nuffnang ads

Thursday, 18 October 2012

IBU-IBU,BAPA-BAPA TOLONG AKU.



Kejayaan dalam bidang pelajaran sangat memerlukan bantuan, sokongan dan motivasi dari ibubapa.Ibubapa sekarang ini sudah jauh berubah.Sekarang ini ibubapa sanggup berbelanja besar untuk pendidikan anak-anak.Ibubapa sanggup menghantar anak-anak ke tusyen berbayar, membeli buku tambahan secara persendirian malahan ramai yang sudah menghantar anak-anak ke sekolah swasta atau “private school” yang memerlukan pembayaran yang mahal.Ini dilakukan kerana ibubapa sangat mementingkan pendidikan. Ini bersesuaian dengan pembangunan negara dan juga kejayaan dari segi ekonomi yang mana ramai yang sudah senang.Sudah tentu jika ramai yang sudah senang, mereka akan berbelanja lebih untuk pendidikan anak-anak.

Ibubapa juga sekarang banyak terlibat dalam menentukan karier anak-anak.Walaupun anak-anak yang akan berusaha kearah itu dan mempunyai cita-cita sendiri tetapi sudah tentu ini akan dibantu oleh ibubapa.Kadang-kadang anak-anak kurang berminat sesuatu karier tetapi oleh kerana ibubapa minat dan sebagai memenuhi cita-cita keluarga terutama ibubapa anak-anak perlu mengikut sahaja tanpa banyak bicara. Ibubapa juga amat senang jika anak-anak mengikut cakap.Ini kerana ibubapa kerap menyatakan mereka lebih berpengalaman tentang kehidupan dan mereka juga telah berbelanja besar untuk membiayai pendidikan anak-anak sudah tentu mereka perlu campur tangan.Ada juga anak-anak yang megikut kehendak sendiri dan jika apa-apa berlaku pada masa hadapan sudah tentu ibubapa menyatakan itulah sebabnya mereka pernah menyatakan sesuatu atau pernah mencadangkan sesuatu pada masa dahulu dan tidak diikuti oleh anak-anak.Itu sebab jadi begitu.Ibu bapa kerap menyatakan mereka berpandangan jauh dan telah menjalani kehidupan lebih lama dan sudah tentu berpengalaman dan telah makan garam dahulu.Itu sebab mereka mencadangkan itu dan ini.

Pendapat ibubapa dalam menentukan karier sudah tentu melihat kehadapan dan apa yang telah terjadi kepada mereka. Zaman sekarang sudah tentu wang ringgit dan kewangan yang menjadi ukuran. Sudah tentu ibubapa mahukan anak-anak mereka mempunyai pendapatan yang banyak dan stabil. Sudah tentu ibubapa sangat berminat anak-anak mereka bekerja dengan kerajaan. Menurut ibubapa ini adalah pekerjaan yang dapat menentukan masa hadapan ytang lebih stabil.Ibubapa terpengaruh jawatan yang dikatakan tetap dan berpencen.Kepada mereka inilah yang menentukan kejayaan.Kalau pendapatan tidak besar sangat pun tidak mengapa.Apa yang penting adalah berpendapatan tetap dan mendapat pencen apabila tua nanti.Ibubapa sangat tidak minat jika anak-anak mereka berniaga.Kepada ibubapa bidang perniagaan bukanlah satu pekerjaan.Jika ada anak-anak yang terlibat dalam bidang perniagaan.Ibubapa akan menyatakan ini adalah profesion sementara. Kepada ibubapa perniagaan bukan profesion yang sesuai untuk anak-anak mereka walaupun anak-anak mereka belajar dalam bidang perniagaan.Bidang pembelajaran adalah berkenaan perniagan tetapi adalah untuk makan gaji.Kadang-kadang pelik juga kita mendengarnya. Sekarang ini itulah yang terjadi.Banyak anak-anak yang mahu terlibat dalam perniagaan tetapi dihalang oleh ibubapa mereka dengan alasan bidang perniagaan buka profesion yang boleh menjamin masa depan yang cemerlang.Ibubapa sangat berpengaruh dalam perkara ini.

