nuffnang ads

Sunday, 21 October 2012

KURANGKAN MEMBACA DAN LEBIHKAN BERFIKIR.



Membaca bermakna memerhatikan isi sesuatu tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Membaca juga bermakna mengucapkan apa yang tertulis atau tercetak pada buku, papan tanda secara lisan dengan kuat. Membaca bermakna membaca berkali-kali, mempelajari atau menyindir-nyindir. Membacakan bermakna membaca untuk. Terbaca ialah membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu berita lalu membacanya. Keterbacaan ialah darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks. Bacaan ialah bahan untuk dibaca. Pembacaan ialah perbuatan usaha atau kegiatan membaca buku, akhbar atau majalah dan pembaca ialah orang yang membaca.

Fikir adalah ingatan, angan-angan, akal, anggapan, pendapat dan sangka. Fikir itu pelita hati. Daya fikir bermakna daya atau keupayaan untuk berfikir. Berfikir bermakna menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan dalam ingatan atau mempertimbangkan baik-baik. Berfikiran adalah berfikir mengenai sesuatu. Memikir adalah berfikir mengenai sesuatu, mengingati. Memikiri membawa makna memikir. Memikirkan adalah menggunakan untuk menyelesaikan sesuatu, merenungkan, mempertimbangkan dalam fikiran, mengenangkan, mengendahkan, mempedulikan, memandang penting. Terfikir bermakna teringat, termasuk akal, tersangka, hasil fikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat, perhatian, minat dan menaruh fikiran. Sefikiran bermakna sependapat atau sefaham. Berfikiran mempunyai fikiran. Pemikiran adalah perihal berfikir (memikir). Pemikir adalah orang yang berfikir atau ahli fikir.

Sudah dilketahui membaca sangat penting. Semua orang digalakkan membaca kerana melalui membaca banyak pengetahuan yang diperolehi. Kerajinan membaca ini selalunya dihubungkan dengan orang yang pandai. Siapa yang rajin membaca akan menjadi pandai. Itulah yang kerap disebut orang. Setiap tahun akan diadakan kempen membaca samaada hari membaca atau minggu membaca. Banyaklah aktiviti dianjurkan seperti forum, seminar dan yang paling penting adalah pameran buku. Sangat penting adanya buku, barulah ada benda yang ingin dibaca. Adalah sangat menghairankan, setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan, jika ditanya kepada mereka yang mendapat keputusan cemerlang tidak ramai yang akan berkata mereka berjaya kerana rajin membaca. Ramai yang apabila diminta mengulas kejayaan mereka akan berkata kerana mereka mendengar setiap patah perkataan yang dikatakan oleh guru. Banyak juga yang berkata kerana mereka banyak berbincang sesama mereka dan juga banyak bertanya pada guru. Mungkin ini dilakukan setelah banyak membaca agaknya. Kalau tidak membaca, macam mana hendak berbincang.

Membaca sangat penting, ini tidak dinafikan. Kalau kita lihat definasi belajar iaitu ingin mengetahui sesuatu yang tidak diketahui dari sesaorang yang mengetahui untuk menjadi tahu. Dalam kontek pembelajaran disekolah ialah sesaorang murid ingin mengetahui sesuatu perkara yang tidak diketahui dari guru mereka supaya mereka memahami sesuatu yang baru. Ini bermakna membaca itu tidak semestinya belajar kalau tidak diketahui sesuatu perkara yang ingin diketahui. Membaca jenis ini adalah mengulang kaji dan bukan belajar. Kalau dilihat dari kemahiran belajar secara ringkas ada 4 kemahiran belajar iaitu mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap untuk menyampaikan dan berkomunikasi. Sekali lagi kesemua 4 kemahiran ini tidak menyatakan membaca tetapi semuanya akan diketahui dari membaca. Itu sebabnya membaca sangat penting dan perlu dijadikan sebahagian dari  aktiviti gaya hidup sehat dalam kehidupan seharian.

