Hidup hanya sekali dan banyak
juga kita mendengar hidup hanya sementara. Untuk itu gunakanlah hidup sebaik
mungkin dan kalau boleh memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan juga
masyarakat. Harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan
nama. Itulah yang menjadikan motivasi untuk kita terus berjaya dalam kehidupan.
Kehidupan perlu dihargai setiap saat, setiap nafas adalah dikira berjaya dalam
kehidupan. Itu sebabnya banyak orang berusaha untuk hidup lama atau panjang
umur. Kita lihat orang yang sakit juga berusaha untuk hidup lama dengan memakan
ubat. Setiap denyut adalah kehidupan dan perlu dihargai. Nikmat kehidupan
adalah nikmat yang tidak ternilai.
Untuk mencapai cita-cita tersebut
banyak dari kita lupa untuk menyukai diri sendiri. Walaupun apa yang berlaku
kita perlu hidup dengan suka diri sendiri. Setiap gaya hidup samaada gaya
bercakap, berpakaian, berurusan dengan orang lain harus dapat memberi kesukaan
kepada diri kita. Kita tidak boleh melakukan sesuatu yang kita tidak suka dan
akhirnya berakhir dengan kegagalan. Untuk membolehkan kita melakukan kerja yang
kita suka kita juga perlu pastikan kita juga dapat memberi orang lain suka
juga. Cara kita suka kepada diri sendiri dan pada masa yang sama memberi orang
lain suka juga.
Menjalankan tugas harian ada
bertujuan untuk mencari makan. Ini adalah untuk kebahagian keluarga. Melakukan
kerja yang sebaik mungkin akan membolehkan kita menjaga keluarga dengan memberi
makan, pakaian dan tempat tinggal dengan selesa. Kita juga dapat memberi
pelajaran kepada anak-anak supaya menjadi orang yang berguna pada masyarakat.
Lakukanlah kerja harian dengan baik tanpa kita dimarahi. Agak menyedihkan juga
dalam kehidupan jika dalam melakukan sesuatu kerja kita dimarahi atau diherdik.
Rasanya tidak berbaloi mendapat sedikit pendapatan jika kita kerap dimarahi.
Untuk itu lakukan kerja walaupun kita tidak minta tetapi memberi kesukaan
kepada kita sendiri. Minat sebenarnya tidak menjamin apa-apa jika tidak
diusahakan dan dalam mengusahakan minat itu kita perlu suka kepada diri
sendiri. Bermakna kita suka akan pencapaian walaupun kita tidak minat.
Banyak orang tidak berminat untuk
berniaga. Ini kerana banyak orang menganggap berniaga itu bukan pekerjaan. Itu
sebab ada ibubapa mengatakan ‘anaknya tidak mempunyai pekerjaan hanya berniaga
sahaja’. Kepada ibubapa yang berminat anak-anaknya makan gaji atau bekerja
dengan kerajaan kerap tidak mengiktiraf berniaga itu adalah pekerjaan. Mereka
menganggap berniaga hanya untuk memenuhi masa yang terluang. Mahu tidak mahu
anak-anak terpaksa juga melakukan pekerjaan perniagaan secara kecil-kecilan,
mungkin juga kerana terpaksa tetapi perlu juga dilakukan. Sudah tentu mereka perlu melakukan yang terbaik, kerana yang terbaik sahaja yang
akan berjaya dalam perniagaan. Untuk melakukan yang terbaik sesaorang perlu
menyukai apa yang dilakukan, tanpa menyukai apa yang dilakukan sudah tentu
perniagaan sekecil mana pun tidak akan berjaya. Langkah pertama walaupun tidak
berminat tetapi perlu dilakukan dengan menyukai diri sendiri terlebih dahulu.
