nuffnang ads

Tuesday, 23 October 2012

MELAKA HEBAT: LAKUKAN DENGAN PROFESIONAL.



Profesional membawa makna yang berkaitan dengan (bergiat dalam) bidang profesion (seperti undang-undang, perubatan dan lain-lain). Golongan profesional atau ahli profesional berasaskan (memerlukan) kemampuan atau kemahiran yang khusus untuk melaksanakannya, cekap (teratur) dan memperlihatkan kemahiran tertentu dan melibatkan pembayaran dilakukan sebagai mata pencarian dilakukan sebagai mata pencarian dan mendapat bayaran. Orang yang mengamalkan (kerana pengetahuan, kepakaran dan kemahirnya) sesuatu bidang profesion.. Keprofesionalan pula bermakna kemampuan yang khusus (sebagai profesional) keupayaan seoprang profesional. Profesionalisme pula sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu) sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

Setiap kali untuk mengisi jawatan tinggi (kategori A atau B) iklan akan dikelurkan dengan menyatakan kelulusan yang dikehendaki berasaskan tugas yang akan dilakukan. Tujuan iklan adalah untuk mereka yang layak dan berkelulusan seperti dikehendaki memohon. Kelayakan dipilih berdasarkan kelulusan yang dicapai disamping watak yang ditunjukan dalam temuduga. Harapan adalah supaya setiap kelulusan yang diperolehi dan pengetahuan yang dimiliki sesaorang calon dapat melaksanakan tugas dengan baik. Pengetahuan semakin diperlukan jika jawatan yang diiklankan adalah jawatan profesional sebagaimana yang telah diterangkan diatas. Sangat diperlukan sesaorang yang telah dipileh menjawat sesuatu jawatan untuk melakukan kerja secara profesional dan cekap.

Bidang tugas yang memerlukan pengetahuan khusus sangat diperlukan supaya sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan baik untuk mematuhi piawai yang diperlukan. Bidang kerja yang memerlukan keprofesionalan sangat diperlukan dalam segenap aspek kehidupan. Lihat sahaja penjadualan pergerakan bas dalam bandar dan luas bandar. Tugas menjadualkan bas kerap kali diletakan kepada mereka yang berkelulusan “chartered transport”. Ini bermakna jawatan ini telah disisi kepada mereka yang layak dan berpegetahuan berkenaan penjadualan bas. Malangnya apabila kita melihat jadual pergerakan bas tidaklah seperti yang kita harapakan. Kerap kali kita melihat jadual perjalanan bas berhenti-henti sangat mudah. Jadualnya hanya mengatakan perjalanan bas dari setesen bas setiap 30 minit atau 15 minit. Sememangnya nampak macam mudah difahami tetapi bagaimana pula jadual perjalanan disetiap perhentian bas. Ini memerlukan jadual perjalanan yang baik supaya penumpang tidak tertungu-tungu. Walaupu sekarang kelihatan jadual perjalan bas  dalam bandar agak baik dengan adanya jadual perjalanan disetiap perhentian bas tetapi ketepatan masih lagi perlu disemak.

Sangat perlu penhadualan jadual bas setiap perjalanan dalam atau luar bandar dijadualkan dengan baik.Setiap perhentian bas perlu memiliki jadual perjalana yang lengkap bukan setiap 15 atau 30 mini bas akan sampai. Kalau begini membuat jadual perjalanan bas tidak perlu mengambil mereka yang berkelulusan tinggi untuk mengisi jawatan tersebut. Mereka yang tidak berkelulusan berkenaan penggangkutan juga boleh mengisi jawatan ini. Sudah sampai masanya jadual perjalanan bas dalam Negeri Melaka dirancang dengan baik. Negeroi Melaka sudah berstatus negeri maju. Negeri Melaka juga mempunyai Setesen Bas  Melaka Sentral yang bertaraf dunia. Kemudahan dan rekabentuk amat baik dan telah diurus dengan tenaga profesional yang baik. Ini telah melengkapkan kemajuan Negeri Melaka. Untuk itu jadual perjalanan bas perlulah seperti kemudahan  setesen bas yang begitu baik. Adanya sistem jadual perjalanan bas yang baik akan menarik minat rakyat Negeri Melaka untuk menggunakan perkhidmatan penggangkutan awam. Semuanya telah tersedia, hanya sesdikit sahaja tugasan yang diperlukan hanya penjadualan bas perlu dilakukan secara profesional dengan sedikit kajian luaran.

