Setiap manusia ingin berjaya
dalam karier masing-masing. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk dihargai
untuk mendapat pengiktirafan seterusnya dinaikan pangkat. Sudah seharusnya
apabila naik pangkat bermakna akan mendapat ganjaran kenaikan dari segi
kewangan, kuasa dan kedudukan. Sebenarnya inilah yang dicari dalam pekerjaan.
Seperti juga mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan. Segenap usaha
dilakukan adalah untuk mendapat keuntungan. Kalau boleh keuntungan perlu tinggi
atau setinggi yang boleh. Sudah seharusnya ini dapat dicapai dengan berkerja
kuat. Pendekatan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk menaikan motivasi
supaya sesaorang untuk bekerja kuat. Mungkin kalau tidak menjanjikan ganjaran,
mereka akan kerja kuat juga tetapi dengan menjanjikan ganjaran kenaikan pangkat
atau ganjaran kewangan kerap kali akan mendapat hasil yang baik.
Adalah tidak menjadi kesalahan
setiap individu berkerja kuat untuk kenaikan pangkat tetapi perlu diingat semua
sumbangan yang dilakukan untuk kenaikan pangkat perlulah menyumbang kepada
pembangunan negara. Paling tidak apa yang dilakukan perlu ada pulangan kepada
rakyat. Pulangan ini mungkin tidak secara langsung tetapi harus ada kebaikan
kepada rakyat. Kepada mereka yang makan gaji terutama dalam sektor kerajaan
perlu kerap memikirkan apakah mereka telah menyumbang kepada rakyat. Kerajaan
telah memberikan pelbagai kemudahan untuk mereka. Apakah kehadiran mereka dalam
sektor tertentu memberikan pulangan 'value for money' untuk rakyat. Setiap
mereka yang terlibat perlu melihat apa yang mereka terima dan apakah yang dapat
diberikan juga?. Jangan asyik memikirkan apa yang aku dapat dan pada masa yang
sama kita asyik meminta-minta tanpa berkeinginan untuk memberi.
Semua orang bercakap pentingnya
membuat penyelidikan. Untuk itu bidang penyelidikan sudah menjadi keperluan
kepada negara. Selain dari universiti, semua institusi pengajian tidak kira
tinggi atau rendah sangat menitik beratkan penyelidikan. Sudah semestinya
setiap berjaya dalam penyelidikan akan diberi ganjaran kenaikan pangkat. Inilah
cara institusi penyelidikan menarik minat penyelidik untuk membuat penyelidikan
yang berkualiti. Kepada universti untuk menarik minat pensyarah untuk membuat
penyelidikan adalah menjanjikan kenaikan pangkat kepada jawatan pensyarah
kanan, professor madya dan juga professor. Untuk menarik calon ijazah tinggi
untuk mendapatkan ijazah sarjana atau kedoktoran pula akan dijanjikan segulong
ijazah pada hari konvokesyen dengan peluang mendapat pekerjaan yang cerah atau
mendapat glamor mempunyai ijazah tinggi. Adalah menjadi kebanggaan ibubapa
sekarang anak-anak mempunyai ijazah tinggi dan bergelar doktor.
Sudah menjadi bahan bercakapan
yang tidak disorok lagi, setiap yang membuat penyelidikan perlu menulis setiap
hasil penyelidikan untuk dimuatkan di dalam jurnal kebangsaan atau jurnal
antarabangsa. Adalah digalakan juga setiap hasil penyelidikan dibentang di
seminar atau persidangan kebangsaan atau diluar negara. Adalah digalakan juga
untuk setiap hasil penyelidikan yang menghasilkan produk di pamerkan untuk
mendapat pingat emas, perak atau gangsa dari pameran diseluruh dunia mahu pun
diperingkat kebangsaan. Itu sebabnya kita dapat melihat banyak penyelidik kita
yang akan keluar negara hanya untuk membentangkan produk yang baru mereka temui
melalui penyelidikan. Kepada penyelidik semua ini perlu mereka lakukan kerana
dalam kriteria kenaikan pangkat telah diberi markah untuk setiap sumbangan yang
berupa pembentangan kertas kerja, penulisan jurnal, pingat yang didapati,
jumlah geran penyelidikan yang diperolehi dan juga produk yang telah di
patenkan walaupun tidak dikomersilkan dan juga produk yang telah dipatenkan
atau telah dijual. Mahu tidak mahu penyelidik terpaksa membuat penyelidikan
kerana ganjaran yang dijanjikan adalah markah/mata untuk pertimbangan kenaikan.
Inilah yang penting hasil penyelidikan yang dapat ditulis dan dipamerkan akan
diberi ganjaran kenaikan pangkat. Itulah yang dikejar-kejar oleh penyelidik
kerana mereka tidak ada pilihan lain.
