Mendengar ucapan perasmian majlis
Juara Rakyat Parlimen Tangga Batu pada 8hb Februari 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan
Klebang Besar oleh YB Datuk Hj. Ir. Idris bin Haron dimana beliau telah
mengupas erti kehidupan yang tidak sahaja berwarna hitam dan putih sahaja.
Menurut beliau kehidupan perlu diwarnai, barulah kehidupan bertambah ceria dan
negara akan bertambah maju serta rakyat sentiasa hidup dalam kecemerlangan.
Menurut Yb Datuk Idris, hidup adalah sesuatu yang indah kalau kita pandai
meronakanya. Hidup bukanlah satu laluan yang lurus walaupun kita menuju
ketempat yang sama. Kita perlu kreatif dalam kehidupan, perjalanan hidup
perlukan warna-warni kehidupan bukan hanya berwarna hitam dan putih sahaja.
Kita juga dapat melihat jika semuanya hitan putih sudah tentu kita tidak ceria.
Kalau dahulu siaran televisyen dalam warna hitam dan putih tetapi kerajaan
dengan teknologi yang diperkenalkan telah merubah kepada televisyen berwarna.
Kalau ini diceritakan kepada anak-anak, sudah pasti mereka tersenyum lebar
seakan-akan tidak mempercayaainya.
Satu ketika dahulu gambar hitam putih adalah sesuatu yang biasa. Gambar
berwarna-warni akan menimbulkan kehairanan
dan menjadi daya tarikan. Sekarang semuanya telah terbalik. Gambar
semuanya telah dalam bentuk warna-warni dan gambar hitam putih pula menimbulkan
kehairanan. Sesiapa yang melihat gambar hitam putih seakan-akan melihat sesuatu
barangan kuno pula. Begitulah teknologi telah menukarkan kehidupan. Untuk itu
kita perlu mewarnai kehidupan dengan keceriaan dan gembira serta mengembirakan
orang lain. Selain kita hidup untuk diri sendiri atau membesarkan keluarga,
kita juga membantu orang lain dan harus berbakti kepada negara.
Setiap yang hidup perlu berniat untuk
hidup yang lebih selesa dan berharap juga orang lain akan selesa. Tiada gunanya
kita sekeluarga hidup senang tetapi jiran-jiran sekeliling hidup susah.
Bagaimana jika kita sekeluarga dapat makan sedap pada masa yang sama jiran dan
rakan terdekat tidak mendapat menjamah makanan. Hidup ini perlu membantu orang
lain untuk membolehkan hidup kita lebih bermakna dan berwarna. Kalau kita hidup
dalam masyarakat kita perlu memberi sumbangan supaya kehadiran hidup kita dalam
masyarakat disedari. Hidup dalam masyarakat tidak boleh menyendiri. Walaupun
kita tidak mengharapkan orang lain membantu kita dari segi kewangan tetapi ini
tidak bermakna hidup dalam masyarakat perlu menyendiri. Kalau kita tidak
perlukan bantuan orang lain tetapi kita boleh menyumbang apa yang kita ada
untuk masyarakat.
Kehidupan dalam masyarakat tidak
semestinya kita menyumbang sesuatu yang besar atau wang ringgit dalam jumlah
yang banyak. Kalau tidak menyumbang wang ringgit sudah mencukupi jika kita
menyertai aktiviti masyarakat seperti pesatuan penduduk, majlis keagamaan atau
majlis gotong royong yang dianjurkan. Kalau boleh kita memberi tenaga semasa
majlis kenduri atau pun majlis yang bercorak kemasyarakatan. Penglibatan ini sudah sangat baik dari segi
sumbangan kepada masyarakat dan sangat diperlukan.
Memang amat menyeronokan apabila
telah dapat apa yang kita cita-citakan (cita-cita tercapai). Ada juga leka
dengan kesenangan yang telah dicapai dan sentiasa memikirkan hal diri sendiri
dan keluarga mereka sahaja. Mungkin ini yang mereka ingini tetapi “apakah ini
sikap yang baik?”. Banyak yang telah berjaya hanya menumpukan kepada diri
sendiri. sahaja Apabila balik sahaja dari pejabat, mereka hanya duduk dirumah
melayan keluarga (memang ini sesuatu yang baik). Pada hujung minggu duduk
dirumah, pergi membeli belah bersama keluarga atau balik kampung atau berhibur
disana sini. Tidaklah diketahui samaada sikap ini baik atau tidak. Kalau kita
bertanya kepada sesaorang, mungkin jawapan mereka akan berbeza. Paling tidak
kita boleh memikirkan “apakah mencukupi setelah kita menikmati sesuatu yang
kita cita-citakan dengan kemudahan yang ada atau telah disediakan ? dan kita
menyatakan ini pencapaian kita dan lain-lain tidak penting.
Kenikmatan dan kejayaan yang kita
nikmati perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan berbagai cara. Jika
kita tidak mampu dengan wang ringgit atau harta benda kita boleh menyumbang
dari segi tenaga dan daya usaha. Sumbangan wang ringgit amat besar kepada
masyarakat. Kita lihat berbagai program atau badan yang memerlukan sumbangan
untuk sesuatu tujuan. Kita tidak boleh berharap kepada ahli-ahli politik,
syarikat swasta, ushawan dan badan bukan kerajaan (NGO) sahaja. Sumbangan dari
mereka yang berjaya sebagai individu juga penting. Sumbangan tidaklah perlu
banyak tetapi kalau dikumpul dari ramai yang ingin menyumbang sumbangan akan
menjadi banyak. Ini akan lebih menjayakan sesuatu program tanpa menunggu
sumbangan/bayaran dari kerajaan sahaja.
Sikap baik pemandu kenderaan negara maju
patut kita contohi. Amat jarang kita mendengar kemalangan yang melibatkan nyawa
yang banyak dilaporkan. Ini amat bertentangan dengan tabiat pemandu negara
membangun atau negara kurang maju. Hampir setiap hari akhabr akan melaporkan
kemalangan yang melibatkan banyak nyawa. Amat jarang juga kita mendengar
kemalangan yang melibatkan pejalan kaki di negara maju atau kemalangan yang
melibatkan mereka yang melintas jalan. Pemandu negara maju amat berhemah dan
berbudi bahasa. Kita dapat melihat pemandu negara maju lebih menghargai nyawa
dan perihatin. Kita dapat memerhatikan pemandu kereta akan memperlahankan
kenderaan yang dipandu apabila melihat ada orang yang ingin melintas jalan atau
ada pejalan kaki berhampiran kenderaan. Malahan kita dapat melihat kereta akan
diberhentikan untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin melintas jalan.
Pemandu kereta akan memberhentikan kenderaan di setiap persimpangan untuk
memberi peluang kepada kereta lain untuk berlalu terlebih dahulu. Sikap pemandu
menghormati sesama mereka atau pejalan kaki amat ketara di semua bandar besar
diseluruh dunia termasuk di Kota London, New York, Paris, Sydney, Brisbane, Amsterdam,
Brussels, Los Angeles dan banyak lagi. Adalah perlu satu kajian sikap
dijalankan untuk melihat kenapa sikap ini ada pada pemandu di negara maju.
Kalau difikirkan kerana banyaknya kereta yang terdapat dibandar besar yang
telah disebutkan. Bandar-bandar besar di negara sedang membangun juga banyak.
Malangnya sikap pemandu negara-negara ini sangat kasar, tidak mahu bertolak
ansur, tergesa-gesa, tidak menghargai nyawa dan yang paling ketara tidak ada
perasaan untuk menghormati antara satu sama lain. Sikap pemandu negara kurang
maju yang tidak menghormati pejalan kaki dan tidak memberi peluang kepada
mereka yang ingin melintas jalan adalah sikap yang sangat tidak boleh diterima.
Akibatnya banyak yang terkorban dijalan raya atau tercedera kerana sikap kasar ini.
Sikap pemandu negara maju patut dicontohi.