Kita kerap mendengar kebocoran berlaku apabila sesuatu bangunan atau rumah diserahkan kepada pengguna. Kalau sesuatu bangunan tidak bocor, ini akan menimbulkan kehairanan, bagaimana bangunan tidak bocor. Pembeli rumah rasa satu kehairanan jika tidak ada kebocoran kerana bangunan bocor sudah menjadi sesuatu yang telah diterima masyarakat. Setiap rumah yang baru siap mesti bocor. Agak melucukan juga jika sesuatu binaan perlu diperbaiki dalam tempuh jangka pendek setelah disiapakan. Kita dapat melihat keretrakan sana-sini. Kerap kali juga kerja pembaikan besar terpaksa dilakukan. Fenomena ini tidak boleh diterima. Ini akan mencacatkan profesion jurutera atau arkitek. Sekarang kerap diperbualkan kerosakan bangunan disebabkan kerja tidak mengikut spesifikasi atau bahan yang digunakan “sub standard”. Sebenarnya dalam kerja binaan bangunan, semua spesifikasi telah lengkap. Jika semua peraturan diikuti dengan baik dan teratur tidak timbul bangunan bocor sebaik-baik sahaja diserahkan. Bangunan konkrit direkabentuk untuk dalam tempuh yang sangat panjang.

Konkrit adalah bahan binaan yang sangat kuat, mudah dibentuk dan tidak memerlukan kerja penyenggaraan dalam tempuh yang panjang. Ini adalah kelebihan konkrit. Kebocoran hanya akan berlaku jika semasa kerja pembinaan tidak diseliakan dengan baik. Pada masa sekarang kerja dilapangan (standing supervision atau on-site supervision) atau penyelian tidak dilakukan dengan teratur. Kerja penyelian tidak dilakukan lansung dan diserahkan keseluruhanya kepada “sub contractor”. Oleh itu kerja tidak dijalankan dengan baik tambahan pula buruh binaan sekarang tidak mementingkan kesempurnaan tetapi mementingkan tempuh penyiapan dalam tempuh jangka pendek. Keja penyelian dilapangan adalah tugasan yang sangat penting. Kesempurnaan bangunan akan dapat dicapai jika kerja penyelian dilapangan dilakukan secara profesional bersesuaian dengan kepakaran yang dimiliki. Adalah amat malang jika kerja ini tidak dapat sebaik mungkin. Amat mengecewakan, bangunan yang telah dibina dengan perbelanjaan yang tinggi dan pembeli rumah telah membelanjakan wang yang banyak untuk memberi kemudahan kepada keluarga tetapi terpaksa menanggung kos yang besar sebelu dapat diduduki sepenuhnya.

Kerja-kerja pembinaan rumah telah mempunyai piawaian yang sangat sempurna. Piawaian dari reka bentuk, pemilihan bahan, kerja pembinaan bangunan, kerja cat mengecat dan juga kerja pemansangan setiap komponen dalam rumah telah mempunyai piawaian yang perlu diikuti. Ini hanya dapat dilakukan jika setiap profesional yang terlibat memahami tugas profesionaql mereka dan melakukan kerja dengan profesional. Tidak hairan banyak bangunan yang tekah dibina ratusan tahun tetapi tidak perlu kerja pembiakan. Ini kerana piawaian yang telah dibuat sejak lama dahulu mampu untuk menghasikan bangunan yang tahan lasak dan tahan lama.

