Setiap dari kita perlu bercita-cita besar. Sejak kecil apabila ditanya ingin menjadi apa apabila besar nanti?.Sudah pasti jawapannya sangat bercita-cita tinggi.Sudah tentu ingin menjadi jurutera, arkitek, doktor, peguam, pakar itu dan ini. Apabila besar pula apabila ditanya ingin menjadi apa,? sudah tentu akan dijawap dengan malu-malu dan ada yang tidak mahu menjawap kerana mereka baru tahu apa itu cita-cita dan susah senang untuk mendapat sesuatu yang dicita-citakan. Ini perkara biasa.Cita- cita anak-anak kecil ini tidak banyak berubah.Mungkin sekarang ini akan kedengaran ada yang ingin menjadi pakar komputer atau IT atau ingin menjadi pakar bioteknologi kerana ini adalah bidang baru yang tidak pernah kedengaran pada masa dahulu.Tidak kurang juga yang berminat karier berpakaian seragam seperti ingin menjadi ahli bomba, polis askar atau pilot.Pada anak-anak perempuan yang ibunya menjadi guru sudah tentu ingin meneruskan karier ibubapa mereka. Pada satu masa dahulu ramai juga yang ingin menjadi guru kerana pekerjaan ini satu masa dahulu hanya separuh hari dan memilih profesion ini kerana pada pendapat ibubapa mereka karier ini dikatakan relax dan mempunyai pendapatan yang agak lumayan.Karier ini juga sangat dihormati dan tetap akan dipanggil cikgu walaupun sudah pencen.Profesion guru sangat diminati oleh kaum perempuan dan tidak kurang juga dari kaum lelaki sekarang ini.Profesion perguruan dilihat tidak berapa mencabar dan ada yang menjadikan profesion ini sebagai karier terakhir jika tidak ada pekerjaan lain.Sudah tentu tidak kenal tidak cinta.Apabila telah memasuki profesion ini banyak yang akan jatuh cinta dan kekal sehingga pencen.
”Bekerja dengan kerajaan tidak boleh jadi kaya”, inilah ungkapan yang selalu kita dengar. Walaupun begitu kepada sebahagian besar masyarakat pada mereka kekayaan tidak penting tetapi yang mereka perlukan adalah pendapatan tetap dan cukup untuk makan dan pakai. Pada mereka tiada cita-cita untuk jadi kaya atau jutawan atau memiliki kapal terbang. Jutawan pada mereka tidak akan tercapai Pemikiran ini sekarang masih lagi ada walaupun negara telah 55 tahun merdeka. Kita dapat melihat, banyak yang makan gaji tidak kemana perginya. Ada yang berjaya (agak senang tetapi bukan jutawan) kerana mereka berjawatan besar semasa dalam perkhidmatan tetapi tidak jauh kemana apabila telah pencen dengan separuh gaji sahaja. Lepasan universiti juga masih lagi terpengaruh dengan pemikiran ibubapa. Pada mereka, selagi tidak menjawat jawatan kerajaan mereka tidak bekerja. Ada yang sanggup meninggalkan jawatan yang agak baik di sektor swasta hanya untuk mengejar jawatan tetap di sektor kerajaan. Banyak dari mereka berkata ”walaupun bergaji kecil tetapi banyak kemudahan yang didapati”. Akibat dari ini, anak seorang guru akan mengikuti ibubapanya menjadi guru. Alasan yang diberikan kerana kehidupan ibubapa mereka menjadi guru sudah agak selesa dan perlu dicontohi. Pada mereka apabila telah mempunyai sebuah rumah dan sebuah kereta, ini sudah mencukupi dan sudah dikatakan senang. Mereka ingin senang macam ibubapa mereka sahaja. Setiap kehidupan atau anak-anak pesara kerajaan akan memulakan roda kehidupan yang baru. Ibu bapa akan berkata ” pelajaran adalah harta yang diberikan, duit ringgit jauh sekali, gunakan pendidikan yang telah diberikan untuk berjaya”. Akhirnya anak-anak akan memulakan penghidupan seperti ibubapa mereka. Roda kehidupan akan bermula sekali lagi. Inilah kehidupan sekarang ini. Tidak akan pergi jauh dari segi tahap kehidupan.
