Hidup bermakna terus bernyawa
atau bernafas berkenaan manusia dan binatang. Tumbuh dan membesar berkenaan
tumbuh-tumbuhan atau tidak mati. Hidup
juga membawa makna duduk atau tinggal di suatu tempat atau berkediaman. Hidup
juga bermakna berada dalam keadaan tertentu. Sehidup membawa makna hidup
bersama. Hidup-hidup membawa makna benar-benar hidup. Hidup-hidupan ialah
keadaan masih hidup. Menghidupi membiarkan hidup (tidak dibunuh). Menghidupkan
bermakna membuat supaya hidup (terus bernafas). Memperhidupkan menjadikan lebih
hidup (giat dan bersemangat). Hidupan, hidup-hidupan sesuatu yang hidup
(binatang atau tumbuhan). Kehidupan adalah perihal hidup dan penghidupan cara
menguruskan dan menyelenggara hidup dan pencarian.
Kehidupan manusia selain untuk
melakukan sesuatu untuk mati, kehidupan juga memerlukan sesuatu yang penting
untuk keselesaan. Apa yang setiap orang lakukan sudah tentu untuk mencapai
sesuatu dalam kehidupan. Sudah tentu hidup perlukan keselesaan dan ketenangan.
Tiada ada gunanya mempunyai duit yang banyak, harta yang melimpah ruah tetapi
hidup tidak ada ketenangan. Tidak guna juga kalau berjaya dalam karier yang
sudah tentu mewah dalam kehidupan tetapi hidup berumah tangga tidak ada
kerukunan.
Anak-anak kecil kerap
dinasihatkan oleh ibu bapa supaya belajar bersungguh-sungguh supaya hidup
apabila dewasa menjadi senang. Sudah tentu kesenangan akan dihubungkan dengan
kemewahan kebendaan dan juga ketenangan jiwa. Anak-anak juga apabila ditanya
sudah tentu ingin pekerjaan yang memberikan pendapatan yang lumayan seperti
yang diceritakan di tv atau dari kawan-kawan sekeliling atau dari pemerhatian
sendiri. Kemewahan adalah sesauatu yang dicita-citakan dan sudah tentu akan
memberi motivasi luaran atau dalaman. Ini juga adalah cita-cita pemimpin untuk
membolehkan rakyat hidup senang dan mewah.
Sejak dari kecil, anak-anak
apabila ditanya “ apabila besar hendak jadi apa?”. Sudah pasti tanpa malu-malu
akan menjawap dengan penuh bersemangat. Sudah tentulah jawatan profesional yang
bergaji besar atau profesion yang melambangkan kegagahan atau profesion yang
memakai pakaian seragam. Ibubapa hanya akan tersenyum riang. Anak-anak pula
bercakap tanpa memikirkan kebolehan yang dimiliki tetapi berdasarkan kehendak
dan apa yang mereka lihat. Beginilah memulakan kehidupan. Apabila sudah besar
ditanya soalan yang sama. Ramai yang tidak akan menjawap, kalau menjawap pun
dengan perasaan malu kerana mereka telah mula mengetahui kebolehan dan cabaran
kepada kehidupan.
Kadang-kadang banyak yang keciwa
dengan kehidupan kerana banyak yang dicita-cita tidak menjadi. Ini termasuk
yang bercita-cita untuk menjawat jawatan tertentu tetapi gagal. Ada juga yang
ingin mengahwini orang yang sangat dicintai tetapi tidak kesampaian. Ada yang
ingin hidup panjang tetapi mati awal. Ada orang yang ingin memiliki
bermacam-macam dalam dunia ini tetapi tidak dapat dimiliku dan ada yang ingin
jodoh sampai keliang lahat tetapi terkulai tidak sampai kepetang. Ada yang
sudah mendapat sakit yang serius sejak awal umur lagi dan terpaksa menderita
sepanjang hayat. Ramai yang akan terus berusaha untuk mengejar cita-cita. Sudah
tentu untuk mencari sesuatu supaya hidup senang sedikit.
Inilah yang dikatakan sebagai
manusia kita hanya merancang tetapi ALLAH yang akan menentukan. Kegagalan yang
dialami tidak semestinya akan berakhir kehidupan. Sebenarnya tidak semua yang
kita idam-idamkan dalam kehidupan dapat kita capai. Kalau dapat sedikit pun
sudah memadai dan harus digunakan sebaik mungkin. Ini kerana dalam kehidupan
perlu ada keutamaan atau fokus. Ini akan memberikan kita bekerja kuat kerana
keutamaan ini akan memberikan kita motivasi untuk berjaya.
Kita harus bersyukur kerana kita
adalah penduduk sebuah negara yang memberikan kita peluang untuk berjaya dalam
kehidupan kalau kita bekerja kuat. Kerajaan sentiasa ingin membantu dimana yang
perlu dan kita harus menggunakan bantuan ini sebaik mungkin. Bantuan oleh
kerajaan tidak selamanya dan kerap mempunyai had tertentu. Bantuan ini pula
perlu diberi kepada banyak orang. Semua orang memerlukan bantuan tetapi layak
atau tidak akan menjadi pertimbangan yang lain. Apa yang perlu sentiasa kita
fikirkan adalah bantuan bukan untuk selamanya. Kadang-kadang bantuan diberi
sekali sahaja. Kalau kita berjaya menggunakannya sebaik mungkin sudah tentu
bermula dari bantuan akan terus memberi kejayaan kepada seluruh kehidupan.
