nuffnang ads

Saturday, 13 October 2012

BIAR KITA SYOK SENDIRI.


Ucapan kata-kata indah adalah merupakan satu penghormatan yang  perlu ditujukan kepada sesaorang. Ucapan yang baik merupakan satu doa atau harapan yang kita harapkan dapat menyukai hati sesaorang. Tabiat memberikan kata-kata indah melambangkan keperibadian sesaorang dan sangat penting dalam kehidupan serta sangat diperlukan. Sikap ini perlu diamalkan setiap hari tanpa mengira siapakah kita sebenarnya?. Ucapan sahaja tidak cukup walaupun telah melambangkan apa yang kita kehendaki. Ucapan perlu ditunjukan melalui perbuatan. Apa yang diucapkan perlu dibuat atau dilakukan. Kita mahu cakap serupa bikin. Ucapan selari dengan perbuatan sangat dituntut dan sekali lagi perlu dijadikan amalan kehidupan. Kalau pun kita tidak dipedulikan setelah membuat sesuatu yang berguna untuk masyarakat, negeri atau negara paling tidak kita telah mempunyai kepuasan diri sendiri, apa yang penting kita telah syok sendiri. Ini adalah kebaikan untuk diri sendiri. Mengembirakan diri sendiri dengan membuat kebaikan adalah lebih baik. Paling tidak kita tahu apa kebaikan yang telah kita lakukan.

Sikap baik pemandu kenderaan negara maju patut kita contohi. Amat jarang kita mendengar kemalangan yang melibatkan nyawa yang banyak dilaporkan. Ini amat bertentangan dengan tabiat pemandu negara membangun atau negara kurang maju. Hampir setiap hari akhabr akan melaporkan kemalangan yang melibatkan banyak nyawa. Amat jarang juga kita mendengar kemalangan yang melibatkan pejalan kaki di negara maju atau kemalangan yang melibatkan mereka yang melintas jalan. Pemandu negara maju amat berhemah dan berbudi bahasa. Kita dapat melihat pemandu negara maju lebih menghargai nyawa dan perihatin. Kita dapat memerhatikan pemandu kereta akan memperlahankan kenderaan yang dipandu apabila melihat ada orang yang ingin melintas jalan atau ada pejalan kaki berhampiran kenderaan. Malahan kita dapat melihat kereta akan diberhentikan untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin melintas jalan. Pemandu kereta akan memberhentikan kenderaan di setiap persimpangan untuk memberi peluang kepada kereta lain untuk berlalu terlebih dahulu. Sikap pemandu menghormati sesama mereka atau pejalan kaki amat ketara di semua bandar besar diseluruh dunia termasuk di Kota London, New York, Paris, Sydney, Brisbane, Amsterdam, Brussels, Los Angeles dan banyak lagi. Adalah perlu satu kajian sikap dijalankan untuk melihat kenapa sikap ini ada pada pemandu di negara maju. Kalau difikirkan kerana banyaknya kereta yang terdapat dibandar besar yang telah disebutkan. Bandar-bandar besar di negara sedang membangun juga banyak. Malangnya sikap pemandu negara-negara ini sangat kasar, tidak mahu bertolak ansur, tergesa-gesa, tidak menghargai nyawa dan yang paling ketara tidak ada perasaan untuk menghormati antara satu sama lain. Sikap pemandu negara kurang maju yang tidak menghormati pejalan kaki dan tidak memberi peluang kepada mereka yang ingin melintas jalan adalah sikap yang sangat tidak boleh diterima. Akibatnya banyak yang terkorban dijalan raya atau tercedera kerana sikap kasar ini. Sikap pemandu negara maju patut dicontohi.

