nuffnang ads

Wednesday, 24 October 2012

MENGAPA PASAR PERLU KOTOR, BERBAU, BASAH DAN LECAK?



Pasar adalah bangunan atau kelompok gerai tempat menjual barang-barang makanan keperluan harian, tempat orang berjual beli. Pasar Besar ialah pasar yang terbesar di sesuatu tempat. Pasar Amal membawa maksud pasar yang diadakan oleh badan amal untuk mengutip derma. Pasar Borong  ialah pasar tempat menjual barang-barang  dagangan secara borong atau banyak-banyak kepada kepada peniaga runcit. Pasar Gelap tempat berjual beli yang tidak dibenarkan menurut undang-undang (barang-barang yang diharamkan). Pasar Lambak tempat menjual barang-barang murah yang dilambakkan seperti ditepi jalan. Pasar Malam pasar pada waktu malam atau tempat diadakan bermacam-macam pertunjukan atau tempat makan. Pasar Mini kedai moden yang tidak berapa besar yang menjual barang-barang makanan yang biasanya dalam tin dan bungkusan serta barang-barang keperluan sehari-harian secara layan diri. Pasar Modal atau pasaran modal ialah badan kewangan yang meminjamkan wang seperti bank. Pasar Raya kedai moden yang besar yang menjual berbagai-bagai barang makanan dan juga barang-barang keperluan lain secara layan diri. Pasar Tahunan ialah pasar yang ada bermacam-macam pertunjukan yang diadakan setiap tahun. Pasar Tani ialah pasar khusus untuk para petani memasarkan terus hasil-hasil pertanian mereka kepada orang ramai.

Memasarkan bermakna menjual sesuatu di pasar atau memperdagangkan. Pasaran ialah kawasan atau lingkungan tempat penjual dan pembeli berhubungan (berjual beli), lingkungan (keluasan, kemungkinan) perniagaan yang memberi kesempatan kepada penjualan barang-barang atau perkhidmatan, permintaan pembeli atau penawaran penjual. Pasaran juga membawa makna yang sangat luar seperti pasaran bebas, pasaran bersama, pasaran buruh, pasaran dalam negeri, pasaran dunia, pasaran saham, pasaran terbuka, pasaran wang dan pemasaran adalah perihal atau perbuatan memasarkan.

Pasar adalah merupakan tempat tumpuan ramai untuk mendapatkan barangan keperluan harian terutama makanan. Pasar terdapat dimana-mana tidak kira kecil atau besar. Pasar malam merupakan satu lagi tempat tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bahan keperluan kepada mereka yang tidak berkesempatan pergi pada waktu siang. Banyak juga yang sememangnya membeli barangan keperluan di pasar malam kerana mudah dengan harga yang berpatutan menurut mereka. Pasar malam kerap berdekatan dengan tempat tinggal. Selain barangan mentah yang dijual di pasar malam juga sedia menjual produk makanan yang telah dimasak. Pasar malam adalah 'one stop centre' masyarakat Malaysia.

Pasar adalah satu tempat tumpuan ramai dan perlu diadakan untuk kemudahan orang ramai. Kerajaan amat perihatin dengan keperluan ini dan kerap kali pasar akan menjadi tumpuan utama dari segi kebersihan dan juga penyenggaraan. Amat malang, secantik mana kemudahan yang disediakan tetapi pasar masih lagi kotor, berbau, berair dan lecak. Hampir tiada pasar yang bersih. Adalah tidak diketahui mengapa pasar perlu dilihat begitu. Keadaan dalaman pasar hampir tidak pernah berubah walaupun semoden mana pun kemudahan yang kerajaan sediakan. Berbagai pihak mahukan pasar kelihatan moden dengan peralatan yang canggih tetapi kerapa kali tidak dijaga atau dihargai. Kerap kali produk moden hanya dapat digunakan untuk satu tempoh yang singkat. Selepas itu produk ini akan dibiarkan sahaja.

Walaupun berbagai-bagai pasar terdapat di negara kita termasuk supermarket atau hyper market terdapat di negara kita, pasar tetap menjadi tempat kunjungan rakyat. Ini adalah kerana pasar kerap dikatakan menjual produk segar. Barangan seperti ikan, udang dan sotong kerap kali dikatakan segar jika dibeli di pasar berbanding dengan pasar raya. Barangan seperti sayur-sayuran juga dikatakan segar jika dibeli di pasar termasuk daging dan juga ayam. Inilah yang menjadikan pasar sangat diminati. Satu lagi daya penarik pasar adalah harga di pasar kerap dikatakan murah walaupun banyak yang tidak berapa setuju. Kalau tidak harga yang murah, masakan ramai yang membeli belah di pasar walaupun keadaan di pasar tidak menyenangkan atau kondusif. Mereka yang berpakaian cantik tidak sesuai jika ke pasar. Kita dapat melihat semua yang berseluar terpaksa menyinsing kaki seluar seperti pergi kebendang dan terpaksa berjalan terdengkut-dengkut dan perlahan kerana lantai yang licin. Banyak juga yang terpaksa menutup hidung kerana ada tempat tertentu yang berbau. Kalau dahulu, banyak yang ke pasar kerana boleh tawar menawar tetapi tidak sekarang ini. Semua harga seperti yang dicatitkan. Sama juga seperti di pasar raya.

