Banyak orang bertanya selepas Melaka telah menjadi negeri maju, apa yang
kena/perlu kita lakukan. Ini telah diterangkan oleh YAB Datuk Seri Ketua
Menteri. Melaka Hebat adalah matlamat kita apabila telah berada dikelompok
negara maju. Apa pula yang perlu dilakukan oleh rakyat Negeri Melaka untuk
menjadi Melaka Hebat. Salah satu yang kita perlu terus lakukan adalah
menghidupkan budaya mencari kerja. Setiap manusia/penduduk dikatakan dilahirkan
ada mempunyai perasaan malas. Katanya malas adalah sifat semula jadi manusia,
untuk menjadi hebat perkataan malas perlu ditukar kepada pantas tidak sahaja
rajin. Ini bermakna setiap kerja perlu dilakukan secepat mungkin dan harus siap
sebelum sepatutnya disiapkan. Tarikh penyiapan projek atau kerja yang telah
ditetapkan bukan lagi target asal tetapi perlu disiapkan secepat mungkin dalam
bentuk segala usaha dengan pendekatan teknologi.
Sebagai rakyat negeri yang hebat, rakyat perlu sentiasa mencari kerja dan
tidak menunggu kerja mencari kita. Setiap rakyat ada sahaja kerja yang perlu
dilakukan dan setiap jabatan atau badan tertentu sentiasa sahaja mempunyai
program untuk sejahteraan rakyat atau meningkat sosio ekonomi rakyat Melaka. Sikap menyibukan diri adalah sebahagian dan
gaya hidup kehidupan masyarakat. Ada sahaja yang perlu dilakukan. Kepada anak-anak
yang menghadapi peperiksaan, harus sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan
untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Tidak cukup dengan
tusyen dan latih tubi yang diberi oleh cikgu tetapi buku latihan tambahan perlu
dibeli. Setiap diri pelajar perlu membuat latihan dari soalan peperiksaan
terdahulu untuk tempoh yang agak lama, soalan peperiksaan untuk 30 tahun lepas
perlu dicuba bersama kawan-kawan untuk diketahui samaada jawapan yang didapati
sama atau berlainan. Jika boleh dapatkan soalan peperiksaan dari kawan-kawan
luar daerah atau luar negeri dan kalau soalan peperiksaan dari luar negara
dapat diperolehi apa salahnya dicuba. Dunia dikatakan tanpa sempadan dan
maklumat dihujung jari. Ini perlu dilakukan oleh setiap pelajar dari negeri
hebat ini.
Cikgu juga perlu kreatif, kaedah pengajaran yang lain dari yang lain perlu
dipraktikan. Kaedah pengajaran traditional perlu dipertingkatkan dengan kaedah
pengajaran menggunakan media baru atau peralatan moden yang berasaskan teknologi.
Kaedah peralatan elektrik tidak boleh lagi menggunakan lampu fluorescene lagi
tetapi telah berubah kepada Organic Light Emitting Diode (OLED). Kaedah pengajaran menggunakan
bateri kering untuk menyalakan lampu telah jauh ketinggalan. Pengajaran sains dan
teknologi menggunakan alat bantu mengajar yang moden seperti penggunaan Auto
Teller Machine (ATM Machine) yang sebenarnya atau penggunaan mesin moden perlu
diketengahkan. Amat mudah mendapat kemudahan ini melalui internet. Untuk
mendapat maklumat ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Apa yang
penting adalah kreativiti dan kerajinan. Guru-guru perlu menggunakan kemudahan
ini untuk mengetahui kaedah pengajaran negara maju. Kalau dahulu semua ini amat
sukar untuk diketahui kerana terlalu jauh atau perlu menghadiri kursus untuk
mendapat pengetahuan ini. Sekarang setiap maklumat boleh didapati segera dan
tanpa bayaran yang tinggi. Budaya suka mencari kerja perlu ada dalam diri
setiap guru. Kalau dulu banyak ibubapa menyuruh anak-anak mereka memilih kerjaya
guru dengan alasan guru bekerja separuh hari sahaja. Kurang kerja dan boleh
balik rumah awal. Itu budaya dan pendapat dahulu. Zaman sekarang guru perlu
sentiasa aktif dan kreatif. Anak-anak murud datang kesekolah dengan telah
mengetahui apa yang akan diajar oleh guru. Kalau dulu cikgu mengajar murid-murid
yang tidak pandai tetapi sekarang guru perlu mengajar murid-murid pandai. Tahap
ekonomi keluarga yang baik telah membolehkan berbagai kemudahan ada dirumah.