Penduduk negara maju juga amat mudah untuk memberi ucapan terima kasih apabila kita membuat pembelian terutama apabila berurusan dikaunter jualan. Mereka akan mengucapkan terima kasih apabila menerima wang dan akan mengucapkan terima kasih apabila menghulur resit atau memulangkan wang lebihan. Kata ucapan ini amat disenangi oleh pelangan dan kadang-kadang diteruskan dengan ucapan selamat jalan atau jumpa lagi atau semuga hari ini hari yang baik untuk anda. Kata ucapan ini menyebabkan pelangan rasa terhormat dan memuji sikap sesuatu kedai atau pusat membeli belah dan besar kemungkinan ingin datang lagi pada masa hadapan. Bukanlah sesuatu yang berat atau sukar untuk mengungkap kata-kata ini sambil memberi senyuman tatapi amat jarang di praktikan di negara membangun atau negara kurang maju. Jika ada pun amat jarang yang kita dengar. Kita akan dapat melihat banyak juruwang akan menerima pembayaran sambil bersembang dengan rakan-rakan dan banyak juga yang memberi resit pembayaran atau memulangkan wang berlebihan tanpa melihat muka pelanggan. Ada juga menerima pembayaran dengan muka masam dan tidak berkata apa-apa, kelihatan seolah-olah marah kerana kepenatan agaknya. Adalah perlu sikap ini berubah untuk memastikan negara sedang membangun atau negara kurang maju  bersikap mesra pelanggan. Sikap mudah senyum dan sentiasa mengucapan ucapan terima kasih amat penting untuk menarik pelanggan dan juga pelancung dari luar negara. Seperti yang kita ketahui setiap negara di dunia amat memerlukan pelancong asing datang berkunjung ke negara mereka. Pelancong bukan sahaja menginap di hotel, pelancong juga ingin menikmati makanan yang enak di restoran. Membeli belah untuk dibawa pulang barangan bercorak tempatan dan traditional. Pelancong ingin menikmati hospitaliti negara yang ingin dilawati. Sikap bersopan santun perlu menjadi amalan bukan sahaja sektor perhotelan tetapi setiap sektor perlancungan.

Sikap tidak membuang sampah mengikut sesuka hati adalah amalan yang sangat baik bagi penduduk negara maju. Negara maju tidak pernah memberi amaran supaya penduduknya supaya membuang sampah di tong sampah. Negara maju juga tidak pernah ingin mendenda rakyatnya yang tidak membuang sampah ke tempat yang betul. Sikap ingin menjaga kebersihan datang dengan sendirinya. Kesedaran mereka adalah kesedaran dalaman yang berterusan dan dipraktikan sepanjang masa. Kita akan merasa sangat selesa apabila berada di negara maju kerana kebersihanya. Kebersihan di tempat awam mereka adalah merupakan sesuatu yang sukar dipercayaai. Tandas awam mereka sangat bersih dan sentiasa disediakan sabun dan kertas tisu. Kemudahan yang disediakan seolah-olah seperti tandas di hotel lima bintang dan sukar dipercayaai kemudahan tandas awam yang disediakan secara percuma dan sangat bersih. Sikap menjaga kebersihan juga amat terserlah dikenderaan awam termasuk keretapi dan bas awam. Kita juga melihat kemudahan menunggu bas yang sangat bersih dan setesen bas yang amat cantik, bersih lagi selesa. Kira dapat melihat pengguna kenderaan awam amat dihargai di negara maju.Kita juga melihat pemandu teksi negara maju amat menghormati pelanggan. Amat jarang kita dengar rungutan pengguna teksi di negara maju. Setiap teksi yang kita tahan akan berhenti jika tiada penumpang di dalamnya. Mereka akan menghantar pelanggan dimana sahaja destinasi tidak kira dekat atau jauh. Pemandu teksi juga tidak pernah merungut apabila penumbang membawa beg yang berlebihan. Mereka akan cuba membantu sebaik mungkin. Apabila mereka melihat penumpang mempunyai beg dan ingin meletakan beg ke dalam bonet belakang, pemandu teksi dengan seberapa segera akan turun dan akan membantu mengangkat beg untuk dimasukan kedalam bonet. Bukan itu sahaja, mereka akan membantu menurunkan beg apabila sampai ke destinasi. Amat jarang mereka mengenakan bayaran yang berlebihan kerana senarai harga telah di pamirkan dan kita boleh mengiranya semasa di dalam teksi.