Permodenan sistem pengangkutan dan rangkaian jalan raya di Malaysia yang hebat telah menjadikan kemalangan bertambah. Hampir setiap hari kita akan mendengar kemalangan disana sini seperti dilaporkan didalam surat kabar. Kemalangan yang menyayat hati juga berlaku hampir setiap hari dilaporkan. Adalah amat mengecewakan.dengan rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang sangat terusun dan sistematik, jumlah kemalnagn jalan raya sangat mendukacitakan. Susah untuk menyalahkan mana mana pihak. Kemalangan jalan raya telah menjadi semakin kronik dan luar biasa.. Sesuatu yang luar biasa perlu ditangani secara luar biasa dan mungkin mendapat tentangan dari berbagai pihak. Penyelesaian luar biasa memerlukan pengorbanan berbagai pihak. Masaalah kemalangan perlu ditangani menggunakan teknologi dan peraturan yang ketat. Apa yang kita lihat sekarang had laju national untuk lebuh raya 110 km/j dan untuk laluan jalan persekutuan had laju yang ditetapkan 90 km/j . Kita pula dapat melihat had laju maksimum setiap kenderaan adalah mengikut keupayaan kereta dan jenis kereta. Kereta berupaya memberi kelajuan 240 km/j. Mengikut cc kereta. Adalah tidak logik kelajuan maksimum yang dibenarkan di Malaysia adalah 110 km/j dan kereta atau motor berupayaa memberi kelajuan lebih dari itu. Sudah menjadi tabiat manusia akan memandu lebih laju dari hadnya kerana kenderaan mereka berupaya berbuat demikian. Pada masa yang sama berbagai kempen dilakukan untuk menyelesaikan masaalah kemalangan. Setiap kali kempen keselamatan jalan raya kita akan mengatakan ”Kelajuan Boleh Membunuh”. Kita hubungkaitkan kemalangan dengan kelajuan. Ini bermakna kemalangan dapat dikurangkan dengan mengawal had laju. Apa yang dapat kita fahami, jika kelajuan rendah dan mengikut apa yang ditetapkan kamalangan dapat dikurangkan. Sebagai jalan penyelesaian secara luar biasa, adalah dicadangkan had laju kenderaan yang mampu dibuat oleh pemandu adalah hanya 110 km/j sahaja. Ini bermakna meter yang paling maksimum hanya setakat 110 km/j untuk setiap kereta, manakalan untuk bas dan lori meter maksimum hanya 90 km/j sahaja. Untuk kereta yang diimpot, kelajuan maksimum pada meter juga 110 km/j sahaja. Jika kereta yang tidak mengikut peraturan Malaysia, kereta tidak dibenarkan untuk di import. Ini bermakna pemandu tidak mempunyai pilihan lagi. Kelajuan maksimum yang telah dikawal dengan teknologi telah mampu mengawal kelajuan. Dalam bahasa pasar ”jika pedal minyak ditekan sampai ke lantai pun kelajuan maksimum hanyalah 110 km/j sahaja”.. Ini adalah pendekatan teknologi yang luar biasa  untuk menangani masaalah luar biasa. Kemalangan yang melibatkan kelajuan 110 km/j selalunya tidak serius. Kempen kesedaran untuk menguatkuasakan peraturan perlu dilakukan secara terbuka.

Penyediaan premis perniagaan juga perlu difikirkan. Gerai yang dibina oleh pihak PBT sekarang ini sangat kecil dengan kemudahan yang amat terbatas. Kita kerap melihat apabila setiap gerai siap dan digunakan oleh peniagaan berbagai-bagai lagi tambahan secara mudah dilakukan. Tambahan pula tiada tandas dan ruang memasak yang disediakan secara sempurna. Ini menjadikan gerai kelihatan tidak cantik. Gerai peniaga kelihatan amat comot dan tidak menarik. Pada satu masa dahulu sememangnya gerai-gerai ini kelihatan cantik tetapi apabila berstatus negara maju, kemudahan gerai dan keluasan gerai tidak sesuai dan perlu dilihat semula. Alasan mangatakan keluasan tanah tidak cukup mungkin boleh diterima tetapi pilihan lain boleh dicari seperti membuat gerai dua tingkat atau menggunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Semua gerai perlu luas dengan segala kemudahan memasak dan menyaji makanan disediakan Kemudahan gerai yang disediakan di negara maju perlu dicontohi secara profesional.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...