nuffnang ads

Wednesday, 17 October 2012

DIDIK ANAK JADI JUTAWAN.



Negeri Melaka juga mempunyai kemudahan kesihatan yang sangat baik setanding dengan negara maju. Melaka pada tahun 2008 telah mempunyai 3 buah hospital kerajaan dengan kemudahan 928 katil,  1 buah hospital tentera dengan kemudahan 144 katil, 5 buah hospital swasta dengan 795 ktatil, 3 buah pejabat kesihatan, 27 buah poliklinik komuniti, 61 klinik desa, 16 buah klinik pergigian kerajaan, 263 buah klinik swasta, 34 buah klinik pergigian swasta dan 45 farmasi swasta. Kemudahan ini sangat berfaedah dan telah memberi perkhidmatan yang terpuji untuk seluruh rakyat Negeri Melaka. Walaupun begitu, falsafah yang juga kerap digunakan oleh pakar kesihatan kita ”Pencegahan adalah lebih baik dari Mengubatinya”. Ini bermakna kita perlu menjaga kesihatan yang baik supaya tidak dapat sakit dan pergi mendapatkan rawatan. Ini selalu dikatakan semasa mana-mana kempen kesihatan. Walaupun kaedah pengubatan berbagai-bagai jenis penyakit telah dapat ditemui.Kemudaha yang baik ini telah memberikan rakyat Melaka hidup yang lebih sihat. Penumpuan perlu dilakukan terhadap untuk memenuhi tuntutan untuk mengisi keperluan negara maju.

Negeri Melaka mempunyai kadar kelahiran kasar setiap 1,000 penduduk 16.1 orang manakala kadar kematian bayi (<1 tahun) setiap 1,000 kelahiran hidup adalah 5.6 dan kadar kematian perinatal (<7 hari) setiap 1,000 kelahiran sebanyak 6.5. Kadar kematian kanak-kanak (1-4 tahun) setiap 1,000 kelahiran sebanyak 0.1 dan kadar kematian ibu setiap 1,000 kelahiran hidup sebanyak 0.7. Setiap data yang dicatatkan menunjukan dengan kemudahan kesihatan yang lengkap, tahap kesihatan rakyat dapat ditingkatkan. Pada 8 April 2009 merujuk 32 indikatar yang mengukur pencapaian Negeri Melaka untuk mencapai negara maju, rakyat Negeri Melaka (lelaki)  mecapai umur 69.4 tahu manakala wanita mencapai umur 72.2. Pencapai umur ini rendah jika dibandingkan dengan pencapaian purata ”organisation economic corporation development (OECD)”, iaitu 81.8 tahu untuk wanita dan 78.7 tahun untuk gulungan lelaki.  yang membawa purata 78.7 berbanding dengan 72.2 untuk rakyat Malaysia.


Pada awal tahun 80an, ini semua telah berubah. Negara kita mula dikenali sebagai negara perindustrian. Kita mengorak langkah lebih terkehadapan dengan menjadi negara pengeluar produk elektronik dan bahan kimia. Negara kita mengeluarkan komponen elektronik dan produk berasaskan kimia dengan mengunakan teknologi luaran (teknologi import). Kita juga menggunakan kepakaran dan modal luaran (Foreign Direct Invesmenat atau FDI. Kita mengharapkan semua ini dapat dilakukan atau produk dikeluarkan dengan mengharapkan pelaboran dari luar. Kita berminat dari segi menjana pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Ada juga memperkatakan tentang perpindahan teknologi (technology transfer). Ini tidak berlaku pada dasarnya. Jika berlaku pun terlalu pelahan  Apa yang berlaku adalah kerana kita dapat membekal tenaga buruhan murah. Walaupun begitu aktiviti ini sangat disanjung kerana itulah aktiviti terbaik pada ketika itu yang dapat dilaksanakan oleh kerajaan. Paling tidak rakyat mempunyai pekerjaan untuk sumber ekonomi mereka. Ini kerana negara tidak mempunyai bijak pandai dan modal yang mencukupi. Sebenarnya negara tidak mempunyai banyak pilihan pada ketika itu. Pada pemerentah apa sahaja yang membolehkan pekerjaan diwujudkan perlu diberi sokongan.

Sejak merdeka banyak tumpuan dilakukan untuk membolehkan rakyat negara kita mempunyai pekerjaan atau dengan lebih jelas yang perlu untuk memberi makan kepada rakyat jelata. Oleh itu anak-anak digalakan apabila bekerja harus memikirkan untuk mendapat jawatan dalam sektor kerajaan kerana jawatan ini lebih terjamin dan apa yang dikatakan ”tetap dan berpencen”. Ibubapa juga suka anak-anaknya bergaji tetap walaupun agak rendah. Kepada mereka bergaji tetap amat penting. Pada satu ketika sesiapa yang berkerja dengan sektor swasta dikatakan tidak bekerja. Ibubapa juga berharap menantu bekerja dengan sektor kerajaan dan selalu berbangga dengan anak atau menantu bekerja dengan kerajaan.

