Banyak orang berkata duit sangat penting.Walaupun ada yang berkata duit tidak boleh membeli segalanya tetapi jika tidak mempunyai wang lagi susah dan tidak dapat membeli apa-apa. Hidup bukan untuk mencari wang sahaja, hidup adalah untuk membina keamanan untuk kepada rakyat supaya rakyat dapat hidup dengan selesa dan kesenangan. Hidup juga bertujuan untuk membolehkan kehidupan anak-anak selesa dan mendapat pendidikan yang baik untuk membolehkan kehidupan bertambah aman untuk selama-lamanya. Semua orang mahukan kehidupan yang senang dan kalau boleh mati pun dalam keadaan senang dan mempunyai duit yang banyak.Ini untuk membolehkan duit yang ditinggalkan digunakan oleh anak-anak ataupun orang yang kita sayangi.Kalau boleh harta yang ditinggalkan boleh digunakan oleh generasi yang akan datang dan terus memberi manfaat kepada kehidupan yang akan datang.
Pentingnya duit untuk membolehkan kita berbelanja.Ada duit senang dibelanjakan.Kalau tidak berduit bertambah susah lagi kerana tidak boleh berbelanja.Kalau tidak ada duit banyak kehidupan dalam dunia yang tidak dapat kita miliki atau nikmati.Setiap yang mempunyai duit perlu membelanjakan duit untuk kehidupan yang lebih selesa.Kepada mereka yang berkeluarga membelanjakan duit yang ada sangat penting.Tidak ada gunanya jika kita mempunyai duit tetapi anak-anak tidak mendapat makanan yang cukup, tidak berpakaian cantik dan berbau busuk.Tiada ada guna jika mempunyai wang jika keluarga tidak selamat dan tidak boleh berjalan dengan selesa. Tidak guna jika ada duit kita tidak berbelanja untuk pendidikan anak-anak.Setiap yang berduit harus berbelanja untuk anak-anak dan keluarga hidup dalam keselesaan dan isteri sentiasa berpakaian cantik.
Senang dalam kehidupan bermakna mudah berbelanja dan tidak susah dalam kehidupan. Pendapatan atau duit yang ada mencukupi untuk kehidupan dan tidak menyusahkan orang lain. Kesenangan adalah apa yang dicari dalam kehidupan. Semua orang berkerja kuat untuk mencari kesenangan diri dan keluarga. Sejak kecil lagi setiap ibubapa akan menasihati anak-anak supaya belajar bersungguh-sungguh supaya apabila besar nanti akan hidup senang. Itu pasal ibubapa hantar anak-anak belajar setinggi yang boleh supaya anak-anak hidup senang. Ada ibubapa yang berpesan kepada anak-anak, mereka tidak meninggalkan kesenangan harta. Pendidikan atau pelajaran yang mereka terima adalah harta untuk kesenangan untuk masa hadapan. Bolehlah dibuat kesimpulan semua dari kita mengejar kesenangan masa hadapan. Inilah yang telah dibisikan oleh ibubapa dan juga keadaan persekitaran. Kejayaan ibubapa adalah mengira samaada anak-anak memperolehi kesenangan atau tidak. Jika anak-anak senang dan tidak lagi bergantung harap kepada keluarga adalah dikira sangat baik. Ibubapa akan mula bercerita kebanggaan mereka dalam perbualan seharian.
Kerajaan juga perlu berbelanja untuk rakyat.Kerajaan yang berduit harus membina infra struktur yang baik untuk kegunaan rakyat. Tidak ada pembaziran setiap perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat.Selagi duit kerajaan tidak dibuang kedalam sungai sudah tentu rakyat akan mendapat keuntunganya. Setiap ringgit yang dibelanjakan sudah tentu memberi manfaat kepada rakyat.Apa yang dibelanjakan sudah tentu dapat memberi makan kepada rakyat.
