Selalunya apabila disebut sahaja
perlu membuat pembayaran atau sesuatu perkhidmatan itu berbayar, cepat
sesaorang akan mengatakan mereka tidak mampu membayar kerana miskin. Jika disebut sahaja bantuan akan
diberikan, cepat-cepat ada yang mengatakan dia patut menerima bantuan kerana
miskin. Ada yang akan mengaku, mereka sangat layak menerima itu dan ini kerana
mereka miskin. Sikap begini seolah-olah mereka sangat bangga menjadi miskin.
Sepatutnya setiap individu merasa sedikit malu untuk mengaku miskin. Ini kerana
telah menjadi amalan, tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah. Kenapa kita
bangga jika tangan kita berada disebelah bawah?.
Miskin bermakna tidak berharta benda, serba kekurangan (dalam barang-barang
keperluan hidup), melarat, papa. Kemiskinan perihal kiskin, kekurangan dan
kepapaan. Memiskinkan menjadi miskin. Pemiskinan perbuatan menjadi miskin.
Kalau dulu ramai yang mengaku miskin kerana ingin mendapatkan bantuan buku
teks. Ramai juga yang mengaku miskin untuk mendapat rancangan makanan tambahan
atau mengaku miskin kerana ingin mendapatkan vaucher tusyen. Ramai yang merasa
bangga kerana miskin untuk mendapat berbagai bantuan. Sikap begini bukan sahaja
pada ibubapa tetapi diteruskan oleh anak-anak yang merasa bangga menjadi miskin
kerana ingin mendapat berbagai bantuan. Apa yang menghairankan kalau kita lihat
dari gaya hidup, tidak pula nampak macam orang miskin.
Sejak tahun 2006, melalui Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka, sebanyak
1,794 orang telah menerima bantuan kerajaan dengan nilai bantuan RM 16,935,420.
Pada tahun 2009 Tabung Amanah Kebajikan Melaka telah berbelanja RM 9,915,136.00
untuk 902 kes yang melibatkan bantuan alat tiruan untuk orang cacat dan
pelbagai bantuan kemanusiaan. Bilangan ibu tunggal yang menerima bantuan
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2006 berjumlah 1,277 orang,
tahun 2007 seramai 1,615 orang pada tahun 2008 seramai 1,923 dan tahun 2009
seramai 2,029 orang. Bantuan yang diberikan adalah menunjukan Negeri Melaka
sentiasa menjuarai pembelaan untuk rakyat keluar dari kemiskinan. Negeri Melaka
juga menjuarai membantu warga tua dan anak yatim dengan membiayai 13 rumah anak
yatim dan orang tua. Pada tahun 2007 sebanyak 569 orang, pada tahun 2008 pula
seramai 533 orang dan tahun 2009 seramai 796 penghuni rumah
anak yatim dan rumah orang tua telah dibantu melalui kelolaan Jabatan Agama
Islam Melaka (MAIM) dan Badan Bukan Kerajaan. Bantuan yang telah disalorkan
amat bermakna kepada golongan rakyat yang memerlukan.
Kerajaan amat perihatin dengan keadaan rumah mereka yang dikatakan miskin.
Pada tahun 2007 seramai 145 bilangan penerima telah dibina rumah baru dengan
nilai RM 1,987,000 dan 393 bilangan
penerima telah diberi bantuan baik pulih rumah dengan nilai 3,253,000. Ini
bermakna pada tahun 2007 Tabung Amanah Kebajikan Melaka telah membelanjalkan RM
5,240,00 untuk 543 bilangan penerima. Pada tahun 2008, bantuan ini telah
meningkat dengan 165 bilangan penerima rumah baru dengan nilai RM 2,559,000 dan
646 bilangan penerima dengan nilai RM 5,000,500 yang membawa jumlah RM
7,559,500 untuk 811 bilangan penerima. Pada tahun 2009 pula, 159 bilangan
penerima dengan jumlah RM 2,703,000 untuk 159 bilangan penerima untuk rumah
baru dan 855 bilangan penerima bernilai RM 5,570,000 untuk baik pulih. Ini
menjadikan pebelanjaan bernilai RM 9,273,000 untuk 1,014 bilangan penerima.
Untuk tahun 2007 hingga 2009 sebanyak RM 22,072,500 telah dibelanjakan untuk
469 rumah baru dan 1,899 untuk baik pulih. Ini dilakukan supaya rakyat dapat
hidup dengan selesa dan dapat memberi pendidikan kepada anak-anak.
