nuffnang ads

Sunday, 21 October 2012

KEMALANGAN SUDAH JADI CERITA BIASA SAHAJA.



Menurut Kamus Dewan, kemalangan bermula dari perkataan malang yang membawa maksud nasib yang tidak baik (tidak beruntung), celaka dan sial. Kemalangan membawa maksud kecelakaan, kesialan, kerugian dan kesusahan. Sudah menjadi perkara biasa, apabila menjelang sahaja hari perayaan, setiap pihak mula bercakap berkenaan kemalangan walaupun kemalangan berlaku hampir setiap hari dan ini dilaporkan dalam surat khabar. Mungkin disebabkan kemalangan bertambah semasa perayaan dan juga banyak kenderaan yang berada di jalanraya menyebabkan ramai yang akan berkata berkenaan kemalangan. Kemalangan maut atau serius juga kerap berlaku walaupun tidak dimusim perayaan. Ini kurang diberi perhatian walaupun menjadi tajuk utama. Mungkin di waktu hari-hari biasa kemalangan bukan perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh berbagai pihak.

Setiap tahun berbagai srategi akan dilakukan oleh pihak yang berminat atau bertanggung jawap berkenaan keselamatan jalanraya. Tidak kurang juga berbagai nasihat akan dikeluarkan disamping berbagai slogan. Malangnya slogan dan nasihat hanya tinggal begitu sahaja. Hampir setiap tahun kemalangan akan bertambah apabila menjelang hari perayaan. Kalau berkurang pun mungkin agak kecil sahaja. Kemalangan jalanraya buka berita yang mengemparkan sekarang ini. Kemalangan telah menjadi sebahagian kehidupan rakyat di Malaysia. Mereka yang terlibat dalam kemalangan dan kehilangan orang yang tersayang dalam kemalangan akan sentiasa mengingati kemalangan dan patut dielakan.

Hampir setiap hari berita kemalangan akan dilaporkan, tidak diketahui samaada ada yang membaca berita tersebut dan ada yang membaca tetapi mendapat sedikit kesedaran atau pengajaran. Rasanya ramai yang tidak mahu ambil tahu berkenaaan kemalangan dan yang paling merisaukan kemalangan tidak menjadi ketakutan dan mengangap sesuatu yang biasa. Kalau dahulu setiap yang membeli rumah akan merungut apabila rumah yang baru dibeli dan diduduki bocor ketika hujan atau tidak. Ramai yang merungut rumah baru mereka bocor dan memerlukan sejumlah wang untuk dibaiki. Ini sangat membebankan dan banyak juga yang melaporkan ke dalam akhbar. Bayangkanlah rumah yang sangat bernilai, untuk mendapatkan sebuah rumah bukanlah mudah dan terpaksa menyimpan dalam tempoh yang lama dan terpaksa membayar samapi ke tua tetapi rumah yang diterima mengalami kebocoran. Rupanya menerima rumah bocor adalah cerita biasa. Apa yang menghairankan sekarang kalau membeli rumah tidak ada kebocoran. Ini lebih menghairankan. Kalau rumah bocor biasa dan kalau rumah tidak bocor, itu luar biasa. Masyarakat telah mula menerima kebocoran rumah baru dibeli sesuatu yang biasa dan sebahagian dari kehidupan.

Sangat merisaukan setiap ahli masyarakat yang perihatin kepada kemalangan jalanraya apabila kemalangan atau mati dijalanraya adalah sebahagian dari kehidupan harian. Kalau tidak berlaku kemalangan, ini sangat luar biasa. Ini sangat menakutkan tetapi ini hampir menjadi realiti kepada masyarakat. Kemalangan bukan lagi sesuatu yang menakutkan dan patut dielakan. Kalau ditanya kepada berbagai pihak mereka masih lagi menjawap dan berbincang berkenaan sikap. Semua ini hanya bermula dari sikap dan kalau ingin mengurangkan kemalangan, rakyat perlu mengubah sikap. Sudah terlalu lama setiap lapisan masyarakat bercerita pasal perubahan sikap tetapi ini tidak pernah berlaku. Walaupun ramai yang tidak bersetuju, sikap amat sukar diubah. Jika pun boleh berubah akan mengambil tempoh masa yang agak lama. Kita berkata pasal perubahan sikap pada satu masa dahulu tetapi kemalangan semakin bertambah dari berbagai sudut. Apakah kita masih mahu bercakap berkenaaan sikap lagi. Ini terpulang kepada mereka yang bertanggung jawap berkenaaan kemalangan. Negara telah mempunyai banyak jabatan termasuk Pusat Penyelidikan Kemalangan Jalanraya tetapi tidak diketahui apa yang hendak mereka cadangkan lagi kepada kerajaan lagi. Mungkin tiorinya banyak yang boleh dilakukan tetapi untuk keadaan sebenarnya amat sukar untuk diramalkan.