Anak-anak telah biasa dengan peralatan komputer dan mahir denagn penggunaan
komputer. Banyak yang mereka telah ketahui melalui internet sebelum guru
mengajar. Jika guru masih lagi memikirkan mereka mengajar murid yang tidak
pandai. Akibatnya guru-guru akan hidup dalam dunia yang berlainan.
Para profesioanl juga perlu memikirkan untuk membuat perubahan dalam bidang
teknologi. Teknologi berubah setiap saat. Hari ini kita membeli alat elektronik
yang dikatakan canggih dan termoden. Keesokan harinya kita pergi ke kedai yang
sama, peralatan dan teknologi yang lebih canggih akan diperkenalkan.
Kadang-kadang kita menjadi hamba kepada teknologi. Inilah yang dikatakan zaman
sains dan teknologi. Ledakan teknologi semakin cepat dan kita perlu berlari
untuk mengejarkanya. Mereka yang profesional perlu sentiasa melengkapkan diri
mereka dengan teknologi terkini. Ini boleh didapati dari maklumat terbuka, internet,
perbincangan, persidangan dan seminar yang dihadiri. Apa yang jelas, setiap
profesional perlu rajin belajar dan mengetahui sesuatu yang baru. Banyak lagi
bidang teknologi yang perlu diterokai untuk negeri hebat..
Pada tahun enam puluhan, setelah menuntun filem James Bond 007 dan “From
Rusia With Love”. Banyak penunton menyatakan cerita James Bond semuanya
pembohong belaka kerana peralatan yang digunakan sangat moden berteknologi
tinggi. Rakyat Malaysia tidak pernah memikirkan apa yang ditunjukan dalam filem
James Bond telah kita miliki sekarang ini. Rumah kita telah dipenuhi dengan
barangan yang berteknologi tinggi. Semua peralatan telah mempunyai peralatan
kawalan jauh atau menggunakan “remote control” sahaja. Peralatan perhubungan
yang digunakan oleh James Bond telah digunakan hampir setiap orang malahan anak
kecil dan murid sekolah juga mempunyai peralatan canggih yang pernah digunakan
oleh James Bond. Sampai katil yang digunakan oleh James Bond telah digunakan di
hospital dan telah juga digunakan dirumah. Teknologi telah menguasai kehidupan.
Pada masa hadapan penggunaan teknologi menyeluruh untuk kehidupan harian sudah
pasti akan dicipta. Ini perlu dipelajari oleh profesional teknikal supaya kita
tidak ketinggalan. Teknologi ini tidak datang sendiri dan perlu dicari dan amat
jarang pendedahan sebegini dapat dilakukan secara pembelajaran rasmi. Mendapat
teknologi ini perlu melalui kehendak diri sendiri atau pembelajaran sendiri.
Ini perlu dilakukan oleh para profisional negara kita.
Ibu bapa sekarang berlainan dari ibu bapa zaman dahulu. Kalau dulu cukup
sekadar memberi makandan pakai untuk anak-anak dan yang lain biarkan mereka
cari sendiri. Anak-anak sekarang memerlukan lebih dari itu. Anak-anak perlu
disediakan dengan berbagai peralatan dirumah, komputer peribadi, talipon
bimbit, pakaian yang berjenama dan kadang-kadang perlu dibawa bercuti
ketempat-tempat tertentu diluar atau dalam negeri. Tidak dinafikan banyak
ibubapa yang mampu menyediakan itu semua. Ada juga yang ibubapa yang kurang
mampu. Walaupun barangan yang telah diperkatakan tidaklah menjadi kesalahan
jika tidak diadakan tetapi adalah lebih baik kalau kita boleh mengadakan. Mahu
tidak mahu ibubapa sekarang perlu berkerja kuat. Kalau yang mempunyai pekerjaan
yang berpendapatan rendah. Pendapatan tambahan perlu dicari. Budaya mempunyai
dua jenis pekerjaan bukan lagi budaya baru. Cara hidup mempunyai dua perkerjaan
adalah cara hidup biasa dalam negara maju masa sekarang. Setiap keluarga perlu
mempunyai sumber pendapatan tambahan untuk keluarga. Ini boleh didapati dengan
membuat pekerjaan tambahan atau mendapat pendapatan tambahan dengan kreativiti
yang dimilki. Mungkin pada waktu siang bekerja dipejabat tetapi pada waktu
malam mungkin menjadi penyanyi. Ada juga yang menjadi pemain silap mata atau
ada juga yang melakuan perniagaan kecil-kecilan diluar waktu pekerjaan biasa.
Ada juga yang membuat perniagaan melalui kemudahan “on line”. Perniagaan melalui
“on line” sangat digemari sekarang ini. Cara peniagaan juga cukup mudah, buat
sahaja promosi melalui kaedah apa sahaja, minta pelanggan bayar dahulu dan
barang akan dihantar dengan pos apbila bayaran telah diterima. Ini kaedah
membeli belah zaman moden yang boleh dilakukan secara part-time dan amat
diminati, trend perniagaan terkini yang sangat laris penjualanya. Ini boleh
diceburi secara serius jika memerlukan pendapatan tambahan.
Kepada pegawai kerajaan juga perlu sentiasa sibuk mencari kerja. Waktu terluang
perlu digunakan untuk mendapat pengetahuan baru untuk memperbaiki keedah kerja.
Guna masa yang terluang untuk membuat sesuatu yang berfaedah atau
berkreativiti. Cari kaedah yang boleh membaiki mutu perkhidmatan dan pendekatan
baru. Fikir bagaimana sesuatu kaedah kerja boleh dipendekan untuk membuat
sesuatu keputusan. Kaedah kerja lama perlu diperbaiki. Borang-borang lama perlu
dimodenkan. Kalau boleh kaedah kerja menggunakan kemudahan “on line” dapat
diserapkan dalam semua bidang pekerjaan. Ini bersesuaian dengan zaman ICT
dimana penggunaan secara “on line “ amat dititik beratkan.
Banyak masaalah dapat diselesaikan jika penyelesaianya yang serius dapat
difikir dan dilaksanakan. Jika penyelesaian hanya bergantung kepada perubahan sikap sahaja,
hasil penyelesaian akan mengambil masa yang sangat lama dan mungkin tidak akan
berlaku. Jika berlaku pun hanya dalam tempoh sementara sahaja. Adalah
dicadangkan sesuatu masaalah diselesikan secara serius dengan pendekatan
teknologi dan peraturan. Kajian proses penyelesaian secara pendekatan yang
sistematik ini amat perlu melalui penyelidikan atau pemerhatian. Peralatan atau
pendekatan baru perlu dicuba tanpa ragu-ragu dan memerlukan sedikit
perbelanjaan. Apa yang penting sekarang ini setiap masaalah dapat diselesaikan
untuk menafaat rakyat dan negara. Hasil inovasi dan kreativiti rakyat boleh
digunakan untuk penyelesaian atau memudahkan urusan harian.
Warganegara yang baik sentiasa
menjadi mata dan telinga kerajaan atau masyarakat. Sikap lihat sahaja sesuatu
kejadian tanpa membantu dan mengambil tindakan sepatutnya adalah sikap yang
tidak baik. Kita sepatutnya menegur apa yang tidak kena dihadapan kita jika
perlu dan tidak mengakibatkan sesuatu yang tidak baik kepada kita. Jika kita
bertemu dengan sesuatu kemalangan kita perlu membatu apa yang kita mampu. Jika
kita lihat sesaorang memerlukan bantuan segera, kita perlu membantu dengan
segera. Jika kita seorang professional yang boleh membantu sesuatu sesuai
dengan kepakaran kita, kita perlu meberi bantuan permulaan supaya yang akhir
nanti akan diselesaikan kemudian nanti.oleh mereka yang sangat layak. Amat
mudah kalau kita ingin membantu dan jika kita ada perasaan juga mempunyai
keinginan ingin berubah. Ini akan didapati dengan sentiada bekerja kuat dan
sentiasa mencari kerja tanpa duduk berdiam diri. Budaya Negeri Melaka hebat
perlu diikuti oleh rakyat Melaka yang sentiasa ini maju dan berjaya dalam
kehidupan.
No comments:
Post a Comment