Setiap yang mempunyai banyak wang pasti akan membelanjakan wang mereka. Tidak ada guna wang banyak kalau tidak membelanjakan wang untuk keselesaan. Untuk mencapai hidup yang lebih selesa wang perlu digunakan untuk membeli berbagai-bagai keperluan harian dan makanan. Sudah tentu wang dibelanjakan untuk kawasan persekitaran tempat kediaman mereka. Kawasan yang berdekatan dengan kawasan kediaman orang yang mempunyai wang kerap dilihat maju dan sibuk. Ini kerana berbagai-bagai perbelanjaan perlu dibuat untuk menyempurnakan kehidupan. Sarapan pagi, makan tengahari, munim petang, makan malam jamuan bersama kawan-kawan dan kenduri kendara perlukan mereka berbelanja. Ini sudah tentu dalam jumlah yang besar. Untuk itu setiap dari kita jangan marah kalau ramai mempunyai wang. Apa yang perlu dilakukan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Mereka akan datang untuk mencari sesuatu dalam kehidupan. Lihat sahaja restoran dipersekiran perumahan orang mempunyai sentiasa penuh. Selain dari mereka makan bersama keluarga mereka juga sentiasa dikunjungi oleh kawan-kawan dan saudara mara. Sudah tentu restoran menjadi tempat tumpuan. Setiap peniaga perlu menyediakan makanan yang sedap-sedap serta kemudahan yang terbaik untuk mereka. Inilah yang perlu dilakukan, bukan marah atau mencemburui orang mempunyai wang dan mengatakan mereka itu dan ini. Ini tidak betul sebenarnya.
Gaya makan orang yang berduit juga sudah berubah. Sekarang ini pizza, burger dan steak adalah makanan keluarga selain nasi lemak. Kalau dahulu nasi goreng, mee goreng, roti canai dan lempeng sahaja menjadi makanan utama. Sekarang ini rezepi barat sudah mula menjadi kegilaan. Kalau dahulu kedai kopi sekarang ini kedai kopi ala barat sudah mula menjadi kegilaan. Anak-anak muda dari keluarga berduit lebih selesa berada di Star Buck kalau dibandar dan kalau di bandar kecil Unce John, Kopitiam dan kedai kopi yang mempunyai wifi menjadi tempat mereka bertukar fikiran. Restoran segera Pizza Hut, Kentucky Fried Chicken dan Mc Donolld adalah tempat orang berduit bersarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Banyak juga restoran ala Amerika ini beroperasi 24 jam. Tengah malam restoran ini telah menjadi tempat berkumpul orang-orang berduit untuk bertukar-tukar fikiran atau membaharu kenalan. Restoran makannan segera ini adalah suatu yang mahal pada satu ketika dahulu. Hanya mereka yang berada sahaja mampu direstoran ini. Kalau ada sambutan yang istimewa sahaja akan diadakan direstoran ini tetapi sekarang ini telah menjadi tempat makan biasa. Restoran ala-Amerika ini sudah menjadi tempat lepak gulongan muda. Coffee house di hotel ternama pula sudah menjadi tempat lepak gulongan tuan atau yang berpengaroh. Suasana sudah berubah dari kedai kopi ke coffee house. Kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang sudah berubah dari kais pagi makan Mc Donold dan kais petang makan Kentucky Fried Chicken. Itulah peribahasa baru bersesuaian dengan kehidupan dinegara kita. Negara kita sememangnya sudah berada diambang negara maju. Ini terbukti dengan bertambahnya restoran 24 jam diseluruh negara.
Pokok pangkal setiap dari kita perlu berkerja kuat untuk keluarga. Gunakan sepenuh masa untuk mencari rezeki kalau apa yang kita ada tidak mencukupi. Jangan asyik bersungut tidak mempunyai wang dan pada waktu yang sama kita mempunyai wang. Adalah lebih buruk kalau kita mempunyai wang dan pada masa yang sama kita berkata tidak mempunyai wang untuk mengharapkan bantuan. Biarlah kita bersikap jujur kepada kehidupan. Kepada mereka yang pernah menerima bantuan pembelajaran atau apa-apa bantuan satu ketika dahulu. Ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu bersyukur. Kita tidak boleh terus menerus menerima bantuan atau pun semua peringkat keluarga kita memerlukan bantuan. Bantuan yang pernah kita terima dahulu perlu digunakan dengan dengan penuh keazaman supaya pada satu masa keturunan kita atau anak cucu kita tidak menerima bantuan lagi. Ini adalah yang terbaik untuk kita dan keluarga. Bukan sepanjang masa kita perlu bantuan.
