Rakyat Melaka berbangga kerana sekarang mereka telah telah mendiami sebuah
negara maju bermula awal tahun 2010. Rakyat Negeri Melaka telah merasai
kemajuan yang telah diusahakan sekian lama. Setiap pengunjung yang datang ke
Negeri Melaka menyedari kemudahan yang disediakan sentiasa bertambah dan berubah dan perubahan
dirasai dalam tempoh yang singkat. Kalau dulu, kata usikan selalu berkisar
kepada kemajuan Negeri Melaka. Kata usikan yang sering kita dengar dahulu “Apa yang ada di Negeri Melaka?, “Ada bukit
diberi pada Cina (Bukit China)”, “Ada kampong diberi pada Jawa (Kg Jawa)” dan “Ada
tanjung di beri pada Keling (Tanjung Keling)”. Sekarang kata-kata itu telah
tidak kedengaran lagi sekarang ini. Sekarang kita dengar slogan “Melawat Melaka
Bermakna Melawat Malaysia”, dengan kata lain apa yang ada diseluruh Malaysia
boleh didapati di Negeri Melaka. Kemajuan yang amat membanggakan oleh rakyat
negeri Melaka.
Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan, pembanggunan Negeri Melaka amat
pesat sejak 10 tahun yang lalu. Negeri Melaka kecil tetapi mempunyai pemimpin
yang berjiwa besar apa yang selalu disrbut-sebut. Apa yang ada ditempat orang
cuba dibuat di Melaka. Kita dulu bangga dengan PWTC (Putra World Trade Centre)
yang terletak di Kuala Lumpur tetapi di Melaka mempunyai bangunan tersegam
indah MITC (Melaka International Trade Centre). Putrajaya sangat terkenal dan
telah menjadi tumpuan lawatan setiap lapisan masyarakat, Negeri Melaka
mempunyai Hang Tuah Jaya yang merupakan Pusat Pentadbiran Baru Negeri Melaka.
Pusat pentadbiran baru ini juga telah menjadi kebanggaan rakyat Nmegeri Melaka.
Perkembangnannya sangat pesat dan berubah hampir setiap hari. Banyak lagi
bengunan pencakar langit sedang dibina. Jika di Kuala Lumpur mempunyai Menara
Kuala Lumpur, Melaka mempunyai Menara Berputar Taming Sari dan Melaka mempunyai
Bot Pelancong Sg Melaka yang sangat moden. Banyak lagi kemudahan terbaru yang
telah disediakan termasuk Taman Thema dan Kemudahan Monorail menyusuri Sungai
Melaka, Perkampungan Hang Tuah, Muzium Kapal Selam dan Taman 1 Malaysia yang
sangat membanggakan di Pantai Klebang. Melaka mempunyai segala-galanya dan
tidak salah jika mengistiharkan Melaka negeri Maju.
Maju dari segi kemudahan perlu diikuti dengan gaya hidup yang serba maju.
Kita tidak boleh mengelak maju yang akan dihubungkaitkan dengan kemodenan. Cara
hidup maju bermakna cara hidup yang lebih moden. Moden yang dimaksudkan tidak
melanggari batas ugama dan tata
kesusilaan orang Malaysia. Kita selalu dengar komen seorang juruhebah dari
salah sebuah setesen radio tempatan. “Apalah guna negeri maju jika pemikiran
kita tidak maju” . Ini bermakna keseluruhan hidup kita perlu berubah kepada
cara hidup yang bercirikan rakyat negara maju. Moden juga membawa maksud kita
sanggup menerima peralatan yang memudahkan kehidupan dan sanggup berbelanja
untuk membolehkan kehidupan bertambah mudah. Cara lama bukan tidak baik tetapi
apalah gunanya teknologi jika tidak digunakan.
Sikap tidak membuang sampah
mengikut sesuka hati adalah amalan yang sangat baik bagi rakyat negeri maju.
