nuffnang ads

Saturday, 13 October 2012

“BUAT APA KETUA MENTERI SURUH UNTUK MEMAJUKAN MELAKA’’



Dalam kehidupan, setiap dari kita akan menjadi ketua diberbagai peringkat. Itu sebab setiap orang dari umat Islam itu adalah Khalifah dimuka bumi. Ketua mungkin bermula dari institusi kecil sebagai kepala keluarga jika telah berumah tangga. Sejak kecil lagi setiap dari pelajar sekolah telah diajar akan menjadi ketua pada satu masa nanti. Semasa bersekolah anak-anak akan menjadi ketua darjah, ketua perpustakaan, ketua rumah sukan, ketua persatuan, ketua kelab dan ketua persatuan permainan. Ini adalah proses untuk menjadi ketua apabila dewasa kelak.

Mengapa ketua diperlukan dalam setiap organisasi?. Ketua amat penting kerana setiap organisasi perlu ada kepala. Adalah tidak berkesan dalam sesuatu organisasi hanya ada ekor tetapi tanpa kepala. Ayat pun menunjukan perkataan ketua, ini bermakna ketua berada dibahagian hadapan dan perlu diikuti. Ketua juga akan mejadi lambang sesuatu organisasi dan jatuh bangun sesuatu organisasi adalah bergantung kepada ketua. Kalau sesuatu yang baik ketua akan mendapat nama dan sesuatu yang buruk juga ketua akan mendapat nama buruk.

Sebenarnya menjadi apa sahaja ketua akan diiringi dengan tanggung jawap. Itu sebab dalam memilih ketua bukan ambil mudah sahaja. Perlu ada kriteria yang perlu diambil kira sebelum sesuatu orang di lantik menjadi ketua. Ketua perlu memimpin dan kerap ketua akan menjadi pemimpin yang akan mengetuai organisasi kepada sesuatu yang baik. Ketua kerap menjadi bahan kritik. Ini kerana banyak orang akan menyimpan perasaan untuk menjadi ketua. Ada segulungan manusia, jika dia tidak dilantik sebagai ketua. Semua program atau tindakan organisasi dikatakan tidak berjaya. Walaupun tidak ada unsur sabotaj tetapi penilaian terhadap organisasi amat negatif. Banyak organisasi mengalamai kepincangan hanya ketua dipertikaikan dan banyak juga organisasi yang sepanjang masa mengalami masaalah perebutan kepimpinan. Lebih-lebih lagi persatuan atau organisasi yang terdapat banyak mereka yang bijak pandai. Tidak pernah habis perbincangan atau pertikaian berkenaan ketua atau pemilihan ketua.

Setiap yang menjadi ketua sudah tentu mempunyai misi yang ingin dilaksanakan. Dalam bahasa mudah setiap ketua ada mathalamat yang ingin dilaksanakan. Kalau ini ada dalam sesuatu organisasi, organisasi akan berjaya. Setiap yang dipimpin perlu melaksanakan arahan dari ketua. Ini sangat penting. Tidak guna kita melantik sesaorang ketua atau kita  bekerja dengan seorang ketua tetapi kita tidak mahu melaksanakan apa yang ingin dibuat. Sudah tentu setiap ketua telah berbincang apa yang ingin dilaksanakan dan sudah tentu pertimbangan telah dibuat untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Kerja pengikut atau mereka yang bekerja dibawah ketua untuk melaksanakan apa yang telah dirancang. Tugas seorang pekerja dalam sesuatu organisasi adalah membuat kerja yang telah diarahkan setelah keputusan dibuat.

YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam, Ketua Menteri Melaka kerapa menyatakan ‘buat apa yang beliau suruh’ kepada ketua jabatan atau kakitangan kerajaan di negeri Melaka. Beliau juga kerap menyatakan buat apa yang telah diputuskan dalam setiap organisasi yang beliau ketuai. Ini dilakukan kerana beliau mempunyai tanggung jawap kepada oranisasi yang beliau pimpin dan kepada rakyat. Beliau akan ditanya apabila sampai masanya apa yang telah beliau lakukan paling penting ditanya semasa menghadapai pilihanraya. Ini kerap beliau sampaikan semasa perbincangan atau dalam mesyuarat. Ini kerana beliau adalah pemimpin yang dipilih oleh rakyat dan sudah tentu rakyat berkehendakan sesuatu apabila memilih beliau menjadi pemimpin. Untuk itu YAB Ketua Menteri Melaka telah menterjemahkan konsep ketua atau kepimpinan kepada kerja harian. Beliau mempunyai misi untuk Melaka dan akan dinilai setiap lima tahun. Pencapaian harus boleh dilihat bukan hanya catitan yang terlalu akademik.