”Bekerja dengan kerajaan tidak boleh jadi kaya”, inilah ungkapan yang selalu kita dengar. Walaupun begitu kepada sebahagian besar masyarakat pada mereka  kekayaan tidak penting tetapi yang mereka perlukan  adalah  pendapatan tetap dan cukup untuk makan dan pakai. Pada mereka tiada cita-cita untuk jadi kaya atau jutawan. Jutawan pada mereka tidak akan tercapai Pemikiran ini sekarang masih lagi ada walaupun negara telah 50 tahun merdeka. Kita dapat melihat, banyak yang makan gaji tidak kemana perginya. Ada yang berjaya (agak senang tetapi bukan jutawan) kerana mereka berjawatan besar semasa dalam perkhidmatan tetapi tidak jauh kemana apabila telah pencen dengan separuh gaji sahaja. Lepasan universiti juga masih lagi terpengaruh dengan pemikiran ibubapa. Pada mereka, selagi tidak menjawat jawatan kerajaan mereka tidak bekerja. Ada yang sanggup meninggalkan jawatan yang agak baik di sektor swasta hanya untuk mengejar jawatan tetap di sektor kerajaan. Banyak dari mereka berkata  ”walaupun bergaji kecil tetapi banyak kemudahan yang didapati”. Akibat dari ini, anak seorang guru akan mengikuti ibibapanya menjadi guru. Alasan yang diberikan kerana kehidupan ibubapa mereka menjadi guru sudah agak selesa dan perlu dicontohi. Pada mereka apabila telah mempunyai sebuah rumah dan sebuah kereta, ini sudah mencukupi dan sudah dikatakan senang. Mereka ingin senang macam ibubapa mereka sahaja. Setiap kehidupan atau anak-anak pesara kerajaan akan memulakan roda kehidupan yang baru. Ibu bapa akan berkata ” pelajaran adalah harta yang diberikan, duit ringgit jauh sekali, gunakan pendidikan yang telah diberikan untuk berjaya”. Akhirnya anak-anak akan memulakan penghidupan seperti ibubapa mereka. Roda kehidupan akan bermula sekali lagi. Inilah kehidupan sekarang ini. Tidak akan pergi jauh dari segi tahap kehidupan.

Cita-cita untuk masa hadapan sangat kecil kepada mereka. Sebenarnya pada masa hadapan anak-anak kita perlu bercita-cita untuk menjadi jutawan. Anak-anak kita perlu disediakan pemikiran untuk menjadi jutawan dengan memilik kapal terbang pada masa hadapan. Ini didapati dengan tidak menjawat jawatan kerajaan atau makan gaji. Pemikiran ibubapa perlu ditukar. Tahap untuk menjadi jutawan akan kita capai jika melibatkan diri dalam bidang perniagaan atau bidang keusahawanan. Selagi menjadi pegawai kerajan ini tidak akan tercapai. Anak-anak akan hanya menjadi jutawan jika menjadikan kreativiti dan inovasi sebahagian dari kehidupan. Inovasi perlu ”diarusperdanakan” bermakna inovasi dan kreativiti negara ini perlu merentasi semua lapisan masyarakat dan mencakupi segala aspek kehidupan. YAB Datuk Seri  Najib Tun Razak semasa melancarkan inisiatif Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) kearah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara telah mengariskan 5 objektif 1) meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat keaeah penghasilan kerajaan 2) menyedarkan masyarakat terutama generasi muda mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti 3) membudayakan inovasi dan kreativiti sebagai amalan seharian 5) mewujdkan ekosistem yang mengupayakan masyarakat ke arah pembudayaan kreatif dan berinovasi melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bidang. Antara kumpulan sasar adalah kanak-kanak prasekolah, pelajar, belia, wanita, orang kurang upaya, ketua komuniti atau pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, swasta, penyelidik dan anggota kerajaan. Cadangan yang telah ketengahkan untuk menjayakan MI2010 adalah menubuhkan satu unit inovasi khas ditubuhkan di setiap kementerian, memberi ganjaran kepada individu, kumpulan atau agensi yang berjaya membawa inovasi, merangsangkan pertumbuhan firma swasta yang mempunyai komponen hak harta intelek (IP) yang dijanakan anak tempatan, membangunkan lebih banyak modal intelektual seiring dengan keperluan tenaga mahir negara dan menubuhkan Pusat Inovasi Negara sebagai pusat penjanaan teknologi untuk pembangunan teknokrat. Aktiviti ini secara tidak lansung membuka peluang kepada anak-anak tidak hanya makan gaji pada sektor kerajaan pada masa hadapan.

