Bercakap perlu dengan fakta dan tidak hanya berdasarkan kepada pemerhatian
yang cetek sahaja. Banyak orang bercakap hanya berdasarkan kepada apa yang
didengari sahaja tanpa berfikir dengan sempurna (dalam mahkamah amalan dengar
dan cakap tidak boleh menjadi bukti). Bercakap sahaja sehingga orang memikirkan
kita sangat pakar dalam sesuatu bidang dan akhirnya kita tidak dapat melakukan
apa yang kita cakapkan adalah merupakan tabiat yang tidak baik (profesional).
Cara yang terbaik dalam kehidupan adalah kita perlu menjadi pendengar yang sangat
baik. Jangan terlalu banyak bercakap jika kita tidak mempunyai maklumat yang
lengkap. Menjadi pendengar yang baik sangat memberi faedah dalam setiap aspek
kehidupan tanpa batasan umur. Tanpa menjadi pendengar yang baik kita tidak
mendapat maklumat yang lengkap dan tidak mendapat pengetahuan yang baru. Setiap
kali aktiviti yang kita hadiri tidak mendapat menfaat jika kita tidak mendengar
apa yang diperkatakan. Kita juga tidak memberi perhatian kepada ucapan pemimpin
dan tidak memberi perhatian kepada ucapan penganjur atau ucapan perasmian.
Akhirnya kita menghadiri sesuatu majlis hanya dapat makan sahaja menfaat lain
hilang begitu sahaja. Mungkin kita juga mendapat bahan seminar tetapi tidak
membawa banyak makna kepada kehidupan..
Setiap kali keputuan peperiksaan keluar, akhbar akan melaporkan kejayaan
cemerlang pelajar dengan diikuti temubual dengan pelajar yang mendapat kejayaan
luar biasa. Setiap kali temubual akan berakhir dengan pertanyaan yang sangat
perlu “Bagaimana anda mendapat kejayaan yang begitu cemerlang?”. Ini akan
dijawap oleh pelajar dengan mengatakan “Saya mendengar setiap patah perkataan
yang dikatakan oleh cikgu saya”. Jarang yang kita mendengar mereka berkata
menghadiri kelas tambahan, tusyen atau lain-lain yang telah mereka hadiri.
Setiap yang berjaya akan berkata mereka mendengar setiap patah perkataan yang
dicakap oleh cikgu mereka. Ini bermakna mendengar sangat penting.
Kemahiran mendengar bukan sahaja penting dalam dunia pembelajaran tetapi
juga penting dalam kehidupan. Kita tidak akan berubah jika tidak mendengar
sesuatu yang baru. Kita juga tidak ada kelainan dari masyarakat jika kita tidak
mendengar dan akhirnya tidak berubah. Kemahiran mendengar perlu dijadikan
kemahiran hidup dan amalan seharian. Kerap kita dapat melihat tidak dapat
menfaat dari kehadiran dalam sesuatu majlis, keramaian, ceramah atau seminar
jika kita tidak mendengar dan datang
untuk tidur lepas itu makan dan balik. Anak anak yang berjaya akan cuba sedaya
upaya untuk memahami apa yang dipelajari didalam kelas. Mereka akan mendengar
dengan tekun. Jika mereka gagal untuk memahami sesuatu fakta atau maklumat.
Mereka akan segera bertanya. Kerap kali kita mendapati anak-anak tidak mahu
bertanya setiap sessi pembelajaran berakhir. Ini kerana mereka tidak tahu apa
yang ingin di tanya. Ini kerana mereka belum faham apa yang diajarkan. Itu
sebab mereka tidak bertanya. Banyak alasan yang diberikan tidak faham kerana
ingin memahaminya dirumah atau semasa sessi ulang kaji dirumah. Ini bukan tidak
boleh tetapi adalah lebih baik proses pemahaman berlaku ketika sessi
pembelajaran berlansung. Apa yang kurang boleh terus difahami segera atau
ditokok tambah. Ini adalah proses pembelajaran yang terbaik bermula dari
kemahiran mendengar yang baik. Adalah perlu kita melatih diri kita menjadikan
kita mempunyai tingkah laku untuk mendengar apa yang diperkatakan.