Penjagaan warga tua dan anak-anak yatim tidak pernah dilupakan. Jabatan
Agama Islam dan Badan Bukan Kerajaan telah membiayai 13 rumah warga tuia dan
anak yatim di negeri Melaka. Rumah-rumah tersebut adalah Rumah Anak
Yatim/Miskin Al-Nuriah, Paya Rumput Jaya, Sg Udang, Rumah Anak Yatim Darul
Aitam, Pernu, Rumah Anak Yatim Islam, Daerah Jasin Pekan Jasin, Sri Ramakrishna
Ashram, Tengkera, Rumah Tunas Harapan Semarak Kasih, Bemban, Rumah Seri
Kenangan, Cheng, Rumah Warga Tua Darus Saadah, Ayer Pa’abas, Rumah Warga Tua
Nur Ehsan, Sungai Rambai, Rumah Warga Tua Sukarela, Bukit Baru, Rumah Orang Tua
Machap, Rumah Orang Tua, Lendu, Salvation Army Hopehaven, Banda Hilir, Rumah
Anak Yatim Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Pantai Puteri dan Rumah
Anak Yatim Fatimah Az-Zaharah, Bukit Katil. Seramai 451 lelaki dan 345
perempuan telah mendiami semua rumah-rumah yang btelah disebutkan.
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga tidak kurang membantu gulongan miskin.
Sebanyak 4 institusi anak yatim telah disediakan di neheri Melaka iaitu Rumah
Budak Laki-laki Tun Abdul Aziz, Durian Tunggal, Sekolah Tunas Bakti Sungai
Lereh, Asrama Bukit Baru Melaka dan Rumah Remaja Harapan Lesong Batu. Pada tahu
2009 seramai 124 lelaki dan 66 perempuan telah mendiami semua institusi
tersebut.
Keperihatinan kerajaan untuk membantu gulongan miskin perlu di ambil
secrara positif. Kerajaan sebenarnya tidak mahu rakyatnya hidup dalam
kesusahan. Kalau boleh kerajaan mahu mengecilkan jumlah yang perlu diberi
bantuan dan kalau boleh jumlah yang miskin ini terlalu sedikit. Iaitu gulongan
yang tidak dapat dielakan kerana cacat. Adanya bnatuan ini sebernya untuk
memngurangkan bebanan kemiskinan yang ditanggung. Setiap dari yang menerima
bantuan perlu memikirkan bantuan ini hanya sementara dan tidak selama-lamanya.
Perlu ada cita-cita untuk tidak meneruskan penerimaan bantuan. Sikap yang baik
adalah untuk bekerja kuat supaya tidak lagi dikategori miskin untuk menerima
bantuan.
Budaya hidup untuk mencari kerja dan menjadi sibuk setiap masa perlu
dijadikan amalan kehidupan. Kalau satu pekerjaan tidak mencukupi, perlu dibuat
dua kerja. Pada waktu siang bekerja di jabatan tertentu dan pada waktu malam
berniaga kecil-kecilan. Kepada yang berbakat seni, pada waktu siang mungkin
makan gaji dan malam boleh menjadi penghibur. Kalau siang berkerja di jabatan
tertentu, pada waktu malam mungkin boleh bekkerja di setesen minyak. Ini perlu
dilakukan supaya kita tidak meminta bantuan dari pihak yang lain. Kita perlu
mempunyai sikap tidak mahu menerima bantuan
selagi kita mampu bekerja. Bantuan adalah penyelesaian terakhir.
Kepada mereka yang tidak bekerja perlu tidak memilih pekerjaan. Pada masa
sekarang seramai 3 juta pekerja asing di negara kita. Sudah tentu negara kita
banyak mempunyai pekerjaan. Malangnya ramai yang memilih kerja dan mengikut
minat atau kelulusan yang mereka miliki. Kerja pilihan sudah tentu ingin
mendapat pekerjaan dengan kerajaan yang dikatakan berjawatan tetap dan
memperolehi banyak kemudahan. Sikap memilih pekerjaan adalah tidak bersesuaian
untuk zaman ini. Buat sahaja pekerjaan yang ada di hadapan mata dan baiki
sedikit demi sedikit pada masa hadapan. Tidak dinafikan bekerja dengan kerajaan
agak terjamin tetapi kepada yang bercita-cita tinggi, bekerja dengan kerajaan
bukanlah satu profesion yang menjanjikan kekayaan. Setakat boleh hidup dan
tidak susah itu sahaja yang ada untuk yang bekerja dengan kerajaan. Kepada yang
tidak bercita-cita besar untuk masa hadapan, memang sesuai bekerja menjadi
anggota kerja kerajaan.
