nuffnang ads

Saturday, 6 October 2012

CUKUP CUKUP SUDAH.



Cukup bermakna tidak kurang seperti bilangan, banyak dan besar.Cukup juga membawa makna sampai jumlahnya atau besarnya.Secukup ialah cukup untuk membiayai perbelanjaan hidup sahaja. Mencukupi ialah memadai, lengkap dari segi keperluan atau keinginan, tidak kurang untuk sesuatu hal atau keperluan.Mencukupi juga  membawa makna bagi menjawap atau membalas biasanya berkenaan jawapan dalam surat menyurat.Mencukupkan ialah menjadikan cukup, melengkapkan, memadakan dan menambah supaya cukup.Kecukupan ialah ada apa yang diperlukan atau tidak kekurangan.Bercukupan ialah perihal tidak cukup.

Sudah pula bermakna telah siap sedia, lengkap dan selesai.Sudah-sudah ialah telah berlalu atau lampau atau telah berlalu. Sudahlah ialah cukuplah atau dengan demikian itu. Sudah-sudahnya ialah akhirnya atau kemudianya.Sesudah atau sesudahnya ialah setelah sudah, sehabis, selepas dan setelah.Sesudah-sudah atau sesudah-sudahnya ialah sehabisnya untuk yang melakukan sesuatu, sekehendaknya hatinya atau semahu-mahunya. Bersudah ialah ada sudahnya atau akhirnya atau penghabisan.Bersudah-sudah ialah telah putus atau habis seperti persahabatan, perhubungan, keluarga atau perkahwinan. Menyudai ialah mengakhiri dalam percakapan atau pekerjaan, menghabisi, menunaikan permintaan atau keinginan, memenuhi, menamatkan riwayat atau membunuh.Menyudahkan atau mempersudahkan membawa makna mengerjakan hingga habis dalam pekerjaan atau tugas, menyempurnakan dan menyiapkan.Kesudahan ialah penghabisan, akhir atau akibat.Berkesudahan ialah berakhir dengan, berkeputusan dan berakibat.Kesudah-sudahan ialah akhir-akhirnya atau kemudiannya.Penyudahan ialah perihal menyudahkan, penyelersaian atau penyempurnaan dan penyudah ialah yang akhir sekali atau penutup dari segi percakapan.

Sudah tentu tidak semua yang ada diatas dunia dapat kita miliki.Banyak juga yang kita ingini tidak dapat kita miliki. Ini adalah perihal dunia yang tidak pernah mencukpi.Keinginan kita sangat tinggi tetapi kerap juga tidak dapat diperolehi kerana kemampuan yang terhad.Hidup perlu sentiasa bersederhana. Jangan makan sehingga kenyang dan berhenti makan sebelum kenyang. Agak susah untuk melakukannya. Mana boleh berhenti makan kalau makanan yang disediakan terlalu sedap. Sudah tentu selagi belum kenyang bagaimana ingin berhenti?. Tidak logik perlu berhenti makan sebelum kenyang. Tujuan makan adalah untuk kenyang. Selagi tidak kenyang, perlu ditambah supaya menjadi kenyang. Ini sikap yang tidak baik. Apa sahaja perbuatan dalam kehidupan ini tidak boleh melampu.Semua buat secara sederhana. Begitu juga kalau bekerja perlu ada keseimbangan. Kalau kerja tidak ada rehat dan tidak sedikit pun meluangkan masa untuk keluarga juga sesuatu yang tidak baik. Walau bagaimana sibuk pun, setiap dari kita perlu mempunyai makan, tidor dan rehat yang cukup. Jika ini.tidak dilakuan sebaiknya, lama kelamaan produktiviti akan menurun dan kesihatan akan terganggu. Mungkin akan mendapat sakit yang teruk.

Bersukur bermakna berasa syukur dan berterima kasih. Mensyukuri ialah mengucapkan syukur (terima kasih) kepada sesaorang, melakukan sesuatu seperti berkenduri sebagai tanda bersukur.Kesyukuran ialah rasa syukurseperti yang kerap diperkatakan “tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan kesukuran mereka ketika itu. Begitulah makna bersukur seperti yang diajar dan dilaksanakan sepanjang kehidupan kita.