Pernah juga dicadangkan menggunakan pendekatan teknologi untuk mengawal kelajuan kenderaaan. Semua pihak bersetuju punca kemalangan adalah dari kelajuan yang melampau. Kalau mahu penyelesaian jangka pangjang, cara terbaik adalah mengawal kelajuan. Semua pihak akan bersetuju. Cara sekarang adalah menetapkan kelajuan kenderaan di jalanraya. Jika sesiapa yang melepasi limit yang dibenarkan dan kalau dapat dikesan, pemandu kenderaaan ini akan disaman. Amat mudah, apabila berlaku kesalahan kelajuan, saman. Pada satu ketika heboh dikatakan denda maksimum perlu dibayar untuki kesalahan trafik. Pihak Polis menetapkan bayaran saman maksimum RM 300. Banyak pula pihak yang menentang dengan jumlah ini dengan memberi berbagai pandangan. Pihak Polis juga amat baik. Jumlah ini boleh dikurangkan. Ini adalah langkah terbaik. Apa yang berlaku agak tidak logik, macam mana denda boleh dikurangkan (diskaun). Ini menjadi bahan ketawa ramai orang, denda atau saman pun boleh diberi potongan harga. Entahlah tidak tahu dimana logiknya tetapi rakyat menerima dengan begitu gembira dan pihak polis dapat pujian dengan berbagai pendapat menyatakan pihak Polis amat perihatin dengan masaalah kewangan rakyat. Pokoknya kalau sudah tahu tidak 'beruang' jangan lakukan apa-apa kesalahan. Hidup perlu mengikut peraturan. Salah tetap salah, denda tetap denda tidak ada potongan untuk denda. Kalau dibuat kajian ramai yang setuju Polis memberi potongan harga untuk saman kesalahan jalanraya. Ini sebuah negara demokrasi. Pendapat rakyat perlu diambil kira.

Mengawal kemalangan jalan raya perlu menetapkan kelajuan maksimum yang mampu oleh sesuatu kenderaaan adalah 110 km/j. Tidak kira kereta besar atau kecil, kereta mahal atau murah dan siapakah pemandunya. Setiap meter dalam kereta maksimum hanya 110 atau 120 km/j. Ini kerana semua lebuhraya hanya membenarkan kelajuan setakat 110 km/j sahaja. Untuk jalan kecil kelajuan setakat 90 km/j sahaja. Untuk kenderaaan kecil, bas atau lori meter maksimum hanyalah 90 km/j sahaja. Ini sahaja pilihan yang ada untuk rakyat Malaysia. Kita perlu kejam dalam menangani kemalangan jalan raya yang telah menjadi begitu serius. Tidak perlu kita dengar pendapat pakar itu dan ini. Semua pakar jalanraya sebenarnya tidak pakar sebelum keluarga mereka terlihat atau kehilangan nyawa di jalanraya. Sebenarnya banyak yang pakar tetapi tidak pakar dijalanraya. Tidak ada langkah yang terbaik lagi. Kereta yang mempunyai petunjuk meter melebih 120 km/j tidak dibenarkan dijual dinegara ini. Kerajaan seharusnya tidak lagi memberi permit import kepada kereta ini. Sudah sampai masanya sesuatu yang serius perlu dikawal dengan serius juga.

