Fikir membawa makna ingatan, angan-angan atau akal. Berfikir pula bermakna
menggunakan akal fikiran (untuk menyelesaikan sesuatu), mempertimbangkan (dalam
ingatan). Berfikiran membawa makna berfikir mengenai. Memikir bermakna berfikir
mengenai sesuatu, mengingati, merenung sesuatu. Pemikiran bermakna perihal
berfikir (memikir). Semua makna ini diambil terus dari Kamus Dewan terbaru yang
telah menerangkan dengan jelas makna pemikiran tanpa perlu ditokok tambah.
Kita sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan sesuatu yang
mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita
memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian
atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan.
Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau
ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan
juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.
Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu
cara untuk menghadapi hidup memikirkan sesuatu fakta atau cerita sebelum
mengambil tindakan atau menyampaikan kepada sesaorang. Kaedah terbaik sentiasa
berfikir untuk membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau
mempunyai kuasa, kita perlu sentiasa berfikir untuk membantu orang lain jika
kita diminta memberi bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari
masaalah mereka. Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa
dimana-mana sahaja, pertama kali kita mesti berfikir untuk membantu. Jangan sekali-kali
berfikiran tidak mahu membantu langsung. Jangan juga sekali-kali berfikiran
kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin membantu
mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang kadang-kadang
kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu melupakan ini semua
dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu
bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang
inginkan bantuan meninggalkan kita dengan senyuman walaupun gagal mendapat
bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari sikap yang sentiasa negatif
dan tidak ingin membantu langsung. Masyarakat dapat merasakan kita tidak
berusaha untuk membantu mereka dan jika
kita adalah pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap
mempunyai pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.
Kepada pelajar perlu menggunakan pemikiran sebelum membuat, berkata-kata
atau menyampai sesuatu. Sikap mengunakan fikiran mengambarkan tindakan yang
akan diambil lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar,
mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar
dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi
ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar,
menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan
kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu,
bukan datang secara tiba-tiba. Sikap memberi keutamaan kepada pembelajaran akan
membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sealiran. Gaya hidup yang
sentiasa menggunakan pemikiran jika dibawa dalam proses pembalajaran akan
menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.
Sikap yang baik dalam proses pembelajaran bermula dari minat untuk belajar.
Minat dengan mata pelajaran, kegiatan pembelajaran, kegiatan luar persekolahan,
mempunyai hobi yang amat baik dan minat dengan guru-guru yang mengajar. Setiap
pelajar perlu belajar meminati guru-guru yang mengajar apa juga mata pelajaran.
Sikap membenci guru perlu dibuang jauh-jauh. Sikap menyukai murid juga sangat
penting kepada guru-guru. Latihan yang telah diterima sebagai guru adalah
latihan untuk kita menyukai anak didik kita. Guru-guru jangan sekali-kali
membenci murid-murid dalam apa keadaan sekali pun. Sikap menyukai mereka yang
pandai dan anak orang berada sahaja adalah sikap yang tidak baik. Guru juga
jangan sekali-kali membenci pelajar yang kurang pandai dan anak-anak orang yang
tidak berada. Kita tidak boleh meramal masa depan sesaorang murid dari
pencapaian semasa kecil atau semasa alam persekolahan sahaja. Kata perpatah
mengatakan “yang akhir nanti akan diperkatakan orang”. Kejayaan pelajar sekolah
memerlukan perjalanan yang panjang. Mereka kadang-kadang kurang menyerlah
semasa kecil tetapi akan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Biarlah guru-guru
melayani setiap murid sama rata agar mereka dapat belajar dalam keadaan
kegembiraan. Berbagai kerenah anak murid perlu dilayan dengan baik jika kita
mengharapkan setiap mereka mendapat kejayaan pada masa hadapan.
Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier.
Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa
sedikit kesenangan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan
kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil
hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah
inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah
dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan
pengurangan produktiviti, ketidakseronokan bekerja, tidak menghormati antara
satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif.
Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang
berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat
segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu berfikiran untuk mengambil
hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada
dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu
diterima dengan hati terbuka. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil
kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah pemikiran
merendah diri yang membawa kejayaan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan
apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa
kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita
tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse
to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau
membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada
mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memberi penghormatan kepada rakan-rakan
dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik
adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah
setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan
menemuni keluarga dalam kegembiraan.
