nuffnang ads

Saturday, 13 October 2012

BOLEH IKUT JALAN PINTAS: MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.



Semua orang ingin berjaya dalam kehidupan. Berbagai-bagai cara yang digunakan untuk mencapai tujuan tersebut. Ibubapa dahulu percaya untuk mancapai kejayaan perlu pandai atau berpengetahuan. Untuk itu anak-anak kerap di ingatkan perlu belajar kerana ini adalah harta pada masa hadapan. Ibubapa kerap berpesan mereka tidak meninggalkan banyak harta tetapi ilmu adalah harta yang ditinggalkan. Untuk itu anak-anak perlu rajin kesekolah dan mesti pandai belajar. Ini menunjukan untuk berjaya dalam kehidupan mesti belajar dan mesti mempunyai kelulusan yang tinggi. Sehingga kini ibubapa akan membelanjakan wang yang banyak untuk anak-anak. Semua ini telah diterima sebagai cara hidup zaman sekarang. Ibu bapa akan mengatur hidup anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan dengan ketat supaya semuanya dapat dicapai. Anak-anak perlu dipastikan menghadiri tusyen siang atau malam dan tidak kira dihujung minggu supaya anak-anak kan berjaya dalam peperiksaan dan seterusnya berjaya dalam kehidupan.

Setiap kesenangan hidup memerlukan kita berbelanja. Setiap kemajuan negara adalah dinilai dari teknologi baru yang diterima untuk memudahkan kehidupan. Hidup memerlukan perubahan dan setiap perubahan memerlukan wang. Jika ada wang tetapi tidak dibelanjakan juga tidak baik. Tidak ada guna jika kita mempunyai wang tetapi anak-anak kita berpakaian selekeh, kesihatan tidak terjaga dan rumah tangga kelihatan seperti tidak terurus. Inilah penting yang mempunyai duit. Walaupun duit tidak boleh buat segalanya tetapi dengan berduit banyak perkara dapat dilakukan. Sekarang ini kemudahan kesihatan bertambah baik. Selain ubat-ubatan yang semakin baik bersama peralatan yang canggih dalam penjagaan kesihatan. Ini membolehkan jangka hayat semakin panjang. Kemudahan perjalanan juga sudah semakin mudah, semua ini memerlukan perbelanjaan. Ada duit perlu dibelanjakan. Ini adalah sangat dituntut dalam kehidupan.

Rakyat hidup semakin senang sekarang. Ini tidak dapat dinafikan. Setiap malam kedai makan penuh dengan bermacam-macam juadah yang boleh dimakan. Tidak cukup masa perniagaan waktu siang sahaja. Banyak kedai makan telah dibuka 24 jam. Bukan itu sahaja kedai jualan barangan harian juga telah dibuka 24 jam. Perniagaan telah bertambah maju. Masa siang tidak mencukupi, waktu malam pula perlu digunakan. Hidup sudah jauh berubah dari 50 tahun dahulu. Negara maju bermakna rakyat akan hidup bertambah senang. Ini benar-benar telah dicapai, kesenangan telah mula dinikmati oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi Melaka telah menjadi negeri maju sekarang ini.

Amat malang setiap kesenangan yang dinikmati, ada juga yang sangat tidak faham dengan apa yang perlu dikatakan jika ada yang tidak berpuas hati. Sebenarnya mereka sudah tidak ada yang tidak puas hati tetapi terpaksa mencari apa lagi yang perlu dikatakan jika ditanya pada sebarang masa. Apa yang dikatakan nanti tidak lah logik sangat tetapi terpaksa berkata apabila ada orang yang bertanya. Memanglah apa yang ingin dicapai sudah pasti amat sukar atau tidak boleh didapati dengan mudah. Untuk itu berbagai-bagai cara akan dilakukan untuk mencapai sesuatu tujuan atau apa yang dihajati. Pada masa ini ramai yang tidak berfikir sesuatu kaedah itu baik atau tidak atau sesuai dengan ketika itu, tetapi yang penting apakah jalan yang difikirkan nanti perlu dibenarkan dan tidak menyakitkan hati orang lain. Apa yang sangat penting difikirkan samaada kaedah yang dipilih mengikut ajaran agama atau dibenarkan mengikut pegangan akidah.

