nuffnang ads

Friday, 19 October 2012

KEGELAPAN KEPADA TERANG.



Gelap bermakna tidak mendapat cahaya, kelam, tidak terang.Gelap juga membawa makna tidak jelas atau belum jelas berkenaan sesuatu hal, perkara atau kedudukan. Gelap juga membawa makna tidak cerah berkenaan kehidupan atau masa depan sesaorang atau menghadapi kesulitan. Bergelap bermakna berada dalam gelap (tidak memakai lampu).Bergelap-gelap ialah tidak dengan terus terang. Menggelap ialah menjadi gelap, lenyap, melenyapkan diri atau menjadi gelap mata. Mengelap ialah menjadi gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya dengan mematikan lampu, menyebabkan tidak cerah berkenaan masa depan sesaorang, menyulitkan dan menyusahkan. Mengelapkan juga membawa makna menyembunyikan atau menghalangi. Kegelapan bermakna perihal gelap atau keadaan gelap atau berada dalam gelap.Kegelap-gelapanan ialah agak gelap atau menjadi gelapa mata. Penggelapan ialah perihal atau perbuatan menggelapakan barang atau berita.

Sesuatu kehidupan sudah tentu tidak ada orang yang ingin hidup dalam kegelapan. Kegelapan bermakna kesusaha. Menurut  YB Datuk Wira Idris bin Harun, Ahli Parlimen Tangga Batu semasa memberi ucapan semasa majlis penyampaian pendahuluan pinjamanan PTPTN, setiap negara dalam dunia harus mengeluarkan negara dari kegelapan untuk membolehkan rakyatnya hidup senang. Untuk itu setiap pemimpin perlu memikirkan berbagai kaedah untuk membolehkan rakyat hidup senang.Untuk keluar dari kegaelapan, sesuatu negara tidak boleh bekerja hanya berdasarkan isu semata-mata. Pemimpin akan bekerja apabila timbul isu. Jika tidak ada isu tidak perlu bekerja. Bekerja bukan pelu berdasarkan kepada isu tetapi kerja perlu bekerja berdasarkan kepada prestasi dan kecemel;angan untruk membolehkan kegelapan berubah kepada terang. Terang disini membawa maksud kesenangan dan kenakna kehidupan supaya rakyat hidup denmgan selesa dan anak-anak mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna.


Negara kita telah mencapai kemerdekaan kira-kira 55 tahun dahulu. Dasar kerajaan ketika itu adalah untuk membolehkan rakyat makan.Mathalamat ketika itu untuk membolehkan rakyat mendapat makanan dengan apa cara sahaja yang mana dibenarkan dari segi undang-undang. Pentadbiran kerajaan tidak mahu rakyat hidup dalam kelaparan. Pemimpin negara tahu jika rakyat lapar mereka akan menjadi ganas.Sudah tentu berbagai cara dilakukan untuk mendapatkan makanan. Untuk itu kerajaan bekerja kuat untuk mewujudkan berbagai jenis pekerjaan tidak kira ringan atau berat.Kerajaan mahu semua rakyat mempunyai pekerjaan untuk membolehkan mereka mempunyai pendapatan dan dapat menyuediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga. 

Dasar kerajaan untuk kesenangan rakyat sejak merdeka telah dirancang dengan baik dari sebuah negara berorientasikan pertanian kaedah lama telah berubah negara pertanian moden. Negara telah berubah kepada negara perindustrian ringan, sederhana dan negara perindustrian berat atau berteknologi tinggi. Negara juga telah berubah dari negara pengguna teknologi kepada negara pengeluar teknologi. Negara telah berubah dari negara pengguna produk kepada negara pengeluar produk. Inilah dasar kerajaan yang sangat baik dan sekarang menunggu untuk menjadi negara maju pula. Semua telah diatur dan negara telah berada dilandasan yang betul. Pengisian sahaja perlu betul dengan kerjasama profesional negara ini. Tanpa pengisian yang betul sudah tentu apa yang dirancang tidak menjadi.

Awal kemerdekaan rakyat diminta membuat berbagai jenis kerja dengan bercucuk tanam atau melakukan apa sahaja pekerjaan yang membolehkan makanan tersedia apabila balik dari berkerja. Kerajaan juga membuka apa sahaja industri dan kilang untuk membolehkan rakyat makan. Pada satu masa dahulu setiap  wanita yang bekerja di kilang di panggil 'minah kilang' atau 'minah karan'. Ketika itu bekerja dikilang amat popular. Hasil dari dasar kerajaan yang ingin menyediakan apa sahaja pekerjaan kepada rakyat telah membolehkan rakyat makan dengan cukupnya. Pada masa yang sama kerajaan menyediakan infrastruktur yang lengkap dan kemudahan pendidikan yang sempurna untuk rakyat jelata. Kerajaan juga percaya hanya dengan menyediakan kemudahan pendidikan kepada rakyat, taraf hidup mereka akan berubah. Semua yang kerajaan lakukan ketika itu telah mendatangkan hasil yang baik. Pada masa yang sama kerajaan juga percaya untuk maju, tidak boleh 100% bergantung kepada bidang pertanian. Kerajaan perlu mencuba bidang industri yang baru dan seterusnya mengutamakan perpindahan teknologi. Rakyat perlu disediakan berbagai kemahiran untuk hidup. Bukan semua perlu menjadi profesional, bidang kemahiran juga telah dititik beratkan. Berbagai institusi kemahiran telah ditubuhkan. Rakyat perlu menjadi pandai dan bijak. Itu keutamaan yang kerajaan tumpukan untuk menjadi negara maju.

Bebagai-bagai dasar diwujudkan teruitama yang melibatkan bidang pertanian yang mana selepas itu bertukar kepada pekerjaan yang melibatkan perindustrian. Semuanya berjalan dengan baik, tidak ada rakyat yang kelaparan jika mereka rajin bekerja.Ini dilakukan untuk membolehkan rakyat hidup dalam kesenangan sesuai dengan perkembangan teknologi diseluruh dunia. Kerajaan mahukan rakyat memperolehi pendapatan tinggi pada tahun 2020 untuk membolehkan negara ini setanding dengan negara yang maju diseluruh dunia. Ini hanya akan dapat dilakukan jika rakyat memberi sokongan kepada dasar kerajaan yang telah digariskan. Salah satu dari dasar yang baik ialah menjadikan negara ini negara pengeluar teknologi bukan lagi negara hanya pengguna teknologi. Ini dapat dilakukan jika rakyat ingin menerima inovasi adalah salah satu dari sumber baru ekonomi. Inovasi seharusnya dapat mewujukan usahawan dan seterusnya produk boleh dijual ke seluruh dunia. Semua rakyat perlu menerima dasar kerajaan dengan hati terbuka dan juga memudahkan segala urusan kerajaan supaya kerja menjadi teratur dan segala perusuk negara mendapat nikmat.

Kemajuan negara telah terbukti. Perpatah kita mengatakan dimana ada semut disitu ada gula. Dimana sahaja negara yang maju sudah tentu ramai pekerja asing yang datang untuk menumpang tuah. Negara kita tidak terkecuali. Seramai 3 juta pekerja asing yang datang untuk mencari sesuap nasi. Rakyat negara ini hanya memilih pekerjaan yang sesuai dan berteknologi. Untuk kerja berat yang memerlukan tulang empat kerat diserahkan kepada pekerja asing. Pekerja asing bukan sahaja berada dibandar tetapi pekerja asing juga terdapat diluar bandar dan dikampong yang tersorok. Pekerja asing ini datang setiap hari dan ramai lagi yang bercita-cita untuk datang kenegara ini untuk mencari makan. Negara kita telah menyumbang sebahagian kek ekonomi kita kepada negara jiran. Malaysia sudah terkenal dan dapat membantu negara jiran tetangga. Ini merupakan satu kebanggaan. Tidak pernah rakyat Malaysia terfikir satu ketika nanti negara kita menjadi tumpuan pekerja asing untuk mencari makan.Sepatutnya rakyat negara ini berbangga kerana negara kita mampu membantu negara jiran untuk rakyatnya mencari sesuap nasi. Rakyat negara kita jangan merungut dengan kedatangan pekerja asing ke negara kita.Mungkin sekarang ini masa pekerja asing dari negara jiran datang bekerka ke negara kita mana tahu pada masa hadapan rakyat negara kita pula terpaksa bekerja di negara orang untuk mencari sesuap nasi juga.