Kaedah kawal kelajuan secara mekanikal ini tidak menjanjikan pengurangan kemalangan jalan raya. Paling tidak jika berlaku kemalangan tidaklah begitu serius. Mungkin kereta remok dan pecah sana sini tetapi tidak berlaku kehilangan nyawa. Apa yang ingin dikawal adalah kehilangan nyawa. Wang boleh dicari tetapi nyawa kalau telah hilang, tiada yang dapat menggantikanya.

Setiap pihak yang terlibat dalam pengawasan kemalangan perlu berfikir diluar kotak dan kalau boleh  pendekatan lain dari yang lain perlu dicari.Sesuatu masaalah luar biasa perlu ditangani dengan pendekatan yang luar biasa juga. Masaalah luar biasa tidak boleh ditangani dengan pendekatan biasa sahaja. Pendekatan perlu gila-gila dan berkesan walaupun tidak popular. Ini mungkin akan menyusahkan banyak orang, tetapi lama kelamaan ini akan menjadi perkara biasa sahaja. Alah bisa tegal biasa. Kelajuan kenderaan 120 km/j akan menjadi cara hidup segenap masyarakat. Semua akan menyedari yang kereta atau kenderaan yang mereka pandu kalau padel minyak tekan sampai kelantai pun hanya mempunyai kelajuan setakat 120 km/j. Keberkesanan kaedah ini pun belum diketahui tetapi boleh dicuba kaedahnya. Belum cuba belum tahu.

Mengawal kemalangan pada kerajaan adalah sesuatu yang serius. Kerajaan amat bercita-cita untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan kematian atau kemalangan yang menyebabkan kecederaaan parah. Oleh sebab itu kerajaan tidak teragak-agak menubuhkan banyak jabatan dan membelanjakan wang yang besar agar setiap jabatan dapat berfungsi dengan baik dan kemalangan dapat dikurangkan. Nampaknya berbagai bagai cara telah dilakukan tetapi pendekatan masih lagi bercorak lama. Kempen pun telah dilakukan tetapi masih lagi corak lama. Berbagai-bagai slogan telah dicipta dan dipaparkan sepanjang lebuhraya atau jalanraya tetapi masih lagi pendekatan cara lama.

Kalau beginilah hasilnya jika kemalangan tidak berubah. Sudah sampai masaya kita menyatakan kerja-kerja mengawal kemalangan tidak dilakukan dengan serius. Ini kerana pendekatan masih lagi corak lama. Jabatan yang bertanggungjawap telah gagal mengemukakan cadangan yang bernas kepada kerajaan. Oleh itu perlulah setiap jabatan yang terlibat melakukan sesuatu yang luar biasa dari pandangan rakyat. Mungkin tugas ini amat sukar tetapi boleh difikikan secara kolektif. Jangan ada perasaan cemburu atau tidak mahu sesutu pihak lebih popular. Perasaan hasad dengki perlu ditiadakan. Setiap jabatan harus fokus bagaimana ingin mengurangkan kemalangan sahaja. Biarkan orang lain hendak fikir apa pun tidak ada masaalah. Apa yang penting kemalangan dapat dikurangkan 50% pada tahun ini. Cita-cita ini agak besar tetapi boleh difikirkan. Kita sudah tiada cara lain, mungkin kaedah sedikit kejam atau tidak popular perlu dikuatkuasakan tetapi adalah cara terbaik untuk rakyat negara kita. Kita juga tidak boleh terikut ikut cara di negara lain. Ini kerana rakyat di negara lain, lain pula cara pemikiranya. Begitu juga sikap sopan santun di jalanraya. Adalah dikatakan pemandu diluar negara lebih bersopan santun sudah tentu cara mereka menangani masaalah kemalangan jalan raya lebih lembut dari biasa. Banyak yang mengatakan pem,andu di negara kita agak kasar dan oleh itu untuk mengawal kemalangan memerlukan pendekatan yang sedikit kasar. Walaupun kasar tetapi baik untuk rakyat. Ini adalah satu langkah yang bijak untuk rakyat negara kita. Sama-sama kita berdoa kaedah ini dapat dicari.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...