Salam bermakna sejahtera, damai, pemberian hormat, penyataan hormat.
Bersalam bermakna berjabat tangan, contohnya “ baginda duduk di atas kuda,
melambai-lambai membalas salam rakyat baginda”. Bersalaman atau
bersalam-salaman ialah saling bertukar salam dengan berjabat tangan. Contohnya kami
bersalam sambil bertukar senyuman. Menyalami ialah bersalam dengan. Contohnya
“dia menyalami lelaki tua itu”. Persalaman ialah perihal bersalam seperti “
persalaman yang mesra itu”.Salam juga membawa makna sejenis tumbuhan atau
pokok, jiwat yang juga dikenali eugenia cumini.
Bersalaman juga bermakna tanda permulaan pengenalan atau pertemuan. Setiap
pertemuan atau memperkenalkan sesaorang atau diperkenalkan akan diikuti dengan
bersalaman dengan sesaorang atau dengan banyak orang. Bersentuhan melalui bersalaman
ini menunjukan pengenalan secara rasmi yang digunakan tidak kira ugama atau
bangsa. Kadang-kadang untuk salam perkenalan antara lelaki bersama perempuan
sahaja agak berlainan mungkin tanda angguk atau senyuman. Ini kerana
persentuhan antara bukan muhrim tidak dibenarkan didalam Islam. Mungkin ada
juga bersalaman antara lelaki perempuan kerana menurut setengah pihak
bersalaman antara lelaki dan perempuan yang bertujuan baik dan tidak bertujuan menaikan syahwat dibenarkan.
Perbuatan bersalaman adalah perbuatan yang baik sangat dituntut dan sangat
dihargai. Sesaorang dikatakan sombong jika tidak mahu bersalaman dengan orang
lain atau kurang bersalam dengan orang lain. Sesaorang pemimpin dikatakan
sombong jika tidak mahu bersalaman dengan rakyat. Kalau pemimpin menghulur
tangan untuk bersalaman kerap kali dikatakan seorang pemimpin yang baik. Itu
sebabnya dalam kehidupan kena banyak bersalam supaya tidak dikatakan sombong.
Kalau bersalam dengan banyak orang lagilah baik tidak kira masa dan tempat.
Anak-anak juga kerap diajar supaya bersalaman setiap pertemuan dengan orang
yang lebih tua dan kerap kali anak-anak diajar supaya mencium tangan semasa
bersalam. Mencium tangan semasa bersalam adalah tanda hormat sesaorang yang
lebih tua atau menghormati penmimpin. Amalan mencium tangan ketika bersalam
kerap dilakukan oleh isteri kepada suama, anak kepada bapa dan juga dari anak
buah kepada bapa saudara dan juga kerap kali dari orang muda kepada orang
tua. Kerap kali juga rakyat akan mencium
tangan pemimpin terutama kepada pemimpin yang lebih tua. Orang miskin akan
mencium tangan apabila bersalam dengan orang yang berada. Ini bermakna mencium
semasa bersalam adalah amalan menghornati orang lain yang merupakan satu amalan
yang baik.
Bersalam dengan orang yang kita minati juga satu ketika yang sangat
ditunggu-tunggu. Peminat kerap akan menghulur tangan kepada penyanyi atau
sesaorang yang diminati. Sudah semestinya apabila salam disambut akan disambut
dengan penuh kegembiraan. Kerap kali mereka akan melawak untuk tidak membasuh
tangan apabila mendapat berjabat tangan atau bersalam dengan sesaorang yang
sangat popular samaada keluarga diraja, penyayi atau ahli politik menjadi
pemimpin negara. Begitulah tingginya pengharapan seorang peminat kepada orang
yang diminati. Mereka bukan mahu sesuatu yang mahal. Mereka hanya mahu
menyentuhi secara bersalam. Inilah yang diperlukan dari seorang peminat.
Satu yang agak penting apabila menghulur tangan apabila mula pertemuan
semasa mengunjungi rumah sesaorang, saudara mara atau sahabat handai. Perbuatan
yang pertama selepas memberi salam adalah dengan menghulur tangan untuk
berjabat tangan. Sangat diperlukan berjabat tangan dengan semua yang ada
bersama kita atau mereka yang akan bersama kita. Kalau tangan tidak dihulur,
ini akan kelihatan janggal dan seolah-olah kita tidak mahu berkenalan.
