Rakyat Melaka pasti berbangga kerana sekarang mereka telah telah mendiami
sebuah negara maju. Sana dan sini rakyat Negeri Melaka telah merasai kemajuan
yang telah diusahakan sekian lama. Setiap pengunjung yang datang ke Negeri
Melaka menyedari kemudahan yang disediakan
sentiasa bertambah dan berubah dan perubahan dirasai dalam tempoh yang
singkat. Selepas maju untuk menuju tahun 2020, Kerajaan Negeri Melaka
mensasarkan Melaka menjadi negeri bandar teknologi hijau yang mensasarkan
kehidupan rakyat yang lebih selesa dan berpendapatan tinggi. Pendekatan ini
adalah sejajar dengan cita-cita negara untuk menjadi negara maju pada tahun
yang sama. Melaka akan menjadi negeri pertama dalam Malaysia yang mengamalkan
gaya hidup berteraskan teknologi hijau seperti negara maju yang lain di dunia.
Rakyat negari maju perlu sentiasa untuk memikirkan cara hidup seharian yang
menjurus kepada teknologi moden. Kaedah baru mungkin menjadikan kita lebih
jimat, cekap, pantas, cantik, mudah dan mungkin membolehkan kita hidup lebih
sehat. Ini sesuai dengan dasar baru negara untuk menjadikan inovasi satu dari
sumber kekayaan negara dari segi ekonomi.
Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan, pembanggunan Negeri Melaka amat
pesat sejak 10 tahun yang lalu. Negeri Melaka kecil tetapi mempunyai pemimpin
yang berjiwa besar. Apa yang ada ditempat orang cuba dibuat di Melaka. Kita
dulu bangga dengan PWTC (Putra World Trade Centre) yang terletak di Kuala
Lumpur tetapi di Melaka mempunyai bangunan tersegam indah MITC (Melaka
International Trade Centre). Putrajaya sangat terkenal dan telah menjadi
tumpuan lawatan setiap lapisan masyarakat, Negeri Melaka mempunyai Hang Tuah
Jaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Melaka. Pusat pentadbiran
baru ini juga telah menjadi kebanggaan rakyat Negeri Melaka. Jika di Kuala
Lumpur mempunyai Menara Kuala Lumpur, Melaka mempunyai Menara Berputar Taming
Sari dan Melaka mempunyai Bot Pelancong Sg Melaka yang sangat moden. Banyak
lagi kemudahan terbaru yang telah disediakan termasuk Taman Thema dan kemudahan
monorail menyusuri Sungai Melaka. Melaka mempunyai segala-galanya dan tidak
salah jika mengistiharkan Melaka negeri Maju.
Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak
boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan
dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah
menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada
kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam
tempuh 11 tahun sahaja lagi, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan
menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta
teknologi pula. Maju dari
segi kemudahan perlu diikuti dengan gaya hidup yang serba maju. Kita tidak
boleh mengelak maju yang akan dihubungkaitkan dengan moden. Cara hidup maju
bermaklna cara hidup yang lebih moden. Moden yang dimaksudkan tidak melanggari
batas ugama dan tata kesusilaan orang
Malaysia. Kita selalu dengar komen seorang juruhebah dari salah sebuah setesen
radio tempatan. “Apalah guna negeri maju jika pemikiran kita tidak maju” . Ini
bermakna keseluruhan hidup kita perlu berubah kepada cara hidup yang bercirikan
rakyat negara maju.
Sikap tidak membuang sampah mengikut sesuka hati adalah amalan yang sangat baik bagi penduduk negara maju. Negara maju tidak pernah memberi amaran supaya penduduknya supaya membuang sampah di tong sampah. Negara maju juga tidak pernah ingin mendenda rakyatnya yang tidak membuang sampah ke tempat yang betul. Sikap ingin menjaga kebersihan datang dengan sendirinya. Kesedaran mereka adalah kesedaran dalaman yang berterusan dan dipraktikan sepanjang masa. Kita akan merasa sangat selesa apabila berada di negara maju kerana kebersihanya. Kebersihan di tempat awam mereka adalah merupakan sesuatu yang sukar dipercayaai. Tandas awam mereka sangat bersih dan sentiasa disediakan sabun dan kertas tisu. Kemudahan yang disediakan seolah-olah seperti tandas di hotel lima bintang dan sukar dipercayaai kemudahan tandas awam yang disediakan secara percuma dan sangat bersih. Sikap menjaga kebersihan juga amat terserlah dikenderaan awam termasuk keretapi dan bas awam. Kita juga melihat kemudahan menunggu bas yang sangat bersih dan setesen bas yang amat cantik, bersih lagi selesa. Kira dapat melihat pengguna kenderaan awam amat dihargai di negara maju.Kita juga melihat pemandu teksi negara maju amat menghormati pelanggan. Amat jarang kita dengar rungutan pengguna teksi di negara maju. Setiap teksi yang kita tahan akan berhenti jika tiada penumpang di dalamnya. Mereka akan menghantar pelanggan dimana sahaja destinasi tidak kira dekat atau jauh. Pemandu teksi juga tidak pernah merungut apabila penumbang membawa beg yang berlebihan. Mereka akan cuba membantu sebaik mungkin. Apabila mereka melihat penumpang mempunyai beg dan ingin meletakan beg ke dalam bonet belakang, pemandu teksi dengan seberapa segera akan turun dan akan membantu mengangkat beg untuk dimasukan kedalam bonet. Bukan itu sahaja, mereka akan membantu menurunkan beg apabila sampai ke destinasi. Amat jarang mereka mengenakan bayaran yang berlebihan kerana senarai harga telah di pamirkan dan kita boleh mengiranya semasa di dalam teksi. Pada satu ketika dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu. Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional. Rakyat negara maju akan disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi kita tidak suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.