Kemahiran kedua yang perlu ada adalah kemahiran menyiasat. Menyiasat ini
bermakna kita perlu membaca buku, pergi perpustakaan, melawat sambil belajar,
tanya kawan-kawan atau cikgu atau ibubapa dan melayari internet. Melawat sambil
belajar adalah aktiviti yang sangat penting diamalkan. Semasa lawatan kita
dapat melihat apa yang kita pelajari didalam kelas. Negeri Melaka adalah negeri
yang kaya dengan sejarah. Apa yang dipelajari dalam fakta sejarah ada di Negeri
Melaka. Melawat Melaka Bermakna Melawat Malaysia, Ini kerap diperkatakan.
Apakah makna ungkapan ini. Ini bermakna apa yang ada di seluruh Malaysia boleh
didapati di Melaka. Banyak fakta sejarah ada dalam negara kita yang perlu kita
lawati dan ini lebih membolehkan kita memahami sejarah dengan lebih mudah. Semuanya
telah kita lihat dan pernah berada didepan mata kita
Mempelajari sains dan teknologi lebih membuatkan proses penyiasatan menjadi
sangat penting. Makmal adalah tempat menjalankan kerja penyiasatan yang sangat
penting jika kita ingin memahami sains. Memahami sains juga sangat penting
dalam zaman moden ini kerana setaip aspek kehidupan moden berasaskan sains. Ini
kerana dari pengetahuan sains dikembangkan kepada keperluan kehidupan dan
kadang-kadang dapat melahirkan inovasi. Ini yang dinamakan teknologi. Kerja
penyelidikan sangat penting untuk membuktikan teknologi boleh digunakan untuk
memudahkan kehidupan. Semua kerja-kerja penyelidikan memerlukan kerja ujian
dalam makmal atau luar makmal. Sebelum sesuatu jumpaan dapat diterjemahkan
untuk kegunaan kehidupan, ujikaji yang lengkap perlu dijalankan. Setiap ubatan
sebelum digunakan untuk menyemboh penyakit perlu menjalani ujian dalam tempoh
yang lama. Setelah itu barulah ubat dibenarkan berada di farmasi untuk dijual
dan boleh digunakan untuk menyembohkan sesuatu penyakit. Setiap ujian, ujikaji
makmal dan kerja lapangan adalah proses penyiasatan yang perlu dilakukan.
Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan
perpustakaan di peringkat kampong, daerah, negeri dan negara. Kemudahan
perpustakaan juga perlu disediakan bermula di Tadika, Sekolah Rendah dan
Menengah, Kolej Komuniti, Politeknik, Giat Mara dan Universiti. Kemudahan ini
sangat perlu untuk menjadi pusat rujukan pelajar atau pelatih. Kita dapat
melihat kemudahan perpustakaan yang sangat hebat dan canggih. Perpustakaan
bukan sahaja mempunyai buku yang banyak tetapi mempunyai kemudahan berasaskan
elektronik yang hebat. Jika pelajar atau masyarakat tidak menggunakan kemudahan
yang tersedia ini adalah amat merugikan. Anak-anak sejak kecil lagi perlu
dididik menggunakan kemudahan perpustakaan tidak kira perpustakaan masyarakat
atau dipanggil perpustakaan komuniti. Mengggunakan kemudahan perpustakaan ada
amalan yang baik dan satu kaedah penyiasatan untuk lebih memahami apa yang kita
pelajari. Kerja penyiasatan akan membuatkan kita lebih memahami apa yang
dipelajari. Bukan itu sahaja, kita dapat terus mengembangkan apa yang kita
telah pelajari.
Berfikir adalah merupakan satu kemestian dan diperlu diamalkan. Setaip
tindakan perlu difikirkan terlebih dahulu. Kita tidak boleh bertindak mengikut
perasaan sahaja. Ada setengah gulongan membuat tindakan tanpa berfikir. Bukan
semua tindakan tanpa berfikir tidak menghasilkan kebaikan tetapi adalah menjadi
lebih tepat setiap tindakan perlu difikirkan. Orang yang berjaya akan
memikirkan setiap tindakan secara mendalam. Ada juga yang memikirkan “Apakah
tindakan mempunyai kebaikan dan Apa pula keburukanya?. Segala tindakan akan
menjadi tepat jika telah difikirkan masak-masak lebih-lebih lagi jika keputusan
yang diambil jika berlaku kesilapan akan menyebabkan kesan yang sangat buruk.
