nuffnang ads

Sunday, 14 October 2012

“BUS STOP “CANTIK TAPI GELAP



Perhentian bas atau lebih dikenali sebagai bus stop adalah satu kemudahan yang sangat penting untuk rakyat terutama mereka yang menggunakan kemudahan awam samaada bas atau teksi. Penggunaan bus stop disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan sesuatu daerah atau bandar. Negeri Melaka sesebuah bus stop dibina dan diselenggara oleh Majlis Perbandaran samaada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Daerah Jasin (MPJ) atau Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG). Rekabentuk bus di negara kita sangat mudah dan ada dibeberapa tempat kelihatan cantik dengan rekabentuk yang kreatif. Kebanyakan rekabentuk bus stop terutama diluar bandar sangat mudah sahaja. Pembinaannya banyak memikirkan hanya untuk memberi kemudahan sahaja tanpa memikirkan dari segi kecantikan rekabentuk. Bus stop yang dibina hanya untuk menjadi tempat berteduh sementara dari matahari dan hujan renyai. Banyak bus stop tidak direkabentuk untuk hujan lebat. Rekabentuk hanya sekeping bumbung ringkas dengan tempat duduk tidak melebihi lima atau enam orang.

Rekebentuk bus stop mempunyai rekabentuk yang menarik untuk didalam bandar sahaja. Untuk luar bandar atau pinggir bandar, bus stop yang disediakan sangat ringkas dan dalam bahasa mudah tidak cantik. Ini adalah kerana pengguna bus stop diluar bandar adalah mereka yang dikatakan mempunyai pendapatan sederhana dan kecil. Untuk itu agaknya mereka tidak layak untuk mendapat bus stop yang cantik dan menarik yang kreatif. Bus Stop dikawasan bandar dikebanyakan tempat mempunyai rekabentuk yang cantik dan ada dibeberapa tempat yang mempunyai rekabentuk mudah tetapi cantik. Apa yang jelas bus stop yang disediakan berfungsi dengan baik di kebanyakan tempat.

Keadaan rekabentuk bus stop jauh lebih baik dari 3 tahun lepas. Pada ketika itu bus stop kelihatan tidak berbela langsung. Ada bus stop yang tidak berbumbung dalam tempoh yang lama tetapi tidak berganti. Banyak bus stop yang bersampah sarap yang tidak dikutip dan kalau ada dinding pun, sudah diconteng atau mempunyai bekas tampal berbagai jenis iklan atau perkhidmatan. Banyak juga perhentian bas yang hanya ada bumbung sahaja dan tidak mempunyai kerusi lagi. Itu pun bus stop masih lagi digunakan oleh penduduk luar kampong kerana mereka tidak mempunyai pilihan lain untuk kebandar atau ketempat yang lain hanya melalui perkhidmatan bas.

Pihak Berkuasa Tempatan telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Mereka amat perihatin dengan kemudahan yang dikehendaki oleh rakyat. Apa yang menimbulkan masaalah ialah banyak juga mereka yang tidak perihatin dalam menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Banyak juga yang tidak bertangguing jawap semasa menggunakan bus stop. Banyak yang sangat suka membuang sampah merata-rata walaupun tong sampah disediakan dan yang sangat tidak bertanggung jawap adalah mereka yang suka merosakan bus stop. Mereka akan merosak dinding ban kerusi. Itu sebab banyak pengguna bus stop terpaksa mencangkung atas kerusi bukan duduk atas kerusi. Ini kerana kerusi dan lantai sangat kotor.