Zaman sudah berubah.Penentu kayu aras perniagaan masih lagi ditakuk lama. Kekayaan masih lagi diukur samaada sesaorang itu mampu memiliki rumah atau kereta.Kepada generasi lama jika sesaorang itu mampu memilik rumah dan kereta, orang itu dikatakan kaya. Ibubapa sangat berpuas hati jika anak-anak sudah ada itu semua.Kepada mereka itulah yang penting.Mungkin cita-cita itu sangat sesuai pada masa dahulu.Pada masa hadapan kekayaan perlu diukur samaada sesaorang itu memiliki kapal terbang atau helikopter.Jika ada kapal terbang baru dikatakan kaya.Kalau ini difikirkan mungkin penentu aras kekayaan sudah menjadi tinggi dan sesuai untuk penduduk sebuah negara maju.Generasi lama kalau mendengar penentu kayu aras kekayaan ini mereka akan tergelak dan rasa sangat tidak logik untuk dicapai kalau mereka melihat dari kaca mata mereka sendiri.Ada juga yang akan bertanya, “bagaimana hendak ada kapal terbang jika tidak ada landasan kapal terbang yang disediakan”?Itu menunjukan bagaimana ceteknya pemikiran mereka.Sudah tentu jika sudah mampu memiliki kapal terbang sendiri, setiap pemilik kapal terbang mampu membuat lapangan terbang atau landasan kapal terbang mereka sendiri.Inilah sepatutnya difikirkan tetapi tidak dapat difikirkan oleh generasi itu..Itu sebabnya mereka lebih selesa dengan penentu aras sekarang ini hanya perlu memiliki rumah dan kereta.Ini sudah cukup kaya. 

Pemikiran ibubapa atau orang lama perlu diikuti atau dicontohi.Sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia perlu menghormati orang-orang tua dengan mengikut saranan mereka atau cadangan mereka.Kepada orang-orang tua akalau saranan yang mereka buta dan tidak diikuti ini adalah sangat tidak baik.Mungkin tidak disebut derhaka tetapi tidak baik kata mereka..Walaupun begitu orang-orang trua juga sangat terbuka.Banyak juga ibubapa yang tidak mahu campur urusan anak-anak mereka.Kepada mereka zaman mereka telah berakhir.Anak-anak perlu menentukan zaman atau masa hadapan mereka sendiri.Mereka hanya boleh memberi pandangan sahaja.Kalau dahulu apabila berkata bidang IT banyak ibubapa yang tidak berminat dan tidak mahu mempelajarinya.Sekarang ini sesiapa yang tidak mahu terlibat dalkam bidang IT, mereka akan ketinggalan.Mahu tidak mahu ibubapa perlu mengikuti anak-anak atau memberi sokongan kepada anak-anak supaya terlibat dalam bidang IT.

Kemudahan IT yang dimulakan dengan pengenalan komputer satu masa dahulu diikuti dengan kemudahan talipon selulur yang yang diikuti dengan kamera digital dan sekarang ini dengan teknologi talipon pintar, Ipod dan Ipad menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan hidupan menjadi semakain mudah dan pantas.Kalau dahulu orang tua -tua memulakan pembelajaran dengan membawa papan batu kesekolah tetapi sekarang ini anak-anak tadika telah mula membimbit Ipad untuk kesekolah.Kalau dahulu banyak ibubapa yang tidak kesekolah.Untuk membolehkan mereka belajar dan tahu membaca.kerajaan telah memulakakan kaedah pembelajaran membaca dengan membuka kelas-kelas dewasa dikampong mahupun dibandar.Kelas dewasa dibuka di serambi rumah, dipondok-pondok buruk atau dibawah rumah orang.Ada juga kelas dewasa diajar dibalairaya atau disurau-surau atau dimasjid.Bermula dari kelas dewasa sekarang ini dapat melahirkan bijak pandai bertaraf dunia.Anak-anak Malaysia telah bermain dipentas dunia dan pemikiran juga sudah bertaraf dunia.Mungkin slogan dari kelas dewasa kepentas dunia boleh dijadikan tema untuk program bercorak pendidikan.Ini adalah untuk memberitahu generasi muda bagaimana pemikiran rakyat negara ini dijana pada masa dahulu. Pemimpin negara ini amat berkalibar dan sangat melihat kehadapan.Polisi pendidikan yang baik telah membantu menukar pemikiran orang tua dahulu supaya mencintai pendidikan.Hasil pemikiran dahulu sudah dituai sekarang.Anak-anak mendapat faedah dari pemikiran kreatif pemimpin dahulu. Kalau kita berkata untuk melihat pemimpin masa hadapan kita perlu melihat anak-anak muda masa sekarang.Mungkin boleh juga diperkatakan untuk melihat kejayaan anak-anak muda pada masa hadapan kita perlu melihat pemikiran orang-orang tua atau pemimpin pada masa dahulu.Kalau tidak ada dahulu masakan ada sekarang.

