nuffnang ads

Saturday, 13 October 2012

BUAT SAHAJA APA YANG DIFIKIRKAN. JANGAN TERLALU BANYAK BERKIRA.



Fikir adalah ingatan, angan-angan, akal, anggapan, pendapat dan sangka. Fikir itu pelita hati. Daya fikir bermakna daya atau keupayaan untuk berfikir. Berfikir bermakna menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan dalam ingatan atau mempertimbangkan baik-baik. Berfikiran adalah berfikir mengenai sesuatu. Memikir adalah berfikir mengenai sesuatu, mengingati. Memikiri membawa makna memikir. Memikirkan adalah menggunakan untuk menyelesaikan sesuatu, merenungkan, mempertimbangkan dalam fikiran, mengenangkan, mengendahkan, mempedulikan, memandang penting. Terfikir bermakna teringat, termasuk akal, tersangka, hasil fikiran, pendapat, pertimbangan akal, upaya, muslihat, perhatian, minat dan menaruh fikiran. Sefikiran bermakna sependapat atau sefaham. Berfikiran mempunyai fikiran. Pemikiran adalah perihal berfikir (memikir). Pemikir adalah orang yang berfikir atau ahli fikir.

Buat sahaja apa yang difikrkan baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain. Apa yang perlu dipastikan setiap yang dilakukan mengikut peraturan dan tidak menyusahkan orang lain. Kalau terlalu banyak berkira-kira dan kajian yang sangat mendalam akhirnya mengambil masa yang terlalu lama dan sesuatu projek yang akan dilaksanakan sudah ketinggalan zaman. Inilah yang menjadi masaalah. Satu ketika dahulu Mantan Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun pernah berpesan setiap dari rakyat Malaysia perlu membawa bersama buku catitan, tidak kira besar atau kecil dimana sahaja mereka pergi. Apa sahaja yang terfikir perlu dicatitkan. Selalunya idea yang baik-baik tidak datang selalu. Untuk itu perlu dicatitkan dan dapat dingat untuk selama-lamanya dan kalau berkemampuan perlu dilaksanakan serta dimanfaatkan.

Banyak orang mempunyai idea yang baik-baik tetapi takut untuk melaksanakanya. Kerap kali difikirkan apa orang lain kata atau apa akan terjadi kalau gagal?. Mungkin idea ini akan ditertawakan orang ramai. Sebenarnya tiada orang yang serba lengkap dalam dunia ini. Sebagai manusia kita mempunyai berbagai kelemahan dan kekurangan. Kalau sesuatu yang kita lakukan menempuh kegagalan, kita harus mencuba berkali-kali sehingga berjaya. Kalau kita tidak mahu mencuba lagi, sudah tentu kita akan terus gagal.

Pernah satu ketika dahulu semasa belajar diluar negara, seorang pelajar bertanya kepada penyelia penyelidikan seorang yang berbangsa India. Penyelia ini seorang yang sangat hebat dan telah menulis ratusan kertas kerja peringkat antarabangsa dan juga penulis terkenal dalam sesuatu bidang kejuruteraan khususnya jurnal antarabangsa. Beliau juga menulis beberapa buku yang dirujuk diserata dunia. Penyelidik mengatakan banyak penulisan yang diterbitkan tidak bermutu dan bagaimana untuk menulis sesuatu yang bermutu. Penyelia menjawap dengan mengatakan “sebenarnya banyak penulisan didalam jurnal antarabangsa juga tidak bermutu”. “Apa salahnya kita menulis sesuatu yang tidak bermutu yang mana lebih baik jika tidak menulis langsung”. Kepada penyelia yang terlalu banyak pengalaman dalam bidang penulisan, Jika kita ingin menulis sesuatu yang bermutu, sampai bila pun kita tidak akan menulis. Kepada beliau, selagi penulisan dapat memberi faedah kepada membaca, sesaorang perlu menulis walaupun dikatakan tidak bermutu.

Mutu penulisan sebenarnya amat relatif. Mungkin kepada sesaorang atau kumpulan sesuatu itu tidak bermutu tetapi kepada satu kumpulan yang lain penulisan itu bermutu. Terpulang kepada pembaca. Kalau tidak bermutu tidak perlu meneruskan pembacaan tetapi ini jarang berlaku. Setiap penulisan akan terus dirujuk sekali pun tidak bermutu. Untuk itu setiap orang jangan ragu-ragu untuk menulis. Setiap penulisan yang dihantar tidak semestinya akan diterbitkan. Setiap penulisan dihantar sebenarnya berniat untuk ditolak bukan untuk diterbitkan. Kalau terus diterbitkan ini lebih baik. Kalau kita berniat begini kita tidak akan kecewa jika penulisan kita ditolak. Sudah semestinya setiap penulisan yang ditolak akan diberikan sebabnya. Jika perlu akan diarahkan untuk tujuan pembaikan. Jangan rasa bersalah atau kecil hati, buat pembaikan dan hantar semula untuk pertimbangan. Kalau ditolak juga, buat pembaikan lagi dan hantar semula. Ini perlu dibuat berkali-kali dan perlu dinggap proses pembelajaran. Kalau ditolak 2 atau 3 kal;i tidak ada apa masaalah. Akhirnya nanti penulisan akan diterbitkan juga. Kita harus belajar dari kesilapan dan perlu sentiasa memikirkan tiada semua dalam dunia yang tidak akan kita dapati dengan mudah. Ada yang tidak dapat kita miliki. Paling tidak kita telah mencuba. Apa yang penting kita telah melakukanya sebaik mungkin dan sedaya upaya kita.

Begitu juga dalam pekerjaan, setiap idea yang baik yang terbit dari pemikiran atau idea orang lain yang disampaikan atau idea dari orang bawahan perlu diterima. Kalau boleh dilaksanakan dengan segera selagi tidak menyalahi undang-undang. Banyak kerja yang menjadi terlewat kerana terlalu banyak yang perlu diambil kira dan perlukan pertimbangan. Tidak salah untuk mengambil kira itu dan ini. Selalunya kalau mengambil kira terlalu banyak sehingga sesuatu yang difikirkan tidak dapat dilaksanakan dan terbantut. Begitulah dalam perlaksanaan projek kerajaan, jika perlu buat kajian, perlu dilakukan secepat mungkin. Adalah lebih baik terus dilaksanakan jika peruntukan mencukupi lebih-lebih lagi projek untuk rakyat sudah tentu amat bermanfaat untuk rakyat. Rakyat amat tidak suka setiap projek yang mereka minta ditangguh-tangguh. Banyak penanguhan adalah kelemahan kerajaan. Kepada mereka penagguhan itu satu penyeksaan dan peratusan untuk berjaya sangat rendah. Itu pendapat akar umbi. Mereka sangat suka  setiap cadangan terus dibuat tanpa banyak kerenah inilah dipanggil kerajaan yang cekap.

Satu ketika dahulu banyak juga orang yang menentang pembinaan lebuh raya utara hingga keselatan. Banyak yang mengatakan ini adalah idea bodoh dan kalau dilaksanakan akan merugikan lebih-lebih lagi pembayaran tol dikenakan untuk setiap kilometer berjalan. Pembayaran tol adalah sesuatu yang baru untuk rakyat Malaysia ketika itu walaupun sudah ada pembayaran tol untuk sebahagian jalan di Slim River Perak. Kerajaan meneruskan juga projek ini yang kalau dikira dari segi ekonomi ketika itu tidak begitu viable. Lihat sekarang ini, lebuh raya utara selatan sudah semakin sesak walaupun tol dikenakan. Perjalanan menjadi begitu selesa dan menjimatkan masa. Apa yang mengembirakan kemalangan juga berkurangan berbanding dengan jalan persekutuan. Perjalanan menggunakan lebuh raya sudah menjadi kegilaan. Jalan sesak setiap kali hari perayaan atau hujung minggu. Pada satu ketika dahulu menurut kajian ahli ekonomi pembinaan jalan ini tidak berfaedah dan merugikan. Sekarang ini boleh dilhat dengan mata sendiri Kajian sudah jadi tidak betul dan lebuh raya utara selatan adalah nadi pembangunan negara dan rakyat. Lebuhraya utara selatan adalah simbol kejayaan pembangunan kerajaan. Rakyat sudah tidak bersungut lagi apabila perkhidmatan 'value for money' walaupun dikenakan tol setiap km dijelajahi. Projek Lebuh Raya Utara Selatan telah menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Kadang-kadang apa yang dibaca juga tidak boleh sangat dipercayai. Tiori yang diperkenalkan didalam buku teks juga sudah banyak yang tidak perlu diikut sepanjang masa. Tiori ini adalah pemikiran manusia yang telah dicuba dalam berbagai situasi. Jika terbukti tiori ini boleh digunakan akan ditulis untuk menjadi ikutan. Kadang-kadang tiori ini juga tidak benar dan tidak sesuai dalam semua keadaan diseluruh dunia. Seperti juga tiori ekonomi, ada juga yang tidak sesuai yang perlu diikuti sepanjang masa. Banyak tiori yang perlukan penilaian semula. Apa yang disangsikan adalah siapa pula yang ingin mengkaji tiori yang telah menjadi ikutan ramai orang dalam tempoh yang lama.

