Gembira atau bergembira bermakna sangat suka atau sangat girang atau besar hati. Selalunya orang akan berkata “Saya suka, saya gembira”. Naik gembira atau bergembira ialah bangga dan beraniKegembiraan ialah menimbulkan perasaan gembira atau membawa kegembiraan. Mengembirakan juga boleh membawa makna memberanikan atau mengiatkan. Kegembiraan ialah keadaan gembira, kesukaan, kegirangan; kebanggaan dan keberanian.
Sudah tentu dalam hidup semua orang mahukan kegembiraan . Setiap dari kita kerap berdoa supaya hidup dalam kegembiraan. Kegembiraan pula bukanb boleh didapati dengan hanya mempunyai banyak wang tetapi kegembiraan juga perlu datang dari banyak aspek atau kobinasi kehidupan seharian seperti berjaya dalam karier, mempunyai kesihatan yang baik. Negeri atau negara yang aman, jiran yang baik, pekerjaan yang stabil dan mempunyai pendapatan yang mampu membiayai keluarga dan juga mempunyai keluarga yang menyenangkan kehidupan. Semua orang ingikan kegembiaraan dan setiap aktiviti harian adalah kerah kegembiraan.
Negeri Melaka telah pun maju dan pada masa hadapan negeri Melaka menuju Negeri Bandar Berteknologi Hijau. sedang rancak dinyanyikan dimulai dengan Melaka Maju 2010, Gagah Berani, Negeri Indah tidak terperi...keindahan ini bukan sahaja dari segi kehijauan tanah dan persekitaran. Indah yang dimaksudkan adalah indah serba serbi. Indah yang paling penting adalah rakyatnya hidup dalam kegembiraan. Tiada gunanya Melaka Maju mempunyai nilai murni kualiti tinggi, hulubalangnya terbilang, negeri hebat cemerlang, pokok Melaka lambang rakyat gemilang dan daulat dijulang jika kerajaannya tidak dapat membei kegembiraan dalam semua aspek kehidupan.
Kita sentiasa berfikiran positif untuk hidup seribu tahun lagi dengan keadaan yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian atau kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul kegembiraan. Walaupun hidup dengan kegembiraan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.
Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan sentiasa berfikiran positif dan kurangkan kenegatifan. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk sentiasa membantu orang lain supaya orang lain gembira. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi bantuan.supaya rakyat gembira. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka. Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan sekali-kali berfikiran negatif dan tidak mahu membantu langsung. Jangan juga sekali-kali berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita. Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita dengan gembira walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat dapat merasakan kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah pemimpin ini akan mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai pemikiran untuk sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun. Apa yang penting rakyat operlu gembira.
Kepada pelajar juga sikap positif amat penting. Sikap positif akan mengambarkan kehidupan masa hadapan yang lebih baik dan berjaya serta mengembirakan. Jika ini ada dalam pemikiran pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembelajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah untuk kehidupan.
Sudah menjadi amalan sekarang setiap dari kita ingin berjaya dalam karier. Kejayaan dalam pekerjaan akan menambah sedikit pendapatan yang akan membawa sedikit kegembiraan kepada seisi keluarga. Kita kerap mendengar rungutan kawan-kawan tentang masalah dalam pekerjaan. pergaduhan, bermasam muka, kecil hati dan tidak mahu bekerjasama dalam pekerjaan dan ambil hati seolah-olah inilah alam/suasana pekerjaan di persekitaran/tempat kita. Ada sahaja masaalah dan tidak kena ditempat kerja setiap hari. Masaalah ini akan mengakibatkan pengurangan produktiviti, tidak gembira untuk bekerja, tidak menghormati antara satu sama lain, malas, kasar dan mengujudkan suasana kerja yang tidak kondusif. Ini adalah persekitaran kerja yang tidak baik untuk mendapat sesuatu yang berfaedah. Ini dapat diselesaikan dengan amalan “ kita tidak dapat segala-galanya dalam kehidupan”. Untuk itu kita perlu ada sikap mengambil hati dan berkorban. Banyak perkara yang perlu ditelan sahaja untuk kita berada dalam keadaan yang lebih selesa. Setiap yang berlaku ditempat kerja perlu diterima dengan hati terbuka dan positif. Kita perlu kerap berfikir betapa kecilnya/kerdil kita ditempat kerja dan ini patut kita terima sahaja. Ini adalah sikap merendah diri yang membawa kejayaan dan kegembiraan setiap masa. Kita perlukan kegembiraan apabila berada dipejabat supaya apa yang kita dapat diakhir bulan akan membawa kebahagian kepada keluarga. Apalah guna kita mendapat imbuhan tetapi hati kita tidak seronok dan hasil yang kita perolehi tidak membawa kegembiraan (not worse to the family). Pendapatan yang kita terima untuk membesarkan anak-anak atau membiayai keluarga tidak setimbal dengan apa yang telah kita korbankan. Kepada mereka yang menjadi ketua, sentiasalah memandang positif kepada rakan-rakan dan juga orang bawahan kita supaya apa yang kita dapat untuk dibawa balik adalah setimpal dengan tenaga yang telah diberi oleh pekerja kita. Biarlah setiap hari bekerja balik dengan penuh kegembiraan. Balik sahaja dari kerja dan menemuni keluarga dalam kegembiraan.