Kadang-kadang kita tidak menyedari kepentingan berfikir. Kita akan menyesal setiap
tindakan diambil dalam masa terburu-buru apabila keputusan tidak memihak kepada
kita. Banyak proses membuat keputusan akan mengajak kita kerap berfikir terlebih dahulu.
Kemahiran bercakap, berkomunikasi atau kemahiran menulis sesuatu adalah
proses terakhir. Dalam peperiksaan, ini adalah satu kemahiran yang penting.
Setelah kita mendengar, menyiasat dan berfikir. Kita perlu menjawap dengan
tepat dalam peperiksaan. Kita perlu bercakap apa yang perlu kita cakapkan.
Penulisan dan percakapan yang tepat adalah sesuatu yang sangat penting. Tidak
guna kita memahami setiap yang diajar tetapi kita tidak boleh menjawap dengan
baik dalam peperiksaan. Kerap kita mendengar anak-anak kita bercakap setelah
balik peperiksaan “Adik tahu tetapi tidak boleh jawap”. Ini selalu kita dengar,
tetapi apa guna kalau kita faham tetapi tidak boleh menyampaikan apa yang kita
fahami?. Apa guna kita memahami sesuatu fakta tetapi tidak boleh diterangkan
kepada mereka yang memerlukan?. Sebenarnya jika kita tidak mampu menyampaikan
apa yang kita fahami, ini seolah-olah kita tidak memahami apa yang dikehendaki.
Kemahiran bercakap adalah perlu dengan tujuan meyakinkan sesaorang sesuatu
pendapat. Kita perlu dilhat mempunyai kemahiran menyampaikan sesuatu. Kita juga
perlu dilihat pandai berhujah. Kita juga perlu dilihat pandai meyakinkan sesaorang.
Kita juga perlu dilihat sangat yakin dalam menyampaikan hujah. Kemahiran
menulis juga sangat penting. Banyak yang dilakukan perlu ditulis samada melalui
buku-buku, kertas kerja, laporan akhbar dan juga melalui persidangan. Adalah
didapati banyak jabatan kerajaan telah berjaya dan telah melakukan sesuatu
untuk rakyat. Banyak rakyat telah mendapat faedah dari perkhidmatan yang
dilakukan tetapi tidak dilaporkan dengan baik. Setiap kejayaan perlu ditulis
didalam laporan, web site dan juga didalam akhbar. Mahu tidak mahu, setiap yang
dilakukan perlu ditulis supaya dapat diketahui oleh rakyat. Adalah malang
setiap ‘succes stories” tidak dilaporkan. Mungkin ini dilihat seolah-olah
tabiat masuk bakul dan mengangkatnya sendiri. Dahulu tabiat ini dilihat tidak
begitu baik tetapi pada masa ini, jika ini tidak dilakukan, kita tidak akan
kemana.Kejayaan perlu diberitahu kepada orang lain dengan kaedah yang betul dan
bersesuaian.
Kemahiran dengar, siasat, fikir dan cakap perlu dijadikan amalan kehidupan
samaada murid sekolah atau gulongan dewasa. Amalan ini amat baik dan akan
membawa kejayaan kepada yang mengamalkannya. Setiap langkah tidak perlu dihafal
tetapi perlu diamalkan sahaja. Kepada anak-anak ini merupakan amalan untuk
mendapat kejayaan yang baik untuk kejayaan pembelajaran. Kepada meraka yang
dewasa yang telah mempunyai karier akan mencapai kedudukan yang lebih baik
dengan tindakan yang memberi menfaat yang baik. Kepada organisasi pula, amalan
yang baik menjadikan organisasi menjadi sangat cekap dan akan menghasilkan
tindakan yang amat baik dan berkesan. Walaupun amalan yang lain juga perlu
diamalkan tetapi amalam dengar, siasat, fikir dan cakap adalah amalan yang
sangat baik dan telah terbukti menghasikan kejayaan kepada individu dan juga
organisasi seterusnya menjadi kejayaan kepada negara.
No comments:
Post a Comment