Gaya hidup jelas menunjukan negara ini sangat mewah. Menurut kajian 40% sampah yang dibuang merupakan bahan yang boleh dimakan seperti nasi, mee goreng, kueh mueh, roti cadai dan beraneka lahgi lauk pauk yang tidak habis dimakan. Kalau makanan sudah berlebihan ini merupakan petunjuk negara kita adalah negara yang sudah senang dan rakyat hidup mewah. Kalau rakyat tidak cukup makan sudah tentu makanan tidak mencukupi dan ramai yang akan meminta-minta makanan di sepanjang jalan.

Mengapa gaya hidup yang senang ini tidak diakui kita telah senang, negeri telah senang dan negara sudah senang. Sebenarnya kita tidak boleh berbohong jika sudah senang atau paling tidak kita harus mengakui kita tidak hoidp susah. Mungkin itulah yang dijkatakan hidup perlu bersyukur.Setiap dari kita telah diajar supaya bersyukur sejak dari kecil lagi. Syukur ialah terima kasih.Kelihatan sekarang ini banyak orang yang tidak bersyukur walau pun kehidupan mereka sudah bertambah baik. Banyak lagi yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak bersyukur ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh dapat seperti didapati oleh orang lain. Budaya iri hati ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak jujur.

Sikap yang tidak menyenangi kesenangan yang didapati oleh orang lain adalah sikap yang tidak baik.Kalau kita tidak menyukai orang lain lebih senang dari kita paling tidak kita lihat dan tidak perlu berkata-kata yang tidak baik. Kita tidak perlu buat apa-apa komen. Kesenangan yang didapati oleh orang lain juga tidak datang bergolek.Sudah tentu kesenangan ini didapati dengan apa-apa usaha. Setiap dari kita harus belajar bangga dengan kejayaan orang lain dan harus menyemat didalam hati bagaimana ingin berjaya seperti orang lain. Berbangga dengan kejayaan orang lain atau saudara mara sangat baik. Kata-kata pujian dan tahniah atas kejayaan orang lain perlu dilakukan dengan hati yang jujur. Secara kasar kita harus gembira apabila orang lain atau kawan-kawan kita berjaya. Simpan motivasi untuk berjaya, mana tahu kalau ada rezeki, giliran kita pula akan berjaya.

Setiap dari kita perlu memberi penghormatan kepada sesuatu kejayaan. Lebih lebih lagi kepada pemimpin negara ini yang telah membawa negara ini dari kegelapan kepada sebuah negara yang terang. Jika kerajaan telah berjaya membawa negara ini seperti yang ada sekarang Sudah tentu rakyat yang menerima nikmat dan perlu menyatakan kesyukuran atas nikmat yang kita perolehi. Negara yang sangat aman..Bangun sahaja dari tidur, sudah pasti kita mengetahu orang yang tersayang berada disebelah kita dan selepas itu makanan akan terhidang.Makanan akan ada apabila kita kehendaki dan segala yang menjadi kegemaran kita dapat kita miliki kerana kita mampu. Semua yang kita perlukan mampu kita miliki dan segala urusan sangat mudah dengan keamanan negara. Mungkin kita tidak menyedari semua kesenangan nyang kita dapat adalah hasil usaha dan kerjasama orang lain.Ekonomi yang baik, negara yang aman dan kehidupan yang sangat baik sudah tentu datang dari perancangan yang baik serta komitmen pemimpin yang kita ada. Tidak semua pemimpin dapat melaksankan kepimpinan seperti yang kita nikmnati Ada negara yang mendapat kemerdekaan lebih kurang seperti negara kita tidak mengalami kesenangan seperti kita miliki. Ada negara yang masih lagi dibelenggu kemiskinan. Rakyat masih lagi berkejar demi sesuap nasi yang pada masa yang sama negara ini memilihi makanan yang berlebihan dan dibuang begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...