Kelemahan anak-anak sekarang banyak yang tidak mahir bercakap Inggeris. Ini kerana mereka tidak membaca akhbar berbahasa Inggeris. Untuk mempelajari Bahasa Inggeris perlu membaca bahan bacaan dalam Bahasa Inggeris. Apa yang paling mudah adalah membaca surat khabar Inggeris. Macam mana nak pandai berbahasa Inggeris hanya belajar grammar atau nahu sahaja. Kalau baca bahan bacaan Inggeris dan kalau tidak faham perlulah dirujuk kamus. Kamus sangat penting dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Kalau betul-betul membaca surat khabar Inggeris dan melihat kamus setiap perkataan yang tidak diketahui hanya perlu mengambil masa 6 bulan sahaja untuk membolehkan setiap dari kita mahir berbahasa Inggeris.

Banyak orang yang akan melenting apabila dikatakan membaca tidak penting. Kepentingan pembacaan sudah sangat serasi dengan kehidupan. Guru-guru juga akan melenting jika ada pihak yang mengatakan membaca tidak penting. Apa yang penting sekarang adalah mendengar. Sudah tentu ini tidak akan meyakinkan setiap mereka yang sangat rajin membaca. Mungkin membaca penting kerana dahulu tidak ada alat pandang dengar atau peralatan multi-media yang canggih seperti sekarang. Dahalu ada buku sahaja jadi membacalah yang penting. Pada masa dahulu kemungkinan tidak ada pilihan selain membaca. Kemajuan sekarang telah membolehkan pengetahuan didapati melalui pendengaran sahaja. Alat bantu mengajar sekarang tidak perlu membaca untuk memahami. Cukup dengan mendengar sudah boleh memahami. Walaupun sehebat mana kebolehan mendengar tetapi membaca adalah satu keperluan.

Sebenarnya bukan membaca tidak penting tetapi banyak yang lain perlu dilakukan untuk memahami sesuatu iaitu berfikir. Banyak orang yang rajin membaca atau terlalu rajin membaca dan fanatik dengan apa yang telah dibaca tanpa memikirkan apa yang dibaca. Adalah perlu diketahui, setiap bahan bacaan yang dibaca ada yang menulisnya. Penulis pula mendapat ilham untuk menulis mungkin dari pemikiranya, pendapatnya, apa yang difikirkan, apa yang dialami, kajian atau penyelidikan. Sebenarnya penulisan ini dari pemikiran saorang atau berkumpulan. Apa yang ditulis adalah benar kepada pendapatnya dan mungkin juga tiada kebenarannya pada masa-masa tertentu. Itu sebabnya setiap pembaca jangan terlalu fanatik dengan apa yang dibaca. Apa yang sangat penting apabila menjadi pembaca yang banyak perlu juga banyak berfikir apa yang telah dibaca. Sebenarnya banyak berfikir adalah satu yang sangat penting dalam kehidupan.

Apa yang diharapkan dari membaca adalah hasil pembacaan yang dapat melakukan sesuatu kepada kehidupan atau masyarakat. Kalau pembacaan yang baik akan dapat menambah pendapatan atau akan mengubah karektor sesaorang. Hasil pembacaan akan menjadikan sesaorang bermaklumat dan boleh membantu orang lain untuk memberi maklumat. Dari membaca akan menjadi sesaorang tidak mengetahui sesuatu kepada mampu mengetahui. Kalau sesaorang yang rajin memasak dan rajin pula membaca buku masakan dan rajin pula mencuba apa yang dibaca, sudah tentu kepakaran memasak akan bertambah. Kemahiran ini akan menjadi masakan lebih sedap. Itulah hasil pembacaan. Jika bacaan yang banyak tetapi masakan tidak pernah berubah. Penat sahaja membaca tetapi tidak dapat mempraktikan apa yang telah mereka baca. Dalam hal masakan membaca sahaja tidak mencukupi perlu diikuti dengan mencubanya terlebih dahulu.
Berfikir setelah membaca adalah satu keperluan. Pemahaman sahaja tidak mencukupi jika tidak difikirkan. Kadang-kadang apa yang dibaca tidaklah logik sangat. Banyak orang yang merujuk sesuatu buku dengan hanya kerana maklumat itu telah ditulis terdahulu. Ini juga satu kesalahan. Rujukan hanya boleh dibuat jika apa yang ditulis adalah melalui kajian atau penyelidikan. Tanpa kajian tidak dapat diuji sesuatu pemikiran. Kalau pemikiran sahaja tidak semestinya betul jika tidak diuji. Mungkin pemikiran betul tetapi tidak sesuai untuk sesuatu tempat atau keadaan.

