.Sudah tentu pertama kali dihantar, amat jarang akan terus diterima untuk diterbitkan.Selalunya setiapyang ditolak sudah pasti akan mendapat komen dari penilai untuk diperbaiki.Setiap penulis mesti memperbaiki dan belajar dari kesalahan yang telah diberitahu.Jangan mudah putus asa, berbaiki mutu penulisan seperti yang dicadangkan dan hantar semula.Kalau penghantaran kali kedua juga ditolak, jangan sekali-kali putus harapan dan terus menyimpan artikel tersebut.Perbaiki lagi seperti yang duicadangkan dan hantar semula.Sudah tentu kalau dibuat berkali-kali dan diperbaiki berkali kali artikel akan diterima untuk penerbitan.Apabila artikel dikeluarkan, sudah tentu ini amat mengembirakan.Ini akan menjadi pendorong untuk kita terus menulis pada masa hadapan.Sudah tentu kerja memperbaiki penulisan berulang-ulang akan menambah pengetahuan dan jika terus menulis pada masa akan datang, kesalahan yang dilakukan tidak akan berulang lagi.Inilah yang dikatakan belajar dari kesalahan. Jangan takut ingin mencuba dan jangan takut ditergus dan jangan menyalahkan orang lain kalau komen diberi tidak menyenangkan hati.Sudah pasti kesalahan masa lampau tidak akan diulangi.Inilah pengajaran yang telah kita dapati.
Kepuasan dan keseronokan menulis adalah apabila ada pembacanya dan dapat mengembangkan ilmu pengetahuan. Lebih menyeronokan lagi, jika mendapat komen yang baik dari pembaca atau mendapat maklum balas yang baik dan membina. Sangat mengembirakan lagi jika ada pembaca yang tampil memberitahu apa yang telah mereka baca sangat memberi menfaat kepada mereka. Mereka menyatakan telah mendapat pengetahuan baru dan dapat mengubah cara hidup yang merupakan amalan yang telah lama mereka lakukan. Ini adalah saat yang mengembirakan sesaorang penulis. Menulis sebenanya bukan kerana nama tetapi niat ikhlas untuk memberi maklumat dan pengetahuan baru. Penulisan kerap mampu memberi motivasi kepada orang lain. Inilah artikel yang sebaik-baiknya jika dapat dihasilkan.
Sebenarnya dalam dunia penulisan bukan penulis yang sangat penting tetapi maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat atau pendapat jika tidak ditulis tidak dapat memperkayakan ilmu pengetahuan. Bukan semua penulis mengharapkan imbuhan tetapi banyak penulis ingin menulis apa yang mereka pelajari dan apa yang mereka fahami. Mungkin apa yang mereka tulis hanyalah sesuatu kesalahan atau kesilapan yang telah mereka lakukan tetapi ini perlu ditulis supaya mereka yang terkemudian tidak mengulangi kesalahan yang sama. Itu sebabnya penulisan kajian sangat penting. Bukan semua kajian akan memperolehi kejayaan atau dapat membuktikan sesuatu teori tetapi setiap prosedur kerja perlu ditulis dengan sempurna. Jika prosedur yeng telah ditetapkan tidak berjaya memperolehi sesuatu, prosedur yang telah dilakukan perlu juga ditulis supaya pengkaji pada masa hadapan tidak mengulangi prosedur yang sama lagi.
Memajukan negara juga bukan satu yang mudah, memang apabila sesuatu polisi itu diperkenalkan tidak ramai yang suka atau sudah tentu ramai juga yang akan meraguinya.Sesuatu polisi yang hendak diperkenalkan sudah tentu telah dikaji buruk baiknya dan sudah tentu telah difikirkan kebaikanya untuk negara untuk tempoh jangka panjang.Polisi negara juga tidak boleh sekejap diikuti dan sekejap ditarik balik.Ini akan menyusahkan banyak pihak.Rakyat tidak ada cara lain harus terus mengikuti setiap polisi yang telah diperkenalkan.Sudah tentu kalau sekali dicuba kesanya minimum sahaja yang akan dirasai dan dalam tempuh jangka pendek tidak ada apa-apa yang dirasai tetapi jika kerja ini diulang-ulang dan setelah dibuat beberapa kali sudah tentu berbagai kesukaran dapat diatasi, setiap perancangan akan menjadi dan nikmat akan dirasai. Sebuah negara yang baik akan menasihati rakyatnya buat berulang-ulang-ulang sesuatu dasar supaya apa yang dirancang dapat diteruskan.
Kadang-kadang kedengaran juga banyak anak-anak yang tidak mahu membuat sesuatu pekerjaan dengan alasan tidak minat.Sudah tentu sesuatu perkara itu kalau tidak diminati amat sukar untuk dilaksanakan.Begitu juga kalau ada lagu baru diperkenalkan oleh seorang penyanyi baru atau popular.Pertama kali mendengar jarang orang terus meminati walaupun ada juga yang berlaku.Kerap kali apabila lagu ini dimainkan dan kerap kali apabila dendangan dan senikata lagu-lagu ini diamati setelah didengari berulang-ulang kali, mulalah minat akan timbul dan lama kelamaan akan mula timbul minat. Sudah tentu lama kelamaan lagu ini boleh dinyanyikan dan menjadi siulan.Sudah tentu juga ramai orang yang mula berbelanja untuk memiliki cd lagu tersebut untuk terus didengari pada masa hadapan.Minat akan datang kalau berkali-kali didengari Jarang sesuatu mula diminati dengan sekali dengar sahaja.
Belajar dari kesalahan, buat berualang-ulang dan megamalkan kerja kuat serta sentiasa positif tentang masa hadapan adalah amalan kehidupan yang sangat baik.Kepada yang berkebolehan harus menulis apa yang telah dialami supaya mejadi panduan untuk generasi akan datang.Kita juga tidak mahu mereka yang kemudian melakukan kerja yang sama dan melakukan kesalahan yang sama.Itu sebabnya penulisan sangat penting untuk tujuan rekod.Amalan hidup yang baik adalah tidak mudah putus asa dan sentiasa berfikir apabila mendengar sesuatu isu.Mejadi pendengar yang baik sangat penting selepas itu siasat, fikir dan baru cakap.Ini adalah amalan untuk orang hidup lebih berjaya.
No comments:
Post a Comment