Setiap kehidupan yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Baik buruk
kehidupan atau jasa yang telah kita tabur akan dinilai apabila saat akhir
sebelum kita tinggalkan dunia ini. Ini yang dimaksudkan yang akhir nanti yang
akan diperkatakan. Sekarang kita sangat berbangga dengan pencapaian anak-anak
dalam bidang pembelajaran dan khususnya setelah keputusan peperiksaan
dikeluarkan. Pengiktirafan kepada kejayaan dalam peperiksaan sangat baik dan
ini merupakan sesuatu yang sangat diperlukan. Walaupun pun begitu kita perlu
menyedari perjalanan anak-anak kita dalam menempuh kehidupan sangat jauh lagi tetapi
kejayaan masa kini perlu diberi pengiktirafan. Kejayaan sebenarnya anak-anak
hanya akan diketahui apabila mereka berjaya atau tidak pada masa hadapan. Jika
pendapatan yang menjadi penilaian, kejayaan anak-anak akan dinilai dari
pendapatan yang akan diperolehi nanti. Jika dipandang dari segi sumbangan
kepada keluarga, kita perlu melihat apakah anak-anak kita pandai membalas budi
kepada ibubapa. Berapa banyak yang akan diberi setelah mereka mendapat
pendapatan sendiri pada masa hadapan. Jika kita pandang pula dari segi
sumbangan kepada negara, Apakah anak kita mampu menyumbang kepada negara dari
segi kepandaian dan pengetahuan yang mereka miliki?. Apa yang jelas adalah
segala yang akhir nanti yang akan dinilaikan.
Kerap dibaca dalam surat khabar berlaku berbagai kes jenayah disana sini.
Banyak jenayah juga dilakukan oleh gulungan cerdik pandai. Mereka ini
berpendapatan tinggi dan memegang jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan dan
juga swasta. Tidak kurang mereka yang memegang jawatan tinggi terlibat dengan
jenayah berat termasuk kes mengedar dadah dan kes bunuh. Pada satu masa dahulu
mereka ini sudah pasti menjadi kebanggaan keluarga yang mana telah mencapai
kejayaan yang sangat cemerlang dalam peperiksaan dan kalau satu ketika dahulu
jika berjaya masuk ke universiti juga
satu kejayaan yang sangat besar. Mereka tidak kurang menjadi kebanggaan
keluarga pada masa dahulu atau sekarang. Mereka telah digulungkan mereka yang
berjaya tetapi terlibat dalam kes jenayah pada masa mereka berada dipuncak
profesion mereka. Akhirnya segala kejayaan yang telah dicapai akan dilupakan
dan yang akhir nanti akan diperkatakan orang. Untuk itu adalah merupakan
ingatan yang perlu kita berikan kepada sesiapa juga segala kejayaaan yang kita
miliki sekarang tidak perlu sangat dibanggakan kerana perjalanan yang sangat
jauh memerlukan lebih ketekunan dan kerja kuat yang berterusan serta kejayaan
yang berkekalan.
Kejayaan dalam kehidupan juga sangat bergantung kepada bantuan yang telah
kita berikan kepada masyarakat sekeliling. Tidak guna jika kita berjaya dalam
kehidupan jika kita tidak berupaya membantu orang lain yang memerlukan.
Pertolongan boleh jadi dalam bentuk wang ringgit tetapi boleh jadi juga dalam
segala bentuk bantuan dalam segala aspek kehidupan. Jika memegang jawatan yang
besar mungkin kita boleh membantu mendapatkan pekerjaan kepada yang meminta
bantuan. Jika kita orang yang sangat berpengaruh mungkin boleh mendapatkan
tempat belajar dan kalau kita lihat bermacam-macam bentuk pertolongan yang
boleh kita berikan. Apa yang penting kita seharusnya mempunyai sikap ingin
memberi pertolongan walau dalam bentuk apa sekali pun. Jika kita kurang
berpengaruh, mungkin bantuan dalam bentuk kecil juga sangat diharapkan tetapi
besar maknanya kepada mereka.
Niat ingin membantu perlu ada dalam setiap individu. Kepada mereka yang
berjawatan tinggi, setiap aduan dan rintihan perlu dipandang dengan sangat serius.
Setiap kali apabila kita didatangi oleh kakitangan, sanak-saudara, kawan-kawan
atau kenalan yang ini membantu kita perlu mempunyai niat ingin membantu.