Ini dapat dilihat kepada mereka
yang berniaga. Kerap kali kalau kena caranya mereka akan mendapat bantuan dan
dari bantuan ini perlu dikembangkan supaya terus berjaya. Bantuan perniagaan
tidaklah berpanjangan. Bantuan mungkin dalam bentuk geran, pinjaman atau
khidmat nasihat. Ini perlulah digunakan selamanya sebagai panduan. Tidaklah
kita kerap menyalahkan sesuatu pihak kerana kita tidak dapat bantuan selamanya.
Ada setengah orang yang ingin berniaga tetapi tidak mahu menggunakan duit
sendiri tetapi ingin menggunakan duit orang lain yang berupa pinjaman atau
geran. Mereka lebih suka suka beli kereta, buat rumah dan melancong apabila ada
duit sendiri tetapi apabila ingin berniaga mereka akan cuba menggunakan duit
orang lain. Apabila duit bantuan telah habis digunakan, mereka akan mencari
bantuan kepada pihak lain pula. Sebenarnya orang yang begini tidak ada
keutamaan dalam kehidupan. Mereka sebenarnya tidak mahu atau tidak tahu
berniaga. Mereka berniaga hanya main-main sahaja. Sepatutnya beri keutamaan
kepada perniagaan, gunakan semua kewangan, masa dan tenaga untuk membesarkan
perniagaan. Apabila semuanya telah berjaya dan berada di landasan yang betul,
barulah memikirkan untuk beli rumah besar, kereta besar atau melancong keluar
negara.
Kerap kali mereka yang dibenarkan
berniaga ditempat sementara atau bangunan sementara atau tapak sementara akan
merasa gembira dengan kebenaran yang diberi. Mereka bebas berniaga dan jarang
menyedari lesen yang dikeluarkan adalah lesen sementara atau tapak sementara atau tempat yang disewa. Tempat ini
sementara dan sudah tentu tidak kekal yang akan tamat pada satu masa nanti atau
akan diminta balik oleh kerajaan atau tuan punya tanah atau tuan punya
banggunan. Apabila kebenaran tamat atau tuan tanah ingin mengambil semula
tempat mereka atau sewa ditamatkan. Mereka ini kerap menyalahkan pihak yang
satu lagi dengan alasan mereka sudah berada lama disitu atau sudah puluhan
tahun berniaga disitu. Selalunya pihak ini akan digelar tidak berhati perut dan
zalim kerana mengeluarkan mereka. Inilah yang kerap dikatakan tetapi mereka
harus menyedari mereka sememangnya dibenarkan sementara sahaja untuk bekerja
atau berniaga disitu. Semasa dibenarkan berniaga perlu memikirkan bagaimana
hendak membesarkan perniagaan atau ingin membeli tempat perniagaan yang kekal
atau membeli tempat perniagaan yang lain. Bukan leka selamanya dengan membesarkan rumah, mengumpul harta
sahaja dan tidak memikirkan tentang masa hadapan perniagaan. Setiap yang berniaga
sudah tentu inginkan keuntungan dan sudah tentu dari keuntungan ingin membina
hidup yang selesa. Untuk mencapai kesenangan dalam kehidupan bukan jalan yang
mudah. Banyak laluan sukar dari yang mudah terutama dari perkiraan wang
ringgit. Apabila sudah mula ada keuntungan perlu dilaborkan untuk membesarkan
perniagaan. Sedikit sahaja digunakan untuk kehidupan. Masih perlu lagi berikat
perut dan berjimat sana sini. Apabila ada keuntugan lagi, besarkan perniagaan
dan pindah ke satu tempat yang kita miliki sendiri atau beli tempat yang
sementara yang dibenarkan. Ini perlu dilakukan supaya kita tidak diminta keluar
dari premis perniagaan. Kalau semua telah dapat dimiliki, barulah fikirkan
bagaiamana untuk membeli yang lain-lain untuk keselesaan. Fokus utama ialah
memiliki premis tetap milik sendiri, lepas itu lain-lain boleh dikira kemudian.