Cita-cita untuk masa hadapan sangat kecil kepada mereka. Sebenarnya pada masa hadapan anak-anak kita perlu bercita-cita untuk menjadi jutawan. Anak-anak kita perlu disediakan pemikiran untuk menjadi jutawan dengan memilik kapal terbang pada masa hadapan. Ini didapati dengan tidak menjawat jawatan kerajaan atau makan gaji. Pemikiran ibubapa perlu ditukar. Tahap untuk menjadi jutawan akan kita capai jika melibatkan diri dalam bidang perniagaan atau bidang keusahawanan. Selagi menjadi pegawai kerajan ini tidak akan tercapai. Anak-anak akan hanya menjadi jutawan jika menjadikan kreativiti dan inovasi sebahagian dari kehidupan. Inovasi perlu ”diarusperdanakan” bermakna inovasi dan kreativiti negara ini perlu merentasi semua lapisan masyarakat dan mencakupi segala aspek kehidupan. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak semasa melancarkan inisiatif Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) kearah mewujudkan masyarakat kreatif dan berinovatif bagi memperkasakan negara telah mengariskan 5 objektif 1) meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi di kalangan rakyat keaeah penghasilan kerajaan 2) menyedarkan masyarakat terutama generasi muda mengenai pentingnya inovasi dan kreativiti 3) membudayakan inovasi dan kreativiti sebagai amalan seharian 5) mewujdkan ekosistem yang mengupayakan masyarakat ke arah pembudayaan kreatif dan berinovasi melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bidang. Antara kumpulan sasar adalah kanak-kanak prasekolah, pelajar, belia, wanita, orang kurang upaya, ketua komuniti atau pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan, swasta, penyelidik dan anggota kerajaan. Cadangan yang telah ketengahkan untuk menjayakan MI2010 adalah menubuhkan satu unit inovasi khas ditubuhkan di setiap kementerian, memberi ganjaran kepada individu,kumpulan atau agensi yang berjaya membawa inovasi, merangsangkan pertumbuhan firma swasta yang mempunyai komponen hak harta intelek (IP) yang dijanakan anak tempatan, membangunkan lebih banyak modal intelektual seiring dengan keperluan tenaga mahir negara dan menubuhkan Pusat Inovasi Negara sebagai pusat penjanaan teknologi untuk pembangunan teknokrat. Aktiviti ini secara tidak lansung membuka peluang kepada anak-anak tidak hanya makan gaji pada sektor kerajaan pada masa hadapan.
Bersesuaian dengan mathalamat negara kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghargai inovasi dan kreativiti. Anak muda dan kanak-kanak perlu digalakan untuk berkarya atau berkreativiti. Setiap kreativiti anak-anak perlu dihargai dengan cara menggunakannya untuk membaiki kehidupan. Setiap ciptaan baru anak-anak muda perlu digilap dan dikomersialkan. Kreativiti anak-anak muda jika dibiarkan begitu sahaja akan merugikan negara. Setiap golongan masyarakat mempunyai peringkat tertentu untuk menyumbang kepada ekonomi negara. Kita tidak boleh meletakan penghasilan setiap produk kreativiti dan inovasi hanyalah akan dikeluarkan oleh universiti atau institusi penyelidikan sahaja.. Tahap akademik bukanlah kayu pengukur kepada kreativiti dan inovasi. Kreativiti juga bergantung kepada bakat semulajadi atau bukan semula jadi melalui latihan. Secara kasar, kreativiti bukan dihasilkan oleh mereka yang pandai sahaja.. Kreativiti dan inovasi adalah milik semua lapisan masyarakat tidak mengira umur atau tahap kelulusan. Apa yang diterima oleh masyarakat jika produk inovasi atau kreativiti dapat memudahkan kehidupan masyarakat dan dapat dibeli dipasaran. Setiap dari kita perlu mengiktiraf kreativiti atau inovasi yang dicipta oleh sesiapa pun. Memajukan negara memerlukan anak muda yang sihat. Seperti yang selalu diperkatakan, kemajuan sesuatu negara bukan hanya bergantung kepada penghasilan negara tetapi bergantung juga kepada modal insan atau pemikiran anak negeri. Sebenarnya kemajuan sesebuah negara juga bergantung kepada kreativiti rakyatnya.