Apabila ada sahaja tetamu yang inginkan bantuan kita perlu sambut dengan
senyumaan dan berkeinginan ingin membantu walaupun kita menyedari kita
kadang-kandang tidak dapat memenuhi kehendak mereka seratus peratus. Paling
tidak kita berkeinginan ingin membantu dan jika bantuan tidak dapat diberi
kerana kekangan dari berbagai sudut. Apa yang kita perlukan setiap bantuan atau
pertolongan yang dipohon kita berkeinginan ingin membantu?. Ada juga orang
berkata kita harus mempunyai niat ingin membantu, jika tidak berupaya apa yang
hendak dikatakan.
Sikap bermasam muka apabila menerima tetamu yang ingin bantuan perlu
ditiadakan. Sikap buruk sangka yang tidak ingin menemui mereka yang inginkan
bantuan semasa berjawatan perlu dikikis atau dibuang jauh-jauh. Ini adalah
sikap yang tidak baik. Setiap yang berjawatan telah ditugaskan dan dibayar gaji
untuk membantu rakyat. Jika sesuatu pertolongan luar dari batas undang-undang
dan tidak dibenarkan. Ini perlu diberitahu semasa perjumpaan. Sikap membolehkan
orang yang menemui kita pulang dengan senyuman walaupun permintaan atau
pertolongan tidak didapati harus diamalkan. Harus diingati setiap pertolongan
yang diberikan akan memudahkan kehidupan orang lain. Sudah pasti setiap
pertolongan yang berjaya akan diucapkan ribuan terima kasih dan diiringi dengan
doa supaya terus berjaya dalam perkhidmatan atau karier yang diceburi.
Kehidupan dalam dunia tidak boleh kesaorangan/bersendirian. Setiap kali
kita perlu bantuan dari kawan-kawan atau juga sanak-saudara. Tidak salah
membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan. Jika apa yang dibantu sememang
layak menerimanya atau mendapatkanya. Ini bermakna bantuan yang kita berikan
hanyalah memudahkan kerja sahaja. Mungkin bantuan hanyalah untuk mengatasi
kerenah birokrasi sahaja. Pertolongan yang kita berikan kepada sesuatu pihak
atau badan atau kepada sesaorang selalunya akan dibalas dengan baik. Mungkin
hari ini kita meminta pertolongan dari sesaorang dan mungkin pada masa hadapan
kita pula memerlukan bantuan dari orang lain. Mungkin hari ini kita berpengaruh
dan pada masa hadapan anak orang yang kita beri bantuan hari ini berpengaruh
pula. Anak kita pula memerlukan bantuan dari anak rakan yang pernah kita bantu pada satu masa dahulu. Ada orang
berkata dunia berputar dan akhirnya kita kesitu juga dan apa yang akhir nanti
akan diperkatakan orang.
Kehidupan juga memerlukan kita percaya kepada orang lain. Tidak boleh semua
orang tidak betul, kita seorang sahaja yang betul. Sikap merendahkan kebolehan
orang lain sikap yang tidak baik. Sikap memandang buruk sahaja kepada sesaorang
juga adalah sikap yang tidak baik. Ketua jabatan tidak boleh mempunyai terlalu
banyak sikap memandang rendah kepada orang lain. Setiap ketua jabatan
seharusnya menghargai kebolehan dan pendapat dari setiap kakitangan. Setiap
aduan perlu diselidiki tanpa memihak kepada sesuatu pihak. Kejayaan sesuatu
organisasi adalah bergantung kepada komitmen semua pihak dari serendah-rendah
sehingga setinggi-tingginya. Bukan bergantung kepada ketua jabatan sahaja.
Kelakuan ketua yang baik, setiap kali kejayaan yang diterima akan memulangkanya
kembali kepada organasasi bukan menabik dada sendiri. Kepada kakitangan yang
baik selalunya mengatakan kejayaan yang dicapai adalah hasil usaha ketua
jabatan mereka. Ketua jabatan adalah contoh kepada kakitangan dan sentiasa
bermotivasi. Segala perbuatan kerap diperkatakan. Sikap ketua jabatan yang
sentiasa berkeinginan membantu kakitangan akan sentiasa disanjung. Sanjungan
ini bukan setakat ketika berjawatan
sahaja tetapi akan diingati sepanjang hayat dan sentiasa akan disebut.