Kelihatan sekarang ini banyak orang berasa apa yang mereka miliki tidak mencukupi walau pun kehidupan mereka sudah bertambah baik dan telah memiliki segala-galanya. Banyak  yang tidak berpuas hati dengan kehidupan mereka dengan membuat perbandingan dengan orang yang berjaya dan berpengaruh. Banyak dikalangan orang yang tidak mencukupi itu dan ini ialah mereka yang sangat iri hati dan tidak berpuas hati kesenangan yang dinikmati oleh orang lain. Mereka ini suka menuduh itu dan ini atas kejayaan orang lain dan pada masa yang sama asyik memikirkan mengapa mereka tidak boleh memeiliki sebanyak seperti dimiliki oleh orang lain. Budaya iri hati  dan rasa sentiasa tidak cukup ini akan membuatkan mereka menuduh orang lain yang bukan-bukan yang akhirnya membuat fitnah yang bukan-bukan dan menuduh orang lain tidak jujur.Adalah menjadi amalan nyang baik setiap dari kita sentiasa berasa mencukupi apa yang kita nikmati.

Setiap rakyat negara maju ini bersyukurlah dengan keadaan negara yang serba cantik ini. Negara yang pada awalnya yang merupakan satu negara pertanian cukup makan telah bertukar menjadi negara berindustri yang mana rakyatnya sudah terlebih makan. Kalau dahulu negara memikirkan bagaimana untuk memberi makan kepada rakyatnya. Apa yang penting oleh kerajaan ketika itu adalah bagaimana untuk memberi makanan yang mencukupi kepada rakyatnya. Kerajaan menyedari jika rakyat lapar mereka akan berperangai ganas. Untuk menjadi sebuah negara yang berjaya rakyat perlu cukup makan. Setelah makan cukup mereka perlukan rumah dan kenderaan yang selesa untuk pergi balik kerja. Paling penting juga anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna. Semua ini telah dapat dicapai oleh negara yang dipanggil Malaysia ini. Semua telah ada ditangan.Kenderaan disana sini, jalan raya penuh sesak. Rakyat sentiasa berpakaian cantik. Negara sangat makmur dan semua mempunyai pekerjaan dan sudah tentu memiliki makanan yang mencukupi. Akhirnya kerajaan ingin menjadikan negara ini berteknologi hijau supaya negara ini dapat ditinggalkan kepada generasi yang akan datang dalam keadaan yang lebih baik atau sekurang-kurangnya sama seperti kita menerimanya dahulu.

Pemimpin negara ini telah membawa negara ini kesebuah negara yang sangat makmur. Rakyat hidup aman damai dengan rezeki melimpah ruah. Sudah tentu kadang-kadang dalam memerintah negara ada juga yang sedikit tertinggal dan berlaku sedikit ketidakpuasan hati. Ini boleh dibaiki, bukan kerana satu atau dua hal yang remeh semua yang telah dibuat bertahun-tahun merupakan satu kesalahan yang perlu diperlecehkan. Setelah hidup mewah dan barangan dapat dibeli dengan harga yang mampu dan mendapat pendapatan yang sangat baik, oleh kerana harga barangan naik sedikit kita perlu menuduh kerajaan gagal mentadbir negara ini. Oleh kerana harga minyak sedikit naik dan merupaka phenomena seluruh dunia ingin dikatakan pemimpin negara ini gagal mentadbir negara. Setelah semua kemudahan terbaik diadakan tetapi satu atau dua pesakit yang terlepas pandang kita mengatakan kegagalan kerajaan merawat rakayat yang sakit Sebenarnya kita perlu bersyukur negara sudah senang. Ini membolehkan lebih kesengan lagi pada masa hadapan. Segala-galanya mencukupi untuk rakyat.Rakyat tidak perlu komplen lagi.Rakyat hanya kerja kuat untuk memperbaiki lagi hidup supaya lebih selesa dan mengembirakan tanpa menyusahkan orang lain.

Ibubapa sepatutnya terus berkorban untuk anak-anak. Kita tidak boleh menyerah tanggungjawap ini kepada kerajaan dan menyalahkan kerajaan semata-mata. Kita sendiri yang sepatutnya berbelanja untuk anak-anak supaya anak-anak tidak menganggung hutang apabila keluar dari universiti nanti. Kita tidak boleh menyalahkan orang lain pada masa yang sama kita sememangnya senang. Kita tidak boleh mengaku tidak senang tetapi cara hidup kita sememangnya sudah senang. Adalah tidak berkat dalam kehidupan jika kita berbohong. Banyak yang berbohong pendapatan apabila memenuhi borang bantuan. Tiba-tiba sahaja pendapatan suami dan isteri sudah jatuh bawah dari RM 1000 apabila memenuhi borang bantuan.  Sebenarnya ini adalah satu pembohongan besar yang akhirnya tidak akan membawa kita kemana-mana. Ada yang berkata apa yang kita dapat dari berbohong tidak berkat. Itulah yang menyebabkan kita susah selama-lamanya.