Kita perlu memandang apa yang telah
diberikan oleh kerajaan sesuatu yang amat baik untuk kita dan sangat memberi
menfaat kepada rakyat. Kehidupan yang kita miliki jauh lebih baik dari rakyat negara lain.
Negara kita hampir tidak ada pengganguran dari segi pekerjaan (pekerjaan
mencari kita). Kita boleh memilih apa sahaja jenis pekerjaan dan sangat bergantung
apa yang kita cari (kepuasan hati atau pendapatan). Ini jauh lebih baik dari
beberapa rakyat negara jiran yang terpaksa berkorban nyawa untuk mencari
pekerjaan. Ada sebilangan yang terpaksa merentas lautan hanya untuk mendapatkan
pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat negara ini. Lihat sahaja sampah yang
dibuang oleh rakyat negara ini. Menurut kajian dari Universiti Putra Malaysia,
40% dari sampah yang dibuang dinegara ini adalah sampah yang boleh dimakan
seperti rojak, roti, nasi lemak, nasi, mee goreng dan apa sahaja makanan yang
tidak habis. Makanan ini sepatutnya boleh dimakan lagi tetapi telah dibuang
sebagai sampah. Berapa mewahnya rakyat negara ini?.
Sikap mengatakan orang lain sahaja yang mempunyai sesuatu yang lebih baik
dari kita perlu ditiadakan atau ditinggalkan. Kita tidak boleh setiap kali
mengatakan “the other side greener than us” (orang lain selalu lebih baik dari
kita). Kita sebenarnya “”greener than the other side”. Kita juga tidak boleh
mengatakan kemudahan orang lain lebih baik malahan apa yang kita miliki lebih
baik dari orang lain. Negara ini ada segala-galanya dengan rakyat berbilang
kaum, ekonomi berkembang baik, banyak pelancung yang datang untuk menikmati
keindahan tempat kita, makanan tempatan yang amat disukai, kadar jenayah yang
rendah, cuaca yang menarik dan mala petaka besar hampir tidak berlaku. Ini
menunjukan negara ini sangat indah dan selamat untuk diduduki dengan kemudahan
kesihatan yang baik serta mempunyai pakar kesihatan bertaraf dunia. Ini akan
dapat terus dinikmati jika setiap rakyat negara ini berfikiran positif dan
memelihara keamanan yang ada. Keadaan hidup yang harmoni yang kadang-kadang ada
sedikit gangguan untuk kes terpencil yang perlu segera diselesaikan dan
dimaafkan. Ada juga merungut tentang sedikit kenaikan harga barang. Ini
sebenarnya perkara biasa dalam kehidupan. Mana ada negara dalam dunia harga
barangan turun?. Kita mahu gaji naik sudah tentu harga barang naik kerana
perkhidmatan yang disediakan memerlukan tenaga kerja yang juga memerlukan makanan
untuk hidup. Sudah tentu sara hidup akan naik dan mengakibatkan semua menjadi
mahal. Zaman “sedap, banyak, besar, bersih dan murah” sudah berkahir. Jika kita
ingin makanan yang “sedap, banyak, bersih, besar” sudah tentu mahal harganya.
Apa yang paling penting semua barangan yang kita perlukan mudah dimiliki dengan
harga yang berpatutan dan mampu dibeli.
Gaya hidup yang sentiasa berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan
perlu menjadi gaya hidup setiap dari kita. Ini perlu diamalkan setiap masa
dalam apa keadaan sekali pun. Apa sahaja kemudahan yang telah disediakan oleh
sesiapa sahaja perlu diterima dengan tangan terbuka dan mengharapkan hasil yang
baik dan memberi menfaat. Hidup tidak memerlukan banyak masaalah atau kerenah.
Terima sahaja apa yang diberikan dengan tangan terbuka. Ada yang mengatakan
“”makan free jangan banyak sangat rungutan (komplen)”, makan sahaja dari apa
yang telah diberikan. Kalau kita beli dengan duit sendiri baru boleh merungut
tapi biarlah kena pada tempatnya. Adalah telah terbukti mereka yang berjaya
samaada dalam kerjaya peribadi atau dalam bernegara adalah mereka yang sentiasa
menggunakan pemikiran. Perkara negatif ditinggalkan jauh-jauh dan kata-kata
yang tidak benar berdasarkan andaian dan fikiran songsang serta memburukan
orang jangan disampaikan. Kejayaan negara sangat bergantung kepada rakyat yang
sentiasa menggunakan fikiran. Negara akan rosak jika rakyat menjadi penyampai
tanpa memikirkanya terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment