Setiap rakyat Negeri Melaka telah memahami yang mereka telah mendiami didalam sebuah negeri maju. Maju dalam ertikata tahap kehidupan yang lebih baik dari dahulu. Kemajuan sesuatu negara di nilai dari tahap hidup rakyat. Untuk Negeri Melaka, taraf hidup telah dinilai dari 32 indikator pencapaian kehidupan. Semua yang diukur telah menunjukan pencapaian yang baik dan ini dapat dilihat dari pencapaian tahap kehidupan harian. Sangat jelas tahap kehidupan rakyat Negeri Melaka jauh lebih baik dari satu ketika dahulu. Bukan semua tahap kehidupan dapat diukur secara metamatik. Apa yang boleh diukur telah diukur dan ini telah menunjukan sesuatu yang sangat baik. Ada juga tahap kehidupan yang tidak dapat diukur tetapi dapat dilihat dengan mata.
Selalu diperkatakan bidang kesihatan ada 2 institusi yang menjadi kebergantungan rakyat. Satu yang sangat penting adalah institusi kedoktoran dan yang kedua adalah institusi bomoh. Institusi kedoktoran memerlukan setiap aspek kesihatan dari segi bukti saintifik manakala institusi bomoh pula tidak ada bukti saintifik tetapi tetap dipercayai. Kalau ditanya semua rakyat Malaysia pernah berpengalaman menggunakan khidmat bomoh. Ini menunjukan ada juga bidang yang tidak memerlukan bukti saintifik tetapi mampu menyelesaikan masaalah. Percaya atau tidak percaya institusi bomoh juga berkembang selaras dengan kemajuan sesuatu negara. Sekarang ini kalau hendak berjumpa bomoh juga perlu mengambil nombor giliran seperti juga melawat klinik. Begitu hebat perkembangan institusi bomoh di negara kita. Apa yang belum dilihat setiap pembayaran kepada bomoh dikelurkan resit sahaja.
Sangat jelas kita melihat Negeri Melaka telah maju. Ini didendangkan dihadapan mata setiap hari. Banyak aspek kemajuan ini dapat dinikmati melalui mata dan dirasai melalui hati. Lihat sahaja tahap kebersihan. Negeri Melaka adalah sebuah negeri yang bersih luar dan dalam. Lihat sahaja apabila memasuki Negeri Melaka melalui tol Ayer Keroh, Simpang Ampat dan Jasin. Kesemua tempat ini sangat cantik lagi menarik. Apabila keluar tol Ayer Keroh sahaja akan dilihat kelainan jalan-jalan memasuki Negeri Melaka. Ramai yang berkata laluan ini sangat cantik diwaktu malam dan siang. Ada yang tertanya-tanya betulkah mereka telah memasuki Negeri Melaka. Mereka merasa seolah-olah memasuki bandaraya yang lain di luar negara. Semenangnya cantik bukan sahaja di Ayer Keroh tetapi diseluruh Negeri Melaka. Kesemua tanaman telah diselenggara dengan baik. Semua tumbuh-tumbuhan kelihatan segar dan terjaga. Semua sampah di persekitaran pokok di kutip dengan baik. Pokok-pokok yang berbunga telah menambah kecantikan Negeri Melaka. Pada waktu malam pokok-pokok ini telah dihiasi dengan lampu-lampu yang berwarna warni dan sangat menarik. Kadang-kadang kecantikan ini melebihi dari negara Eropah.
Kebersihan adalah sesuatu yang penting selain dari hiasan pokok-pokok. Bersih di Negeri Melaka meliputi kesemua kawasan bandar atau luar bandar kalau ada. Kebersihan bukan luaran tetapi longkang dibelakang rumah juga dibersihkan. Semua semak-samun juga dibersihkan tidak kira dibandar atau dikampong. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Melaka amat sensitif dengan kebersihan. Mengenakan denda untuk kesalahan membuang sampah bukanlah sesuatu strategi yang telah dimainkan oleh pihak PBT, tetapi apa yang penting pihak PBT telah memainkan peranan mereka sendiri. Amat sukar untuk meminta orang lain melakukan secara sukarela dalam tempoh yang singkat. Pihak PBT telah menunjukan kaedah kerja melalui teladan. Pihak PBT telah melaksanakan terlebih dahulu dan ini telah diikuti oleh semua rakyat Negeri Melaka. Kita akan dapati aktiviti gotong royong adalah antara aktiviti yang sangat diminati oleh rakyat Negeri Melaka. Pada satu masa dahulu, kerajaan telah menamakan tahun 2005 sebagai Tahun Gotong Royong Negeri Melaka. Semangat ini diteruskan oleh rakyat dengan sokongan perbagai pihak. Sesungguhnya Negeri Melaka telah dikenali Negeri Gotong Royong. Pihak NGO dan banyak persatuan masyarakat akan menjadikan gotong royong aktiviti utama persatuan. Hasilnya, rakyat Negeri Melaka sangat bergembira dengan kebersihan dalam kehidupan mereka.