Bertambah sedih lagi apabila hujan turun. Bumbung bus stop kerak kali terlalu kecil dan hanya sesuai untuk berteduh di panas terik. Walaupun negara kita menerima hujan lebat sepanjang tahun tetapi bus stop tidak direka untuk hujan lebat. Kita dapat melihat mereka yang menunggu bas akan menerima tempias walaupun tidak kena hujan secara terus. Sedih betul apabila menunggu bas di waktu hujan. Mungkin itu telah diambil kira oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Rakyat seharusnya menjaga bus stop dengan baik. Kemudahan yang disediakan perlu dimanfaatkan bersama. Ini adalah harta kita bersama. Kalau baik kemudahan tersebut senanglah kita. Kalau rosak kemudahan yang disediakan, maka kitalah yang menerima akibatnya. Rata-rata bus stop di negeri Melaka sudah cantik. Terima Kasih kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Kemudahann bus stop dibandar memang sangat cantik. Ada beberapa bus stop telah mempunyai gerai kecil menjual barangan kemudahan orang ramai seperti surat khabar, gula-gula, kad prabayar, payong, ubat-ubatan mudah dan barangan keperluan penumpang. Bus stop ini sudah tentu akan dijaga dengan baik kerana peniaga merasakan bus stop adalah sebahagian dari harta mereka. Tahniah sekali lagi kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang telah memperkenalkan polisi ini yang bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga tetapi baik juga kepada pengguna bus stop. Salah satu kemudahan ini yang boleh kita nampak adalah bus stop dihadapan Hospital Melaka. Walaupun bus stop yang beraiz keci tetapi telah dimanfaatkan oleh peniaga. Setiap dari yang mereka yang melintas Hospital Melaka akan melihat bus stop bergerai ini. Kelihatan gerai ini mempunyai pelanggan sepanjang masa. Adalah tidak pula diketahui samaada peniaga itu gembira atau tidak berada disitu dan tidak pula diketahu samaada perniagaan disitu membawa pulangan yang baik.

Buat masa ini bus stop yang cantik dibandar telah digunakan dengan baik terutama tempat yang mempunyai tumpuan ramai. Malangnya banyak bus stop yang cantik tetapi gelap diwaktu malam.Bus stop mempunyai lampu tetapi tidak menyala. Tidak diketahui dimana silapnya kebanyakan bus stop kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan bergelap diwaktu malam. Malang sekali, bagaimana boleh berlaku dalam sebuah negeri berstatus negeri maju tetapi tidak memasang lampu di bus stop diwaktu malam. Ini mungkin kerana pegawai yang bertanggung jawap dengan bus stop tidak bertugas diwaktu malam atau pegawai Pihak Berkuasa Tempatan tidak menggunakan perkhidmatan bas terutama diwaktu malam. Oleh itu mereka tidak mengetahui bus stop tidak berlampu. Banyak dari kalangan masyarakat yang berkata, ini berlaku kerana bus stop tidak digunakan okeh orang besar-besar jadi oleh itu lampu tidak perlu disediakan. Kata mereka macam juga jalan yang kerap dilalui orang besar, sudah tentu akan dipasang lampu. Jalan yang tidak dilalui oleh yang besar, buat apa disediakan lampu?. Ini adalah kata-kata sindiran tetapi mungkin ada kebenarnya.

Pemasangan lampu di bus stop sangat penting. Selain ini akan memudahahkan penunggu bas. Ini juga dapat mengurangkan jenayah. Banyak orang terpaksa menaiki teksi dan membayar lebih sedikit kerana takut menunggu bas ditempat yang gelap. Maklumlah pada keadaan gelap.Sudah tentu banyak perkara yang boLeh berlaku terutama kepada anak-anak gadis yang berjalan dalam kumpulan yang kecil atau kesaorangan.Kasihan kadang-kadang kita melihat mereka yang menunggu bas setelah habis bekerja diwaktu malam. Pihak Berkuasa Tempatan perlu sensitif dengan kemudahan lampu di bus stop. Berbelanjalah sedikt wang untuk memberi sedikit kemudahan untuk rakyat. Ini bukan kemudahan yang selesa tetapi kemudahan asas sahaja. Pihak Berkuasa Tempatan boleh membina berbagai-bagai lagi kemudahan yang cantik yang sangat berguna untuk rakyat. Harap dapat memikirkan perkara ini dengan baik. Lihat sahaja bus stop dihadapan dengan Bangunan Kota Cemerlang di Ayer Keroh, sangat gelap pada waktu malam tetapi bus stop ini kerap menerima banyak pengunjung terutana pelanggan dari Supermarket Mydin.

Kadang-kadang Pihak Berkuasa Tempatan juga tidak boleh dipersalahkan. Mereka ini kelihatan sudah serik/malas hendak menyediakan kemudahan lampu untuk rakyat tetapi rakyat tidak menghargainya. Pihak Berkuasa Tempatan bukan tidak mahu menyediakan kemudahan lampu. Sudah tentu Pihak Berkuasa Tempatan inginkan setiap pendduduk didalam jagaan mereka hidup selesa termasuk mereka yang menunggu bas. Apa yang Pihak Berkuasa Tempatan marah adalah banyak tangan-tangan gatal atau makhluk perosak yang tidak boleh duduk diam. Sebenarnya kemudahan lampu di bus stop bukanlah sesuatu yang mahal, tetapi sikap pengguna yang sentiasa merosakan lampu di bus stop. Sudah tentu Pihak Berkuasa Tempatan tidak mampu untuk meletakan seorang kakitangan tetap untuk menjaga bus stop sepanjang masa. Sepatutnya pengguna bas stop atau orang awam tidak menggangu lampu yang telah disediakan. Amat menghairan setelah negeri Melaka mencapai negeri maju dan rakyat telah diberi pendidikan yang baik tetapi sikap nakal begini tidak dapat ditinggalkan.

Satu lagi yang perlu ada dikalangan pegawai Pihak Berkuasa Tempatan adalah budaya penyenggaraan. Seperti yang semua orang ketahui, sudah tentu setiap peralatan atau lampu tidak akan dapat memberi penggunaan dalam tempoh yang lama atau selama-lamanya.Ini bermakna pasti akan berlaku kerosakan. Untuk itu budaya penyenggaraan harus tinggi dan cekap. Satu unit peronda bus stop perlu diwujudkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan supaya setiap kerosakan dapat dibaiki dengan segera. Kalaulah Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat menyediakan kemudahan ini, Pihak Berkuasa Tempatan boleh mengswastakan tugas ini. Lantik sahaja sebuah syarikat, bayar sejumlah wang untuk kerja-kerja penyenggaraan. Ini pasti akan dapat menjadikan bus stop satu tempat yang kondusif untuk pengguna. Sudah tentu setiap perkhidmatan perlukan pembayaran. Untuk itu budaya penyenggaraan bus stop sangat penting. Pegawai dari Pihak Berkuasa Tempatan jangan lihat remeh kemudahan lampu di bus stop. Klau tidak terjadi sesuatu hal orang tidak akan menggata tetapi apabila semua sudah berlaku. Amat susah untuk setiap dari kita berdolak-dalik.

Rakyat perlu menerima nikmat dari sebuah negeri maju. Kalau pun mereka bukan pembayar cukai tetapi mereka adalah rakyat negeri ini. Mereka bukan tidak mampu untuk membeli kenderaan tetapi masih belum tiba masanya. Mereka perlu merasa kondusif apabila berada ditanah air mereka sendiri. Untuk itu pihak kerajaan yang diwakili oleh Pihak Berkuasa Tempatan perlu memberi kemudahan terbaik walaupun sebuah bus stop yang akan digunakan oleh banyak orang. Untuk itu adalah perlu setiap bus stop pastikan berlampu dan cerah pada waktu malam. Kalau pun ada makhlok perosak, ini perlu ditangani dengan teknologi moden yang telah ada. Mungkin rekabentuk bus stop sekarang perlu direkabentuk semula untuk menangani manusia yang nakal ini. Pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan perlu menyediakan sejumlah wang yang cukup untuk kerja penyenggaraan. Pihak Berkuasa Tempatan yang memikirkan mereka ini menaiki bas, sudah tentu berpendapatan rendah. Untuk itu biarlah mereka dengan kemudahan sub-standard. Ini adalah pemikiran yang tidak baik Melaka telah mempunyai Bus Station Melaka Sentral bertaraf antarabanga. Tidak banyak bus station di Malaysia yang berhawa dingin. Melaka adalah satu-satu negeri yang menyediakan bus station berhawa dingin untuk rakyatnya. Melaka Sentral telah dijadikan 'one stop' centre utuk rakyat. Kemudahan yang ada di Melaka Sentral ada kemudahan untuk rakyat dimana pemimpin negeri Melaka amat menyayangi rakyatnya. Tanpa mengira pendapatan, dari mana mereka datang dan berbangsa apa boleh menggunakan kemudahan Melaka Sentral yang hebat. Pemimpin negeri Melaka telah melaksanakan dengan kaedah mereka. Sekarang tugas pihak Berkuasa Tempatan Pula.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...