nuffnang ads

Thursday, 18 October 2012

HIDUP JANGAN BANYAK SANGAT PANTANG LARANG.



Pantang atau pantangan adalah sesuatu yang dilarang melakukanya (menurut adat atau kepercayaan) atau larangan. Pantangan ialah makanan (minuman) yang ditegah (terlarang) untuk sesuatu penyakit. Keadaan tidak boleh melakukan atau memakan sesuatu berkenaan perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin atau dalam hari. Kepantangan bermakna sesuatu yang tidak disukai (dibenci atau dikutuk). Berpantang bermakna mempunyai pantang (tidak boleh makan sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh). Memantang adalah sengaja tidak mahu memakan sesuatu. Memantangkan pula menjadikan pantang, melarang memakan (melakukan) sesuatu. Pantangan bermakna pantang, larangan, makanan (minuman) yang terlarang. Kepantangan membawa makna pantang yang tidak disukai dan berpantangan adalah berkenaan pantang.

Larang atau melarang bermakna menahan daripada melakukan sesuatu, tidak membenarkan (mengizinkan), menegah. Melarangkan menjadikan terlarang. Terlarang membawa makna tidak boleh dikerjakan, tidak dibenarkan atau tertegah. Larangan adalah sesuatu yang dilarang atau terlarang, perintah melarang sesuatu perbuatan atau tegahan. Berlarangan bermakna mempunyai larangan, ada laranganya atau terlarang. Pelarangan pula sesuatu yang dilarang atau larangan

Hidup pula bermakna terus bernyawa atau bernafas berkenaan manusia dan binatang, tumbuh dan membesar berkenaan tumbuh-tumbuhan, tidak mati. Hidup juga membawa makna duduk atau tinggal di atau berkediaman.Kehidupan adalah perihal hidup dan penghidupan adalah cara mengurusakan atau menyelenggara hidup dan pencarian.

Kehidupan manusia selain untuk melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan. Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi hidup tidak ada ketenangan. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tidak ada kerukunan.

Anak-anak kecil kerap dinasihatkan oleh ibu bapa supaya belajar bersungguh-sungguh supaya hidup apabila dewasa menjadi senang. Sudah tentu kesenangan akan dihubungkan dengan kemewahan kebendaan dan juga ketenangan jiwa. Anak-anak juga apabila ditanya sudah tentu ingin pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan seperti yang diceritakan di tv atau dari kawan-kawan sekeliling atau dari pemerhatian sendiri. Kemewahan adalah sesauatu yang dicita-citakan dan sudah tentu akan memberi motivasi luaran atau dalaman. Ini juga adalah cita-cita pemimpin untuk membolehkan rakyat hidup senang dan mewah.

Kerajaan sangat bercita-cita supaya rakyat hidup senang dan negara dalam keadaan aman. Sejak dari mencapai kemerdekaan 54 tahun dahulu berbagai perancangan ekonomi telah kerajaan lakukan. Sistem ekonomi negara kita bermula di zaman pra-penjajahan yang secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu ekonomi maritim dan ekonomi tani. Ekonomi maritim adalah ekonomi yang tertumpu di kota-kota besar seperti negeri Melaka. Kegiatan perdagangan antara penduduk tempatan dengan pedagang dari negeri China, India dan Timur Tengah berlaku dengan meluas. Negeri Melaka pada ketika itu menjadi pusat perdagangan yang penting. Penduduk tempatan yang terlibat dalam kegiatan perdagangan pada zaman pra-penjajahan ini kebanyakanya terdiri daripada golongan bangsawan, sedangkan penglibatan rakyat umum adalah kurang.

Ekonomi tani lebih dihubungkan dengan rakyat umum yang tinggal di kawasan luar bandar (pendalaman). Kegiatan utama adalah pertanian, perikanan dan perhutanan. Pengeluaran dalam ekonomi tani pada awalnya adalah untuk tujuan sara diri. Sistem pasaran tidak begitu kompleks. Berlaku banyak pertukaran barangan antara anggota komuniti dalam sistem 'barter'. Dalam ekonomi tani, tanah menjadi faktor pengeluaran utama. Tanah dapat dibuka dengan agak mudah bergantung kepada keperluan dan tenaga yang ada. Organisasi tenaga kerja dalam masyarakat tani berlandaskan keluarga dan komuniti setempat. Tenaga kerja komunal dizahirkan dalam institusi-institusi berderau, seraya dan gotong royong. Pada umumnya struktur masyarakat tani banyak memperlihatkan ciri-ciri sama. Perbezaan kelas tidak ketara.

Ekonomi Malaysia semasa penjajahan dimana selepas kedatangan penjajah telah mematikan ekonomi maritm dikalangan penduduk tempatan. Penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris mengambil alih kegiatan ekonomi tersebut dari tangan golongan bangsawan berkenaan. Penjajah memperkenalkan ekonomi tunai dimana pengeluaran adalah untuk tujuan pasaran dan bukan untuk sara diri seperti dulu. Apabila pengeluaran mempunyai dua motif iaitu untuk pasaran dan untuk sara diri, makan sistem ekonomi yang diamalkan disebut sebagai sistem dwi-ekonomi. Pada masa penjajahan, Inggeris memperkenalkan tanaman tunai khususnya getah. Penanaman getah dilakukan secara besar-besaran dalam sistem estet. Kekurangan tenaga buruh dalam sistem estet ini diatasi dengan membawa masuk pekerja asing secara besar-besaran dari India. Kegiatan perlombongan juga diusahakan secara besar-besaran oleh Inggereis dengan menggalakan kedatangan ramai pekerja asing khususnya dari negeri China. Pengenalan ekonomi tunai ini, penduduk di kawasan pendalaman atau di luar bandar sekaligus terserap ke dalam sistem ekonomi kapitalis melalui hubungan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis ini beroperasi di peringkat antarabangsa dan peringkat nasional dan daerah. Dalam sistem ekonomi kapitalis faktor pengeluaran utama adalah modal dan penguasaan ke atas modal termasuk penguasaan keatas barangan modal atau 'capital goods' menjadi motif utama bagi semua pihak. Dengan terserapnya penduduk ke dalam sistem ekonomi kapitalis, maka struktur masyarakat mengalami perubahan besar. Perbezaan kedudukan ekonomi antara penduduk menjadi begitu ketara. Mereka yang menguasai modal berada pada hiraki yang tinggi dalam sistem susunlapis masyarakat.

