nuffnang ads

Saturday, 13 October 2012

BERADAPLAH MENGHADIRI MAJLIS.



Jemputan menghadiri sesuatu majlis samaada berbayar atau tidak adalah satu penghormatan. Kalau kita mempunyai kesempatan atau atas tugas yang memerlukan kita hadir, ini adalah sesuatu yang sangat dialu-alukan oleh organisasi atau orang persaorangan yang menjemput. Selalunya tetamu akan dihormati dan majlis akan bertambah meriah jika banyak jemputan yang datang. Untuk majlis amal anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) lebih ramai orang datang ini adalah sangat baik. Setiap kali majlis yang dianjurkan sudah tentu akan dihadiri oleh orang kenamaan yang kerap dipanggil VVIP (very very important person). Seperti mana lazim, kehadiran VVIP amat penting, ini bukan sahaja kerana kehadiran tetamu khas dan juga VVIP tetapi penghormatan kepada VVIP kerap kali merupakan imej sesuatu majlis. Ini telah menjadi budaya kita menyambut orang penting atau tetamu khas perlu dibuat semeriah mungkin dan perlu diatur dengan baik. Peserta yang hadir  akan menilai kehadiran orang penting sebagai kayu pengukur terhadap kejayaan sesuatu majlis. Jika ramai orang besar yang datang, program itu dikatakan majlis yang sangat-sangat berjaya . Kalau sambutan VVIP tidak dibuat dengan meriah  atau secara ala-kadar sahaja, kerap kali dikatakan majlis tidak berjaya.Penganjur dikatakan tidak mengikut adap yang betul dan tidak sesuaidengan adapa ketimuran yang menghormati tetamu.

Kerap kali kita akan melihat barisan hadapan sesuatu majlis agak lenggang dan kerusi nampak kosong sahaja. Selalunya jemputan akan duduk dibarisan belakang dahulu. Ini telah menjadi tradisi dinegara kita. Mereka hanya akan kehadapan jika telah diarahkan oleh pengerusi majlis untuk memenuhi tempat kosong. Kerap kali juga kita mendapati barisan hadapan memang sengaja di kosongkan untuk menunggu tetamu yang agak penting VIP (very important person). Ruangan ini hanya akan dipenuhi jika benar-benar mereka yang dikatakan penting ini tidak hadir dan kerap kali terbiar kosong sehingga diakhir majlis. Ini kerana mereka yang telah duduk kebelakang agak malu untuk bertukar tempat jika perasmi telah hadir. Mereka akan pindah jika majlis belum lagi bermula. Mengkin kerana mereka malu atau merasakan mereka tidak layak untuk duduk dibarisan hadapan. Dengan kosongnya tempat duduk dibarisan hadapan menyebabkan penganjur merasa serba salah, kalau dipenuhkan takut VIP akan datang pula dan kalau dibiarkan kosong akibatnya jemputan kemajlis tidak dapat dilihat memenuhi dewan. Bagi jemputan biasa (bukan VIP), mereka serba salah untuk kehadapan, mungkin katanya tidak layak atau apa pula kata penganjur. Inilah salah satu sebab tempat duduk agak kosong dibarisan hadapan. Agak sukar untuk menukar tabiat ini sebagai tetamu, kita tidak boleh dilihat sebagai sesaorang yang tidak diperlukan jika berada dibarisan hadapan. Kepada penganjur, perancangan yang rapi perlu dibuat untuk susunan tempat duduk dan kepada mereka yang dikategorikan VIP perlulah mengesahkan kehadiran sebaik-baik sahaja menerima jemputan. Ini memudahkan penganjor untuk menyediakan tempat duduk dan membuat perancangan. Jika tetamu VIP tidak hadir atau wakil tidak hadir, tempat duduk dihadapan bolehlah diberikan kepada jemputan lain.

Sikap mengesahkan kehadiran sangat penting. Ini membolehkan penganjur mencari alternatif lain. Banyak aturan lain boleh dibuat seperti aturan tempat makan, sidang akhbar dan beberapa lagi aturan protokol. Sikap mengesahkan kehadiran lebih awal amat penting. Setiap jemputan perlu sensetif dengan perkara ini. Tabiat yang baik ini akan memudahkan kerja orang lain. Jika jemputan bertaraf VIP tidak dapat hadir dan perlu menghantar wakil, ini juga perlu diberitahu lebih awal. Ini kerana walaupun jemputan bertaraf VIP tetapi wakilnya juga perlu menghampiri bertaraf VIP juga. Pemilihan wakil juga perlu bertepatan dengan majlis dan setiap wakil akan mendapat layanan seperti VIP juga kalau protokol sepenuhnya diikuti, walaupun jarang diikuti sepenuhnya.

Kerap kali mereka yang dikatakan VIP atau tetamu yang memikirkan mereka juga penting hanya akan duduk setelah tetamu VVIP hadir. Banyak jemputan ini akan berada di ruang menunggu VVIP. Kita dapat melihat suasana sangat sibuk dan terlalu banyak yang menunggu. Sebenarnya menunggu ketibaan VVIP juga amat perlukan, jika ini tidak dilakukan tetamu VVIP merasakan kehadirannya tidak diraikan. Walaupun begitu kita perlu melihat jenis program. Sememangnya ada program atau majlis yang memerlukan ramai orang menunggu diruang ketibaan tetapi banyak majlis yang tidak memerlukan terlalu ramai yang menunggu diruang ketibaan. Adalah sangat baik jika kita dijemput sesuatu majlis terus sahaja mengambil tempat duduk diruang jemputan yang telah disediakan. Ini sangat baik kerana penganjur dapat mengetahui berapa ramai jemputan yang telah hadir dan mudah untuk mereka memulakan sesuatu majlis. Sikap tidak mengambil tempat duduk sebaik-baik sampai dalam sesuatu majlis adalah sikap yang tidak berapa baik. Kelakuan berkeliaran disana-sini juga perlu dielakan.

Berpakaian juga sesuatu yang amat penting dalam sesuatu majlis. Adalah perlu kita mengetahui lebih awal, Apakah pakaian yang patut dipakai dan adakah pakaian telah ditetapkan oleh penganjor?. Tidak berpakaian yang bersesuaian adalah tidak memenuhi kehendak jemputan. Walaupun pada setengah jemputan ini tidak penting tetapi jika telah ditetapkan oleh pengajur,  ini perlulah dipenuhi. Adaalah agak janggal jika kita berpakaian lain dari yang lain. Adalah perlu dalam setiap jemputan menyatakan pakaian yang perlu dipakai pada majlis tersebut. Ini untuk mengelakan tetamu tersipu-sip[u dan tiodak selesa. Kepada tetamu juga perlu juga melihat majlis yang akan dihadiri. Pakaian yang tidak keterlaluan dan bersesuaian dengan sesuatu majlis adalah amat perlu disesuaikan.

Kerap kali juga majlis belum habis tetamu telah mula meninggalkan majlis. Ini rasanya tidak baik dan tidak sopan. Dalam majlis yang mana kehadiran VVIP untuk majlis perasmian dan penutup. Kita akan mendapati tetamu akan mula meninggalkan majlis sebaik-baik sahaja perasmi mengucapkan kata-kata perasmian. Apabila ini dilafaskan, pada setengah tetamu jempuatn telah mula meninggalkan tempat duduk untuk keluar atau terus menghadiri jamuan. Pada hal banyak lagi yang perlu disaksikan dan kita perlu berada ditempat duduk. Kerap kali ada gimik perasmian atau pelancaran dan majlis penyampaian cenderamata atau cenderahati. Para tetamu sangat tidak mengambil berat untuk majlis ini. Tetamu hanya boleh meninggalkan majlis sebaik-baik sahaja tetamu VVIP telah beredar meninggalkan majlis atau telah keluar dari bilek perasmian untuk menuju ke jamuan makan atau untuk lawatan ketempat pameran.

Setiap kali amat memalukan, apabila kita menoleh kebelakang, tetamu jemputan telah beredar meninggalkan majlis dan kelihatan kerusi kosong sahaja. Ini dapat dilihat dari atas pentas dengan jelas. Amat memalukan penganjur jika kejadian ini berlaku dalam sesuatu majlis terutama majlis resmi. Tetamu dilihat tidak  menghormati sesuatu majlis dan tidak menghormati tetamu VVIP dan VIP. Sikap menghormati tetamu dalam sesuatu majlis sangat penting dan tabiat ini perlu dilakuklan setiap masa semasa menghadiri sesuatu majlis. Kita perlu meghormati tetamu dan penganjur majlis. Sikapa ini amat baik dan jangan sekali-sekali mengambil mudah walaupun majlis yang tidak begitu resmi tetapi ini perlu dilakukan untuk melihatkan sesuatu majlis sangat berfaedah.