Negara harus memiliki banyak rakyat bergelar jutawan sebanyak mungkin pada masa hadapan dan mampu memiliki kapal terbang. Mungkin kadang-kadang pemikiran atau pendapat begini dianggap seperti bahan lawak atau gurauan sahaja. Setiap ibubapa harus memikirkan tentang masa depan anak-anak dan kemajuan peringkat negara. Peluang memiliki kapal terbang hanya terbuka luas kepada mereka yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan. Mungkin ada baiknya makan gaji pada awal perkhidmatan tetapi mempunyai niat atau kemahuan ingin menjadi menceburi diri dalam bidang keusahawanan pada masa hadapan adalah amat digalakan. Dengan cara ini anak-anak berpeluang memiliki kapal terbang pada masa hadapan. Harus diingatkan budaya mencari pekerjaan yang ”relax” telah lama ditinggalkan. Budaya ingin mencari dan menyibokan diri adalah amalan hidup masa kini. Ini perlu diamalkan dan terus dididik kepada anak-anak.
Pada masa hadapan jika memiliki sebuah rumah dan sebuah kereta tidak lagi dipanggil orang kaya.Kayu pengukuran kaya ini perlu diubah kepada mereka yang memiliki kapal terbang pula. Sudah tentu kalau sudah mampu memiliki kapal terbang tentu mampu juga memiliki lapangan terbang sendiri.Tidak menghairankan pada satu masa nanti ruang udara negara kita sudah sibuk seperti sibuknya jalan raya kita sekarang. Sudah tentui pada masa itu memilki helikopter juga adalah satu keperluan untuk urusan pekerjaan harian.Sudah tentu banyak orang yang akan memiliki helikopter duduk apartment yang mahal tidak perlu turun kebawah lagi.Mereka ini akan naik ke puncak bangunan untuk menaiki helikopter sendiri dan mempunyai helipad sendiri diatas banggunan. Inilah yang perlu difikirkan oleh anak-anak muda yang berada dibangku sekolah sekarang.
Apabila bercerita berkenaan memiliki kapal terbang sendiri sudah tentu ramai yang akan tergelak dan mengeleng kepala.Tidak kurang juga yang akan memberi komen yang bukan-bukan.Ini adalah sesuatu yang sangat besar untuk dicapai dan tidak pernah terfikir oleh kebanyakan orang.Ini sesuatu yang tidak logik.Amat sukar dicapai. Ini adalah kerana mereka ini berfikiran kecil dan tidak tahu kehidupan moden pada masa hadapan dan tidak melihat apa yang berlaku didunia barat dimana memiliki kapal terbang adalah perkara biasa sahaja.
Sebenarnya perkembangan negara dalam bidang teknologi sanagt hebat.Kalau dahulu tidak pernah terfikir oleh orang Malaysia yang mana setiap rakyat Malaysia mampu mempunyai talipon tangan sendiri.Sekarang ini anak-anak sekolah sudah mampu memiliki talipon tangan sendiri sehingga anak-anak sekolah sudah dibenarkan membawa talipon tangan kesekolah. Memiliki talipon tangan sudah menjadi satu keperluan.Anak anak juga sudah mahir dalam bidang komputer.Sekarang ini membawa Ipad kesekolah atau kemana-mana sudah menjadi perkara biasa.Kalau dahulu zaman datuk nenek kita membawa papan batu sekarang ini anak-anak sudah membawa Ipad pula. Anak-anak juga sudah mampu memiliki peralatan elektronik yang canggih dan tidak hairan peralatan moden sudah menjadi kebiasaan yang mereka gunakan dirumah. Anak-anak sudah menjadi semakin pandai dan tidak hairan pada masa hadapan anak-anak akan membodohkan ibubapa mereka kerana tidak tahu menggunakan peralatan elektronik yang canggih lagi moden.
