Rakyat Melaka berbangga kerana sekarang mereka telah telah mendiami sebuah
negara maju. Disana dan sini rakyat Negeri Melaka telah merasai kemajuan yang
telah diusahakan sekian lama. Setiap pengunjung yang datang ke Negeri Melaka menyedari
kemudahan yang disediakan sentiasa
bertambah dan berubah dan perubahan dirasai dalam tempoh yang singkat. Kalau
dulu, kata usikan selalu berkisar kepada kemajuan Negeri Melaka. Kata usikan
yang sering kita dengar “Apa yang ada di
Negeri Melaka?, “Ada bukit diberi pada Cina (Bukit China)”, “Ada kampong diberi
pada Jawa (Kg Jawa)” dan “Ada tanjung di beri pada Keling (Tanjung Keling)”.
Sekarang kata-kata itu telah tidak kedengaran lagi. Sekarang kita dengar slogan
“Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia”, dengan kata lain apa yang ada
diseluruh Malaysia boleh didapati di Negeri Melaka.
Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan, pembanggunan Negeri Melaka amat
pesat sejak 10 tahun yang lalu. Negeri Melaka kecil tetapi mempunyai pemimpin
yang berjiwa besar. Apa yang ada ditempat orang cuba dibuat di Melaka. Kita
dulu bangga dengan PWTC (Putra World Trade Centre) yang terletak di Kuala
Lumpur tetapi di Melaka mempunyai banggunan tersegam indah MITC (Melaka
International Trade Centre). Putrajaya sangat terkenal dan telah menjadi tumpuan
lawatan setiap lapisan masyarakat, Negeri Melaka mempunyai Hang Tuah Jaya yang
merupakan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Melaka. Pusat pentadbiran baru ini juga
telah menjadi kebanggaan rakyat Nmegeri Melaka. Jika di Kuala Lumpur mempunyai
Menara Kuala Lumpur, Melaka mempunyai Menara Berputar Taming Sari dan Melaka
mempunyai Bot Pelancong Sg Melaka yang sangat moden. Banyak lagi kemudahan
terbaru yang telah disediakan termasuk Taman Thema dan Kemudahan Monorail
menyusuri Sunagi Melaka. Melaka mempunyai segala-galanya dan tidak salah jika
mengistiharkan Melaka negeri Maju.
Maju dari segi kemudahan perlu diikuti dengan gaya hidup yang serba maju.
Kita tidak boleh mengelak maju yang akan dihubungkaitkan dengan moden. Cara
hidup maju bermaklna cara hidup yang lebih moden. Moden yang dimaksudkan tidak
melanggari batas ugama dan tata
kesusilaan orang Malaysia. Kita selalu dengar komen seorang juruhebah dari
salah sebuah setesen radio tempatan. “Apalah guna negeri maju jika pemikiran
kita tidak maju” . Ini bermakna keseluruhan hidup kita perlu berubah kepada
cara hidup yang bercirikan rakyat negara maju.
Sikap tidak membuang sampah
mengikut sesuka hati adalah amalan yang sangat baik bagi penduduk negara maju.
Negara maju tidak pernah memberi amaran supaya penduduknya supaya membuang
sampah di tong sampah. Negara maju juga tidak pernah ingin mendenda rakyatnya
yang tidak membuang sampah ke tempat yang betul. Sikap ingin menjaga kebersihan
datang dengan sendirinya. Kesedaran mereka adalah kesedaran dalaman yang
berterusan dan dipraktikan sepanjang masa. Kita akan merasa sangat selesa
apabila berada di negara maju kerana kebersihanya. Kebersihan di tempat awam
mereka adalah merupakan sesuatu yang sukar dipercayaai. Tandas awam mereka
sangat bersih dan sentiasa disediakan sabun dan kertas tisu. Kemudahan yang
disediakan seolah-olah seperti tandas di hotel lima bintang dan sukar
dipercayaai kemudahan tandas awam yang disediakan secara percuma dan sangat
bersih. Sikap menjaga kebersihan juga amat terserlah dikenderaan awam termasuk
keretapi dan bas awam. Kita juga melihat kemudahan menunggu bas yang sangat
bersih dan setesen bas yang amat cantik, bersih lagi selesa. Kira dapat melihat
pengguna kenderaan awam amat dihargai di negara maju.Kita juga melihat pemandu
teksi negara maju amat menghormati pelanggan. Amat jarang kita dengar rungutan
pengguna teksi di negara maju. Setiap teksi yang kita tahan akan berhenti jika
tiada penumpang di dalamnya. Mereka akan menghantar pelanggan dimana sahaja
destinasi tidak kira dekat atau jauh. Pemandu teksi juga tidak pernah merungut
apabila penumbang membawa beg yang berlebihan. Mereka akan cuba membantu sebaik
mungkin. Apabila mereka melihat penumpang mempunyai beg dan ingin meletakan beg
ke dalam bonet belakang, pemandu teksi dengan seberapa segera akan turun dan
akan membantu mengangkat beg untuk dimasukan kedalam bonet. Bukan itu sahaja,
mereka akan membantu menurunkan beg apabila sampai ke destinasi. Amat jarang
mereka mengenakan bayaran yang berlebihan kerana senarai harga telah di
pamirkan dan kita boleh mengiranya semasa di dalam teksi. Pada satu ketika
dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang
mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi
sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan
membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah
merata-rata telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti
mereka. Pemikiran maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan
sentiasa mencari peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan
yang telah disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan
sebaik mungkin dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu
diletakan papan tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang
sampah ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi
kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan
hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu.
Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang
mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang
diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya
panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara profesional. Rakyat negara maju akan disediakan tempat
pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi sebagai tempat kitar
semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah ditempat yang boleh dikitar
semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki oleh setiap rakyat negeri
maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar belakang akademik yang ada telah
membolehkan penghuni negara maju bersifat begitu dan mempunyai rasa tanggung
jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka. Ini adalah kerana gaya hidup
mereka telah maju disebabkan pendedahan dan pendidikan yang mereka telah
terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan berjaya jika PBT menyediakan
tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10 meter satu tong sampah
disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong sampah. Tiang elektrik dan
telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah menjadi tabiat semulajadi
kita tidak suka menyimpan sampah terlalu
lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang sampah, jika sudah ada tong
sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak dibuang merata-rata.
Penerimaam sebahagian besar
rakyat Malaysia terhadap produk inovasi berasaskan kecanggihan sains dan
teknologi amat rendah dengan proses penerimaan yang amat pelahan. Rakyat Malaysia lebih suka dengan
sikap tunggu dan lihat keupayaan sesuatu teknologi. Mereka lebih mudah
menerima atau sesuatu produk itu telah
digunakan oleh orang lain barulah mereka ingin mencuba atau menggunakannya.
Tabiat ini bukan sahaja ditunjukan oleh rakyat tetapi pengusaha juga tidak
berminat dengan produk inovasi sains hasil ciptaan tempatan. Seperti yang kita
ketahui, ini dapat dilihat dari kesukaran produk inovasi dapat dikomersialkan
di Malaysia. Pengusaha Malaysia lebih minat mengimpot barangan dari seluruh
dunia dan tidak beminat untuk menggeluarkan produk sendiri. Seperti yang telah
kita ketahui pengusaha Malaysia memang tidak berminat dengan inovasi negara
sendiri mungkin kurang berkeyakinan. Sikap mahu menggunakan teknologi sains di
Malaysia amat tinggi terutama produk elektronik dan peralatan komunikasi mudah
alih. Rakyat Malaysia juga sangat berminat dengan peralatan elektronik yang
kerap diiklankan didalam media massa. Sikap ini amat baik dari satu segi perniagaan
tetapi tidak menyumbang perkembangan teknologi tempatan. Kesan dari sikap ini
kita masih lagi mengekalkan tabiat lama yang jelas tidak membantu dari
perkembangan sains tetapi kita terpaksa meneruskanya. Banyak ciptaan produk
elektronik canggih yang dicipta di Malaysia oleh rakyat tempatan. Produk ini
kerap dipamerkan ketika pameran inovasi atau pameran sains dan teknologi.
Produk inovasi juga kerap dilaporkan didalam akhbar tempatan tetapi hanya
tinggal sebagai bahan bacaan sahaja. Produk ini sebenarnya hasil penyelidikan
saintifik dan kemampuan teknikal rakyat Malaysia dan besar kemungkina mendapat
pendidikan sepenuhnya di dalam negara. Malaysia mempunyai kemampuan modal insan
yang tinggi tetapi kemampuan ini kurang dipercayai dan kurang diberi perhatian
oleh rakyat Malaysia sendiri. Tugas untuk meyakinkan kemampuan ini sebenarnya
harus diselesaikan oleh saintis kita sendiri. Setiap hasil penyelidikan dan
ciptaan berasaskan sains dan teknologi ini perlu diyakini dengan kebolehan
menulis, bercakap dan berhujah. Saintis haruslah manusia yang serba boleh dan
selalu terkehadapan. Para saintis tidak boleh lagi sebagai mereka yang berada
dibelakang pentas. Ahli sains perlu berada didalam masyarakat dengan penuh
yakin menyatakan produk inovasi berasaskan kajian saintifik harus digunakan
dalam kehidupan dengan penuh yakin. Tiada salahnya kita menggunakan sepenuhnya
pendekatan sains dan teknologi untuk keseluruhan penghidupan jika benar-benar
produk ini dapat memberi kita penghidupan dengan penuh bergaya dan dengan gaya
hidup yang sangat menyehatkan.
Penghidupan menggunakan penekatan
sains dan teknologi perlu benar-benar difahami sejak bangku sekolah lagi.
Kaedah pengajaran juga perlu berubah. Pendekatan saintif semasa mengajar dengan
peralatan mengajar yang berdasarkan lihat, teliti, cuba dan lakukan perlu
diamalkan. Bahan pengajaran perlu menunjukan ujikaji yang sebenarnya melalui
model yang bercirikan saintifik. Lawatan sambil belajar sangat dan perlu
digalakan. Tidak semestinya lawatan perlu tempat yang agak jauh. Lawatan perlu
dilakukan di lokasi berdekatan tetapi setiap pemerhatian perlu dihubungkaitkan
dengan pemahaman sains dan teknologi. Jika perlu setiap hasil lawatan perlu
diteliti kefahaman pelajar melalui aktiviti pembentangan. Kita harus membiarkan
pelajar membuat pembentangan apa yang telah mereka lihat dan fikirkan. Kita
patut juga memberi peluang kepada pelajar membuat cadangan jika mereka dalam
keadaan begitu dan begini.
No comments:
Post a Comment