Sikap saling percaya mempercayaai juga sangat penting dalam sesuatu
organisasi. Setiap jabatan sudah tentu mempunyai peraturan atau tatacara kerja
yang perlu diikuti. Setiap jawatan mempunyai prosedur kerja yang telah
ditetapkan. Ini bermakna setiap jawatan mempunyai tanggung jawap mereka
tersendiri. Ketua jabatan harus menyemak bidang tugas dan memastikan segala
bidang tugas diikuti untuk kemajuan organisasai. Mereka yang tidak mempunyai
sikap saling percaya mempercayai sudah seharusnya tidak mempunyai sikap ingin
membantu. Ini akan menimbulkan masaalah dalam organisasi yang mengakibatkan
banyak kata-kata belakang yang tidak baik. Sikap begini perlu tidak menjadi
amalan dalam sesuatu organisasi pada sebarang keadaan.
Memimpin sesuatu organisasi besar sudah tentu mempunyai banyak cabaran.
Organisasi besar mempunyai banyak kakitangan yang berbagai peringkat. Sudah
tentu dalam organisasi besar banyak masaalah dan kerenah yang perlu ditangani.
Sikap menurunkan kuasa atau mempercayai orang lain menjalankan tugas perlu
dilakukan tanpa syak wasangka sangat diperlukan. Sikap merasakan kita sahaja
yang penting dan mampu melaksanakan segala tugas perlu kurangkan. Kita perlu
memikirkan setiap individu mempunyai kebolehan untuk melaksanakan pekerjaan
dalam bidang mereka dengan penyelian yang minima. Bukan bermakna sikap begini kita membiarkan sahaja pegawai kita
melakukan apa yang mereka suka tetapi sikap begini mungkin akan menghasilkan
output yang lebih baik untuk organisasi.
Keinginan untuk membantu dalam
sebarang keadaan kerap ada dalam diri ahli politik di negara ini. Profesion
sebagai ahli politik bukan sahaja berkebolehan untuk mentadbir tetapi mereka
sangat berkeinginan ingin membantu rakyat dalam segala sudut. Ahli politik
kerap mempunyai masa untuk membantu masyarakat pada sebarang ketika. Kita dapat
lihat ahli politik kerap meluangkan masa hampir keseluruhan kehidupan mereka
untuk membantu orang lain. Mereka akan mengunjungi rumah orang sakit dan
menghantar sampai keliang lahat jika berlaku kematian. Pada hujung minggu masa
akan diluangkan memenuhi semua undangan majlis perkahwinan. Kalau berlaku
bencana alam selalunya ahli politik akan menjadi orang yang terawal sampai
untuk memberi bantuan peribadi. Lawatan mereka tidak kira siang dan malam.
Bantuan kepada mereka yang akan mengerjakan haji, bantuan hari raya dan
berbagai bantuan serta pertolongan kerap menjadi rutin harian seorang ahli politik.
Profesion sebagai ahli politik perlu diberi penghormatan sebagai profesion yang
sangat mulia dan sentiasa ingin membantu kepada sesiapa yang memerlukan.
Perharian yang dilalui seorang ahli politik kerap dipenuhi untuk memenuhi
agenda kehidupan orang lain. Sikap ini perlu dicontohi oleh profesion yang lain
dari sudut yang bersesuaian.
Sikap ingin membantu perlu ada dalam setiap individu. Sikap ini adalah
sesuatu yang sangat baik dan perlu disemai kedalam diri anak-anak kita sejak
awal umur lagi. Budaya membantu ini telah menjadi amalan rakyat negara maju
sehingga membawa kemajuan kepada negara mereka. Bersesuaian dengan status
negeri maju yang kita diami sekarang, sikap keinginan untuk menghulurkan tangan
ingin membantu perlu telah menjadi darah daging. Bantuan boleh dalam segala
bentuk. Jika kita berkebolehan dalam sesuatu bidang kita boleh mengajar kepada
mereka yang berminat. Jika kita orang yang berpengaruh kita boleh membantu
mereka yang berkeinginan. Jika kita terdiri dari orang yang berkemampuan
mungkin kita boleh membantu dari segi wang ringgit. Bantuan ini sangat
diperlukan sekarang ini. Jika kita orang pandai mungkin kita boleh mengajar
anak jiran kita pada hujung minggu. Jika kita sehat dan mempunyai masa yang
terluang kita boleh membantu anak-anak melintas jalan ketika pergi dan balik
kesekolah. Masa yang terluang boleh digunakan untuk bergotong royong dikawasan
yang kita diami. Keinginan membantu orang lain adalah sikap rakyat negeri maju
yang hebat.
No comments:
Post a Comment