Kerja ialah usaha, kegiatan atau urusan yang bertujuan untuk menghasilkan, menyelesaikan atau menyediakan sesuatu.Pekerjaan ialah sesuatu yang diusahakan atau dilakuikan berterusan kerana mencari nafkah.Sekerja pula ialah sama pekerjaan atau terlibat dalam jenis pekerjaan yang sama.Bekerja ialah melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan atau usaha atau tugas untuk menghasilkan atau menyelesaikan atau menyediakan sesuatu.Mengerjakan ialah membuat atau menjalankan sesuatu atau membuat atau melakukan sesuatu Mengerjai ialah mengusahakan.Memperkerjakan ialah menyuruh atau menempatkan sesaorang bekerja. Pekerjaan ialah sesuatu yang dikerjakan, dilakukan dan dibuat.Pekerjaan juga bermakna perbuatan.Seperkerjaan ilah sama pekerjaan atau sekerja. Berpekerjaan ialah mempunyai pekerjaan atau pencarian. Pengerjaan ialah perihal atau perbuatan atau usaha mengerjakan atau membuat sesuatu, cara atau proses melakukan sesuatu atau pengolahan.Pekerja ialah orang yang bekerja lazimnya untuk mendapatkan bayaran atau memperolehi pendapatan, orang yang memegang sesuatu jawatan dalam perkhidmatan awam atau swasta.Pengerja ialah orang yang mengerjakan atau mengusahakan sesuatu.
Setiap orang perlu bekerja kuat untuk mencarai makan.Semasa awal negara kita merdeka dahulu, adalah menjadi mathalamat kerajaan untuk menyediakan pekerjaan sebanyak mungkin untuk rakyat ini untuk membolehkan semua rakyat mempunyai pekerjaan.Pada masa itu kerajaan tidak memikirkan samaada pekerjaan itu mempunyai teknologi atau tidak.Kerajaan juga tidak memikirkan pekerjaan itu berat atau ringan.Apa yang perlu semua rakyat mempunyai pekerjaan dan mampu m,enyara keluarga dan mendapat makan secukupnya. Pada masa itu semua kerja disambuat baik oleh rakyat, apa yang penting semua orang ada kerja.Rakyat akan terlibat pekerjaan makan gaji, bercucuk tanam, berkebun, nelayan, berniaga secara kecil-kecilan dan tidak kurang yang mendapat pekerjaan makan gaji dengan kerajaan.Rakyat juga bekerja kuat ketika itu dan kerajaan membuat dasar membolehkan rakyat bekerja dan cukup makan.Sudah tentu semua ini berjalan dengan lancar dan negara berkembang dengan baik. Adalah sangat penting rakyat mempunyai pekerjaan dan mampu menyara keluarga dan mampu memberi makan kepada keluarga.Rakyat jika tidak cukup makan akan menjadi ganas dan ini sangat sukar untuk dikawal.Kalau makan sudah cukup mereka akan berfikir dua kali untuk menjadi tidak tentu hala.Apa yang penting makan perlu cukup.
Gaya hidup jelas menunjukan negara ini sangat senang dan rakyat telah mempunyai cukup makan. Menurut kajian 40% sampah yang dibuang merupakan bahan yang boleh dimakan seperti nasi, mee goreng, kueh mueh, roti canai dan beranika lahgi lauk pauk yang tidak habis dimakan. Kalau makanan sudah berlebihan ini merupakan petunjukan negara kita adalah negara yang sudah senang dan rakyat hidup mewah. Kalau rakyat tidak cukup makan sudah tentu makanan tidak mencukupi dan ramai yang akan meminta-minta makanan di sepanjang jalan. Ini tidak berlaku dinegara yang sangat bertuah ini.Kedai makan 24 jam dibuka dimerata tempat dan kedaio makanan segera ala-Amerika juga sudah sampai dipekan-pekan kecil.Pada masa yang sama rakyat amat mudah untuk mendapat pekerjaan dimanba-mana sahaja kita akan dapat melihat penawaran kerja kosong.Tepuk dada dan tanya selera apa jenis pekerjaan yang kita hajati dan layak.
Kedatangan buruh asing telah memeriahkan aktiviti kehidupan dinegara kita. Senang sahaja kalau ingin memikirkan, kalaulah sesuatu negeri telah mula mengambil pekerja asing sudah tentu tenaga kerja didalam negara tersebut tidak mencukupi. Ini bermakna aktiviti ekonomi dalam sesuatu negeri tidak akan dapat berjalan sepenuhnya jika kekurangan tenaga pekerja, jalan penyelesaian dengan mengambil pekerja dari negeri jiran. Pengambilan pekerja asing ini bukan sahaja untuk Negeri Melaka tetapi untuk semua negara diseluruh Malaysia. Ini sekali lagi menunjukan negara ini telah berada diambang negara maju seperti mana yang dicita-citakan oleh seluruh rakyat negara ini.