Kerajaan sentiasa memikirkan keselesaan peniaga dan juga pelanggan ke pasar. Kerajaan juga menyediakan pihak yang bertugas untuk menjaga kebersihan dan juga penyenggaraan. Malangnya banyak pasar peniaga sendiri membuang sampah merata-rata walaupun tong sampah disediakan. Kita dapat lihat pontong rokok, kotak rokok, tin atau plastik atau kotak minuman kosong, surat khabar dan juga serpihan sayuran dibuang merata-rata. Dinding juga sangat berdaki dan comot. Kalau mengunjungi tandas juga sangat kotor walaupun terpaksa membayar 30 sen sekali perkhidmatan. Kalau ingin selesa berkunjung ke tandas pasar kena pakai kasut seperi pekerja pasar juga. Tandas pasar tidak sesuai untuk pelanggan pasar. Tandas juga sangat berbau, ini kerana pembersihan hanya ala kadar sahaja. Kaedah pembersihan tidak menggunakan bahan kimia yang sesuai. Kebanyakan tandas dicuci dengan menggunakan air biasa sahaja. Itu sebab banyak juga tandas kelihatan bersih tetapi berbau. Ini kerana kaedah pembersihan tidak menggunakan kaedah yang betul. Mungkin juga pihak kontraktor mencuci tidak faham atau pekerja tidak mahu menggunakan bahan kimia.

Kelihatan pasar sangat comot, dinding dan lantai berlumut. Dinding dan cermin sememangnya tidak dicuci untuk tempoh yang lama. Pembersihan hanya pada lantai dengan sapuan biasa sahaja. Tangga juga sangat comot dan kerap bawah tangga dijadikan tempat simpanan barangan lama yang sayang untuk dibuang.I ni adalah tabiat biasa orang Malaysia tidak mahu membuat perabot atau barangan yang telah lama, rosak atau telah tidak boleh digunakan kerana sayang. Ini kerana produk ini semasa di beli dahulu mahal dan telah memberi perkhidmatan yang baik, kenapa pula perlu dibuang begitu sahaja. Sekali lagi harus diingatkan. Cucian pasar perlu dibuat secara profesional. Lihat sahaja pekerja di bahagian menjual produk basah di pasar raya. Kelihatan kerja  pembersihan dilakukan sepanjang masa. Pasar raya juga menjual produk makanan seperti yang dijual dipasar tetapi kebersihan dapat dijaga dengan baik.  Ini disebabka kaedah dan sistem pembersihan.

Bukan sesuatu yang mudah untuk membersihan pasar. Apa yang perlu ditukar adalah pemahaman terhadap pasar perlu bertukar. Kita tidak boleh berfikir tandas perlu busuk dan pasar perlu kotor. Setiap yang berniaga dipasar harus bertukar fikiran yang pasar tidak semestinya kotor dan basah atau lecak. Barangan yang dijual murah tidak semestinya premis jualan dipasar perlu kotor. Kita tidak lagi boleh menghubungkaitkan barangan murah harus dijual melalui premis yang kotor. Barangan yang murah boleh dijual dipremis yang bersih. Ini bukan satu yang luar biasa. Bukanlah  kita ingin menyediakan pasar sehingga orang bertali leher akan membeli belah dipasar. Paling tidak pasar tidak kotor, tidak berbau, kering dan tidak lecak. Kita tidak perlu lagi menyinsing kaki seluar untuk ke pasar. Tidak lagi perlu menutup hidung kalau ke pasar walaupun tidak wangi.

Kerja-kerja penyenggaraan pasar juga harus cekap dan pantas. Kelihatan banyak kerosakan seperti meja, kipas angin, kerusi dan juga pangkin jualan yang tidak diambil kita. Produk yang ingin dijual terlalu banyak tetapi ruang yang disediakan kecil. Peniaga tidak boleh dipersalahkan kerana mereka membayar sewa walaupun dikatakan murah tetapi perlu diberi perkhidmatan yang baik. Perkhidmatan ini bukan untuk peniaga di pasar sahaja tetapi untuk pelanggan pasar.