Selalunya perbuitan ini tidak disenangi dan akan mengelar sesaorang itu
sombong. Berjabat tangan adalah sesuatu yang mudah. Hulurkan tangan, katakan
sesuatu yang baik sudah tentu salam akan disambut dengan kemesraan. Bersalamlah
apabila mengunjungi rumah sesaorang. Kalau boleh bersalam dengan semua orang
dan bersalamlah sekali lagi apabila ingin meninggalkan rumah yang dikunjungi.
Sekali lagi bersalamlah dengan semua orang yang disalami sebelum ini.
Pemimpin akan dianggap baik kalau tidak bersalaman dengan semua yang mereka
temui. Sudah semestinya pemimpin akan dikatakan sombong jika tidak mahu
menghulur tangan kepada rakyat. Pemimpin dikatakan baik jika bersalam dengan
seramai orang. Ada juga isteri seorang pemimpin yang merungut suaminya akan
bersalam dengan semua orang kalau hadir dalam sesuatu majlis. Kepada isteri
pemimpin tersebut ini seolah-olah membuang masa yang terlalu lama. Isteri
pemimpin itu tidak cemburu tetapi katanya ingin menjimat masa. Sepatutnya
isteri merasa bangga kerana ramai orang yang bersalam dengan suami kita yang
juga seorang pemimpin. Pemimpin terkenal memang ramai orang yang ingin
bersalam.Sebagai seorang pemimpin adalah sangat merisaukan apabila rakyat tidak
mahu bersalam dengan kita lagi. Apabila rakyat sudah tidak mahu bersalam lagi
dengan seorang pemimpin lagi, inilah saat kejatuhan yang perlu difikirkan.
Selagi ada yang menghulur tangan, bersalamlah sudah tentu ramai yang suka.
Pemimpin perlu banyak bersalam, hulurkan tangan kepada rakyat. Biarlah salam
berkali-kali dalam sehari. Ini tidak menjadi masaalah. Apa yang penting
pemimpin perlu bersalam. Apabila pemimpin telah bersalam dengan rakyat.
Pemimpin akan dikatakan dekat bersama rakyat dan pemimpin sentiasa di hati
rakyat.
Pemimpin akan dibenci jika tidak bersalam atau kurang bersalam dengan
rakyat.
Salam juga adalah tanda kemaafan. Jika berlaku selisuh faham atau
pergaduhan selalunya salam akan menjadi titik noktah terakhir. Selalunya kalau
sudah bersalam semua persengketaan akan dikira selesai. Sudah menjadi seperti
biasa, sepatutnmya selepas bersalam tiada dengki lagi. Ada yang menyatakan
setelah bersalam bermakna kosong berlawan kosong, tiada yang menang atau kalah.
Ini bermakna semuanya telah dimaafi. Itu sebabnya bersalam adalah penting di
pagi hari raya aidil fitri. Salam sangat dituntut dipagi hari raya kepada kaum
keluarga yang lebih tua. Salam ini sebagai tanda memohon kemaafan jika ada
selisih faham, angka atau sesuatu yang tidak disenangi sebelum ini. Salam
dipagi raya adalah salam terbuka. Itu sebab selalunya di kad hari raya
ditunjukan gambar orang berjabat tangan. Berjabat tangan tanda salam dipagi
raya adalah satu kemestian. Kalau tidak bersalam di pagi raya dengan
orang-orang yang rapat atau saudara mara adalah tidak baik. Kalau tidak
bersalam bermakna tidak berhari raya. Ini adalah kata-kata usikan orang
disebelah utara. Beraya itu bermakna bersalaman. Kalau tidak bersalaman, ini
bermakna tdak berhari raya. Jangan memandang remeh salam dihari raya. Hari raya
aidil fitri setahun sekali, kalau tidak bersalam ditahun ini, tidak diketahui
samaada akan berjumpa lagi ditahun hadapan. Inilah perkataan yang menunjukan
pentingnya bersalam di pagi raya. Walaupun berjumpa hampir setiap hari tetapi
salam dihari raya adalah satu kemestian. Kepada anak-anak berada di perantauan
kerap kali bersalam dan mencium tangan ibu dipagi raya adalah sesauatu yang
diidam-idamkan. Tidak ada gunanya duit banyak, tidak ada gunanya berkerja
sepanjang tahun tetapi tidak dapat mencium tangan ibu di pagi hari raya.
Begitulah pentingnya bersalam dengan ibuibapa dan saudara mara ketika menyambut
hari raya. Bersalamlah di pagi hari raya.
Bersalamlah dengan seramai orang setiap hari raya.