Sikap pemandu teksi negara kurang maju atau membangun amat berlainan. Selain kerap mengenakan harga yang bukan-bukan mereka juga tidak menghormati pelangan. Banyak pemandu teksi masih lagi merokok ketika pelangan berada didalam kereta.Kajian terhadap pelancung asing yang menggunakan kemudahan teksi di Kuala Lumpur baru-baru ini menujukan banyak ketidak jujuran pemandu teksi di Kuala Lumpur. Sikap yang paling susah ingin dibuang adalah sikap untuk mengenakan tambang yang berlebihan. Banyak pemandu teksi tidak menggunakan meter semasa membawa penumpang. Masih banyak lagi pemandu teksi yang tidak mengikut laluan terdekat. Mereka masih lagi cuba menggunakan 
laluan yang lebih jauh dengan tujuan untuk mendapat bayaran yang lebih tinggi. Masaalah kedua yang menjadi rungutan dimana pemandu teksi amat memilih laluan dan kerap tidak mahu menghantar ke destinasi yang ingin ditujui. Banyak alasan yang diberikan jika ingin menolak permintaan pelangan. Ada yang kata jalan sesak, ada yang kata tidak biasa kedestinasi yang dikehendaki, ada yang memberi alasan laluan terlalu dekat dan yang lebih banyak alasan ingin menukar shif pemandu kerana ingin berehat. Rungutan pelancung ini perlu dipandang serius oleh pemandu teksi. Adalah perlu diingatkan sikap pemandu teksi melambangkan imej negara. Pemandu teksi adalah pasukan hadapan negara yang mula-mula bertemu pelancung. Pemandu teksi perlu sentiasa jujur, berpakaian kemas dan memandu dengan berhemah.

Sikap memberi tempat duduk atau memberi bantuan kepada orang kelainan upaya, orang tua, kanak-kanak kecil, ibu-ibu mengadung adalah sikap yang terpuji. Gulongan yang disebutkan tadi sentiasa mendapat layanan yang istimewa semasa berada negara maju.Tidak hairan mereka yang buta akan dipimpin dan orang tua akan diberi tempat duduk dalam kenderaan awam setiap masa. Layanan ini sangat diperlukan oleh mereka yang memerlukan. Sikap ini sentiasa ada pada diri anak muda dan juga gulungan pertengahan. Amat berbeza sekali dengan sikap rakyat negara kurang maju atau sedang membangun. Banyak dari pengguna kenderaan awam yang hanya melihat gulungan tua atau ibu-ibu mengandung berdiri dalam bas awam. Banyak dari pengguna akan melihat sahaja tanpa ingin memberi tempat duduk kepada yang memerlukan. Kadang-kadang kita melihat seolah-olah mereka ini tidak berhati perut dan tidak mempunyai hati yang ingin membantu. Ada juga yang akan mengambil tempat duduk yang telah disediakan khas untuk mereka yang kurang upaya. Mereka tidak langsung rasa bersalah apabila terdapat pengguna yang kurang upaya yang ingin menggunakan kemudahan tersebut. Mereka rasa tidak bersalah mengambil kemudahan orang lain. Sikap ini amat tidak baik dan patut telah tidak diamalkan oleh penduduk dimana-mana negara sekali pun. Amat menyedihkan jika penduduk negara ini tidak berubah.

Contoh-contoh mudah yang ditunjukan telah menunjukan penduduk negara maju amat bersopan santun dan berbudi bahasa. Amalan yang mengatakan budaya orang timor lebih bersopan santun dan berbudi bahasa telah hilang. Apa yang kelihatan sekarang budaya kasar yang tidak menghormati orang lain. Sikap mementingkan diri sendiri amat ketara. Sikap tidak menghargai pelangaan amat mudah ditemui. Pembeli tidak lagi dihormati. Ucapan terima kasih amat berat untuk diberikan. Adalah amat penting budaya sopan santun di titik beratkan disekolah. Guru-guru bukan sahaja pandai mengajar apa itu sopan santun. Guru-guru juga perlu menunjuk contoh yang baik dan melakukannya di sekolah. Cakap dengan tunjuk ajar tidak mencukupi. Guru perlu mempraktikanya. Guru perlu mangamalkanya sebagai cara kehidupan. Ibu bapa juga harus menunjukan contoh yang sangat baik. Amalan sopan santun perlu dimulakan dari rumah. Anak-anak perlu ditunjuk ajar. Jika amat sukar untuk ditunjuk ajar kaedah mengingatkan secara tulisan atau kaedah apa yang perlu dilakukan boleh ditulis sebagai satu kaedah kerja yang perlu diikuti atau dijadikan manual prosedur kerja. Sikap sopan santun perlu ada pada setiap penduduk negara maju atau kurang maju. Sikap sopan santun amat dihargai dan merupakan sikap kemanusia yang akan dipandang tinggi. Semua ini akan menjadi kebaikan untuk diri kita, kalau kita merasakan perbuatan kita tidak dihargai kerana banyak orang lain yang tidak melakukannya, paling tidak kita syok sendiri untuk diri kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...