Begitu juga satu dahulu setiap
yang memasuki universiti akan diberi biasiswa atau dermasiswa. Pembiayaan
pendidikan ini diberikan oleh kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
GLC atau syarikat swasta. Selalunya pembiayaan ini tidak diminta bayaraN balik
tetapi terpaksa menandatangani perjanjian perkhidmatan setelah lulus dari
universiti. Itu sebabnya ramai yang mendakwa, satu ketika dahulu kerja menanti
setiap lulusan universiti. Ini sudah semestinya kerana setiap yang mendapat
pembiayaan telah terikat dengan perjanjian. Setiap lulusan tidak ada pilihan
lain kerana wang telah diambil semasa belajar. Ada baiknya sistem ini dan ada
kelemahanya. Semasa mula belajar tidak banyak yang difikirkan. Apabila ada
tawaran duit, ramai yang tidak berfikir panjang. Duit sangat penting untuk
belajar kalau tidak nanti makan tidak cukup. Ada yang apabila lulus tidak mahu
berkhidmat dengan penaja dengan alasan gaji kecil ditawarkan. Maka bermulalah
masaalah dan tawar menawar atau saman menyaman. Apabila susah semuanya diterima
tetapi apabila mula hendak menikmati kesenangan. Mulalah bermacam-macam tidak
puas hati. Tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang.
Biasiswa atau dermasiswa yang
diterima adalah satu bantuan dari kerajaan yang bijak. Sudah tentu apabila
lulus akan mendapat gaji yang baik serta penghidupan yang baik. Setiap dari
penerima harus bekerja kuat setelah modal permulaan berupa biasiswa atau dermasiswa
telah diterima. Setelah bekerja perlulah bekerja kuat dan apabila anak belajar
nanti tidak lagi perlu meminta bantuan. Ini sepatutnya berlaku. Tetapi ini
tidak berlaku setelah emak dan ayah mendapat biasiswa atau dermasiswa atau
bantuan kewangan dari pelbagai pihak. Anak-anak juga perlu diberi lagi. Apa yang
menghairankan banyak dari mereka apabila berjaya dalam karier jarang berfikir
perkara ini. Mereka meminjam untuk pembiayaan walaupun mereka mampu dan selepas
itu merungut untuk mambayar dan menyalahkan kerajaan jika pinjaman membukit
puluhan ribu. Semasa mengambil pinjaman tidak pun komplen itu dan ini.
Sepatutnya apabila sesaorang sudah dapat bantuan, anak-anak kita selepas ini
tidak perlu melakukannya. Ini kerana modal permulaan telah diberikan. Jika
anak-anak orang emak atau bapanya telah
menerima bantuan dahulu meneruskan aktiviti ini, bilakah ini akan berakhir?.
Banyak yang berkemampuan hanya
memikirkan untuk membeli kereta besar, rumah besar lagi cantik dan melancong
keluar negara. Mereka memikirkan pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawap
kerajaan sahaja. Kerajaan mesti buat. Apa yang mereka dapat dari pendapatan
mereka adalah hak mereka sendiri. Kalau beginilah sikap yang ada, amat sukar
untuk terus memajukan keluarga dan pendidikan yang diberikan tidak kemana. Itu
sebabnya kita mengeluarkan jutaan lulusan universiti sepanjang 54 tahun merdeka
tetapi banyak lagi yang mengaku susah dan meminta bantuan pendidikan untuk
anak-anak mereka. Mereka yang meminta bantuan pendidikan tidak pernah berkurang
dan banyak pula yang terus merungut apabila ingin membayar semula. Setiap dari
rakyat Malaysia harus ada keutamaan dalam kehidupan. Hidup perlu fokus, Hidup
perlu ada “priority” dalam bahasa Inggeris.
Hati-hati di here. Tidak Ada yang DAPAT Membantu anda di sini ATAU Sebaliknya menyarankan Bagaimana Anda bebas untuk mendaptkan Bantuan Kewangan. Links Setiap jawapan anda Makam pemberi Pinjaman Kredit Atas soalan anda, You need to mengabaikan, karena Bye Apakah Penipuan ... penipuan Yang NYATA ... Saya ADALAH korban Yang Saya robek Ribuan dolar ... Baik terima kasih Tuhan Untuk saudara Kristen yang dimaksudkan Jogja Untuk Sebuah organisasi Pinjaman Yang dibentuk Oleh Beberapa Ibu Clara, claraloans@financier.com.
ReplyDeleteBye Membuat Hidup Saya Yang berharga dan memberikannya MAKNA. Ketika adik memberiku semata-mata Untuk Untuk kenalan lanjut, Saya Menghubungi dia. Bye menyetujui Pinjaman sebesar $ 75.000,00 USD dan Dalam 48 jam Setelah Bertemu semata-mata Untuk orang lanjut Untuk melawan persyaratan, Pinjaman Jogja disimpan di rekening bank Jogja Tanpa fake. Saya menyesal Akan Jumlah hidupku, Karena Pada Takat waktu Jogja Hanya bercerai ayat Masjid Sultan Jogja anak, dan anak Jogja (Ridwan) dihadapkan Dengan budak Hidup dan Mati. Jangan ragu Untuk Menghubungi melalui E-mel: Claraloans@financier.com. Untuk Pertanyaan lanjut. Saya hubungi melalui: Yunitanurudeen@gmail.com
Halo semua, kami ceo dari alyssa lender deborah saat memberikan pinjaman kepada pelamar kami untuk membantu mereka booming bisnis menerjang mereka, membayar tagihan Anda, Yang kita butuhkan adalah beberapa informasi tentang Anda dengan tingkat bunga 2%. Jadi hubungi kami di alyasaadaburahlenders@gmail.com
ReplyDelete