nuffnang ads

Sunday, 7 October 2012

HIDUP BUAT KERJA SENDIRI BUKAN BUAT KERJA ORANG LAIN.



Kehidupan manusia selain untuk melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan. Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi hidup tidak ada ketenangan. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tidak ada kerukunan.

Kita hidup perlu bekerja, jangan harap bantuan sahaja jika kita ada kemampuan untuk bekerja.Hidup juga mesti sentiasa sibok kalau kita ingin hidup senang.Kita tidak boleh sentiasa mengharapkan bantuan sahaja walaupun tidak salah kalau menerima bantuan.Pastikan kita layak untuk menerima bantuan.Adalah tidak diketahui mengapa keadaan kerja yang relax menjadi pilihan. Apakah kerana mereka malas?. Mereka inginkan pendapatan yang lumayan tetapi pekerjaan yang dilakukan agak minima atau kerja sedikit sahaja. Itu sebab agaknya banyak yang minat bermain loteri atau tikam loteri agar menjadi cepat kaya. Banyak juga yang meminati loteri ekor yang popular sekarang ini. Mungkin ini cara untuk mendapat pendapatan yang lumayan tetapi melakukan pekerjaan yang sedikit. Ramai orang berkata bermain loteri atau ekor bergantung kepada nasib. Kalau nasib baik kerap dapat tetapi kalau nasib tidak baik mungkin tidak akan merasa. Ramai juga yang aktif dalam berbagai-bagai permainan yang melibatkan duit dengan modal yang kecil. Ada juga iklan yang menyatakan labur RM 3 akan mendapat RM 3 juta. Kalau kaedah cara ini untuk menjadikan orang kaya, sudah tentu ramai orang telah menjadi kaya dengan kaedah ini. Tidak perlu kerja kuat atau belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat kelulusan yang cemerlang agar mendapat pekerjaan yang baik. Tidak payah kerja kuat atau berniaga siang dan malam untuk jadi kaya. Ada juga yang menggunakan perkhidmatan bomoh untuk mendapatkan duit tambahan. Akhirnya bomoh yang menjadi kaya tetapi mereka yang inginkan jadi kaya atau pelanggan tidak kaya-kaya. Itulah kaedah yang mempunyai minat yang ramai. Sebenarnya dalam kehidupan untuk hidup senang dan ingin mendapat penndapatan yang berlebihan perlulah kerja kuat. Kerap dikatakan ringan tangan berat perut. Kalau kita kerja kuat perut sentiasa berisi. Sudah tentu mereka yang rajin juga akan mendapat pendapatan yang lumaya.Banyak juga yang berkata pandai sahaja tidak cukup kalau tidak rajin. Rajin lebih penting dari kepandaian, ini mungkin sesuai untuk keadaan tertentu. Tidak semua kenyataan ini benar untuk semua keadaan.

Hidup bermakna terus bernyawa atau bernafas berkenaan manusia dan binatang. Tumbuh dan membesar berkenaan tumbuh-tumbuhan atau tidak mati.  Hidup juga membawa makna duduk atau tinggal di suatu tempat atau berkediaman. Hidup juga bermakna berada dalam keadaan tertentu. Sehidup membawa makna hidup bersama. Hidup-hidup membawa makna benar-benar hidup. Hidup-hidupan ialah keadaan masih hidup. Menghidupi membiarkan hidup (tidak dibunuh). Menghidupkan bermakna membuat supaya hidup (terus bernafas). Memperhidupkan menjadikan lebih hidup (giat dan bersemangat). Hidupan, hidup-hidupan sesuatu yang hidup (binatang atau tumbuhan). Kehidupan adalah perihal hidup dan penghidupan cara menguruskan dan menyelenggara hidup dan pencarian.