Bersesuaian dengan mathalamat negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghargai inovasi dan kreativiti. Anak muda dan kanak-kanak perlu digalakan untuk berkarya atau berkreativiti. Setiap kreativiti anak-anak perlu dihargai dengan cara menggunakannya untuk membaiki kehidupan. Setiap ciptaan baru anak-anak muda perlu digilap dan dikomersialkan. Kreativiti anak-anak muda jika dibiarkan begitu sahaja akan merugikan negara. Setiap golongan masyarakat mempunyai peringkat tertentu untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Kita tidak boleh meletakan penghasilan setiap produk kreativiti dan inovasi hanyalah akan dikeluarkan oleh universiti atau institusi penyelidikan sahaja.. Tahap akademik bukanlah kayu pengukur kepada kreativiti dan inovasi. Kreativiti juga bergantung kepada bakat semulajadi atau bukan semula jadi melalui latihan. Secara kasar, kreativiti bukan dihasilkan oleh mereka yang pandai sahaja.. Kreativiti dan inovasi adalah milik semua lapisan masyarakat tidak mengira umur atau tahap kelulusan. Apa yang diterima oleh masyarakat jika produk inovasi atau kreativiti dapat memudahkan kehidupan masyarakat dan dapat dibeli dipasaran. Setiap dari kita perlu mengiktiraf kreativiti atau inovasi yang dicipta oleh sesiapa pun. Memajukan negara memerlukan anak muda yang sihat. Seperti yang selalu diperkatakan, kemajuan sesuatu negara bukan hanya bergantung kepada penghasilan negara tetapi bergantung juga kepada modal insan atau pemikiran anak negeri. Sebenarnya kemajuan sesebuah negara juga bergantung kepada kreativiti rakyatnya.

 Perubahan teknologi yang begitu pantas tidak boleh dielakan. Kita tidak boleh mengatakan kita tidak mahu menggunakan teknologi. Teknologi telah diletakan dihadapan mata. Mahu tidak mahu kita perlu menggunakanya.Tidak salah menggunakan teknologi selagi teknologi dapat memberi keselesaan kepada kehidupan. Sebagai sebuah negara yang akan mencapai status negara maju dalam tempuh 11 tahun sahaja lagi. Rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan menggunakan teknologi sahaja. Negara perlu bergerak kepada negara pencipta teknologi pula. Kerajaan telah melaporkan sebanyak 10,284 orang rakyat Malaysia telah memiliki Ijazah Kedoktoran atau PhD setelah negara kita mencapai kemerdekaan selama 52 tahun. Walaupun kita mendapati jumlah ini sedikit tetapi seperti yang kita ketahui, mereka yang mempunyai ijazah kedoktoran adalah mereka yang sangat mampu memikirkan bagaimana untuk melaksanakan penyelidikan untuk kemajuan negara. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menggunakan mereka ini untuk membantu memajukan negara. Pemikiran mereka perlu disatukan supaya negara dapat menjadi sebuah negara pencipta teknologi. Hasil pemikiran mereka jangan disia-siakan atau diambil mudah. Setiap individu yang mempunyai Ijazah Kedoktoran perlu disediakan berbagai ruang untuk membolehkan mereka memikirkan sesuatu yang baik untuk kemajuan negara. Adalah malang jika kita hanya membiarkan gulongan ini begitu sahaja tanpa memanafaatkan apa yang mereka miliki.

Negara harus memiliki banyak rakyat bergelar jutawan sebanyak mungkin pada masa hadapan. Mungkin kadang-kadang pemikiran atau pendapat begini dianggap seperti bahan lawak atau gurauan sahaja. Setiap ibubapa harus memikirkan tentang masa depan anak-anak dan kemajuan peringkat negara. Peluang menjadi jutawan hanya terbuka luas kepada mereka yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Mungkin ada baiknya makan gaji pada awal perkhidmatan tetapi mempunyai niat atau kemahuan ingin menjadi menceburi diri dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan adalah amat digalakan. Dengan cara ini anak-anak berpeluang untuk menjadi jutawan pada masa hadapan. Harus diingatkan budaya mencari pekerjaan yang ”relax” telah lama ditinggalkan. Budaya ingin mencari dan menyibokan diri adalah amalan hidup masa kini. Ini perlu diamalkan dan terus dididik kepada anak-anak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...