nuffnang ads

Monday, 8 October 2012

AGAKNYA SERONOK JADI JUTAWAN.



Menurut kamus dewan jutawan adalah orang yang mempunyai wang atau harta benda yang jumlahnya  berjuta-juta ringgit. Kalau dalam bahasa harian  jutawan adalah orang yang terlalu kaya atau lepas dari kaya atau lepas dari kaya raya. Jutawan ini dikatakan mempunyai kekayaan yang melimpah ruah dan tidak diketahui berapa banyak wang mereka miliki tetapi kerap kali jutawan ini dilihat mempunyai taraf hidup yang sangat tinggi. Kerap dilihat  mereka mempunyai kenderaan yang mahal dan berjenama idaman setiap orang. Kerap kali jutawan akan tinggal dikawasan perumahan yang agak esklusif terkawal dan akan duduk bersama kelompok mereka sahaja. Sudah tentu mereka mempunyai kereta lebih dari satu atau mempunyai deretan kereta.  Rumah juga sudah tentu besar dengan berbagai-bagai kemudahan yang agak selesa. Mungkin kita dapat membayangkan kehidupan atau kesenangan menjadi jutawan tetapi tidak mengetahui kehidupan sebenarnya sehingga kita sendiri menjadi jutawan. Sepatutnya setiap dari kita perlu bercita-cita untuk menjadi jutawan, tidak seperti cita-cita anak anak sekarang.

Kerap kali, ibubapa berpesan dengan anak-anak jangan jadi orang kaya nanti jadi sombong. Perkataan kaya kerap kali dikaitkan dengan sombong. Sampai sekarang ini ramai yang takut jadi kaya kerana digelar sombong. Bagaimana pula kalau jadi jutawan, sudah tentu lebih sombong. Ada juga kedengaran jangan pergi kerumah orang yang berumah besar itu. Mereka itu orang sombong. Walaupun tidak mengenali tuan punya rumah sebenarnya tetapi apabila berumah besar sahaja akan digelar sombong. Ibu bapa juga kerap melarang anak-anak berkunjung rumah saudara mara yang senang atau berumah besar. Ini kerana adik beradik atau saudara mara itu sombong. Peralatan rumahnya mahal-mahal. Kalau kita berkunjung dan terjatuh sesuatu benda sudah tentu tidak mampu untuk mengantikannya. Itulah yang kerap diperkatakan jika sesaorang itu kaya apakah lagi kalau sudah jadi jutawan.

Adalah tidak diketahui bagaimana perkataan kaya ini dihubungkan dengan sombong. Kalau ada pun hanya cerita lama-lama dalam filem P Ramli sahaja. Itu pun hanya cerita sahaja. Sebenarnya tidak semua mereka yang kaya sombong. Kalau yang sombong itu, mereka sudah sombong sebelum jadi kaya atau jutawan lagi. Kita hanya melihat dari jauh kerana apa yang mereka miliki tidak ada kepada kita. Ini perkara biasa, kalau sesaorang tidak memiliki apa yang dimiliki orang lain mereka terasa tercabar atau rendah diri. Untuk melahirkan rasa tercabar itu digunakan perkataan sombong. Orang kaya tidak sombong. Merekalah sebenarnya banyak telah membantu dalam perkembangan ekonomi negara dan juga kehidupan seharian kita.

Setiap yang mempunyai banyak wang pasti akan membelanjakan wang mereka. Tidak ada guna wang banyak dan bergelar jutawan kalau tidak membelanjakan wang untuk keselesaan. Untuk mencapai hidup yang lebih selesa wang perlu digunakan untuk membeli berbagai-bagai keperluan harian dan makanan. Sudah tentu wang dibelanjakan untuk kawasan persekitran tempat kediaman mereka. Kawasan yang berdekatan dengan kawasan kediaman orang kaya kerap dilihat maju dan sibuk. Ini kerana berbagai-bagai perbelanjaan perlu dibuat untuk menyempurnakan kehidupan. Sarapan pagi, makan tengahari, munim petang, makan malam jamuan bersama kawan-kawan dan kenduri kendara perlukan mereka berbelanja. Ini sudah tentu dalam jumlah yang besar. Untuk itu setiap dari kita jangan marah kalau ramai orang jadi jutawan. Apa yang perlu dilakukan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk mereka. Mereka akan datang untuk mencari sesuatu dalam kehidupan. Lihat sahaja restoran dipersekiran perumahan orang kaya sentiasa penuh. Selain dari mereka makan bersama keluarga mereka juga sentiasa dikunjungi oleh kawan-kawan dan saudara mara. Sudah tentu restoran menjadi tempat tumpuan. Setiap peniaga perlu menyediakan makanan yang sedap-sedap serta kemudahan yang terbaik untuk mereka. Inilah yang perlu dilakukan, bukan marah orang menjadi jutawan dan mengatakan mereka itu dan ini. Ini tidak betul sebenarnya.