Sejak akhir-akhir ini, banyak kelihatan yang inginkan sesuatu dengan mengamalkan apa sahaja kaedah supaya apa yang dihajati tercapai. Mereka ini tidak memikirkan apakah akibatnya jika sesuatu perkara itu dicakap atau dilaksanakan. Satu lagi yang penting yang perlu diambil kira apa yang kita cakap masih lagi dalam  adap tata kesusilaaan timur . Apa sahaja yang kita lakukan tidak boleh melanggari undang-undang dan apa dibenarkan dalam ugama Islam dan menepati adap bermasyarakat. Kita tidak boleh bercakap bohong atau bercakap perkara yang bukan-bukan. Semuanya menyedari, sifat berbohong adalah tidak baik dan tidak boleh dilakukan. Bercakap bohong sebenarnya memang tidak boleh dilakukan, tetapi kita tidak bercakap bohong bukan sahaja disebabkan undang-undang tidak membenarkan tetapi kita menyedari bercakap bohong adalah suatu yang tidak baik. Sama juga perbuatan mencuri, sesaorang tidak mencuri bukan takut dimasukan kedalam penjara jika kesalahan dapat dibuktikan tetapi  setiap dari kita mengetahui perbuatan mencuri itu tidak baik dan tidak boleh dilakukan.

Semua dari kita perlu mengetahui, untuk mencapai sesuatu tidak boleh menghalalkan kaedah untuk mendapatkanya. Jika kita ingin menjadi ketua, buat kerja yang betul sehingga kerja yang kita lakukan mendapat pengiktirafan dan seterusnya boleh dipertimbangkan untuk menajadi ketua. Pada masa yang sama kita juga harus menghormati keperibadian orang lain. Kalau kita ingin menjadi pemimpin, kita harus menunjukan kita mampu memimpin orang lain. Jika kita ingin membuat sesuatu janji, kita harus memikirkan sesuatu janji dapat dipenuhi. Seperti orang bercinta, berbagai-bagai janji ditaburkan. Tidak salah kalau berjanji tetapi biarlan dapat di penuhi. Kita tidak boleh berjanji untuk mendapatkan bulan dan bintang dengan kebolehan yang ada. Inilah yang perlu difikirkan. Buat janji yang logik dan kalau rasa tidak mampu jangan pandai berjanji dengan hanya untuk kita dipilih menjadi pemimpin.

Kaedah untuk mendapatkan sesuatu perlu juga dilihat batasan halal dan haram. Untuk menjadi jutawan tidak salah dan setiap dari kita perlu merancang bagaimana untuk melahirkan jutawan dalam keluarga. Sudah tentu kalau makan gaji selamanya tidak membolehkan sesaorang menjadi jutawan. Sudah pasti untuk menjadi jutawan perlu melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Sekali lagi, boleh pilih jalan pintas untuk menjadi jutawan tetapi tidak boleh membuat perniagaan yang haram. Tidak ada unsur penipuan. Keputusan diambil dari kesepakatan. Biarkan ada orang lain yang akan datang memberi nasihat untuk kita menjadi jutawan perlu buat itu dan ini. Untuk itu bersedialah untuk menghadapi suasana ini. Seharusnya bidang perniagaan menjanjikan sesuatu yang sangat menjamin jika kita tahu mengikut rentak permainannya. Apa yang sangat penting kaedah untuk berjaya dalam perniagaan tidak boleh memasukan unsur-unsur haram dan salah pada pandangan masyarakat.