Pencapaian Melaka Maju 2010 dengan mengira 32 indikator kehidupan adalah misi YAB Ketua Menteri sebaik-baik sahaja beliau menjawat jawatan Ketua Menteri. Mathalamat beliau Melaka harus maju. Setiap arahan dan tindak tanduk beliau adalah sangat fokus untuk menjadikan Melaka negeri Maju pada tahun 2010. Itu sebabnya dalam setiap mesyuarat beliau kerap menekankan ‘buat apa yang telah disuruh’ maksudnya apa yang telah dirancang terlebih dahulu. Secara keseluruhan apa yang beliau maksudkan kerja perlu mengikut arahan ketua yang ingin melaksanakan sesuatu yang telah dirancang. Kalau ada ketua jabatan atau organisasi ingin membuat kerja lain, beliau selalunya menasihatkan buat apa yang beliau arahkan terlebih dahulu dan kemudian baru buat apa yang lain atau apa yang mereka fikirkan.

Kaedah mendengar cakap ketua adalah pendekatan yang baik. Tugas mereka yang berada dibawah adalah melaksanakan apa yang telah diarahkan oleh ketua berdasarkan perancangan yang telah dibuat. Banyak kata-kata pakar motivasi mengatakan untuk organisasi berjaya atau sesaorang ingin berjaya dalam karier perlulah bekerja untuk menaikan nama ketua. Menurut pakar motivasi, kalau kita menaikan nama ketua, ini bermakna kita telah menaikan nama organisasi. Seorang ketua yang baik pula, kerap kali tidak pernah melupakan kakitangan yang berada dibawah. Kepada sesaorang ketua yang baik akan menyatakan kejayaan organisasi bukan disebabkan beliau menjadi ketua tetapi adalah berkat kerja sama dan kerja kuat setiap ahli atau pekerja yang berada didalam organisasi. Adalah tidak baik dalam sesuatu organisasi ada orang ‘tikam belakang’. Mereka ini kerap menabik dada semua pekerjaan dialah yang melakukan. Mereka kerap merungut ‘ketua buat apa?’ dan ‘kalau akau tidak ada sesuatu kerja tidak akan berlaku’. Kadang-kadang ada kebenaran sesuatu kerja mereka yang dilakukan tetapi atas arahan dan perancangan organisasi. Setiap kejayaan pekerjaan perlu dipulangkan balik kepada organisasi.

Melaka telah maju kerana Ketua Menterinya mempunyai wawasan atau fokus. Setelah maju beliau terus memberi fokus untuk menjadikan Melaka negeri bandar dan berteknologi hijau. Ini adalah saranan yang baik dan setiap ketua jabatan dinegeri Melaka perlu berusaha kearah itu. Sudah tentu apa yang beliau lakukan telah beliau fikirkan dan telah ada perbincangan. Beliau sudah lebih maklum hasil yang akan rakyat dapai dari konsep ini. Apa yang agak penting diberi perhatian semasa majlis perasmian Seminar IMT-GT di Youths Hotel Melaka Ayer Keroh yang telah diadakan pada 19 April 2011., YAB Ketua Menteri telah menekankan sekali lgi ‘Buat Apa Yang Saya Suruh bukan Buat Apa Yang Sendiri Fikirkan?’. Ini adalah fahaman penekanan kepimpinan dan pekerja yang mempunyai ketua. Kerajaan merancang negeri bandar diseluruh Melaka adalah untuk membolehkan setiap kawasan di negeri Melaka mendapat kemudahan bandar. Kalau orang bandar senang, orang kampung juga perlu senang. Kalau dibandar sentiasa dijaga kebersihannya dan luar bandar juga perlu dijaga kebersihanya. Jika dibandar mendapat kemudahan sukan yang baik dan luar bandar juga mereka ingin kemudahan sukan yang sama rata. Kalau dibandar mempunyai kemudahan kesihatan yang baik, mereka diluar bandar juga berhak mendapat kemudahan yang sama. Jika dibandar mempunyai kemudahan pendidikan yang baik, mereka di luar bandar juga perlu disediakan dan jika di bandar mempunyai kemudahan pengangkutan yang baik. Ini juga perlu disediakan dikawasan luar bandar.