Kesenangan adalah sesuatu yang sangat diinginkan atau dicita-citakan oleh setiap individu yang hidup didalam dunia. Tahap kesenangan adalah bergantung kepada sesaorang dan sangat “relative”. Tahap kesenangan juga sentiasa berubah kepada pencapaian dan kesenangan jarang membuat sesaorang itu berpuas hati dalam kehidupan walaupun mereka sangat gembira. Ini mungkin sifat manusia dan ini juga menyebabkan kita sentiasa bercita-cita. Sejak kecil kita telah didik atau pengaruh persekitaran untuk kita memiliki sesuatu apabila bila besar nanti. Keinginan ini akan berubah dan sentiasa berubah bergantung kepada prestasi dan keadaan masa itu. Banyak orang telah sampai cita-cita yang diingini tetapi masih lagi dalam pencarian. Walaupun begitu tidak kurang juga yang telah berpuas hati dalam kehidupan dan sudah sampai masanya untuk membantu anak-anak, saudara-mara dan adik beradik.
Menjadi jutawan sangat diidamkan oleh rakyat Malaysia. Memang menggembirakan menjadi jutawan. Paling mengembirakan adalah dimana kita boleh memberi pertolongan kepada siapa sahaja yang inginkan bantuan. Dimana sahaja kita mendengar orang susah, kita segera hulurkan bantuan tanpa di paksa. Itu sebenarnya tujuan menjadi jutawan. Senang ingin membatu orang lain apabila diperlukan. Sekarang ini, banyak pihak yang ingin memminta derma atau penajaan untuk sesuatu program. Amat mendukacitakan setiap yang memohon kita tidak dapat memberi kerana kita tidak mempunyai banyak wang. Terdetik juga dikepala kita, kalau sudah jadi jutawan semua permohonan penajaan atau derma sudah pasti dapat ditunaikan.
Menjadi jutawan tidak akan dapat dicapai jika hanya makan gaji. Telah dinyatakan, sembilan puloh peratus rezeki adalah melalui bidang perniagaan. Ini kerap diperkatakan tetapi tidak menjadi amalan. Anak-anak juga tidak diajar supaya berniaga. Semua ibubapa tidak mahu anak-anak berniaga. Ibubapa suka anak hidup senang tetapi tidak mahu mereka berniaga. “Makan gaji senang, cukup bulan tahu ada sahaja’, itulah yang kerap dikatakan oleh ibubapa. Apa yang bertambah teruk lagi, ada ibubapa mensyaratkan anak-anak mesti makan gaji dengan kerajaan sahaja. “Mudah cukup bulan tentu ada gaji pada hujung bulan dan jawatan tetap berpencen pula” kata kebanykan ibubapa. Sudah tentu masa hadapan akan terjamin. Ada ibu bapa, kalau ada anaknya yang mula berniaga akan diperkatakan anaknya tidak bekerja, hanya berniaga sahaja. Mereka tidak mengiktiraf berniaga itu satu pekerjaan. Bekerja hanya diiktiraf jika makan gaji sahaja.
Kehidupan perlu diwarnai, barulah kehidupan bertambah gembira dan negara akan bertambah maju serta rakyat sentiasa hidup dalam kecemerlangan..Hidup adalah sesuatu yang indah kalau kita pandai meronakanya untuk mencari kegembiraan Hidup bukanlah satu laluan yang lurus walaupun kita menuju ketempat yang sama. Kita perlu kreatif dalam kehidupan, perjalanan hidup perlukan warna-warni kehidupan bukan hanya berwarna hitam dan putih sahaja. Kita juga dapat melihat jika semuanya hitan putih sudah tentu kita tidak ada keceriaan yang boleh membawa kegembiraan
Kita perlu sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan keadaan yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian dan kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan. Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.
No comments:
Post a Comment