Banyak orang berkata duit bukan segala-galanya dalam kehidupan tetapi jika tidak berduit, hidup juga menjadi susah. Zaman sekarang orang yang berduit amat disegani. Mereka yang berduit dilihat berpengaruh dengan duit yang mereka miliki. Itu sebabnya orang berduit atau jutawan menjadi rebutan. Bintang filem juga memilih orang yang mempunyai duit untuk hidup senang. Ini kerana bintang filem atau artis boleh membuat banyak pilihan kerana mereka orang terkenal. Hidup sebagai jutawan semuanya mudah, duit tidak dapat membeli segala-galanya tetapi tidak ada duit satu pun tidak boleh dibeli. Semasa belajar, kalau disebut jutawan atau perlu jadi jutawan ramai yang rasa sesautu yang tidak perlu. Apabila mereka telah mula bekerja dan merasakan semua yang ada didunia untuk dimiliki perlu mempunyai duit. Pada masa itu barulah mereka memikirkan perlu jadi jutawan. Ada duit senang berbelanja dan hati pun suka. Kalau tidak ada duit sudah tentu tidak dapat buat banyak perbelanjaan. Semua orang berpeluang menjadi berduit kalau kita berani menghadapi cabaran dalam berkarier. Kalau kita memilih perkerjaaan yang mudah dan tidak ada cabaran tentu sekali peluang menjadi berduit tidak akan terjadi. Setiap prang perlu berniat untuk menjadi berduit supaya dapat membantu orang lain. Inilah yang paling penting dalam kehidupan. Apa yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Kita patut berkerja kuat dalam kehidupan, menjadi orang baik dan menjadikan dunia ini tempat untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga.serta berduit
Penilaian berduit dalam kehidupan mungkin dapat diberi kepada tiga peringkat iaitu senang, kaya dan jutawan.Satu ketika dahulu apabila negara mencapai kemerdekaan, dasar negara bagaimana untuk membolehkan rakyat dapat makan sahaja. Ini sudah mencukupi. Ini kerana jika tidak ada makanan, rakyat akan kelaparan. Jika kelaparan rakyat akan bersikap ganas. Kita lihat sahaja semua binatang apabila kelaparan akan menjadi ganas. Itulah yang akan terjadi kepada manusia jika dibiarkan kelaparan. Kerajaan bekerja kuat untuk membolehkan rakyat mendapat apa sahaja pekerjaan supaya mereka boleh makan dan menyara keluarga untuk makan. Pada masa yang sama mampu memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Kerajaan telah menjadi sangat berjaya. Rakyat Malaysia bukan mati tidak makan tetapi mati terlalu banyak makan. Rata-rata kita lihat, penyakit kencing manis telah menjadi bahan perbualan biasa dan ada yang berkata penyakit kencing manis dapat diselesaikan dengan memakan berbagai-bagai ubat termasuk ubat tradisional. Kalaulah rakyat tidak cukup makan sudah tentu rakyat akan mendapat penyakit kencing tawar.
Kepada mereka yang berduit jangan banyak soal untuk berbelanja.Belanjakan duit jika ada dan jangan banyak soal.Kalau mampu beli banyak rumah kedai untuk disewakan secara murah.Banyak mereka yang kurang berkemampuan ingin berniaga tetapi tidak berpeluang kerana sewa kedai yang sangat mahal.Bagaimana mereka yang bermodal rendah untuk berniaga.Mereka ini perlu dibantu oleh mereka yang berduit.Kita tidak boleh selama-lamanya meminta kerjaan sahaja memberi bantuan tetapi mereka yang berjaya atau berduit juga perlu menghulurkan tangan.Kepada mereka yang berduit juga kalau boleh membantu dalam bidang pendidikan.Mereka yang berduit perlu mewujudkan sekim bantuan kewangan mereka sendiri untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan atau tidak mahu berbelanja untuk pendidikan.Kepada mereka yang berduit teruskan berbelanja untuk membantu mereka yang kurang bantuan atau yang perlukan bantuan.Jika berduit jangan banyak soal, belanjakan wang untuk kesejahteraan rakyat.Sebenarnya tidak rugi membelanjakan duit.Inilah yang sangat penting dalam kehidupan.
No comments:
Post a Comment