Kerap kali apabila menjelang perayaan, perjalalanan di jalan raya adalah satu yang sangat hangat diperbincangkan.Sudah tentu perjalanan balik kampong adalah agenda utama dan menjadi satu urusan yang perlu diselesaikan oleh berbagai pihak yang ada kena mengena dengan jalan raya.Kalau dulu pihak polis menjalankan ops sikap kerana pada masa itu semua pihak berkata kemalangan ada kerana sikap.Memang betul semua ini bermula dari sikap.Kita tanya siapa sahaja dari pangkat besar ke pangkat kecil akan mengatakan sikap perlu diperbetulkan. Agaknya itulah sebabnya pihak polis menamakan ops sikap sejak bertahun-tahun dahulu.Sekarang ini pihak polis telah mengubahnya kepada ops selamat pula.Menurut pihak polis dalam musim perayaan sumuanya perlu selamat.Sudah tentu perlu selamat dalam perjalanan balik kampong, harta bendaya yang ditinggalkan perlu selamat dan selamat dalam serba serbi.
Selamat bermakna terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya, aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa ganguan, ucapan atau doa dengan harapan supaya sejahtera (terhindar daripada segala bencana atau sampai hajat) atau sebagai tanda bersyukur.Selamat juga membawa makna harapan supaya aman sentosa (sejahtera) yang diucapkan sebagai tegur sapa (salam).Berselamat ialah mengucapkan kata-kata sapaan seperti selamat pagi atau selamat petang kepada seseorang.Menyelamati ialah mengadakan kenduri untuk memperolehi keselamatan.Menyelamatkan ialah menjauhkan bencana (bahaya) daripada seseorang, mengusahakan (melindungi) supaya selamat , menjimatkan wang (waktu atau tenaga) supaya tidak terbuang dengan sia-sia, mengkebumikan (mayat) atau mengadakan kenduri untuk atau menyelamatkan.Terselamat ialah terhindar atau terpelihara daripada bencana (bahaya), tel;ah dijauhi ndaripada sebarang kecelakaan.Selamatan ialah kenduri untuk mendapatkan selamat.Berselamatan ialah mengadakan kenduri (selamtan) atau saling mengucapkan selamat.Keselamatan ialah perihak selamat, kesejahteraan dan keamanan.Penyelamatan ialah perbuatan atau usaha menyelamat dan penyelamat ialah orang yang menyelamatkan.
Soal keselamatan bukan boleh ditukar ganti dan sangat penting dalam urusan kehidupan.Tidak ada orang dalam dunia yang ingin membuat kerja jika tidak selamat. Sudah tentu semuanya ingin mengejar kesenangan dalam kehidupan.Senang bermakna kehidupan yang serba mudah, tidak ada kesulitan (perkara yang susah-susah) dan tidak ada yang menyusahkan.Senang juga membawa makna suka, mesra, berasa puas (enak, nyaman dan gembira), rehat, bahagia (hidupnya), tidak susah atau melarat, bersahaja dalam percakapan dan tenang.Bersenang sama seperti bersenang-senang iaitu berbuat sesuatu dengan senang hati (supaya senang), berehat-rehat, bersuka-suka.Bersenangkan, bersenang-senangkan ialah bersenang-senang untuk melepaskan lelah atau berehat.Menyenangi ialah berasa senang (gembira) akan, suka akan dan menyukai..Menyenangkan ialah menjadikan mudah (tidak susah), memudahkan, melicinkan (perjalanan), mendatangkan rasa senang, menyamankan, menenteramkan (perasaan atau fikiran), memuaskan, membetahkan (penyakit) dan menyembuhkan, menjadikan senang (bahagia atau mewah).Kesenangan ialah perihak senang, kebahagian, kegembiraan, keenakan dan kepuasan.
Perkataan senang adalah berlawan dengan perkataan susah yang bermaksud Susah ialah perasaan tidak puas hati kerana kesukaran dan kesulitan, perasan tidak senang, tidak mudah mendapat atau mencari sesuatu, tidak senang hati, sedih hati, dukacita, serba kekurangan, miskin dan papa. Bersusah atau bersusah-susah ialah melakukan sesuatu dengan susah payah atau berpenat lelah mengerjakan sesuatu. Menyusahi ialah menjadikan sesaorang susah atau menggangui. Menyusahkan ialah menjadika sesaorang susah, menyukarkan, menyulitkan, menjadikan susah, sedih, risau, mendukacitakan dan merisaukan. Mempersusah ialah menjadikan lebih susah. Kesusahan adalah perihal susah, kesengsaraan, kesukaran dan kesulitan.
Memiliki kereta ada satu kebanggaan. Kalau dahulu memiliki kereta adalah satu kemewahan tetapi memiliki kereta adalah satu keperluan. Kalau kita mengunjungi mana-mana sahaja jabatan kerajaan atau swasta atau kilang kita akan lihat kereta bersusun-susun atau kalau dikilang yang mempunyai ratusan pekerja sudah tentu kita dapat memerhatikan lautan kenderaan. Jumlah kenderaan yang begitu banyak dapat dilihat apabila hari cuti hujung minggu, cuti yang bersambung-sambung, cuti perayaan, cuti sekolah atau apa-apa keramaian. Ada juga yang menyatakan dari jumlah kenderaan kita dapat melihat tahap ekonomi sesuatu negara. Kepada masyarakat, kejayaan tidak dapat disorok dalam memiliki kenderaan. Jenis dan jumlah kereta yang dimiliki adalah melambangkan kejayaan atau kekuatan ekonomi sesuatu keluarga.
Anak-anak yang baru sahaja berkelulusan mana-mana institusi pengajian tinggi selalunya apabila mendapat pekerjaan. Pilihan utama adalah untuk memiliki kenderaan terlebih dahulu. Alasan yang diberikan adalah untuk memudahkan urusan pekerjaan samaada ulang alik ketempat kerja atau urusan pejabat. Keluarga juga tidak suka melihat anak-anak berkelulusan universiti menaiki bas atau menaiki teksi untuk berulang alik ketempat kerja. Keluarga akan berusaha untuk membantu anak-anak memiliki kenderaan walaupun kecil mana. Ibu bapa akan berusaha untuk mendapatkan wang pendahuluan untuk membayar duit muka untuk membeli kenderaan. Sekarang ini untuk membeli kereta juga sangat mudah. Ada syarikat kenderaan tidak memerlukan bayaran muka. Tempoh pinjaman/pembiayaan selama 9 tahun dan pada hari pertama mendapat pekerjaan sudah boleh membeli kereta. Begitu mudah untuk membeli kereta dinegara kita. Itu sebabnya jumlah kenderaan di negara kita begitu banyak.
Gulungan berada juga sudah tentu mempunyai kemampuan luar biasa. Kita dapat melihat jumlah kendereaan yang diletakan diluar atau hadapan rumah. Jumlah kereta melebihi dari jumlah penghuni rumah. Kalau rumah besar dan tinggal dikawasan elit. Sudah tentu kereta berjenama dan jumlah kereta yang dimiliki sudah tentu lebih dari satu dari setiap seorang penghuni.Gulungan jutawan kerap akan memiliki atau memandu kereta mewah. Kereta mewah ini bukanlah untuk urusan pekerjaan atau urusan harian. Kerap kali gulungan ini mempunyai banyak kereta dan setiap kereta untuk berlainan perkhidmatan. Kereta mewah hanya untuk dibawa bersiar-siar bersama kawan-kawan. Ini kerap kelihatan dihujung minggu dimana mereka yang berkereta mewah akan berkumpul disesuatu tempat dan akan berkumpulan menuju kesatu-satu tempat yang lain. Mereka ini apabila beramai-ramai tidak memandu laju. Kereta mewah untuk mereka berehat dan bersaing-saing antara kawan-kawan. Itu sebab jarang kita dengar kereta mewah terlibat dengan kemalangan. Banyak yang terlibat dalam kemalangan adalah kereta murah yang dikatakan tidak memandu berhati-hati. Kereta yang dimiliki oleh rakyat Malaysia adalah melambangkan kejayaan dalam kehidupan. Apabila naik sahaja prestasi kewangan, kereta akan mulah difikirkan. Banyak yang tidak mahu membayar pinjaman Pinjamanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang diambil semasa belajar dahulu keratan mengutamanakan pembelian kereta. Bebagai-bagai alasaan yang diberikan untuk membayar balik pinjaman tetapi pada masa yang sama memiliki kenderaan dengan alasan memudahkan berulang alik ketempat kerja.