Satu lagi yang amat ketara sekarang, tidak ramai yang menghargai pemberian
atau bantuan dari kerajaan walaupun kerajaan telah memberikan
segala-galanya.Kepada mereka pemberian dari kerjaan tidak perlu diucapkan
ribuan terima kasih kerana ini tanggung jawap kerajaan. Banyak yang tidak
memberi ucapan terima kaseh pemberian dari kerajaan dengan berbagai alasan.
Mereka beranggapan setiap pemberian atau bantuan adalah kerja kerajaan dan
mereka menerima sebagai satu hak. Itu sebab setiap bantuan hanya akan diiringi
dengan ucapan atau unggapan tidak puas hati itu dan ini. Mereka menyatakan
tidak cukup itu dan ini. Perkataan terima kaseh dan kesyukuran hilang yang
timbul rungutan dan ketidakpuasan hati.
Ini adalah sikap setengah penerima yang tidak baik. Walaupun tanggungjawap
kerajaan menyediakan berbagai kemudahan dan bantuan tetapi ini timbul dari rasa
tanggung jawap pemimpin. Banyak terjadi di negara tertentu, memang pemberian
adalah tanggung jawap pemimpin atau pentadbir tetapi jika tidak disalurkan
dengan betul atau tidak diberikan. Apa yang boleh kita katakan?.
Agak sukar diterima setiap pemberian diakhiri dengan ucapan ketidakpuasan
hati. Jika kita mengatakan hak kita, jika kita pernah memberi sumbangan dalam
bentuk cukai kepada kerajaan. Kata-kata
yang pernah diungkapkan “Jika kita pembayar cukai yang baik, bolehlah minta itu
dan ini”. Macam juga kita pembayar cukai pintu dan hasil tanah. Bolehlah kita
tuntut pungutan sampah mesti cekap dan mengikut jadual. Jika kita duduk di
taman perumahan dan membayar bayaran perkhidmatan untuk keselamatan, bolehlah
pengawal bertugas dengan baik dan merungut jika perkhidmatan tidak sampai
kepada paras yang dikehendaki. Ini baru betul, tapi kalau cukai pun tidak
pernah bayar, macam mana nak tuntut itu dan ini. Ini adalah tidak logik
sebenarnya. Untuk itu, jika kita menerima, ucapkan sahaja terima kaseh atas
pemberian yang amat bermakna.
Kejayaan dalam kehidupan juga sangat bergantung kepada bantuan yang berjaya
kita berikan kepada masyarakat sekeliling. Tidak guna jika kita berjaya dalam
kehidupan jika kita tidak berupaya membantu orang lain yang memerlukan.
Pertolongan boleh jadi dalam bentuk wang ringgit tetapi boleh jadi juga dalam
segala bentuk bantuan dalam segala aspek kehidupan. Jika memegang jawatan yang
besar mungkin kita boleh membantu mendapatkan pekerjaan kepada yang meminta
bantuan. Jika kita orang yang sangat berpengaruh mungkin boleh mendapatkan
tempat belajar dan kalau kita lihat bermacam-macam bentuk pertolongan yang
boleh kita berikan. Apa yang penting kita seharusnya mempunyai sikap ingin
memberi pertolongan walau dalam bentuk apa sekali pun. Jika kita kurang
berpengaruh, mungkin bantuan dalam bentuk kecil juga sangat diharapkan tetapi
besar maknanya kepada mereka.
Cita-cita ingin keluar dari kemiskinan dan seterusnya menjadi kaya perlu
ada dalam setiap individu. Ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu
disemai kedalam diri anak-anak kita sejak awal umur lagi. Budaya membantu orang
lain setelah menjadi kaya perlu menjadi amalan rakyat negara maju sehingga
membawa kemajuan kepada negara. Bersesuaian dengan status negeri maju yang kita
diami sekarang, sikap keinginan untuk menghulurkan tangan ingin membantu perlu menjadi
keutamaan.
No comments:
Post a Comment