 Selepas tahun 2010, Melaka tidak lagi mempunyai kawasan luar bandar. Semua daerah telah diperbandarkan. Itu sebab di Melaka sekarang ini, semua Majlis Kerajaan Tempatan telah dinaik tarafkan kepada Majlis Perbandaran termasuk yang terakhir sekali Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ). Apa yang diperkatakan diatas adalah apa yang rakyat fikirkan. Rakyat hanya memikirkan apa yang mereka dapat sahaja. Rakyat juga memikirkan apa yang akan memberi keuntungan kepada mereka. Satu lagi majlis kerajaan tempatan sedang dirancang di Negeri Melaka. Ini adalah langkah pro-aktif dari kepimpinan seorang Ketua Menteri yang dinamik.

Konsep “Go Green” juga perlu dipandaang serius oleh rakyat negeri Melaka jika kita telah menetapkan ini satu keperluan untuk negeri pada masa hadapan. Kerajaan Malaysia telah menetapkan kriteria teknologi hijau adalah meminimumkan degradasi kualiti persekiran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau (GHG) yang rendah dan sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persikatarn sihat dan lebih baik untuk semua kehidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli seta menggalakan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Ini bermakna Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Negeri Melaka perlu mengisi Garis Panduan Perbandaran Hijau, Membangun Sistem Penarafan Hijau, Baseline Carbon Footprit untuk Melaka dan 10% penjimatan tenaga & air di semua bangunan kerajaan. Ini adalah langkah yang perlu dilalui oleh rakyat Negeri Melaka jika konsep “Go Green” ingin dicapai. Semua ini tidak sukar dicapai kerana Kerajaan Negeri Melaka telah menyusun strategi lebih awal. Segala yang ingin dicapai telah diatur sebaik-baik sahaja pengumumkan konsep hijau untuk negara dibuat. Berbagai seminar dan taklimat awal telah dilakukan dalam tempuh terdekat dan ada sebahagian konsep ini telah dilaksanakan.

Selepas bergelar negeri maju, Melaka akan menuju negeri hebat yang mementingkan kehendak rakyat. Hebat bermakna rakyatnya yang hebat yang akan disusuli dengan menyedikan segala kemudahan rakyat yang hebat. YAB Ketua Menteri kerap berpesan. “Jika Melaka telah menjadi maju dan hebat, rakyat perlu lebih berdisiplin dan bersopan santun”. Semua budaya tidak baik tidak perlu berada di Melaka lagi. Gejala rasuah perlu ditiadakan, kadar jenayah perlu serendah mungkin atau ditiadakan. Setiap bandar di Melaka perlu jadi bandar yang selamat pada setiap masa siang dan malam. Selamat untuk semua gulongan dan peringkat umur. Jika rakyat ingin menjamu selera diwaktu malam, mereka boleh keluar dengan gembira dan tiada ragu-ragu. Anak-anak juga boleh pergi dan balik sekolah tanpa gangguan. Gulongan warga emas juga tidak ragu-ragu untuk beriadah ditempat awam tanpa ada gangguan. Rakyat boleh bekerja dengan senang hati dan dapat meninggalkan rumah setiap hari tanpa ragu-ragu. Anak-anak berupaya mendapat segala didikan yang sempurna  dan proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik tanpa gangugan. Itulah mathalamat kerajaan untuk menjadikan rakyat negeri Melaka adalah rakyat yang paling gembira dalam kehidupan mereka.

Ketua perlu dihormati dalam semua keadaan. Ketua yang baik akan sentiasa berbincang untuk perancangan masa akan datang. Setelah ini semua proses ini berlaku, kerja perlaksanaan perlu dijalankan segera. Masa untuk melihat kebelakang juga sudah tidak ada kebaikan. Apa halangan perlulah diteruskan untuk terus berjaya kita perlu mengikuti ketua yang kita lantik atau telah dilantik oleh rakyat. Prinsip “buat apa yang saya suruh’ perlu dilaksankan tanpa banyak kerenah. Rakyat sentiasa menilai kejayaan ketua dari apa yang mereka nikmati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...