Sudah tentu mereka yang menjadi jutawan agak cerewet dalam memilih makanan. Ini kerana setiap orang yang mempunyai banyak wang sudah tentu mereka mempunyai selera tertentu. Ada yang mengatakan kelakuan ini yang dikatakan orang kaya berlagak sombong. Sebenarnya bukan begitu. Mereka sudah tentu inginkan yang terbaik untuk mereka dan keluarga. Mereka tidak kisah kalau berbelanja tinggi sedikit tetapi mendapat kepuasan. Untuk itu mereka akan berbelanja di premis yang agak selesa dan jika makan sudah tentu tidak mahu restoran yang banyak lalat. Itu sebab Kerajaan Negeri Melaka sentiasa menitik beratkan soal kebersihan tempat makan dan juga restoran terutama restoran yang terletak pinggir bandar dimana banyak gulungan jutawan tinggal. Menjaga kebersihan sangat dituntut dan menjadi tanggung jawap semua orang. Adalah tidak menghairankan banyak restoran yang agak mahal tetapi sangat laris dan banyak pelanggan yang akan mengujunginya. Ini kerana zaman sudah berubah. Sesuatu benda yang mahal menjadi daya tarikan kerana ada sesuatu yang menarik. Sudah tentu kebersihan menjadi tarikan utama.

Gulungan yang berada juga kerap meraikan sesuatu majlis atau majlis hari jadi di hotel. Sudah tentu diketahui, harga makanan dan perkhidmatan dihotel sangat mahal, tetapi kepada gulungan yang berada ini adalah 'value for money'. Mereka yang dikatakan 'beruang' ini mementingkan perkhidmatan dan sesuatu yang memudahkan dan menyenangkan mereka. Mungkin juga sedap menjadi ukuran tetapi 'presentation' sangat dititikan beratkan. Mereka ingin melihat mereka yang melayan kemas, bersih dan cantik. Mereka juga ingin melihat premis yang lebih terurus untuk mereka berbelanja. Mereka ini gulungan yang ingin kepuasan dalam kehidupan dan kelihatan semuanya terurus dan cantik.

Gulungan jutawan kerap memandu kereta mewah. Kereta mewah ini bukanlah untuk urusan pekerjaan atau urusan harian. Kerap kali gulungan ini mempunyai banyak kereta dan setiap kereta untuk berlainan perkhimatan. Kereta mewah hanya untuk dibawa bersiar-siar bersama kawan-kawan. Ini kerap kelihatan dihujung minggu dimana mereka yang berkereta mewah akan berkumpul disesuatu tempat dan akan berkumpulan menuju kesatu-satu tempat yang lain. Mereka ini apabila beramai-ramai tidak memandu laju. Kereta mewah untuk mereka berehat dan bersaing-saing antara kawan-kawan. Itu sebab jarang kita dengar kereta mewah terlibat dengan kemalangan. Banyak yang terlibat dalam kemalangan adalah kereta murah yang dikatakan tidak memandu berhati-hati.

Sememangnya banyak orang mencemburui apabila bertemu sesaorang yang memandu kereta mewah dijalan raya. Macam-macam akan diperkatakan dan tidak kurang juga yang akan membuat berbagai-bagai sangkaan. Jutawan kalau terdiri dari orang politik sudah tentu mendapat berbagai-bagai tuduhan. Kalau gulungan peniaga tidalahlah menjadi kehairanan, walaupun begitu banyak juga sangkaaan buruk yang akan diperkatakan atau menjadi bahan perbualan. Apakah lagi kalau kereta mewah dipandu oleh mereka yang bekerja dengan kerajaaa. Sudah tentu jutawan dicemburui oleh orang. Banyak orang yang bercita-cita untuk menjadi jutawan tetapi tidak kesampaian. Mungkin kerana mereka tidak layak atau mungkin mereka silap memilih profesion. Ibubapa juga banyak memberi nasihat yang silap kepada anak-anak. Akhirnya anak-anak mencemburi orang menjadi jutawan. Oleh kerana tidak ada pilihan lain kerana tidak berpeluang menjadi jutawan, buatlah tuduhan yang bukan-bukan untuk melepaskan perasan. Salah satu darinya menuduh jutawan itu sombong.