Proses pembelajaran tidaklah begitu
sukar untuk kita lalui. Belajar memerlukan kita menyukai diri sendiri. Tidak
banyak orang yang suka belajar. Belajar sangat membebankan jikasesaorang tidak
mempunyai motivasi kehidupan. Belajar mesti bermula dari kemahiran mendengar,
menyiasat, berfir dan berkomunikasi samaada melalui pecakapan atau penulisan.
Setiap dari kita perlu mempunyai minat untuk mendengar barulah proses
pembelajaran akan berlaku dengan baik. Sukalah mendengar barulah kehidupan akan
berubah. Malangnya kemahiran mendengar tidak ramai yang suka. Banyak dari kita
suka bercakap sahaja. Ini dapat dilihat jika minta mendengar ceramah atau
mengikuti kursus yang perlukan mendengar. Ramai yang menggelak untuk
menghadirinya. Sesiapa yang tidak suka mendengar jarang berjaya dalam bidang pembelajaran.
Menurut guru-guru, masaalah yang
paling besar kepada pelajar- pelajar untuk untuk menyuruh mereka mendengar.
Kerap kali guru-guru mengambil masa lebih dari 5 minit untuk mententeramkan
kelas sebelum sessi pembelajaran dapat dimulakan. Tanpa mendengar proses
pembelajaran dapat dilakukan. Guru-guru amat menyedari kemahiran mendengar
tetapi jarang yang disimpan dalam hati oleh anak-anak murid. Definasi belajar perlu difahami oleh semua
pelajar. Belajar adalah untuk mengambil tahu sesuatu perkara yang tidak
diketahui dari orang yang tahu supaya jadi tahu. Definasi ini memperkuatkan
yang belajar sangat perlukan kemahiran mendengar. Untuk itu setiap yang ingin
belajar perlu mempunyai iktizam untuk menjadi pendengar yang baik. Kalau boleh
menjadi pendengar yang baik untuk keseluruhan kehidupan. Sukailah diri kita
dengan belajar menjadi pendengar yang baik walaupun kita tidak minat belajar.
Kepada pelajar perlu menggunakan pemikiran sebelum membuat sesuatu,
berkata-kata atau menyampai sesuatu. Sikap mengunakan fikiran mengambarkan
tindakan yang akan diambil lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam pemikiran
pelajar, mereka akan mengikuti pelajaran dengan penuh semangat dan sentiasa
ingin belajar dan mengulangkaji. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk
menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka akan mempunyai kemahiran belajar
mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap yang baik. Perancangan untuk
menghadapi peperiksaan kerap kali menjadi keutamaan. Kecemerlangan perlu
difikirkan terlebih dahulu, bukan datang secara tiba-tiba. Sikap memberi
keutamaan kepada pembelajaran akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan
yang sealiran. Gaya hidup yang sentiasa menggunakan pemikiran jika dibawa dalam
proses pembalajaran akan menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah perlu
bermula apabila kita menyukai apa yang kita lakukan.
Berpakaian adalah melambangkan
imej sesaorang. Fesyen berpakaian perlu disesuaikan dengan majlis yang perlu
dihadiri atau pada hari-hari tertentu yang ditetapkan berpakaian begini dan
begitu. Fesyen berpakaian juga melambangkan status kehidupan, itulah yang kerap
kita fahami. Walaupun begitu, kalau sesaorang itu sudah cantik, apa yang
dipakai kerap akan kelihatan cantik. Ada juga yang perlu berpakaian cantik
untuk kelihatan cantik. Ada juga yang berpakaian macam mana mahal dan cantik
juga tidak akan kelihatan cantik. Apa yang penting dalam berpakaian adalah
keselesaan dan kesesuaian. Apa guna berpakaian mahal tetapi tidak selesa. Dalam
soal berpakaian, sesaorang mempunyai cita rasa sendiri. Ada yang mahu cara
berpakaian akan menampakan imej dan ada juga dengan berpakaian cuba ingin
menyorok imej. Perlu diingatkan dalam soal berpakaian, sesaorang perlu suka
pada diri sendiri. Ini adalah kerana pakaian perlu disesuaikan dengan watak, bentuk
badan dan saiz badan. Walau bagaimana berfesyen pun perlu mengikut kesesuaian
tubuh badan. Itu sebabnya tidak semua fesyen sesuai untuk semua orang. Warna
pakaian juga perlu mengikut warna kulit dan sais badan. Mereka yang putik kerap
sesuai untuk warna yang terang. Orang gemuk tidak boleh berpakaian belang
kerana akan kelihatan lebih gemuk. Tidak hairan banyak orang sangat cerewet
dengan pakaian. Sukailah diri sendiri dalam berpakaian. Pakaian yang
bersesuaian akan menjadikan sesaorang lebih yakin dalam bidang pekerjaan atau
apa sahaja bidang yang diceburi. Kadang kala dengan pakaian yang sesuai
sesaorang akan lebih bermotivasi.