Kaedah terbaik sekarang ini untuk berjaya dalam kehidupan adalah bekerja kuat. Tumpukan perhatian untuk membuat kerja yang kita perlukan atau yang telah diamanahkan bukan membuat kerja orang lain. Lebih-lebih lagi dalam keadaan negara yang semuanya serba mahal dan taraf hidup yang sangat meningkat dengan kenaikan harga barangan keperluan hidup, tiada cara lain hanya dengan kerja kuat. Dan tumpukan perhatian kepada kerja yang berfaedah kepada diri sendiri. Tidak kira apa jawatan yang kita miliki, kalaulah tidak mencukupi, perlulah kita mencari pekerjaan tambahan samaada separuh masa atau sepenuh masa untuk memenuhi keprluan sendiri dan keluarga. Kita tidak boleh mengharapkan bantuan semata-mata. Zaman inginkan bantuan untuk hidup mungkin sesuai tidak sesuai untuk semua orang. Cari pekerjaan tambahan, mulakan perniagaan kecil-kecilan dan cari peluang menambah pendapatan dengan kemahiran yang kita miliki. Zaman sekarang setiap kemahiran yang dimiliki boleh mendatangkan wang.Mereka yang kaya raya dan berjaya menjadi jutawan banyak dari gulongan berkemahiran bukan mereka yang berkepandaian.

Seorang pelajar juga perlu sentiasa mencari apa yang perlu dilakukan. Untk menambah kepandaian dan berjaya dalam karier Belajar adalah untuk  mengetahui sesatu yang tidak diketahui dari orang yang mengetahuinya supaya diketahui. Secara kasar belajar adalah untuk mengetahui perkara yang tidak diketahui.Kalau kita selalu menghafal perkara yang diketahui, ini bermakna kita tidak belajar. Banyak dari kita yang tidak belajar kerana tidak mahu mengetahui perkara yang baru. Untuk itu belajar adalah memerlukan kita berkerja kuat dan sentiasa proaktif. Belajar memerlukan kita sediakan sedikit masa untuk melihat perkara yang tidak diketahui. Untuk itu, kalau kita tidak mahu berkerja kuat untuk belajar, kita tidak akan berjaya. Banyak yang malas belajar dengan alasan tidak ada cukup masa. Banyak juga yang memberi alasan tidak ada masa untuk belajar. Ini kerana mereka terlalu sibok. Belajar ini seperti kita mencari kerja. Belajar adalah atas inisiatif diri sendiri. Kalau kita tidak mencari masa untuk belajar, ini bermakna kita tidak akan belajar. Kalau selalu memikirkan untuk relax sahaja sudah tentu tidak akan dapat apa yang kita mimpikan. Banyak mereka yang selalu relax dibangku sekolah tidak menjadi orang berjaya pada masa hadapan. 

Sangat penting budaya mencari kerja dan menumpukan kerja kepada kerja sendiri diajar kepada anak-anak sejak awal umur lagi. Ibubapa juga jangan mengarahkan anak-anak mencari pekerjaan yang relax sahaja dan melakukan kerja orang lain. Ibubapa harus menasihati anak-anak memilih pekerjaan yang penuh dengan cabaran. untuk diri sendiri Sudah tentu pekerjaan yang penuh dengan cabaran akan membawa pulangan yang baik. Kepada mereka yang belajar juga perlu hidupkan budaya mencari kerja dengan banyak membuat soalan peperiksaan yang lepas atau soalan peperiksaan dari institusi lain. Ini akan menambah pengalaman diri sendiri. Sudah pasti ini akan memberikan kesan yang baik. Jika kita mengamalkan budaya mencari kerja sudah tentu kita akan berjaya. Cita-cita kerajaan untuk menjadikan negara ini negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020 pastikan tercapai jika setiap rakyat suka mencari kerja dan tahu kepada keutamaan dan kesenangan diri dan keluarga.

Setiap yang menjadi ketua sudah tentu mempunyai misi yang ingin dilaksanakan. Dalam bahasa mudah setiap ketua ada matlamat yang ingin dilaksanakan. Kalau ini ada dalam sesuatu organisasi, organisasi akan berjaya. Setiap yang dipimpin perlu melaksanakan arahan dari ketua. Ini sangat penting. Tidak guna kita melantik sesaorang ketua atau kita  bekerja dengan seorang ketua tetapi kita tidak mahu melaksanakan apa yang ingin dibuat. Sudah tentu setiap ketua telah berbincang apa yang ingin dilaksanakan dan sudah tentu pertimbangan telah dibuat untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Kerja pengikut atau mereka yang bekerja dibawah ketua untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. Tugas seorang pekerja dalam sesuatu organisasi adalah membuat kerja yang telah diarahkan setelah keputusan dibuat.

YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka kerapa menyatakan ‘buat apa yang beliau suruh’ kepada ketua jabatan atau kakitangan kerajaan di negeri Melaka. Beliau juga kerap menyatakan buat apa yang telah diputuskan dalam setiap organisasi yang beliau ketuai . Menurut beliau lagi kalau orang lain tidak mahu buat, beliau akan buat sendiri.. Ini dilakukan kerana beliau mempunyai tanggung jawap kepada oranisasi yang beliau pimpin dan kepada rakyat. Beliau akan ditanya apabila sampai masanya apa yang telah beliau lakukan paling penting ditanya semasa menghadapai pilihanraya. Ini kerap beliau sampaikan semasa perbincangan atau dalam mesyuarat. Ini kerana beliau adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sudah tentu rakyat berkehendakan sesuatu apabila memilih beliau menjadi pemimpin. Untuk itu YAB Ketua Menteri Melaka telah menterjemahkan konsep ketua atau kepimpinan kepada kerja harian. Beliau mempunyai misi untuk Melaka dan akan dinilai setiap lima tahun. Pencapaian harus boleh dilihat bukan hanya catitan yang terlalu akademik.

Pencapaian Melaka Maju 2010 dengan mengira 32 indikator kehidupan adalah misi YAB Ketua Menteri sebaik-baik sahaja beliau menjawat jawatan Ketua Menteri. Mathalamat beliau Melaka harus maju. Setiap arahan dan tindak tanduk beliau adalah sangat fokus untuk menjadikan Melaka negeri Maju pada tahun 2010. Itu sebabnya dalam setiap mesyuarat beliau kerap menekankan ‘buat apa yang telah disuruh’ maksudnya apa yang telah dirancang terlebih dahulu. Secara keseluruhan apa yang beliau maksudkan kerja perlu mengikut arahan ketua yang ingin melaksanakan sesuatu yang telah dirancang. Kalau ada ketua jabatan atau organisasi ingin membuat kerja lain, beliau selalunya menasihatkan buat apa yang beliau arahkan terlebih dahulu dan kemudian baru buat apa yang lain atau apa yang mereka fikirkan.

Kaedah mendengar cakap ketua adalah pendekatan yang baik. Tugas mereka yang berada dibawah adalah melaksanakan apa yang telah diarahkan oleh ketua berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Banyak kata-kata pakar motivasi mengatakan untuk organisasi berjaya atau sesaorang ingin berjaya dalam karier perlulah bekerja untuk menaikan nama ketua. Menurut pakar motivasi, kalau kita menaikan nama ketua, ini bermakna kita telah menaikan nama organisasi. Seorang ketua yang baik pula, kerap kali tidak pernah melupakan kakitangan yang berada dibawah. Kepada sesaorang ketua yang baik akan menyatakan kejayaan organisasi bukan disebabkan beliau menjadi ketua tetapi adalah berkat kerja sama dan kerja kuat setiap ahli atau pekerja yang berada didalam organisasi. Adalah tidak baik dalam sesuatu organisasi ada orang ‘tikam belakang’. Mereka ini kerap menabik dada semua pekerjaan dialah yang melakukan. Mereka kerap merungut ‘ketua buat apa?’ dan ‘kalau akau tidak ada sesuatu kerja tidak akan berlaku’. Kadang-kadang ada kebenaran sesuatu kerja mereka yang dilakukan tetapi atas arahan dan perancangan organisasi. Setiap kejayaan pekerjaan perlu dipulangkan balik kepada organisasi.

Untuk berjaya tumpukan perhatian kepada kerja sendiri dan mahirkan kerja diri sendiri.Caea ini akan menjadikan lebih pakar dan setiap kerja akan menjadi lengkap.Apabila orang bertanya tentang pekerjaan kita amat mudah untuk dijawap dengan rekod yang lengkap.Kalau kita mahir melakukan kerja kita sendiri, sudah tentu kita tidak risau dengan segalka pertanyaan.Sudah tentui semua masaalah dapat diselesaikan dengan baik. Kalau begini dapat dilakukan sudah tentu banyak kepakaran dapat dilahirkan. Amat mudah untuk berjaya kalau setiap dari kita pandai melakukan pekerjaan yang telah diamanahkan. Belakang parang kalau diasah tentu akan tajam juga.Inikan pula manusia, kalau tekun membuat lkerja sendiri satu hari nanti sudah pasti menjadi orang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...