Melalui sistem yang ada selepas sahaja merdeka malahan sebelum merdeka pada tahun 1950 kerajaan telah mula merangka  untuk memperbaiki ekonomi yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua. Dua rancangan pembangunan yang awal telah digubal oleh Inggeris Draf Rancangan Membangunan (1950-55) dan Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-60). Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-65) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri dengan tumpuan memajukan infrastuktur ekonomi. Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama telah menubuhkan RIDA (1966 ditukar kepada MARA), LKTP ditubuhkan pada tahun 1956 dan pada tahun 1971 ditukar kepada FELDA.

Kerajaan meneruskan lagi usaha pembangunan, Rancangan Malaysia Pertama dari tahun 1966 hingga 1970 telah memberi tumpuan kepada perindustrian gantian-import dan juga menubuhkan FELDA, FELCRA, MARDI dan MIDA. Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975 telah menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport. Pada masa itu telah dilancarkan DEB, KEJORA, DARA, PERNAS, UDA, RISDA dan LPP. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) pula melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua. Pada masa ini DEB masih berjalan dan KESEDAR dan KETENGAH telah ditubuhkan. Rancangan Malaysia Keempat, Kelima dan keenam (1981-1985, 1986-1990 dan 1991-1995) kerajaan telah memberi tumpuan rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar pengswastaan. Pada tahun 1979 PNB ditubuhkan untuk uruskan palaburan Skim Amanah Sahan Nasional (yang diperkenalkan pada tahun 1981). Rancangan Malaysia Ketujuh dan Kelapan (1996-2000 dan 2001-2005) telah memberi perhatian kepada industri berasaskan K-Ekonomi dan Rancangan Malaysia kesembilan dari tahun 2006 hingga 2010 telah menekankan pembangunan ekonomi, sosial, modal insan dan projek-projek pertanian diberi keutamaan.

Meskipun pembangunan ekonomi sudah berubah kepada perindustrian pada tahuan 1960an dan 1970an, tetapi tumpuan kepada sektor pertanian masih diutamakan. Sesuai dengan dasar pembangunan pertanian, beberapa badan yang bertanggung jawab untuk memajukan sektor pertanian dan menGhapuskan kemiskinan luar bandar telah diwujudkan seperti FELDA, FELCRA dan MARA. Pada tahun 1980an dan 1990an, sektor perindustrian lebih diberi perhatian dan beberapa dasar telah digubal seperti Dasar Pandang Ke Timur dan Dasar Pengswastaan. Sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia masa kini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan pembangunan ekonomi yang berasaskan ICT dan K-Ekonomi.

Dasar Pertanian Negara telah mewujudkan beberapa agensi pembangunan untuk memberi kemudahan kepada petani antaranya MARDI, Jabatan Pertanian untuk mengeluarkan benih dan penentuan jenis tanah dan pembangunan teknologi baru. Lembaga Pertubuhan Peladang untuk mengadakan kemudahan perolehi bahan-bahan baja, racun, jentera, kenderaan dan mesin memproses., FAMA iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan untuk mengelolakan pemasaran hasil-hasi yang dikeluarkan. Bank Pertanian ditubuhkan untuk mengelolakan kemudahan kredit untuk rancangan projek pertanian dan Jabatan Perikanan dan Haiwan untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar dan perikanan.

Dasar Industri Berat Negara adalah untuk mengurangkan pergantungan Malaysia kepada negara luar dari segi bekalan alat jentera bagi memenuhi keperluan tempatan. Secara tidak langsung dapat mewujudkan industri sokongan seperti IKS dalam proses perindustrian. Meningkatkan peranan swasta dalam pembangunan negara. Organisi khusus ditubuhkan untuk memikul tanggug jawab ini ialah Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) pada tahun 1980. Antara projek penting HICOM ialah PROTON, Kedah Cement Sdn, Bhd dan Perak-Hanjung Cemen yang mengeluarkan dan membekal simen dan PERWAJA.

Dasar Pengswastaan yang dilancarkan pada tahun 1983 ialah untuk mengurangkan beban kewangan dan membantu pencapaian DEB. Golongan bumiputera lebih berpeluang untuk terlibat dalam sektor perindustrian. Lima alasan dasar ini diperkenalkan ialah untuk mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran kerajaan, meningkatkan persaingan, perbaiki kecekapan dan menambah produktiviti, merangsangkan pelaburan dan keusahawanan persendirian, mengurangkan bilangan dan saiz sektor awam dan membantu mencapai mathalamat DEB. Negara terus membangunan tanpa pantang larang walaupun banyak yang mengatakan tidak baik untuk negara, Industri Automobil Nasional melalui Dasar Perindusrian Berat, selaras dengan Dasar Pandang ke Timor dan Penubuhan HICOM dengan Usahasama dengan Syarikat Mitsubishi Jepun dan pemindahan teknologi dan kepakaran. Ini tidak dapat dilakukan jika kita asyik berpantang larang tidak kena itu dan ini akhirnya ingin menjadi negera kebajikan sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...