Negara kita menerima prinsip demokrasi berparlimen dalam urusan pentadbiran negara. Demokrasi ini mengikut cita rasa kita dan telah diterima ramai. Mahu tidak mahu setiap penduduki negeri ini perlu mengamalkan. Negara sebelah timur ini rakyatnya sangat bersopan santun dan kerap mementingkan keharmonian dalam kehidupan. Malangya dengan sistem yang sedia ada, banyak yang mengambil keputusan untuk membuat kesimpulan dari mereka yang tidak pakar dan akhirnya jadilah cerita ”hot” tetapi tidak benar. Mereka yang pandai atau pihak yang bertanggung jawap tidak dirujuk untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Perpatah melayu ada mengatakan ’kerana mulut badan binasa’. Begitulah bahayanya bercakap tanpa memikirkan sesuatu atau bercakap hanya dengan anggapan yang tidak setinggi mana. Kita tidak boleh ingin mencapai satu-satu cita-cita dengan menidakkan usaha orang lain. Biar kita memberi pengiktirafan jika sesuatu telah berjaya atau beri alternatif jika difikirkan sesuatu tidak sesuai. Itu pun perlu mempunyai maklumat yang lengkap. Perlu sentiasa memberi keyakinan kepada maklumat yang diterima dari badan yang telah diberi tanggung jawap. Pemikiran orang yang berjaya selalunya sentiasa positif. Selalu ada perasaan ingin membantu orang lain, ini adalah niat yang baik dan pasti akan beroleh kejayaan pada masa hadapan.

Sekarang ini banyak cerita bohong yang disebarkan. Setiap dari kita sudah mengetahuinya. Bercakap bohong adalah perbuatah salah. Sekarang ini cerita bohong pula menjadi sumber rujukan untuk disebarkan di khalayak ramai hanya bertujuan untuk mendapatkan sesuatu atau mempunyai mathalamat tertentu. Apa cara sekali pun, sesuatu perlu diperolehi. Untuk itu mereka tidak memikirkan halal atau haram atau sesuatu yang sukar dilaksanakan. Apa yang penting mathalamat akan sampai atau cita-cita perlu tercapai.Sejak akhir-akhir ini banyak kerja yang dibuat hanya untuk menjatuhkan sesaorang. Kadang-kadang tiada apa yang dilakukan tetapi demi dendam dan perasaan tidak puas hati. Semua adap sopan terus dilupakan. Mathalamat menghalalkan cara menjadi cara hidup.

Sesuatu yang dihajati perlu didapatkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh tanpa menyusahkan orang lain. Tidak perlu merendahkan peribadi orang lain. Capailah kejayaan dengan memberitahu orang lain kehebatan diri kita tanpa merendahkan kehebatan orang lain. Cipta kejayaan diri sendiri dengan rekod pencapaian diri yang telah kita lalui. Kalau dulu banyak yang mengatakan sesuatu yang dicapai tidak ada jalan pintas. Sekarang ini tiada masaalah untuk menggunakan jalan pintas selagi tidak menghalalkan sesuatu yang salah. Penggunaan teknologi moden adalah kaedah baik dalam penggunaan jalan pintas tetapi kita perlu memahami dan mempunyai jaringan kerja yang luas. Pendekatan menggunakan kumpulan pemikir yang terdiri dari orang pandai juga sangat baik sekurang-kurangnya kita mendapat terkini dan pemikiran yang bersandarkan keadaan semasa yang juga mempunyai input akademik. Pendekatan menggunakan logik akal perlu dikurangkan tetapi tidak pula meninggalkan secara menyeluruh. Gunakan pemikiran ’first class’ dari mereka yang mempunyai keyakinan diri dan tidak mengamalkan mathalkan menghalalkan cara.

Penggunaan teknologi moden dan media baru boleh digunakan sepenuhnya jika mahu mencapai mahtalamat dengan cepat selagi mathalamat tidak menghalalkan cara. Pada zaman ini sesiapa yang menolak teknologi akan kerugian. Mereka yang menolak teknologi akan ketinggalan walaupun bangga dengan masih lagi mengekalkan tradisi. Zaman sekarang adalah zaman ’ networking’, sesiapa yang mempunyai ’networking’ yang luas akan mendapat kejayaan dalam tempoh yang singkat. Ini kerana maklumat dapat disampaikan dalam tempoh yang sangat singkat. Maklumat semuanya dihujung jari. Pendektan dunia tanpa sempadan perlu difahami tetapi masih lagi dari ruang lingkup yang tidak memnggangu hak orang lain. Cara perlu mengikut kaedah yang diterima dan tidak membuat pembohongan yang hanya untuk mencapai cita-cita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...