Banyak yang perlu dilakukan untuk menjadi
hidup lebih warna-warni. Hubungan persaudaran perlu dipereratkan. Jika keluarga
berada berjauhan, apabila ada kesempatan ketika bercuti hendaklah meluangkan
masa melawat saudara mara. Gunakankan kesempatan untuk bertanya kabar dan
melihat perkembangan ahli keluarga. Paling tidak setiap jemputan kerja kahwin
atau majlis kenduri perlu dihadiri jika berkesempatan. Sejak ekonomi bertambah baik dan kesibukan telah
meyebabkan banyak orang yang tidak meluangkan masa melawat saudara mara yang
jauh. Kerap kali pertemuan hanya berlaku jika ada majlis perkahwinan atau ada
kematian ahli keluarga. Itu pun ada yang tidak mahu meluangkan masa untuk
mengenali ahli keluarga dengan lebih dekat. Setiap dari kita harus menyedari
ikatan kekeluargaan sangat penting ketika susah dan sedang. Inilah ikatan yang
tidak terputus walaupun apa yang terjadi.
Kehidupan juga memerlukan kita mempunyai
banyak sahabat. Persahabatan amat penting. Lebih banyak sahabat sudah tentu
lebih baik. Ada juga yang merungut dengan banyak sahabat lebih menyusahkan.
Banyak orang apabila sudah bersahabat akan cuba mengambil kesempatan itu dan
ini terutama meminta bantuan kewangan. Sebenarnya itulah warna-warni hidup bersahabat.
Sahabat diperlukan ketika susah dan senang. Itulah hidup bersahabat. Ada juga
yang mengatakan sahabat itu seperti kawan sahaja. Sebenarnya sahabat lebih
mesra dari kawan. Walaupun dari segi pengertian sahabat itu merupakan kawan
tetapi dari segi penghayatan sahabat itu lebih rapat dari berkawan. Kita dapat
menikmati persahabatan dari perasaan yang mendalam dari berkawan.
Kita perlu sentiasa memikirkan untuk hidup seribu tahun lagi dengan keadaan
yang mengembirakan. Dalam perjalanan untuk menghadapi hidup yang lama ini, kita
memerlukan kehidupan yang membahagikan. Kehidupan perlu menerima kebahagian dan
kita memberi kebahagiaan kepada orang lain. Barulah timbul keseronokan.
Walaupun hidup dengan keseronokan tetapi perlu atas batasan keugamaan atau ketatasusilaan
kenegaraan. Hidup perlu mengikut undang-undang dan peraturan juga sentiasa
menghormati orang lain disamping kita juga perlu dihormati.
Menghadapi kehidupan yang penuh dengan cabaran memerlukan ketabahan. Satu
cara untuk menghadapi hidup supaya sentiasa memberi makna hanyalah dengan
sentiasa berfikiran positif. Kaedah terbaik adalah dengan mempunyai niat untuk
sentiasa membantu orang lain. Jika kita seorang yang berpengaruh atau mempunyai
kuasa, kita perlu sentiasa ingin membantu orang lain jika kita diminta memberi
bantuan. Setiap yang datang berjumpa kita perlu didengari masaalah mereka.
Sebaik sahaja sesaorang menjengok kita dipejabat atau terjumpa dimana-mana
sahaja, pertama kali kita mesti mempunyai niat untuk membantu. Jangan sekali-kali
berfikiran negatif dan tidak mahu membantu langsung. Jangan juga sekali-kali
berfikiran kedatangan mereka untuk menyusahkan kita. Niat dan pemikiran ingin
membantu mereka adalah sangat perlu. Kita perlu mencuba sedaya-upaya yang
kadang-kadang kita telah mengetahui amat sukar untuk membantu. Kita perlu
melupakan ini semua dan perlu membuat sesuatu untuk membantu juga. Biarlah
kegagalan kita membantu bukan disebabkan oleh kita atau diluar kawalan kita.
Biarkan sesiapa yang inginkan bantuan meninggalkan kita dengan senyuman
walaupun gagal mendapat bantuan dari kita. Sikap ini sangat baik jauh dari
sikap yang agak negatif dan tidak ingin membantu. Masyarakat dapat merasakan
kita tidak berusaha untuk membantu dan jika kita adalah pemimpin ini akan
mengecewakan masyarakat. Pemimpin yang baik kerap mempunyai pemikiran untuk
sentiasa membantu walau dalam apa keadaan sekali pun.
No comments:
Post a Comment