Kesenangan yang kita nikmati tidak datang bergolek.Semua ini didapati dari usaha dan perancangan pemimpin negara yang bijak.Adalah tidak benar semua ini akan dinikmati oleh semua negara dan bergantung kepada masa.Banyak negara yang telah merdeka sama seperti negara kita merdeka tetapi tidak menikmati kemajuan seperti dinikmati.Banyak negara lain yang kehidupan seperi keadaan negara kita pada tahun 60an.Kalau dilihat dibandar banyak kelihatan peminta sedekah dan rakyat yang tidak mempunyai kediaman yang sesuai.Kita juga dapat melihat ramai orang yang berkeliaran meminta sesuap nasi atau meminta itu dan ini. Sepatutnya kita perlu melihat keadaan ini dan mengambil pengajaran apa yang berlaku dan membandingkan apa yang kita nikmati didalam negara kita.
Sejak kecil lagi sememangnya banyak pesanan dari orang tuan supaya belajar bersungguh-sungguh agar apabila keluar nanti mudah mendapat pekerjaan. Satu ketika dahulu keluar sahaja universiti atau tamat sahaja peperiksaan akhir, pekerjaan telah menunggu. Itu zaman dahulu dimana mereka yang pandai tidak banyak dan rakyat pun tidak banyak. Sekarang ini rakyat semakin bertambah dan mereka yang pandai juga semakin banyak. Untuk mendapat pekerjaan perlu bersaing dengan banyak orang dan sudah tentu pembelajaran dan sijil yang mereka miliki sebagai kayu pengukur. Ini adalah cara terbaik untuk menilai kemahiran sesaorang yang amat sukar untuk diubah atau kaedah penilaian cara lain akan dapat dibuat apabila banyak lagi budaya inovasi dapat diterapkan kepada masyarakat. Buat masa ini cara menilan melalui sijil yang diperolehi adalah cara baik. Ini adalah kerana setiap penilaian perlukan sesuatu yang bertulis. Kalau mahu dilihat mereka berkerja dahulu baru buat penilaian sudah agak terlewat. Banyak yang terjadi mereka yang mempunyai berbagai-bagai jenis sijil tetapi apabila bekerja tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik. Mereka ini perlu diberi latihan lagi. Inilah yang menimbulkan rungutan banyak majikan. Walaupun begitu ini adalah kaedah terbaik kepada sesuatu negara yang menuju menjadi negara maju.
Kerap juga diperkatakan semua orang perlu bekerja kuat, ada usikan yang mengatakan “kita kena kerja kuat sampai mati” dan ada juga yang mengatakan “mati kerana kerja kuat”.Ini semuanya kata-kata usikan yang menyuruh setiap rakyat Malaysia bekerja kuat selain dari mencari makan untuk keluarga adalah untuk memajukan negara.Rakyat yang bekerja kuat akan menjadi kebanggaan negara.Negara sememangnya memerlukan rakyat yang bekerja kuat.Kehidupan manusia selain untuk melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan. Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi hidup tidak ada ketenangan. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tidak ada kerukunan.
Anak-anak kecil kerap dinasihatkan oleh ibu bapa supaya belajar bersungguh-sungguh supaya hidup apabila dewasa menjadi senang. Sudah tentu kesenangan akan dihubungkan dengan kemewahan kebendaan dan juga ketenangan jiwa. Anak-anak juga apabila ditanya sudah tentu ingin pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan seperti yang diceritakan di tv atau dari kawan-kawan sekeliling atau dari pemerhatian sendiri. Kemewahan adalah sesauatu yang dicita-citakan dan sudah tentu akan memberi motivasi luaran atau dalaman. Ini juga adalah cita-cita pemimpin untuk membolehkan rakyat hidup senang dan mewah.
Sejak dari kecil, anak-anak apabila ditanya apabila besar hendak jadi apa? Sudah pasti tanpa malu-malu akan menjawap dengan penuh bersemangat. Sudah tentulah jawatan profesional yang bergaji besar atau profesion yang melambangkan kegagahan atau profesion yang memakai pakaian seragam. Ibubapa hanya akan tersenyum riang. Anak-anak pula bercakap tanpa memikirkan kebolehan yang dimiliki tetapi berdasarkan kehendak dan apa yang mereka lihat. Beginilah memulakan kehidupan. Apabila sudah besar ditanya soalan yang sama. Ramai yang tidak akan menjawap, kalau menjawap pun dengan perasaan malu kerana mereka telah mula mengetahui kebolehan dan cabaran kepada kehidupan.
Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam ketenangan.
Kerja kuat perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah. Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka.Besyukurlah negara ini telah dapat menyediakan pekerjaan yang mencukupi untuk rakyatnya.Sudah tentu ini memerlukan perancangan yang baik untuk masa kini dan masa hadapan. Kita tidak mahu menjadi orang yang lupa apa yang telah kita nikmati tetapi bercakap banyak dan komplen apa yang kita tidak dapati atau diberi.
No comments:
Post a Comment