Sudah tentu tragedi kemalangan amat menyedihkan. Lebih-lebih lagi kemalangan yang menyebabkan cedera parah dan juga yang melibatkan kehilangan nyawa. Kemalangan bukan sesuatu yang diminta atau diingin tetapi terjadi juga keatas sesaorang. Banyak orang yang cuba mengelakan kemalangan tetapi kalau sudah terjadi akan dikatakan sudah suratan yang tidak dielakan. Banyak pendekatan yang telah diambil untuk mengelakan kemalangan oleh berbagai pihak. Banyak kaedah yang telah berhasil tetapi banyak juga yang masih diteruskan walaupun tidak menunjukan penghasilan yang baik. Kerajaan mengambil kira kemalangan sesuatu yang penting yang perlu ditandatangani tetapi tidak dipandang penting oleh setengah pihak. Kerajaan juga telah menubuhkan berbagai-bagai agensi untuk mengurangkan kemalangan jalan raya dan banyak duit yang telah dibelanjakan untuk berbagai-bagai pendekatan seperti dilaporkan didalam akhbar. Kemalangan hanya jadi bahan bacaan biasa sahaja tanpa ada kesedaran dan usaha untuk mengurangkanya secara persendirian.
Berbagai-bagai pendekatan telah dilakukan termasuk membina jalan kelas pertama, lampu isyarat yang baik dikebanyakan persimpangan, tanda jalan yang mengikut spesifikasi antarabangsa, undang-undang yang ketat untuk mengawal kelajuan, saman dikeluarkan untuk setiap kesalahan dan juga meletakan pegawai polis untuk tempat tertentu untuk mengawal kenderaan. Usaha yang menelan perbelanjaan yang banyak ini seolah-olah tidak memberi kesan. Kerap dilaporkan kematian disana sini di jalan raya. Kerap juga dilaporkan kemalangan yang melibatkan banyak nyawa. Kita seolah-olah hilang kawalan terhadap kemalangan. Rakyat juga seolah-olah tidak hairan jika akhbar meloporkan kemalangan jalan raya. Sudah tiada yang mengejutkan terhadap tragedi kemalangan dan sudah menjadi kejadian harian yang tidak perlu dirisaukan. Jika rakyat sudah mula tidak menghiraukan kemalangan yang terjadi, ini sangat merisaukan dan perlu ditangani oleh pihak tertentu dengan segera. Kita tidak mahu kemalangan menjadi tragedi yang tidak menakutkan lagi. Amat malang untuk negara kalau ini terjadi. Anak-anak muda juga dilihat tidak melihat kemalangan sesuatu yang menakutkan. Banyak cadangan untuk menjadikan kemalangan jalan raya sebagai mata pelajaran yang diajar disekolah. Perkara ini masih lagi dalam peringkat perbincangan oleh berbagai pihak. Mungkin satu keputusan yang baik dapat dibuat supaya kemalangan dapat dikurangkan pada masa hadapan.
Mahu tidak mahu, jumlah kemalangan meningkat mungkin juga disebabkan jumlah kenderaan yang sangat banyak kerana ramai orang yang sudah mampu memiliki kereta.Sudah tentu apabilka negara makin maju, memiliki kenderaan bukan lagi barangan mewah tetapi satu keperluan.Apabila rakyat sudah cukup makan dan pakai, sudah tentu mereka inginkan kehidupan yang lebih baik dan kalau boleh lebih bergaya.Salah satu keperluan untuk bergaya adalah memiliki kenderaan. Sudah jelas apabila negara maju kendeaan semakin banyak.Laporan akbar kerap menunjukan jumlah kenderaan akan bertambah apabila menjelang hari-hari perayaan lebih-lebih lagi menjelangan sambutan hari raya aidil fitri dimana tradisi balik kampong adalah satu amalan bagi mereka yang duduk berjauhan.
Banyaknya kereta adalah lambang kejayaan sesuatu negara kalau dilihat pada mata kasar.Setiap yang memiliki kereta sudah tentu berduit.Kerap kali Bandaraya Melaka akan menjadi sesak pada hujung minggu atau apabila musim cuti sekolah atau cuti umum.Orang Melaka juga telah menggunakan perkataan jammed yang pada satu masa dahulu hanya digunakan diKuala Lumpur sahaja.Sudah tentu jammed akan menimbulkan kesulitan dan pergerakan menjadi lambat.Jammed adalah kerana kereta banyak untuk menuju kesatu-satu destinasi.Jammed tidak dapat dielakan untuk negara maju.Tidak ada satu negara dalam dunia yang maju yang tidak jammed.Walau macam mana baik sesuatu perancangan, jammed tidak dapat dielakan.Jammed berlaku apabila ramai orang dan negara telah maju.Jika negara ramai orang tetapi tidak maju juga akan berlaku jammed ini mungkin diperkatakan kerana infrastuktur jalan raya yang tidak baik.Apa yang dapat disimpulkan jammed adalah kerana orang banyak yang mampu memilik kenderaan ini adalah baik dari segi ekonomi.Ini mungkin yang dicari-cari dan tidak dapat dielakan.
No comments:
Post a Comment