Dalam memohon bantuan dan soal wang ringgit kita tidak boleh berbohong. Kita perlu bercakap benar. Bukan hanya untuk mendapat bantuan kita perlu berbohong. Dalam Ugama Islam telah dinyatakan tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah. Mengapa tangan kita selalu berada disebelah bawah. Sepatutnya tangan kita sentiasa berada disebelah atas. Ini adalah lebih baik dan berkat. Malang betul, mata kita kerap menjadi kelabu apabila dengar berita ada orang ingin memberi bantuan. Mereka yang susah sahaja perlu mendapat bantuan. Kepada yang sudah senang katakan terus terang yang kita telah senang dan tidak perlu bantuan lagi. Katakan anak-anak telah memberi untuk makan dan minum serta tempat tinggal dan tidak ada masaalah kewangan lagi. Kita tidak mahu sepanjang hidup kita perlukan bantuan sahaja. Kadang-kadang bantuan perlu diberikan kepada orang lain yang benar-benar susah dan amat memerlukan. Kita perlu buangkan sikap berbangga menerima bantuan dan pada yang sama kita telah memiliki segalanya. Tidak salah kalau benar-benar kita susah dan memerlukan bantuan.

Pokok pangkal setiap dari kita perlu berkerja kuat untuk keluarga. Gunakan sepenuh masa untuk mencari rezeki kalau apa yang kita ada tidak mencukupi. Jangan asyik bersungut tidak mempunyai wang dan pada waktu yang sama kita mempunyai wang. Adalah lebih buruk kalau kita mempunyai wang dan pada masa yang sama kita berkata tidak mempunyai wang untuk mengharapkan bantuan. Biarlah kita bersikap jujur kepada kehidupan. Kepada mereka yang pernah menerima bantuan pembelajaran atau apa-apa bantuan satu ketika dahulu. Ini adalah sesuatu yang sangat baik dan perlu bersyukur. Kita tidak boleh terus menerus menerima bantuan atau pun semua peringkat keluarga kita memerlukan bantuan. Bantuan yang pernah kita terima dahulu perlu digunakan dengan dengan penuh keazaman supaya pada satu masa keturunan kita atau anak cucu kita tidak menerima bantuan lagi. Ini adalah yang terbaik untuk kita dan keluarga. Bukan sepanjang masa kita perlu bantuan.

Berbuat baik untuk keluarga juga sesuatu yang sangat dituntut. Setiap dari kita perlulah menjaga keluarga dengan baik dan sanggup berbuat apa sahaja untuk keluarga. Setiap ketua keluarga perlu bekerja kuat untuk menyediakan tempat kediaman, makan minum dan juga pendidikan untuk keluarga. Adalah saat yang sangat mengembirakan setiap ahli keluarga jika dapat hidup dengan harmoni dan dapat memberikan pendidikan kepada anak-anak dengan secukupnya. Berbelanjalah untuk anak-anak bukan sentiasa mengharapkan bantuan semata-mata. Orang menyatakan “tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah”. Malangnya tangan kita sentiasa berada disebelah bawah. Dalam mendidik keluarga tangan kita perlu sentiasa berada disebelah atas. Kalau kita mampu tidak perlu meminjam untuk pendidikan anak-anak. Paling tidak anak-anak tidak berhutang apabila keluar dari universiti nanti.Sudah tentu ini banyak membantu anak-anak semasa mereka keluar dari universiti nanti.Ini untuk membolehkan anak-anak merangka kehidupan dengan serba sempurna walauapun apa yang dikejar dalam dunia ini tidak akan mencukupi. Cukup-cukuplah apa yang kita ada, sudah tentu kalau dikira jarang mencukupi.Mungkin apabila kita telah mati nanti barulah semua mencukupi.Ini mungkin kita telah dipaksa untuk mencukupkan apa yang kita ada.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...