Kerajaan membelanjakan banyak
wang untuk pembiayaan aktiviti penyelidikan. Harapan kerajaan setiap hasil
penyelidikan dapat dikomersilkan iaitu dapat dijual. Ini bermakna usahawan baru
dapat diwujudkan. Kerajaan juga tidak mahu lagi negara ini menjadi negara
pengguna teknologi semata-mata tetapi kerajaan ingin negara ini menjadi negara
pengeluar teknologi pula dan juga ingin menjadikan produk inovasi penyelidikan
negara ini sebagai satu sumber baru ekonomi. Adalah amat malang ini tidak dapat
direalisasikan kerana produk inovasi penyelidikan banyak yang tidak dijual
hanya ditulis dan dibentangkan semasa persidangan diluar negara. Ini dikatakan
menang berkokok dan kampong tergadai. Banyak cerita tentang penghasilan produk
tapi dinegara sendiri orang tidak diberitahu. Ini amat melucukan.
Pembentangan hasil produk
dipersidangan luar negara dan juga penulisan dalam jurnal antarabangsa adalah
satu pembaziran yang tiada memberi manfaat kepada negara. Tidak ramai yang
sanggup bercerita perkara ini, mungkin tahu sama tahu sahaja. Hasilnya setiap
yang membentang kononya akan menaikan nama institusi yang ditulis oleh penulis
tapi hasilnya hampir tiada. Setiap pembentangan dan penerbitan yang dilakukan
diluar negara tidak memberi pulangan kepada negara malahan merugikan
negara. Semua hasil penyelidikan kita
diketahui oleh orang lain dan orang lain juga tahu setakat mana kemampuan kita.
Mungkin maklumat penyelidikan ini dibaca dikalangan mereka sendiri sahaja.
Kalau juga dibaca diluar negara hanya memberi manfaat kepada penyelidik diluar
negara. Itu sebabnya ada institusi pembelajaran yang mengalakan pensyarah
membuat penyelidikan, menulis dalam jurnal antarabangsa hanya tujuan untuk
menaikan rating sahaja. Perkara ini perlu difikirkan. Ini tidak akan menyumbang
kepada pembangunan dan ekonomi negara sebenarnya.
Sepatutnya hasil penyelidikan
perlu dikomersilkan dan dapat mewujudkan usahawan dan memberi sumbangan kepada
ekonomi rakyat dan negara. Kalau tidak dikomersilakan produk perlu diberi
publisiti didalam negara dari segi pembuatan dan pencapaian atau 'technical
know how'. Ini membolehkan rakyat faham kaedah penghasilan produk dan paling
tidak masyarakat tahu hasil penyelidikan yang tidak dapat dimanfaatkan. Adalah
sangat penting setiap pencapaian dalam penyelidikan dibentangkan dan ditulis
didalam negara. Biarkan masyarakat menerima hasil penyelidikan sebagai
pengetahuan dan paling tidak ada juga 'technology transfer'. Hasil penyelidikan
perlu disampaikan kepada masyarakat dengan penulisan disurat khabar dan juga
majalah di dalam negara. Ini membolehkan rakyat mendapat satu pengetahuan baru.
Institusi yang tertentu perlu
melihat semua setiap hasil penyelidikan dalam apa bidang sekali pun samaada
yang mempunyai produk atau tidak, perlu disampaikan kepada masyarakat. Pihak
pentadbir perlu memberikan markah atau mata nilai yang tinggi untuk sumbangan
kepada masyarakat bukan mementingkan penerbitan luar negara yang tidak memberi
manfaat kepada rakyat. Lihat sahaja selama ini mereka yang berjaya mendapat
kenaikan pangkat yang dikatakan berjaya menulis untuk penerbitan luar negara,
adakah hasil penyelidikan mereka digunakan oleh masyrakat sejagat. Mungkin ada
secara tidak langsung. Tetapi sebenarnya apa yang penting adalah untuk mendapat
apa sahaja maklumat hasil penyelidikan dan perlu disumbangkan kepada rakyat.
Rakyat memerlukan maklumat ini untuk menjadikan sebagai sebahagian dari
pengetahuan untuk kehidupan. Adalah tidak adil setiap penyelidikan dibiayai
oleh dana dalam negara tetapi manfaatnya kepada mereka yang berada diluar
negara.
Banyak penyelidik yang amat
berbangga mereka telah membuat pembentangan diluar negara. Sebenarnya banyak
yang tidak mengetahui setiap pembentangan produk persidangan diluar negara
memerlukan bayaran untuk pembentangan. Pembentangan pula tidak melebihi 15
minit. Ada yang menerbitkan dalam bentuk 'proceeding' tetapi sekarang ini
banyak yang memberikan CD sahaja. Bayaran pula bukannya murah selalunya melebih
RM 3000 ringgit. Berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk tujuan
pembentangan hasil produk penyelidikan diluar negara selain yuran penyertaan,
tambang kapal terbang, penginapan dan makan minum semuanya memerlukan
perbelanjaan dari geran penyelidikan yang disediakan oleh kerajaan. Malangnya
setelah wang dibelanjakan sedemikian banyak, kalau dapat nama pun penulis atau
pembentang sahaja dengan mengutip markah untuk kenaikan pangkat. Itu sebabnya
banyak penyelidik terkejar-kejar membuat pembentangan di persidangan diluar
negara. Hasinya hanyalah markah dan setelah jumlah yang cukup akan dinaikan
pangkat.
