Melaka mendapat pujian kerana mampu menarik ramai pelancong samada dalam
dan luar negara. Ini kerap dilaporkan di dalam akhbar. Banyak yang datang ke
negeri Melaka tidak merungut kerana tidak seperti kata-kata dahulu ’indah
khabar dari rupa’. Tiada masa yang terluang kalau berada di Melaka baik siang
atau malam. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Banyak juga yang merungut
kekurangan masa jika berada di Melaka 2 malam 3 hari kerana tidak sempat
melawat semua tempat dan tidak sempat untuk merasai makanan yang sedap yang
dijual di negeri Melaka. Selepas balik banyak pelancong akan datang lagi ke
negeri Melaka untuk menikmati ’Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia’.
Negeri Melaka sememangnya merancang untuk
menarik 9 juta pelancong melawat ke negeri Melaka pada tahun 2010 yang lepas.
Kerajaan telah menyediakan banyak produk pelancongan yang perlu dilawati oleh
pelancong dari dalam dan luar negara. Jumlah produk pelancongan bertambah
setiap masa disamping kerajaan juga menyediakan promosi tempat-tempat baru yang
perlu dilawati. Pada tahun 2009 sahaja seramai 8,905,273 pelancong telah datang
ke negeri Melaka yang mana kenaikan 23.59% % kenaikan dari tahun 2008. Dari
jumlah ini, 7,293,762 terdiri pelancong
domestik dan 1,611,511 pelancong luar negara. Bermacam-macam produk dan
kemudahan pelancong telah disediakan untuk memastikan pelancong bergembira
dan mendapat keselesaan sepenuhnya
apabila berada di Negeri Melaka. Pada hujung minggu Negeri Melaka penuh sesak
dengan pelancong dalam dan juga luar negara terutama di kawasan tapak warisan
dunia di Banda Hilir.
Pada masa tertentu tempat penginapan juga
tidak mencukupi walapun pada masa ini Melaka mempunyai 99 buah hotel berbagai
bintang yang mempunyai 5,702 bilangan bilik, 21 buah resort dengan 3,798
bilangan bilik, 6 buah homestay dengan 174 buah bilik, 48 buah chalet dengan
496 buah bilek dan 12 buah apartmen/asrama/rumah tumpangan yang mempunyai 488
buah bilek. Jumlah pelancong yang ramai akan membolehkan banyak barangan buatan
Melaka terjual dan juga memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Melaka.
Perniagaan juga bertambah maju yang membolehkan penduduk Melaka menjual
berbagai jenis makan dan cenderahati. Ini telah memberi banyak keselesaan
kehidupan kepada penduduk negeri Melaka. Kedatangan pelancong sebanyak ini telah
membanggakan rakyat Melaka seterusnya telah menyumbang sebanyak RM 11,200
juta kepada ekonomi negeri Melaka dengan
sumbangan 70.10% dalam sektor perkhidmatan.
Berbagai pihak telah memberi sumbangan yang besar kepada industri
pelancongan di negeri Melaka. Negeri Melaka sangat
terkenal dengan kebersihanya. Kebersihan bandaraya Melaka sangat mengkagumkan.“Sememangnya
Melaka negeri yang bersih dan terbersih di Malaysia”. Kata-kata ini kerap
didengar. “Bukan bandar sahaja yang bersih, kampung juga bersih”. Ini kata-kata
mereka yang balik kampung setiap hujung minggu. Tahniah kepada rakyat negeri
Melaka. Pujian ini sangat bertepatan dengan status negara maju dan akan menuju
negeri bandar (city state) selepas ini. Sistem angkat sampah berjadual dan
tindakan pihak majlis perbandaran yang
lain melantik kontraktor kecil menjaga setiap kawasan dan jalan adalah gerak
kerja/pendekatan yang sangat baik.
Rakyat ingin melihat perkhidmatan ‘value for money’. Rakyat tidak lokek/berat
untuk membayar kalau perkhidmatan yang setimpal akan dapat diberikan. Ini telah
dibuktikan di negeri Melaka. Perkhidmatan yang didapati sangat ‘value for
money’. Setiap persimpangan telah dihias indah samaada siang atau malam.