Peluang menjadi jutawan sangat terbuka luas kepada setiap orang. Kalau kita mengikut nasihat ibubapa, kalau boleh mereka mahu anak-anak makan gaji dengan kerajaan. Ibubapa lebih suka berpendapatan tetap dan berpencen kalau boleh. Ada juga yang mengatakan biar berpendapatan rendah tetapi tetap setiap bulan. Cukup bulan ada duit masuk dan tidak payah susah-susah. Ibubapa juga tidak suka anak-anak mereka berniaga atau menjadi usahawan kecuali jika mereka sememangnya berketurunan jutawan. Kalau ada anak yang berniaga akan dikatakan pekerjaan sementara untuk menunggu pekerjaan tetap disektor kerajaan. Sikap begini tidak boleh dipersalahkan, pihak universiti juga hanya mengambil kira sesaorang graduan itu telah bekerja jika dalam tempuh enam bulan telah mendapat pekerjaan dalam bidang kelulusan mereka. Universiti juga tidak mengambil kira menceburi dalam bidang perniagaan sebaik-baik sahaja lulus dari sesuatu universiti sebagai satu pekerjaan. Tidak salah kalau ibubapa pun beranggapan begitu. Mereka yang berkelulusan dalam bidang perniagaan juga tidak berniaga. Mereka berminat makan gaji. Akhirnya mereka ini akan kecewa kerana tidak berpeluang menjadi jutawan pada masa akan datang.

Bidang kemahiran adalah satu bidang yang berpeluang untuk sesaorang menjadi jutawan. Bidang kemahiran kerap diberi label untuk mereka yang tidak pandai dan tidak baik dari segi akademik. Mereka ini tidak diberi perhatian oleh sekolah dan kalau tidak datang sekolah pun tidak diambil berat. Kesilapan inilah yang menjadikan gulungan berkemahiran mempunyai semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan. Apa yang jelas, mereka yang dikatakan jutawan sekarang ini bukalah mereka yang pandai satu ketika dahulu, banyak dari mereka tidak menyerlah dalam bidang pelajaran tetapi dengan kemahiran yang ada digunakan sebaik mungkin. Bidang inilah yang terbukti menjanjikan sesaorang berjaya menjadi jutawan. Lihat sahaja disekitar kehidupan seharian, kita banyak berbelanja kepada mereka yang berkemahiran. Untuk memperbaiki peralatan elektrik, ubahsuai rumah, pembaikan sistem bekalan air, masakan dan berbagai-bagai lagi perkhidmatan dirumah yang memerlukan mereka yang berkemahiran. Sudah pasti bidang kemahiran  amat diperlukan dalam memenuhi tuntutan kehidupan. Bidang ini patut diceburi kepada mereka yang ingin jadi jutawan.

Banyak orang berkata duit bukan segala-galanya dalam kehidupan tetapi jika tidak berduit, hidup juga menjadi susah. Zaman sekarang orang yang berduit atau 'beruang' amat disegani. Mereka yang berduit dilihat berpegaruh dengan duit yang mereka miliki. Itu sebabnya orang berduit atau jutawan menjadi rebutan. Bintang filem juga memilih orang yang mempunyai duit untuk hidup senang. Ini kerana bintang filem atau artis boleh membuat banyak pilihan kerana mereka orang terkenal. Hidup sebagai jutawan semuanya mudah, duit tidak dapat membeli segala-galanya tetapi tidak ada duit satu pun tidak boleh dibeli. Semasa belajar, kalau disebut jutawan atau perlu jadi jutawan ramai yang rasa sesautu yang tidak perlu. Apabila mereka telah mula bekerja dan merasakan semua yang ada didunia untuk dimiliki perlu mempunyai wang. Pada masa itu barulah mereka memikirkan perlu jadi jutawan. Ada duit senang berbelanja dan hati pun suka. Kalau tidak ada duit sudah tentu tidak dapat buat banyak perbelanjaan. Semua orang berpeluang menjadi jutawan kalau kita berani menghadapi cabaran dalam berkarier. Kalau kita memilih perkerjaaan yang mudah dan tidak ada cabaran tentu sekali peluang menjadi jutawan tidak akan terjadi. Setiap prang perlu berniat untuk menjadi jutawan supaya dapat membantu orang lain. Inilah yang paling penting dalam kehidupan.Apa yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Kita patut berkerja kuat dalam kehidupan,menjadi orang baik dan menjadikan dunia ini tempat untuk membahagiakan diri sendiri dan keluarga.

1 comment:

  1. Salah satu cara nk jadi jutawan dengan modal rendah ialah menulis buku...cth mcm J.K Rowling

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...