Sudah sampai masanya amalan yang
tidak sehat ini dilihat kembali oleh institusi tertentu. Perkara ini jarang
diperbincangkan kerana banyak mereka yang berjaya dalam profesion tersebut
adalah mereka yang berkelulusan dari luar negara. Mereka ini banyak terpengaruh
dari institusi tempat mereka belajar diluar negara. Banyak juga yang berjaya
dinaikan pangkat masih lagi menggunakan perkhidmatan nasihat dari tempat
pengajian mereka dahulu. Adalah perlu difikirkan mungkin juga pendekatan diluar
negara sesuai untuk keadaan mereka. Untuk kemajuan dalam negara pendekatan yang
sesuai untuk masyarakat negara ini perlu dicari. Seperti berkerja kuat untuk
mengkomersilkan produk penyelidikan untuk mengwujudkan usahawan. Untuk
masyarakat negara barat setiap yang produk yang digunakan perlukan bukti
saintifik. Itu sebabnya kerja penyelidikan di dalam negara kita adalah untuk
menyediakan bukti saitifk. Tanpa bukti saintifik, produk penyelidikan mereka
adalah sia-sia sahaja. Keadaan ini berlainan di negara kita, banyak produk yang
boleh dijual atau dikomersilkan adalah produk yang tidak mempunyai bukti
saintifik. Masyarakat negara ini tidak memerlukan bukti saintifik, cukuplah
dengan beberapa pengakuan mereka yang pernah mencuba atau orang-orang terkenal.
Maklumat ini sudah mencukupi untuk mereka menggunakan produk tersebut. Kita dapat lihat peniaga
ubat yang berjaya memasarkan produk mereka. Peniaga ini tidak menunjukan bukti
saintifik tetapi mengatakan pengguna produk ini terdahulu dan apa hasilnya.
Inilah sebenarnya yang dicari oleh rakyat Malaysia. Masyarakat juga tidak
merujuk jurnal antarabangsa untuk menggunakan sesuatu produk. Cukuplah dengan
reputasi pengguna yang telah menggunakan peralatan tersebut. Maklumat ini sudah
mencukupi untuk meyakinkan masyarakat di Malaysia..
Sudah sampainya, setiap kenaikan
pangkat untuk jawatan tertentu perlu menimbangkan apakah sumbangan sesaorang
kepada masyarakat dan pembanggunan negara. Lebih-lebih lagi kepada mereka
yang telah membelanjakan wang masyarakat yang banyak untuk belajar dan
membelanjakan wang yang banyak untuk membuat penyelidikan. Negara kita sekarang
ini tidak boleh membiarkan amalan yang salah ini diteruskan. Setiap sumbangan
individu perlu dinilai samaada telah menyumbang kepada masyarakat. Menulis
jurnal diluar negara dan juga membentangkan hasil produk dipersidangan diluar
negara adalah satu pembaziran wang negara. Setiap penyelidik juga jangan hanya
memikirkan untuk menulis dan membentang diluar negara sahaja. Setiap titik
peluh perlu disumbangkan kepada negara tercinta. Satu dasar kenaikan pangkat
untuk jawatan tertentu perlu difikirkan untuk kemakmuran negara dan negara
tidak mengalami kerugian yang berterusan. Berilah keutamaan bagaimana untuk
memberikan rakyat pengetahuan berkenaan pencapaian sesuatu penyelidikan. Ini
amat penting untuk menambah pengetahuan negara pada masa hadapan. Jangan hanya
memikirkan untuk naik pangkat sahaja tanpa memikirkan keuntungan kepada negara.
Ini perlu difikirkan oleh bijak pandai negara ini.
Betul kata tuan.
ReplyDeleteSetiap bait dalam penulisan ini saya setuju kerana saya melalui semua fasa ini.
Saya juga tidak mahu fasa ini dilalui oleh orang lain.
Tetapi, bagaimana untuk mengehentikan fenomena sebegini dan memberi alternatif ?
Pentadbir memerlukan modal untuk mentadbir, membuat dasar. nampaknya sekarang modal baru ialah penyelidikan. tetapi kita tahu bermula dari penyelidikan sains sosial, teknikal, conference, jurnal, paten, IP dan kolaborasi komersil semuanya bukan atas dasar yang jelas.
hanya ikut ikutan dan peluang naikkan nama.
apakah alternatif kepada menghentikan fem=nomena penyelidikan sebegini ? semenjak SCOPUS dan ISI dan diperkenalkan, kita semakin gila. walhal, hasilnya tidak seberapa.
adakah bangsa Korea atau Jepun membuat seperti kita ? saya musykil.
bolehkah tuan mengulas bangsa korea atau jepun ?