Sepanjang jalan telah ditanam dengan pokok-pokok yang cantik dan dijaga dengan
baik. Sampah berlonggok atau bersepah
yang tidak diurus dengan baik amat jarang kelihatan sepanjang jalan dan tepi
jalan juga tidak semak samun lagi seperti yang terdapat disetengah-setengah
negeri. Slogan “Melaka Bersih Dan Indah” yang tercatit apabila menghampiri persimpangan Seri Negeri amat bertepatan
dengan kebersihan yang kita lihat, diamalkan dan disediakan. Melaka mengamalkan
“cakap serupa bikin”. Apa yang dicakap dilaksanakan dan dapat dilihat dengan
mata. Inilah yang dikehendaki oleh pelancong apabila datang ke negeri Melaka.
Rakyat negeri Melaka harus terus memberi kerjasama kepada kerajaan untuk
terus menarik pelancong datang ke negeri Melaka. Rakyat harus faham dengan
ramainya pelancong datang ke negeri Melaka akan memberi sumbangan ekonomi yang
sangat berfaedah dan akan menaikan pendapatan setiap rakyat negeri Melaka. Ini
adalah manfaat yang besar untuk rakyat negeri Melaka jika difahami. Setiap sen
yang dibelanjakan adalah sumbangan kepada ekonomi samaada secara terus atau
tidak. Setiap pelancong yang datang bermalam di negeri Melaka sudah tentu akan
membayar harga penginapan, makan, hiburan dan juga membeli belah. Ini adalah
antara faktor penting kerajaan negeri membuat sesuatu yang terbaik untuk
pelancong. Setiap wang dibelanjakan untuk infrastruktur adalah untuk manfaat
rakyat dan pelancong juga.
Sumbangan yang sangat besar selain dari produk pelancongan adalah
perkhidmatan yang diberi oleh hotel-hotel seluruh negeri Melaka tidak kira
berap bintang yang hotel miliki. Sebenarnya perkhidmatan yang telah diberikan
oleh warga hotel di negeri Melaka patut dipuji. Tiada yang merungut berkenaan
perkhidmatan di hotel. Ini dapat dilihat dari segi kebersihan dan juga
perkhidmatan. Kita dapat melihat kecekapan mereka bertugas dan mutu
perkhidmatan sama seperti perkhidmatan hotel lima bintang diluar negara. Lihat
sahaja perkhidmatan dari ‘front desk’ dan penjaga parking kereta layanan
ditempat makan dan minum semuanya penuh dengan senyuman dan amat menghormati
pelancong samaada dalam dan luar negara. Semua mereka berpakaian kemas dan
sentiasa ingin memberi bantuan dan sangat berpengetahuan berkenaan produk
pelancongan yang di miliki di negeri Melaka. Menurut seorang kawan yang
menginap di beberapa hotel di negeri Melaka semasa bercuti bersama keluarga,
semuanya berpuas hati dengan perkhidmatan hotel. Menurut mereka, apa sahaja
yang ditanya semuanya akan di bantu dengan tepat lebih-lebih lagi kalau
bertanya berkenaan tempat pelancongan yang ingin dikunjungi. Tahniah kepada
pekerja hotel di negeri Melaka. Negeri Melaka berbangga mempunyai warga hotel
yang serba cekap dan sememangnya tahap perkhidmatan sudah menepati kehendak
negara maju.
Negeri Melaka sangat berbangga dengan kemampuan perkhidmatan yang telah
diberikan. Semua warga hotel di negeri Melaka harus terus memberikan
perkhidmatan yang terbaik pada masa akan datang. Pada tahun 2011 adalah
dijangkakan seramai 12 juta pelancong akan datang ke negeri Melaka. Jumlah
hotel sememangnya tidak mencukupi paling tidak jumlah yang ada ini akan terus
menjadi daya penarik untuk ramai lagi pelancong datang ke negeri Melaka.
Berikan senyuman yang terbaik kepada mereka supaya mereka akan datang lagi
bersama lebih ramai saudara mara dan rakan-arakan untuk melancong ke negeri
Melaka pada masa hadapan.
Slogan “Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia” telah benar-benar menarik
pelancong ke negeri Melaka. Satu ketika dahulu, kerap kedengaran usikan yang
mengatakan “Apa yang ada kalau datang ke negeri Melaka?”. Ada bukit telah
diberi pada Cina (Bukit Cina yang dirujuk). Ada pula tanjung diberi pada Keling
(Tanjung Keling dirujuk). Ada kampung di beri pada Jawa (Kampung Jawa dirujuk).
Bermacam-macam lagi usikan yang kadang-kandang mengelikan hati. “Melaka, apa
yang tinggal?”. Durian pun tinggal sebatang kerana mereka mengusik kawasan
Durian Tunggal. Ada pun tinggal Batang Melaka dan yang akhir tinggal Tiang Dua.
Usikan ini sudah jarang kedengaran. Segalanya bermula di Melaka dan Melawat
Melaka Bermakna Melawat Malaysia. Slogan ini serius telah dibuktikan. Melaka
mempunyai Hang Tuah Jaya sama seperti Putrajaya. Melaka mempunyai Melaka
Sentral (station bus berhawa dingin yang pertama di Malaysia). Melaka mempunyai
Melaka International Trade Centre (MITC) sama seperti Putra World Trade Center
(PWTC). Melaka mempunyai “River Cruise of Melaka” sama seperti “River Cruise of
Paris”. Ini tidak dimiliki oleh negeri lain di Malaysia. Melaka mempunyai menara berputar Taming Sari
yang tidak di miliki oleh negeri lain di Malaysia juga. Produk terbaru untuk
memudahkan pelancong menikmati sungai Melaka, kerajaan telah membina ‘monorail’
di tepi Sungai Melaka untuk kemudahan pelancong. Banyak lagi produk pelancongan
dalam tahap pembinaan dan yang paling besar adalah Perkampungan Hang Tuah di
Duyung. Projek ini sudah mendapat peruntukan dari kerajaan pusat dan dalam
proses perangkaan untuk proses pembinaan.
Melaka telah maju dan seterusnya Melaka akan Negeri Bandar Berteknologi
Hijau pula. Setiap pengunjung apabila
memasuki sahaja negeri Melaka melalui
Lebuhraya Utara Selatan selepas membayar tol di susur keluar Ayer Keroh akan
merasakan seolah-olah berada disebuah kawasan yang baru (ada yang kata “macam
berada diluar negara”). Sememang sangat mengkagumkan dengan lanskap yang cantik
dihiasi dengan pokok bunga yang sangat segar dan terjaga serta berlatar
belakangkan ribuan lampu yang berkilauan. Kacantikan ini seolah-olah
mengucapkan selamat datang ke negeri Melaka Ini menyebabkan negeri Melaka
menjadi tempat tarikan pelancong. Untuk pelancong dari dalam negara. Mereka
bukan datang sekali sahaja tetapi akan datang lagi dalam tempoh yang terdekat.
Tahniah kepada kerajaan negeri Melaka. Semuanya telah tersedia dan
terpulang kepada rakyat untuk memainkan peranan kita sendiri. Tidak guna banyak
produk jika pelancong tidak datang. Tidak guna ada kemudahan restoran tetapi
tidak ada orang datag makan. Tidak guna mempunyai hotel yang sangat
membanggakan jika pelancong tidak datang bermalam. Semua produk ini perlu diisi
dengan tenaga manusia yang ada. Sudah tentu tenaga manusia ini perlu memberi
perkhidmatan yang terbaik. Warga hotel telah memainkan peranan mereka.
Perkhidmatan mereka telah sampai kepada tahap yang membanggakan. Hotel juga
telah dihias indah dan hanya menunggu pelancong sahaja. Sudah sampai masa warga
kerja lain pula memberikan perkhidmatan mereka jika ingin terus menyayangi
negeri Melaka. Warga hospital perlu terus memberi senyuman, warga restoran ikan
bakar perlulah memberi perkhidmatan dengan senyuman supaya tetamu tertarik
disamping kebersihan dan hidangan yang lazat. Warga pemandu teksi dan bas perlu
menyediakan perkhidmatan penuh dengan senyuman disamping kebersihan teksi, bas
dan beca. Perkhidmatan perlu mengikut jadual dan memberi perkhidmatan dengan
cekap. Warga muzium juga perlu memberikan perkhidmatan dengan seuyuman, muzium
juga adalah antara daya penarik utama ke negeri Melaka. Perkhidmatan terbaik
yang telah diberikan perlu diteruskan. Muzium telah menyebabkan suasana
pelancongan negeri Melaka terus meriah. ‘Tanpa muzium, apalah yang ada di negeri
Melaka’ kata-kata dari ramai datang khasnya untuk menikmati muzium di negeri
Melaka. Warga muzium telah memberi perkhidmatan yang terbaik. Melaka bangga
mempunyai warga muzium yang sangat cekap.
No comments:
Post a Comment