Berkorbanlah untuk anak-anak.Bekerja kuatlah untuk anak-anak. Pada masa hadapan kita tidak boleh lagi mengharapkan bantuan sahaja. Setiap dari kita perlu menyematkan diri untuk memberhentikan rantai penerimaan bantuan dalam keluarga kita.Adalah tidak baik jika rantaian yang jika ayah sudah mendapat bantu berupa bantuan pembelajaran atau perniagaan.Rantaian penerimaan bantuan ini diteruskan oleh anak-anak dan cucu kita lagi.Sepatutnya jika ibubapa pernah menerima bantuan dan berjaya.Anak-anak sudah tidak perlu lagi menerima atau perlukan bantuan lagi.Jika ibubapa sudah berjaya, anak-anak perlu dibiayai sendiri jika mampu belajar keperingkat yang lebih tinggi.Ibubapa yang dikatakan telah berjaya dalam sesuatu profesion perlu menyimpan untuk pendidikan anak-anak atau perlu menyimpan untuk anak-anak memulakan perniagaan.Paling mudah yang perlu difahami, jika ibubapa sudah dapat bantuan atau diberi pinjaman.Anak-anak atau generasi kedua sudah tidak perlu meminjam lagi.Generasi yang berikut perlu menikmati kejayaan generasi yang lepas.Malangnya ini tidak berlaku.Jika ibubapa telah menerima bantuan, anak-anak juga perlu menerima bantuan juga.

Tanggungjawap ibubapa sekarang untuk pendidikan anak-anak kini sangat besar dan memerlukan banyak pengorbanan. Tanggungjawap ini telah berubah mengikut keadaan dan masa Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk kejayaan anak-anak selain dari masa yang telah diberikan. Ibubapa perlu membelanjakan wang untuk anak-anak belajar dan mencapai kejayaan untuk menjadi bijak. Ibubapa perlu sentiasa memperuntukan sejumlah wang untuk pendidikan anak-anak selain dari perbelanjaan harian, pakaian sekolah, perbelanjaan kantin  tambang kesekolah dan buku-buku asas. Ibubapa perlu memperuntukan sejumlah wang untuk buku kerja tambahan, yuran tusyen, penyediaan kemudahan komputer dan kemudahan internet, perisian pembelajaran yang berkenaan dan majalah yang bersesuaian. Anak-anak sekarang tidak mencukupi jika hanya bergantung pada buku teks sekolah sahaja. Mereka perlu latihan tambahan dan juga buku latih tubi setiap masa. Maklumat tambahan banyak didapati dari majalah semasa yang banyak terdapat dipasaran. Untuk mendapat pendedahan/maklumat yang baik majalah adalah merupakan sumber ilmu yang sangat baik dan perlu dimiliki oleh anak-anak Kita perlu sentiasa memikirkan anak-anak zaman sekarang pandai-pandai berbanding pada satu ketika dahulu.

Bidang pembelajaran juga tidak sama seperti dahulu. Ibubapa dahulu jarang terlibat dalam menentukan bidang yang perlu diambil. Ada ibubapa tidak berapa kisah dengan pemilihan anak-anak. Apa yang baik untuk anak-anak baiklah untuk ibubapa. Hanya yang penting bila keluar nanti dapat kerja. Itu sahaja yang ibubapa dahalu mahukan. Sekarang tidak lagi demikan. Ibubapa perlu mengetahui bidang apa yang anak-anak mereka ceburi. Bidang yang terdapat juga sangat luas bersesuaian dengan perkembangan negara sekarang ini. Kalau boleh kita perlu menasihati bidang yang akan diceburi supaya mereka akan mendapat pulangan yang baik pada masa hadapan (makan gaji atau berniaga). Ibubapa zaman sekarang bukan lagi ibubapa seperti satu ketika dahulu. Ibubapa sekarang telah mempunyai kelulusan yang cemerlang dan memiliki karier yang sangat baik (ibubapa sekarang pandai-pandai). Ibubapa sekarang banyak pengalaman dan luas pembacaan serta pergaulan yang boleh dikongsi bersama anak-anak. Ibubapa harus memberi panduan kepada anak-anak supaya mereka berupaya memilih karier yang betul pada masa hadapan. Walaupun begitu keputusan terakhir biarlah dibuat oleh anak-anak sendiri kerana merekalah yang akan melakukan sesuatu untuk masa hadapan mereka sendiri. Ibubapa jangan dipersalahkan nanti, ibubapa berhak memberi pendapat dan contoh sahaja. Keputusan ditangan mereka sendiri. Biarlah mereka bertanggung jawap dengan pemilihan untuk masa depan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...