Semasa merekabentuk pasar, seharusnya banyak perkara dipertimbangkan terutama saiz gerai terbuka. Lihat sahaja, setiap gerai kelihatan amat sesak dengan bahan jualan. Mereka tidak boleh buat apa-apa. Ruangan stor juga tidak disediakan. Itu sebabnya produk jualan mereka merlimpah sehingga di kaki lima dan kerap kali akan menggangu lauan pelanggan. Kerap kali juga keselesaan tidak difikirkan semasa pembinaan pasar itu sebabnya pasar menjadi terlalu sempit kerana setiap peniaga mahukan produk jualan dapat dilihat atau perlu diletakan tempat laluan orang ramai. Ruang legar pasar sudah tidak berfungsi lagi sehingga susah untuk pelanggan berurusan.

Kedai makan di pasar juga sangat comot dan dapat dilihat hitam di dinding, lantai atau tempat penyediaan makanan. Adalah tidak diketahui samaada kedai makan di pasar disediakan untuk pekerja pasar sahaja yang tidak memikirkan sangat masaalah kebersihan kerana mereka telah biasa dengan keadaan ini atau disediakan untuk pelanggan pasar yang sudah tentu ingin menikmati makanan di kedai yang bersih. Ruang kedai makan dipasar juga sangat kecil. Pihak tertentu perlu memikirkan untuk menyediakan keluasan yang lebih untuk kedai makan. Dapat dilihat di kedai makan pasar tertentu yang ruang dalama kedai hanya untuk seorang dua sahaja. Kalau masuk tiga orang sudah tidak dapat bergerak lagi. Mana lagi hendak diletakan makanan dan juga sedikit bahan mentah. Keluasan kedai makan seharusnya dua kali ganda dari keluasan sekarang, barulah peniaga kedai makan di pasar dapat bekerja dalam keadaan selesa. Pada masa yang sama peniaga perlu lihat lantai kedai makan biarlah bersih, tidak dibiarkan comot. Mencuci meja juga perlu menggunakan kain mengelap yang bersih, bukan menolak makanan kebawah meja sahaja. Nampak bersih atas meja tetapi kotor dan menjijikan dibawah meja.

Pembinaan lantai pasar juga tidak boleh lagi menggunakan bahan binaan biasa seperti digunakan untuk membuat rumah. Produk binaan harus 'heavy duty' dan tahan lama. Lantai pasar perlu dibina dari bahan yang tidak basah dan tidak licin. Mungkin produk ini mahal sedikit tapi akhirnya lantai bersih dan tahan lama. Dinding pasar juga perlu dibina dari bahan binaan yang tidak lekat kotoran jika tidak dicuci untuk satu jangka masa yang panjang. Sistem pasar yang kering perlu direka bentuk, jika lantai kering lain-lain dapat dijaga dengan baik. Pangkin menjaul produk basah juga perlu direkabentuk untuk kesesuaian produk. Peniaga juga perlu menjaga pakaian yang sesuai tidak comot dan kelihatan tidak dicuci dalam tempoh yang lama. Setiap pekerja pasar perlu dilihat kemas dan menarik.

Setelah 54 tahun merdeka, permikiran rakyat Malaysai berkenaan pasar masih lagi tidak  melambangkan kemajuan sesuatu negeri. Kaedah kerja di pasar masih lagi mengikut lenggok lama dan tidak mahu berubah. Perubahan akan berlaku jika reka bentuk tandas perlu diubah. Kaedah jualan dipasar sekarang ini mungkin boleh diperbaharui. Sistem penyenggaraan pasar juga perlu dilhat semula. Pembersihan pasar tidak boleh lagi menggunakan kaedah konvensional. Penggunaan bahan kimia adalah kaedah pencucian moden yang perlu digunakan. Walau bagimana pun, kalau disediakan kemudahan yang hebat tetapi pemikiran mereka yang berurusan dengan pasar tidak berubah, pasar akan terus kotor, berbau, basah dan lecak. Ini bukan salah ibu mengandung tetapi ini adalah kerana celaka badan.

1 comment:

  1. Betul kata tuan.

    Saya juga mendengar saban tahun ahli majlis bandaran atau ahli parlimen melawat keserata dunia.

    mengapa konsep pasar di luar negara tak dibawa ke malaysia ?

    apakah konsep pasar luar negara yang bersih dan ceria terlalu mahal untuk dibuat di negara kita ?

    di semenanjung ada berpuluh majlis bandaran, ada banyak cerdik pandai dan banyak juga cukai yang dikutip. tetapi pasar tetap begitu jua. terutama pasar awam.

    tetapi pasar basah dalam pasaraya seperti Kipmart, econ save dan smart bersih pula.

    mengapa ?

    sebab rekabentuk pasar tak sesuai dan tak luas atau susun atur x efektif.

    keduanya, minda penjual jga hanya meneruskan perniagaan dari zaman berzaman. bilalh nak berubah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...