Penerimaam sebahagian besar
rakyat Malaysia terhadap produk inovasi berasaskan kecanggihan sains dan
teknologi amat rendah dengan proses penerimaan yang amat pelahan. Rakyat Malaysia lebih suka dengan
sikap tunggu dan lihat keupayaan sesuatu teknologi. Mereka lebih mudah
menerima atau sesuatu produk itu telah
digunakan oleh orang lain barulah mereka ingin mencuba atau menggunakannya.
Tabiat ini bukan sahaja ditunjukan oleh rakyat tetapi pengusaha juga tidak
berminat dengan produk inovasi sains hasil ciptaan tempatan. Seperti yang kita
ketahui, ini dapat dilihat dari kesukaran produk inovasi dapat dikomersialkan
di Malaysia. Pengusaha Malaysia lebih minat mengimpot barangan dari seluruh
dunia dan tidak beminat untuk menggeluarkan produk sendiri. Seperti yang telah
kita ketahui pengusaha Malaysia memang tidak berminat dengan inovasi negara
sendiri mungkin kurang berkeyakinan. Sikap mahu menggunakan teknologi sains di
Malaysia amat tinggi terutama produk elektronik dan peralatan komunikasi mudah
alih. Rakyat Malaysia juga sangat berminat dengan peralatan elektronik yang
kerap diiklankan didalam media massa. Sikap ini amat baik dari satu segi
perniagaan tetapi tidak menyumbang perkembangan teknologi tempatan. Kesan dari
sikap ini kita masih lagi mengekalkan tabiat lama yang jelas tidak membantu
dari perkembangan sains tetapi kita terpaksa meneruskanya. Banyak ciptaan
produk elektronik canggih yang dicipta di Malaysia oleh rakyat tempatan. Produk
ini kerap dipamerkan ketika pameran inovasi atau pameran sains dan teknologi.
Produk inovasi juga kerap dilaporkan didalam akhbar tempatan tetapi hanya
tinggal sebagai bahan bacaan sahaja. Produk ini sebenarnya hasil penyelidikan
saintifik dan kemampuan teknikal rakyat Malaysia dan besar kemungkina mendapat
pendidikan sepenuhnya di dalam negara. Malaysia mempunyai kemampuan modal insan
yang tinggi tetapi kemampuan ini kurang dipercayai dan kurang diberi perhatian
oleh rakyat Malaysia sendiri. Tugas untuk meyakinkan kemampuan ini sebenarnya
harus diselesaikan oleh saintis kita sendiri. Setiap hasil penyelidikan dan
ciptaan berasaskan sains dan teknologi ini perlu diyakini dengan kebolehan
menulis, bercakap dan berhujah. Saintis haruslah manusia yang serba boleh dan
selalu terkehadapan. Para saintis tidak boleh lagi sebagai mereka yang berada
dibelakang pentas. Ahli sains perlu berada didalam masyarakat dengan penuh
yakin menyatakan produk inovasi berasaskan kajian saintifik harus digunakan
dalam kehidupan dengan penuh yakin. Tiada salahnya kita menggunakan sepenuhnya
pendekatan sains dan teknologi untuk keseluruhan penghidupan jika benar-benar
produk ini dapat memberi kita penghidupan dengan penuh bergaya dan dengan gaya
hidup yang sangat menyehatkan.
Penghidupan menggunakan penekatan
sains dan teknologi perlu benar-benar difahami sejak bangku sekolah lagi.
Kaedah pengajaran juga perlu berubah. Pendekatan saintif semasa mengajar dengan
peralatan mengajar yang berdasarkan lihat, teliti, cuba dan lakukan perlu
diamalkan. Bahan pengajaran perlu menunjukan ujikaji yang sebenarnya melalui
model yang bercirikan saintifik. Lawatan sambil belajar sangat dan perlu
digalakan. Tidak semestinya lawatan perlu tempat yang agak jauh. Lawatan perlu
dilakukan di lokasi berdekatan tetapi setiap pemerhatian perlu dihubungkaitkan
dengan pemahaman sains dan teknologi. Jika perlu setiap hasil lawatan perlu
diteliti kefahaman pelajar melalui aktiviti pembentangan. Kita harus membiarkan
pelajar membuat pembentangan apa yang telah mereka lihat dan fikirkan. Kita
patut juga memberi peluang kepada pelajar membuat cadangan dan komen dari apa
yang mereka lihat. Ini adalah kerana mereka adalah pengguna pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment