nuffnang ads

Thursday, 11 October 2012

BELAJARLAH MENGUTIP SAMPAH.



Kerap yang ditulis dalam artikel atau bahan-bahan bacaan yang lain adalah semua rakyat perlu membuang sampah ditepat ynng betuL. Semua dinasihatkan supaya membuang sampah kedalam tong sampah. Membuang sampah ditempat yang betul adalah satu perbuatan yang sangat baik dan patut dicontohi. Membuang sampah merata-rata adalah sikap yang tidak baik dan meru[pakn sikap mereka yang tidak bertamddun. Kerap kali kita akn melihat negara yang maju tidak mempunyai sampah yang bersepah-sepah. Bukan bermakna rakyat negara tersebut tidak ada sampah tetapi mereka meka membuang sampah kedalam tong sampah. Untuk bertambah baik lagi mereka mengasingkan sampah mengikut bahan yang boleh dikitar semuala. Inilah tabiat rakyat negara maju yang mana negari kita sudah memasuki kumpulan tersebut. Amat membanggakan jika kita mempunyai negara yang sangat bersih dan dipuji oleh rakyat diserata dunia.

Negeri bersih sudah tentu akan menerima banyak pelancong samaada dalam atau luar negara. Semua orang mahu hidup dalam juga ornegara yang mempunyai persekitaran yang bersih. Sesuatu negara yang banyak pelancong sudah tentu akan membawa pulangan yang tinggi kepada negara. Pelancong bukan saha datang lemihat tetapi mereka memerlukan keprluan hidup seperti tempat tinggal, makan dan kenderaan yang memudahkan mereka bergerak. Sudah tentu lebih ramai pelancong datang ke negteri kta rakyat akan mendapat manfaat. Nlihat sahaja pada hujung minggu dan cuti perayaan. Semua bilik hotel dan tempat penginapan penuh dan restoran kecil atau besar, mahak atau murah penuh dengan pengunjung. Inilah nikmat kalau kita mempunyai negfara yang bersih. Begitu juga kalau rumah kita sangat kotor dan sampah sarap dimana-mana, rumah akan kelihatan tidak terurus yang man sudah tentu tidak enak dilihat dan ada  juga yang sangat menjijikan. Kebersihan adalah asas kesihatan. Bukan sahaja bersih menambah rezeki tetapi kesihatan penduduk juga bertambah baik.

Satu perkara lagi yang perlu menjadi amalan rakyat negara maju adalah pandai mengutip sampah selain pandai membuang sampah. Ini tidak bermakna menjadi pekerja mengutip sampah tetapi mempunyai tangan yang ringan untuk mengutip sampah tertentu kalau kelihatan tidak enak mata memandang. Bukan juga bermakna menyinsing tangan untuk sama-sama mengutip sampah tetapi kalau terserempak sampah yang tidak perlu ada disitu atau membahayakan orang lain. Rakyat negara maju akan membantu mengutip sampah tersebut dan membuangkanya di dalam tong sampah. Tidak menurunkan martabat sesaorang kalau mengutip sampah yang mana akan memberi keselesaan kepada orang lain.

Sampah yang terjatuh diatas jalan raya sangat berbahaya kepada kereta atau motorsikal yang kerap dalam kelajuaan. Kalau mampu dan selamat apa salahnya mengutip sampah ini dan diletakan ketempat yang sepatutnya. Kalaulah perbuatan ini memberhayakan diri jangan cuba-cuba untuk menjadi orang baik, nanti diri yang tergadai. Buatlah berpada-pada pada ketika dan masa yang sesuai. Perbuatan mengutip sampah ini dipandang mulia oleh masyarakat tetapi jangan terlalu menunjuk-nunjuk atau keterlaluan. Jangan bahayakan diri sendiri walaupun membuat sesuatu untuk kebaikan.
Tidak ramai orang yang boleh mengutip sampah dan banyak orang yang pandai membuang sampah. Tidak ada banyak yang  dapat dilakukan jika kelihatan sampah yang tidak perlu berada disesuatu tempat. Apa yang boleh dibuat hanya melihat sahaja dan paling baik pun hanya merungut sahaja didalam hati. Kalau hendak membantu mengutip sampah tidak pernah terfikir didalam hidup kita. Mungkin kita akan mengutip sampah kalau berada didalam rumah kita atau ditemopat kita bekerja. Ini pun bukan sampah yang besar, mungkin kepingan kertas atau tisu atau botol minuman yang ditinggalkan. Kalau yang besar dan berat atau kelihatan menjijijkan, tidak ada orang ytang sanggup mengutipnya kecuali pekerja yang kerjanya mengutip sampah.

Adalah sangat menghairankan setelah diajar sangat lama yang mana tabiat membuang sampah yang betul telah diajarkan sejak sekolah rendah, tabiat membuang sampah merata-rata masih lagi tidak dapat diselesaikan. Masih lagi kelihatan ramai orang yang tidak mempunyai rasa tanggung jawap untuk menjaga kebersihan. Sememangnya akan menimbulkan rasa kehairanan kepada masyarakat tiba-tiba ada manusia yang bukan bekerja dengan syarikat mengutip sampah akan menghulur tangan untuk mengutip sampah. Ini sangat jarang berlaku dinegara kita tetapi ada dilakukan. Perbuatan mengutip sampah kecil adalah tabiat mereka yang berasal dari negara maju. Mereka tidak malu untuk melaksanakan inin semua kerana kecintaan mereka kepada alam sekitar. Mereka ini mahu dunia ini berada dalam keadaan bersih dan ditinggalkan juga dalam keadaan bersih. Mereka mahu generasi akan datanmg mewarisi negara ini dalam keadaan dunia ini sangat bersih.

Marilah kita sama-sama mengajar anak-anak kita mengutip sampah dan menmbuang sampah ke dalam tong sampah. Pengajaran ini mungkin boleh bermula dirumah sendiri. Seelok-elok praktikal dirumah sendiri dahulu. Setelah biasa dengan keadaan ini barulah memulakan operasi diluar kalau terserempak dengan sampah, bukan kerja mencari-cari sampah. Hanya kalau terserempak barulah sampah itu dikutip. Kepada yang bekerja mungkin boleh bermula ditempat kerja atau persekitaran meja tempat kita bertugas. Kalau nampak sampah bersepah jangan tengok sahaja tetapi kutip dan buang. Kalau boleh perbuatan kita tidak nampak oleh orang lain.Kalau ada orang lain yang nampak, ini merupakan pengajaran kepada mereka dan sudah tentu contoh yang sangat baik dan perlu menjadi ikutan orang lain. Perbuatan mengutip sampah adalah amalan terbaik yang perlu menjadi amalan setiap warga negara yang mendiami sebuah negara maju.

Kutip atau mengutip ialah memungut benda-benda kecil (satu demi satu atau sebiji demi sebiji). Mengutip buah yang telah gugur, setiap pagi mereka mengutip sampah sarap di keliling kawasan sekolah. Mengutip juga membawa makna memetik berita, mengambil (mencabut) perkawtaan-perkataan atau ayat-ayat daripada sesuatu karangan atau ucapan). Mengutip juga membawa makna mengumpul sesuatu dengan mengambil daripada berbagai-bagai sumber seperti “mengutip suber yang tepat atau mengutip derma. Kutipan ialah pungutan derma, petikan karangan atau cerita. Pengutipan adalah perihal mengutip. Pengutip ialah orang yang mengutip, pemungut atau pengutip derma.

Sampah ialah benda-benda yang dibuang, kotoran yang berupa daun-daun kering dan kertas-kertas kotor. Sampah sarap ialah bermacam-macam sampah, sesuatu benda atau orang yang tidak berharga atau berguna. Menyampah ialah berasa benci terhadap sesuatu atau sesaorang, meluat dan jijik. Persampahan ialah tempat membuang sampah atau timbunan sampah. Dunia sampah membawa makna  masyarakat orang yang hina.Perumpamaan sampah itu ditepi juga membawa maksud perbuatan orang yang hina atau miskin itu selalunya tidak dipedulikan. Sampah jangan ditendang sepak bermakna  orang yang miskin jangan dihinakan. Sampah hanyut ialah orang miskin yang hidup melarat. Kata-kata bidalan teralang-alang bagai sampah dalam mata ialah kemusykilan yang tidak dapat dilahirkan.

Sampah adalah sesuatu yang tidak baik dari pandangan mata. Kalau sesebuah rumah, sampah tidak dibuang dengan baik akan menampakan keperibadian penghuni rumah yang tidak baik. Selalunya rumah yang banyak sampah akan dikaitkan dengan kedudukan ekonomi dan cara hidup. Jika ada orang yang boleh hidup didalam sampah, ini juga menunjukan sesaorang yang tidak berkemampuan. Untuk kelihatan rumah cantik, bersih dan dikatakan sangat menitik beratkan kesihatan, perlulah rumah dijaga dengan baik dengan menguruskan sampah dengan betul. Sekarang ini sampah pun boleh mendatangkan pendapatan jika diurus dengan baik. Ramai orang yang telah menjadi kaya raya hanya dengan menguruskan sampah atau membuang sampah ditempat yang telah ditetapkan.

Belajar berasal dari perkataan ajar yang membawa makna petunjuk supaya diketahui atau diikuti sebagai binbingan atau panduan untuk melakukan sesuatu. Berajar ialah telah diajar atau dididik dengan budi bahasa (cara-cara kesopanan), berpendidikan dan beradat. Belajar bermakna berusaha untuk memperolehi ilmu pengetahuan atau sesuatu kepandaian, menuntut ilmu pengetahuan atau menjalani latihan. Mengajar pula ialah menyampaikan ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjuk-petunjuk kepada. Mengajar juga membawa maksud membaiki kelakuan dengan memberi nasihat, membuat seseorang melakukan atau tidak melakukan sesuatu berdasarkan pengalaman yang telah diperolehi. Mengajar juga membawa makna memarahi atau memukul sesaorang supaya jera agar tidak melakukan sesuatu lagi. Mengajari ialah mengajar sesuatu kepada seseorang atau memberi sesuatu pelajaran atau ilmu pengetahuan atau kemahiran. Ajaran pula ialah segala sesuatu yang diajarkan, nasihat atau petunjuk.Pelajaran ialah perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan. Pelajaran ialah segala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan yang diperolehi. Berpelajaran ialah orang yang mempunyai pelajaran atau berpendidikan.

Negara maju bukan sahaja maju dari segi pembangunan tetapi perlu maju juga dari segi “physical outlook”. Negeri maju perlu mempunyai bangunan yang cantik, rakyat yang cantik, persekiran yang bersih dan rakyat yang mempunyai pendapatan yang lumayan. Kalau pesekitaran selekeh, bangunan tidak diselenggara dengan baik, pesekiran jalan yang semak samun ditambah pula kemudahan awam yang sangat tidak terurus, sudah tentu negara ini tidak layak dipanggil negara maju. Kebersihan simpang jalan, bulatan, pembahagi jalan, papan tanda dan  juga semua tebing jalan adalah sangat penting. Persekitaran jalan raya kerap menjadi tontonan orang ramai. Jalan yang bersampah akan menjadi sebutan. Sampah yang tidak dikutip sepanjang jalan juga akan menjolok mata. Semua persekitaran jalan harus bersih dan menarik. Sampah sarap tidak bertaburan ditepi jalan. Jalan raya juga perlu diselenggara dengan baik.

Mengutip sampah adalah tabiat yang sangat baik yang perlu diamalkan sudah tentu tabiat baik akan diikuti noleh orang lain. Selain mendapat pahala kita juga akan mendapat persekitaran yang sangat cantik. Sudah tentu nehgeri cantikl akan menmdapat pujian dan ganjaran. Sudah tentu penduduk negeri maju akan bangga bersesuaian dengan majunya negeri yang telah mereka duduki. Marilah kita sama-sama amalkan sikap baik denga belajar mengutip sampah selain dari membuang sampah ditempat yang betul Kita perlu syok sendiri dengan negara yang maju, cantik bersih yang mana sudah tentu anak-anak kita dapat hidup dan belajar dalam keadaan yang membahagiakan. Sama-samalah kita mengutip sampah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...