Banyak membaca adalah satu kebaikan. Ini tidak perlu diragui lagi. Membaca dan memahami apa yang dibaca sangat baik tetapi tidak memberi apa-apa faedah jika tidak difikirkan. Setiap yang dibaca bukan perlu diikut secara membabi buta. Apa yang ditulis adalah pemikiran sesaorang. Mungkin apa yang ditulis adalah apa yang terlintas didalam fikiran. Ada juga penulisan berdasarkan pemerhatian dan ada juga penulisan berdasarkan kajian dan penyelidikan. Setiap maklumat didapati ini dituliskan didalam buku untuk dibaca. Tidak salah merujuk setiap penulisan yang ditulis tetapi setiap maklumat dan saranan perlu difikirkan terlebih dahulu. Maklumat dari buku boleh dibaca difikirkan baru boleh dipercayai.

Tiori Ali Rustam atau TAR telah terbukti memajukan negeri Melaka. Menurut TAR, setiap idea yang baik perlu dilaksanakan secepat mungkin. Kalau boleh buat dahulu dan kaji kemudian. Setelah dibuat jika ada kelemahan perlulah diperbaiki. Lihat sahaja semasa cadangan membina komplek MITC di Ayer Keroh, banyak orang yang meragui pembinaan komplek ini. Sekarang komplek ini telah menjadi dewan yang terkenal diseluruh Malaysia. Dewan ini telah mempunyai program  yang telah diatur sepanjang tahun. Rakyat negeri Melaka bangga mempunyai dewan sehebat Putra World Trade Cente atau PWTC di Kuala Lumpur.

Ramai juga yang meragui apabila YAB Ketua Menteri Melaka memohon peruntukan untuk membaik pulih Sungai Melaka. Sungai yang satu masa dahulu menjadi tempat berdagang dibiarkan begitu sahaja. Inisiatif YAB Ketua Menteri Melaka menggunakan Tiori Ali Rustam telah terbukti, Sungai Melaka menerima kunjugan ratusan ribu pelawat setiap tahun. Berdasarkan kemampuan yang telah ditujukan Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan yang lebih besar untuk Sungai Melaka terus diteroka. Sudah tentu Sungai Melaka mendapat semula zaman kegemilangannya.

Banyak juga orang meragui keupayaan Melaka untuk menjadi negeri maju pada tahun 2010. Pada masa itu rakyat pun tidak tahu apa yang dikatakan maju. Kebanyakan rakyat membandingkan maju apa yang dilihat dari kaca TV. Apa yang ada di Amerika perlu ada di Melaka, barulah dikatakan negeri maju. Pada mereka maju perlu ada banyak bangunan tinggi dan rumah besar serta semua orangnya kaya-kaya semacam mana didalam TV. Setelah diterangkan dengan baik dan diadakan seminar Melaka maju diseluruh negeri dan diikuti dengan penerangan dari pemimpin. Melaka terbukti telah menjadi negeri maju dengan kamajuan yang dimiliki dari 32 indikator kehidupan yang diukur dan 29 indikatar telah dicapai melebihi pencapaian minima negeri maju yang lain. Pengistiharan Melaka maju sangat tepat dan rakyat telah merasa nikmatnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...