Setiap rakyat Malaysia perlu berdoa supaya negara kita terus maju. Kita mahu semua rakyat Malaysia menjadi kaya raya dan menjadi jutawan sehingga setiap dari kita mampu memiliki kapal terbang sendiri. Kita juga tidak mahu rakyat Malaysia yang hanya tahu meminta-minta dan menjadi negara yang sentiasa perlukan kebajikan.Kita mahu rakyat negara kita tahu memberi dan sentiasa mengamalkan memberi itu lebih baik dari menerima dan tangan diatas lebih baik dari tangan dibawah.Negara ini mampu mengkayakan rakyatnya jika rakyatnya sentiasa berfikiran tinggi dan sentiasa bermotivasi untuk bekerja kuat.Rakyat perlu sentiasa memikirkan untuk berjaya dan bukan berfikiran kebelakang.Setiap rakyat Malaysia perlu berfikir dan sentiasa berfikir bukan mengikut perasaan dan digula-gula dengan pemikiran songsang.Semua perancangan yang baik perlu diakui kebaikanya. Memiliki kapal terbang adalah sesuatu yang perlu difikirkan dari sekarang oleh anak-anak muda sekarang.
Betul kata tuan.
ReplyDeleteZaman Jepun dulu, sape ada kereta dianggap orang sangat kaya.
Kini semua ada kereta, tak semestinya kaya.
Tapi jika kita fikir, memilikikapal terbang dizaman akan datang itu perlu, bererti kita meletakkan aras material sebagai penanda.
Dari segi kejiwaan / spiritual, bersyukur apa yang ada itu menjawab kepada keperluan sepanjang zaman.
Zaman dulu naik unta pun sampai walau selepas sebulan, masih berniaga import eksport. masih untung.
Yang perlu difikirkan adalah, benarkah kita semakin maju apabila kita semakin sibuk ?
Setuju sgt dgn pandangan tuan penulis nie.. Sy sudah jemu dan cukup benci dgn ayat "bersyukur dgn apa yg ada", sy kira ini ialah alasan bg org yg malas memerah otak utk keluar dr zone selesa, dan sekali gus menyebabkan mrk tdk berusaha utk memajukan ekonomi sendiri dan kluarga.. Bila ade org yg kaya, kita cemburu dan anggap itu rezeki dia..hakikatnya Allah itu maha adil, rezeki itu pasti bg mrk yg berusaha keras, seperti yg kita selalu lihat di Malaysia, golongan bangsa Cina lebih kedepan dr segi ekonomi berbanding Melayu, sedangkn mrk tdk menuntut ilmu di universiti demi mendptkn segulung sijil mahupun ijazah..Kita sendiri nmpk betapa berusahanya mrk dgn mendalami dunia perniagaan sejak dr kecil lg dan diterapkn sifat ini oleh ibu bpa mrk sejak kecil lg. Mrk jauh lebih matang dan sedar tentg menaiktarafkan kehidupan demi kebaikan bersama.. Bukankah berusaha dlm memberanakkn duit itu lebih baik dr kita berjimat cermat dan menahan diri dr berbelanja brg keinginan..? Fikir2 kn la.. Kita seharusnya mempunyai sifat utk bersaing memantapkan kualiti hidup dan bknnya mmbiarkan bangsa lain yg menguasai ekonomi kita, dan kita hanya la hamba yg mkn gaji semata2.. Hal begini agak sukar jika dibincangkn apabila stgh kluarga Melayu yg di mana ibu bapa tdk begitu mmberi sokongn pd ank2 yg cuba utk menjinakkn diri dlm perniagaan, secara tdk lansung ibu bapa telah menjd org yg paling mudah melemahkn semangat anak2 yg mungkin mempunyai bakat dan masa dpn cerah utk menjd seorg jutawan..masih ramai lg org kita yg merendah2kn ank muda yg punyai cita2 tinggi dan menganggap mrk sbg budak mentah yg sombong dan tidak sedar diri kononya nk jd kaya.. Ibarat angan2 mat jenin, seolah2nya bercita2 tinggi itu ialah satu dosa dan buang masa..huhu Ibu bpa lebih menggalakkn anak2 bekerja dan mkn gaji, kononya itu ialah sifat org rajin.. Ada kalanya ibu bapa ialah org yg menjd penghalang kpd usaha ank itu demi mencapai kejayaan yg sebnr..
ReplyDelete