Negeri Melaka kalau dahulu terkenal dengan aktiviti perlancongan. Ini ada kebenaranya, tetapi tidak ramai yang mengetahui Negeri Melaka juga mempunyai kawasan perindustrian yang sangat besar. Aktiviti perindustrian adalah satu aktiviti ekonomi yang sangat penting. Kawasan perindustrian terdapat hampir diseluruh Negeri Melaka. Ini dapat dilihat dari kebanjiran pekerja asing di Negeri Melaka. Sesebuah negara itu mula maju apabila telah mula mengajikan pekerja asing dalam sektor perdagangan atau ekonomi tertentu. Tidak diketahui samaada menggunakan tenaga buruh asing terbaik dari segi ekonomi atau tidak tetapi sangat jelas pekerja asing sangat ramai di Negeri Melaka. Adalah tidak diketahui jumlah pekerja asing di Negeri Melaka tetapi kalau dilihat dihujung minggu dapat dilihat ramai pekerja asing berkeliaran di Bandaraya Melaka.. Bukan itu sahaja kita juga dapat melihat pekerja asing membanjiri pusat membeli belah pada waktu hujung minggu dan waktu malam. Ramai pekerja asing juga dapat dilihat dikawasan hiburan dan juga tempat rekreasi. Buat masa ini suasana di Melaka masih lagi kelihatan ramai rakyat Malaysia dari pekerja asing tetapi kehadiran pekerja asing dalam masyarakat amat dirasai.
Kedatangan buruh asing telah memeriahkan aktiviti kehidupan di Negeri Melaka. Senang sahaja kalau ingin memikirkan, kalaulah sesuatu negeri telah mula mengambil pekerja asing sudah tentu tenaga kerja didalam negara tersebut tidak mencukupi. Ini bermakna aktiviti ekonomi dalam sesuatu negeri tidak akan dapat berjalan sepenuhnya jika kekurangan tenaga pekerja, jalan penyelesaian dengan mengambil pekerja dari negeri jiran. Pengambilan pekerja asing ini bukan sahaja untuk Negeri Melaka tetapi untuk semua negara diseluruh Malaysia. Ini sekali lagi menunjukan negara ini telah berada diambang negara maju seperti mana yang dicita-citakan oleh seluruh rakyat negara ini.
Melaka sebenarnya adalah sebuah negeri yang gigih dalam usaha menarik pelancong. Produk perlancongan sentiasa ditambah setiap masa. Kerajaan Negeri Melaka sangat bersedia menerima pendapat dari setiap rakyat dari segi menambah produk perlancongan. Baru-baru ini Pengarah Muzium Melaka telah menyatakan Negeri Melaka akan mempunyai Muzium ke 25. Ini kerana sebuah muzium kapal selam akan dibuka di Pantai Klebang tidak lama lagi. Muzium di Melaka meliputi Muzium prasejarah sehingga muzium yang mempamerkan peralatan moden. Menambah produk Muzium memerlukan usaha yang kreatif. Bukan sesuatu yang mudah untuk mempelawa pelancong untuk melawat muzium lebih-lebih lagi jika dikenakan bayaran. Kalau muzium percuma amat mudah untuk menarik pelawat tetapi sebahagian besar muzium di Negeri Melaka perlukan bayaran. Sudah tentu bahan yang di pamerkan mempunyai nilai yang tinggi dan 'value for money' untuk dilawati.
Selain muzium menjadi daya tarikan pelawat, satu produk inovatif Menara Taming Sari telah menjadi daya tarikan utama di Negeri Melaka. Rasanya tidak puas melawat Negeri Melaka jika tidak menaiki Menara Taming Sari. Kecantikan Negeri Melaka dari ketinggian 110 meter sangat cantik dengan harga yang berpatutan. Kalau Kuala Lumpur berbangga dengan adanya Menara Kuala Lumpur. Negeri Melaka pula berbangga dengan Menara Taming Sari. Menara Taming Sari adalah produk moden yang meletakan Melaka setara dengan negara pelancongan yang lain. Jika Menara Kuala Lumpur tidak berpusing tetapi Menara Taming Sari boleh berpusing. Sebenarnya pemandangan Bandaraya Melaka sangat cantik dari ketinggian Menara Taming Sari.
Rumah rakyat Negeri Melaka juga sudah sangat cantik. Kebanyakan rumah di Negeri Melaka yang dibina sendiri amat cantik lagi menarik. Rumah mereka kerap dihiasi dengan pokok bunga dan apa yang jelas kelihatan setiap rumah pasti mempunyai kereta. Kebanyakan rumah mempunyai lebih dari sebuah kereta. Kereta-kereta ini adalah milik penghuni rumah dan juga anak-anak yang mempunyai pekerjaan. Pemandangan rumah yang berkereta ini sangat janggal jika 30 tahun dahulu. Sangat membanggakan yang setiap anak Negeri Melaka telah mampu memiliki kereta jenama negara sendiri. Apa yang penting rakyat Negeri Melaka banyak telah mampu memilik kereta sendiri. Kalau dahulu kereta adalah sesuatu yang melambangkan kemewahan tetapi kereta merupakan sesuatu yang sangat diperlukan. Tidak ramai yang pergi kerja dengan menaiki bas sekarang. Banyak dari mereka yang menaiki motorsikal juga mempunyai kereta dirumah. Rakyat Negeri Melaka bukan sahaja mampu memiliki kereta tetapi mempunyai motorsikal untuk tujuan riadah.
Banyak rakyat Negeri Melaka telah mapu membeli rumah di bandar. Kepada mereka yang berjaya, sudah tentu ingin menukar corak hidup yang lebih maju. Rumah-rumah sekitar Bandaraya Melaka sangat laku. Cakap sahaja berapa harga yang dijual sudah tentu ramai yang mempu membelinya. Kesedaran untuk hidup dibandar mula dirasai apabila sesaorang telah mempunyai pekerjaan yang baik dengan pendapatan yang agak baik. Ramai telah menyedari kalau duduk di bandar banyak kemudahan yang dapat dinikmati. Anak-anak akan mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna selain kemudahan kesihatan, riadah, sukan dan kemudahan membeli belah yang selesa. Lihat sahaja pusat membeli belah sekitar MITC. Setiap hari tempat letak kereta penuh tidak kira hujung minggu atau untuk hari perayaan. Rakyat Negeri Melaka tidak lagi membeli belah dikedai runcit kampong kecuali beberapa barangan dan masa tertentu. Ramai rakyat Melaka telah membeli belah di supermarket yang besar di bandar. Tabiat makan diluar juga telah menjadi amalan hidup rakyat Negeri Melaka. Kita dapat melihat hampir semua kedai samaada kedai mahal, murah atau sederhana menjadi tumpuan dan penuh di waktu malam. Amalan makan diwaktu malam atau berjumpa kawan-kawan pada waktu malam adalah tabiat penduduk negara maju. Ini dapat dilihat di Negeri Melaka.
Satu lagi kehidupan yang jelas di Negeri Melaka ialah kemudahan kesihatan. Rakyat Negeri Melaka telah banyak mula berkunjung ke pusat rawatan swasta tidak kira klinik atau hospital. Trend ini amat ketara dengan kewujudan 3 buah hospital swasta yang besar dan pertambahan klinik pakar dan klinik harian yang sangat banyak Banyak rakyat Negeri Melaka yang sakit terus mendapat rawatan di hospital swasta. Kalau dahulu hospital kerajaan menjadi pilihan tetapi sekarang ini mereka yang mampu akan terus ke hospital swasta. Perkembangan ini sangat baik. Rakyat negeri maju sememangnya sanggup berbelanja untuk kemudahan kesihatan. Ini telah dilakukan oleh rakyat Negeri Melaka. Kemajuan sesuatu negeri perlu dilihat dari segi pencapaian kehidupan seharian. Untuk menunjukan sesuatu negeri itu maju bukan perlu sijil yang dianugerahkan tetapi perlu dilhat apa yang didendangan dalam kehidupan seharian. Ini telah didendangkan oleh rakyat Negeri Melaka. Kalau di hari raya setiap dari kita terhibur dengan lagu dendang perantau tetapi Negeri Melaka dengan dendangan negeri maju.
No comments:
Post a Comment