Tatetertib menghadiri jamuan yang disediakan juga perlu dijaga. Setiap jemputan perlu hadir majlis jamuan yang telah disediakan (selalunya begitulah). Ini untuk tidak membazirkan makanaan yang telah dipesan mengikut kehadiran. Perlu juga diambil perkatian tempat yang telah disediakan dan tidak menggangu tempat makan tetamu jemputan khas. Kerap kali tempat jamuan jemputan khas agak kosong. Ini kerana dalam soal makan, para jemputan amat sensetif dan malu. Kalau boleh mereka tidak mahu makan ditempat yang disediakan tetapi lebih berminat untuk makan ditempat jamuan jemputan biasa. Pada sekali pandang tabiat ini dilihat seolah-olah merendah diri tetapi dari segi penganjur, sikap ini tidak juga baik. Tempat yang disediakan akan kosong, penganjur merasakan tetamu tidak sudi dengan jamuan yang telah disediakan. Tetamu juga perlu tidak dilihat berebut-rebut untuk mengambil makanan. Jika makanan disediakan secara buffet, amalan beratur untuk mengambil makanan sangat diharapkan. Beratur mengambil makanan adalah sikap yang amat baik dan lihat menghormati majlis. Adap mengambil makanan perlu dijaga.Jangan ambil makanan terlalu banyak.Ambil makanan yang boleh dimakan dan dihabiskan.Kalau tengok makanan sudah berkurang dan ramai orang masih beratur, ambil sedikit sahaja makanan supaya orang belakang juga mendapat makanan. Adalah sangat baik mengambil makanan dengan memikir orang belakang dan jangan terlalu gelojoh dan dilihat seperti orang tidak pernah mendapat makanan.Penganjor akan menyediakan makanan mengikut masa.Kalau dikatakan jamuan ringan, sudah tentu makanan disediakan ringan sahaja bukan banyak seperti kuantiti makan malam atau tengahari.Fahami waktu jamuan dan jenis makanan yang disediakan.

Kehadiran sesuatu majlis sangat bermakna. Jika kita menggunakan kehadiran kita sesuatu majlis untuk berjumpa kawan-kawan, membuat jalinan kerja (networking), menyelesaikan masaalah pekerjaan dan untuk mendapat sesuatu pengetahuan adalah sangat berfaedah. Adalah perlu kita sampai sesuatu majlis sebelum sesuatu majlis bermula dan perlu hadir sebelum ketibaan perasmi atau VVIP. Perlu juga hadir dengan pakaian yang sesuai dengan majlis tertentu supaya tidak dilihat seperti orang asing. Apabila sahaja sampai perlu terus mendaftar diri kehadiran jika diperlukan. Adalah sebaik-baiknya terus mengambil tempat duduk yang telah disediakan. Kalau boleh memenuhi tempat duduk bahagian hadapan dahulu atau tempat yang telah disediakan. Boleh bersembang dengan tetamu yang duduk berdekatan dan apabila sahaja majlis ingin dimulakan perlulah menukar mode deringan talipon tangan supaya tidak menggangu keselesan tetamu yang lain. Perlu baca buku aturcara program (jika ada) atau membaca dokumen yang telah disediakan supaya kita dapat menghayati program yang kita hadiri ini. Boleh juga berkenalan mereka yang duduk berhamprtan dengan kita dan bertukar-tukar pendapat tentang menafaat program.

Majlis akan dimulakan sebaik-baik sahaja tetamu VVIP atau perasmi telah sampai. Kita perlu berdiri atau mengikut bacaan doa jika ada. Jika nyanyian lagu tertentu dimainkan, kita perlu menyanyi bersama-sama mengikut alunan muzik., jika diperlukan menyaynyi. Ada juga majlis yang tetamu tidak perlu menyanyi, hanya perlu mendengar muzik sahaja. Tabiat mendengar adalah sangat penting dalam kehidupan. Perbualan sesama jemputan perlu dielakan supaya kita dapat mendengar dengan baik. Sikap suka mendengar adalah kemahiran terpuji untuk segenap masyarakat. Setiap ucapan atau persembahan perlu diberi tepukan yang bergemuruh. Ini merupakan penghormatan yang biasa uintuk apa juga persembahan. Hayati pesembahan hingga habis dan tunggu segala aturcara majlis tamat dan meninggalkan majlis atau bangun setelah  orang kenamaan beredar meninggalkan majlisi. Ini adalah sikap terpuji  dan beradap untuk setiap tetamu dalam sesuatu majlis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...