Berfikir adalah satu kemahiran penting yang perlu diajar kepada anak-anak kecil. Kajian yang mendalam perlu dilakukan berkenaan kemahiran berfikir dan juga kebolehan berfikir. Sebenarnya orang yang berjaya yang dipanggil kreatif dan inovatif adalah mereka yang berfikir. Mereka ini berjaya dalam karier juga adalah mereka yang rajin berfikir. Sesuatu produk dapat dicipta jika berfikir bukan melalui pembacaan sahaja. Produk baru yang dicipta tanpa penyelidikan adalah dari pemikiran. Mereka ini melihat produk yang sedia ada dan meneliti kelemahan produk dan cuba memperbaikinya dengan cara berfikir. Ada orang yang tidak mahu berfikir langsung, apa sahaja yang diberikan. Mereka menerima sahaja tanpa apa-apa yang perlu diperbaiki. Jika ada masaalah terhadap sesuatu produk mereka hadapi sahaja kerana mereka ini jenis manusia yang tidak boleh berfikr. Tidaklah mereka ini tidak pandai, banyak orang yang pandai beginilah. Mereka tidak mahu berfikir. Kapandaian yang mereka miliki adalah dari peperiksaan sahaja dan juga kerajinan membaca, menghafal dan kemahiran menjawap apa yang ditanya. Kalaulah soalan dibelitkan sedikit atau ditokok tambah, mungkin keputusan yang didapai akan  berlain.

Pernah dikatakan kepandaian sahaja tidak cukup tetapi yang penting adalah kebijaksanaan. Sesaorang yang pandai tidak semestinya bijaksana. Sesaorang yang bijaksana tidak semestinya pandai. Mungkin mereka yang bijaksana ini adalah mereka yang sentiasa menggunakan otak untuk berfikir. Apa yang membezakan mereka yang pandai dan bijaksana adalah kebolehan berfikir atau keinginan untuk berfikir.

Pada masa hadapan kemungkinan satu sijil boleh diberikan kepada mereka yang bijak berfikir seperti yang dikeluarkan kepada orang yang pandai. Bagaimana untuk menilai tahap berfikir ini adalah satu yang perlu dicari. Subjek berfikir juga perlu diperkenalkan seawal sekolah peringkatr rendah lagi. Kita tidak mahu masyarakat kita seperti robot, semua yang dijalankan adalah apa yang telah diprogramkan. Korikulum pengajaran untuk menjadi bijak juga perlu digariskan. Alat bantuan mengajar bagaimana untuk menjadi bijak juga perlu dicipta.

Sebagai sebuah negari maju, negeri Melaka memerlukan mereka yang pandai berfikir tidak cukup dengan rajin membaca sahaja. Ini kerana pada masa hadapan semua kehidupan memerlukan pendekatan teknologi dan penggunaan produk baru. Untuk menjadi negara pencipta dan pengeluar teknologi memerlukan rakyat yang rajin berfikir. Biarlah pemikiran yang gila-gila asalkan tidak gila. Pemikiran gila-gila adalah ciptaan baru yang perlu dipertimbangkan. Orang yang berjaya sekarang adalah mereka yang berfikiran gila-gila. Pernah juga kreatif itu dihubungkan dengan perkataan gila-gila. Inovatif juga dihubungkan dengan gila-gila juga. Gila-gila, kreatif, inovatif akan dapat dicapai melalui berfikir. Apa salah pendapat ini dicuba, bermula dari sekarang setiap dari kita kurangkan sedikit membaca tetapi banyak berfikir. Apa sahaja yang dilihat, dimakan dialami dirasai atau apa sahaja yang diberi kepada kita, kita berfikir bagaimana untuk memberi penambahbaikan. Macam orang beli durian tidak pernah bertukar selain goncang dan cium atau lihat tangkai atau duri. Kalau mereka yang boleh berfikir sudah tentu kaedah membeli durian sekarang menggunakan alat pengimbas durian.

1 comment:

  1. Betul kata tuan.

    Di thailand, sudah ada pengimbas durian.
    Imbas dan tahu tahap kematangan -> Prof Monai Kraikrish.

    Di Malaysia, tunggu buah luruh, kejar bawah pokok, longgok tepi jalan atau atas lori.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...