Perbuatan bersalam ini telah diajar kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Adalah menjadi kebanggaan keluarga jika anak-anak pandai bersalaman apabila
berjumpa orang atau ketika mengujungi rumah kawan-kawan atau ketika datang
berkunjung kerumah. Ada juga anak-anak kecil yang tidak mahu mengikut dan kerap
kali akan diajar dan dipujuk. Ada juga anak-anak kecil yang memahami menyambut
hari raya itu adalah bersalaman dan jika bersalaman tentu akan mendapat duit
hari raya kalau tidak bersalaman, tidak mendapat duit raya. Kanak-kanak kerap
diajar kepentingan bersalaman sejak dari bangku sekolah. Semua aktiviti perlu
dimulakan dengan bersalam dan diakhiri dengan bersalam juga.
Aktiviti bersalam juga diamalkan oleh seluruh masyarakat antarabangsa.
Kalau dilihat di dalam tv atau tayangan filem, bersalaman adalah satu kemestian
oleh masyarakat antarabangsa. Bersalaman juga dilihat satu aktiviti perdamaian.
Kerap kali apabila ada sahaja kesah berkenaan perdamaian mesti diakhiri dengan
bersalaman dan dilihat seolah-olah telah bersepakat untuk membuat sesuatu untuk
kebaikan. Kalau sesuatu aktiviti tidak terjadi aktiviti bersalaman, ini
menunjukan ketidaksepakatan tidak berlaku dan banyak usaha perdamaian perlu
dilakukan. Bersalaman ada kemuncak kepada perbincangan. Setelah dibawa kemeja
rundingan, aktiviti akhir adalah bersalaman.
Salam juga kerap dilakukan untuk mengucapkan tahniah ketas kejayaan
sesaorang. Sesaorang yang berjaya juga sangat gembira kalau bersalam dan kerap
kali salam juga akan diakhiri dengan berpelokan antara satu sama lain. Salam
juga satu kegembiraan dan salam juga satu kesedihan. Salam lebih merupakan
permulaan pertemuan tidak kira kegembiraan atau kesedihan. Inilah yang kerap
berlaku. Kerap kali kelihatan juga setiap kali menerima hadiah atau pemberian
tidak kira berbentuk hadiah, sijil atau cenderamata akan berakhir juga dengan
bersalam. Jika setelah menerima apa-apa pemberian, tidak elok jika tidak
diakhiri dengan bersalaman. Sudah tentu kalaui tidak bersalam seolah-olah tidak
beradap.
Kepada masyarakat ucapan salam adalah nucapan mendokan kesejahteraan
sesaorang. Ini sangat dituntut dalam Islam. Semua pertemuan atau perjumpaan
perlu disampaikan salam. Salam dalam Islam adalah doa untuk kebaikan dan perlu
dibalas dengan ucapan untuk kesejahteraan juga. Kalau tidak dapat berjumpa
untuk menunjukan sesaorang saling kenal mengenali, banyak orang atau kenalan
atau saudara masa berkirim salam. Ini bermakna mereka mengirim salam
kesejahteraan. Ucapan salam ini sangat baik dan kerap menjadi amalan
dimana-mana negara Islam. Orang Islam juga bangga dengan ucapan salam dan ini
menunjukan mereka ini sesama Islam. Orang bukan Islam tidak mengamalkan ucapan
salam. Kerap kali kalau sesaorang itu tahu tetamu atau kenalan atau pelangan
itu seorang Islam dengan memberi salam atau mendengar salam dari Mereka. Amat
mudah untuk mengetahui sesama Islam dengan memberi sahaja salam.
Bersalamlah dengan seramai orang kerana perbuatan salam ini sangat penting
dalam segala aktiviti manusia. Perbuatan salam adalah aktiviti yang sangat
dituntut. Kepada pemimpin bersalamlah dengan seramai rakyat untuk bertanya
kabar. Rakyat sangat suka kepada pemimpin yang rajin bersalam. Jika pemimpin
mengunjungi sesuatu majlis, kalau boleh bersalamlah dengan semua tetamu. Tuan
rumah atau penganjur sangat bangga kalau ada pemimpin sebegini. Pemimpin
yang banyak bersalam akan mempunyai
banyak penyokong dan akan disukai dan popular. Bersalamlah dengan ramai orang
jangan berkira pangkat atau darjat. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang
bisanya. Bersalam dengan ramai orang tidak akan menurunkan darjat sesaorang.
No comments:
Post a Comment