Memang amat menyeronokan apabila
telah dapat apa yang kita cita-citakan (cita-cita tercapai). Ada juga leka
dengan kesenangan yang telah dicapai dan sentiasa memikirkan hal diri sendiri
dan keluarga mereka sahaja. Mungkin ini yang mereka ingini tetapi “apakah ini
sikap yang baik?”. Banyak yang telah berjaya hanya menumpukan kepada diri
sendiri. sahaja Apabila balik sahaja dari pejabat, mereka hanya duduk dirumah
melayan keluarga (memang ini sesuatu yang baik). Pada hujung minggu duduk
dirumah, pergi membeli belah bersama keluarga atau balik kampung atau berhibur
disana sini. Tidaklah diketahui samaada sikap ini baik atau tidak. Kalau kita
bertanya kepada sesaorang, mungkin jawapan mereka akan berbeza. Paling tidak
kita boleh memikirkan “apakah mencukupi setelah kita menikmati sesuatu yang
kita cita-citakan dengan kemudahan yang ada atau telah disediakan ? dan kita
menyatakan ini pencapaian kita dan lain-lain tidak penting
Setiap kenikmatan dan kejayaan yang kita
nikmati perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan berbagai cara. Jika
kita tidak mampu dengan wang ringgit atau harta benda kita boleh menyumbang
dari segi tenaga dan daya usaha. Sumbangan wang ringgit amat besar kepada
masyarakat. Kita lihat berbagai program atau badan yang memerlukan sumbangan
untuk sesuatu tujuan. Kita tidak boleh berharap kepada ahli-ahli politik,
syarikat swasta, usahawan dan badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sumbangan dari
mereka yang berjaya sebagai individu juga penting. Sumbangan tidaklah perlu
banyak tetapi kalau dikumpul dari ramai yang ingin menyumbang sumbangan akan
menjadi banyak. Ini akan lebih menjayakan sesuatu program tanpa menunggu
sumbangan/bayaran dari kerajaan sahaja. Setiap penganjur mesti yakin yang
program yang dibuat amat bermanfaat dan akan memberikan sumbangan yang besar
kepada masyarakat. Adalebih baik menjadi seorang yang yakin dari tidak yakin
dengan meminta-minta.
Setiap kejayaan yang dinikmati
perlu dimulakan dengan suka kepada diri sendiri. Ini tidak bermakna kita
menyukai bentuk badan dan rupa paras kita sahaja tetapi menyukai apa yang telah
dan akan kita lakukan. Jika sesorang pandai bercakap, perlulah menyuai diri kita
kerana pandai bercakap dan gunakanlah kebolehan bercakap untuk memberikan
manfaat kepada oprang lain. Jika sesorang merakan dirinya cantik teruitama
gulongan wanita sayangi dan sukailah kecantikan yang dimiliki dan gunakan
kecantikan sebaik-baik mungkin. Setiap manusia ingin menjadi cantik kerana
kecantikan amat penting dalam kehidupan. Bersyukurlah kalau kecantikan itu
milik kita dan sukailah diri yang btelah dipanggil cantik.
No comments:
Post a Comment