Negeri maju tidak pernah memberi amaran supaya penduduknya supaya membuang
sampah di tong sampah. Negara maju juga tidak pernah ingin mendenda rakyatnya
yang tidak membuang sampah ke tempat yang betul. Sikap ingin menjaga kebersihan
datang dengan sendirinya. Kesedaran mereka adalah kesedaran dalaman yang
berterusan dan dipraktikan sepanjang masa. Kita akan merasa sangat selesa
apabila berada di negara maju kerana kebersihanya. Kebersihan di tempat awam
mereka adalah merupakan sesuatu yang sukar dipercayaai. Tandas awam mereka
sangat bersih dan sentiasa disediakan sabun dan kertas tisu. Kemudahan yang
disediakan seolah-olah seperti tandas di hotel lima bintang dan sukar
dipercayaai kemudahan tandas awam yang disediakan secara percuma dan sangat
bersih. Sikap menjaga kebersihan juga amat terserlah dikenderaan awam termasuk
keretapi dan bas awam. Kita juga melihat kemudahan menunggu bas yang sangat
bersih dan setesen bas yang amat cantik, bersih lagi selesa. Kira dapat melihat
pengguna kenderaan awam amat dihargai di negara maju.Kita juga melihat pemandu
teksi negara maju amat menghormati pelanggan. Amat jarang kita dengar rungutan
pengguna teksi di negara maju. Setiap teksi yang kita tahan akan berhenti jika
tiada penumpang di dalamnya. Mereka akan menghantar pelanggan dimana sahaja
destinasi tidak kira dekat atau jauh. Pemandu teksi juga tidak pernah merungut
apabila penumbang membawa beg yang berlebihan. Mereka akan cuba membantu sebaik
mungkin. Apabila mereka melihat penumpang mempunyai beg dan ingin meletakan beg
ke dalam bonet belakang, pemandu teksi dengan seberapa segera akan turun dan
akan membantu mengangkat beg untuk dimasukan kedalam bonet. Bukan itu sahaja,
mereka akan membantu menurunkan beg apabila sampai ke destinasi. Amat jarang
mereka mengenakan bayaran yang berlebihan kerana senarai harga telah di
pamirkan dan kita boleh mengiranya semasa di dalam teksi. Pada satu ketika
dahulu rakyat Malaysia sangat suka membuang sampah merata-rata. Ada yang
mengatakan rakyat Malaysia sangat pengotor. Banyak kemudahan awam dibina tetapi
sangat kotor dan kurang penyenggaraan Ada yang suka kereta bersih tetapi dan
membuang sampah hanya melalui tingkap kereta. Masaalah membuang sampah merata-rata
telah menjatuhkan imej negara. Amat sukar untuk mengubah mentaliti mereka. Pemikiran
maju bermakna rakyatnya sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa mencari
peluang untuk kehidupan yang lebih baik berdasarkan kemudahan yang telah
disediakan. Rakyat perlu menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik mungkin
dan menjaganya dengan baik. Rakyat negeri maju tidak perlu diletakan papan
tanda ”Jangan Membuang Sampah” kerana rakyatnya tahu membuang sampah
ditempatnya dan tahu akibat jika membuang sampah merata-rata dari segi
kesihatan dan pelancungan. Adalah tidak perlu papan amaran diletakan dengan
hanya mengatakan denda sebanyak RM 30 jika membuang sampah ditempat tertentu.
Rakyat negara maju tidak perlu diugut dengan denda kerana mereka tahu apa yang
mereka perlu lakukan dan merasakan satu tanggung jawap mereka. Apa yang
diletakan (kemungkinan) hanyalah panduan untuk membuang sampah. Semestinya
panduan yang bercorak pembelajaran dan nasihat akademik secara
profesional. Rakyat negara maju akan
disediakan tempat pembuangan sampah atau tong sampah yang lebih berfungsi
sebagai tempat kitar semula. Ini juga dibuat secara sukarela atas inisiatif
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penduduk dengan rela hati membuang sampah
ditempat yang boleh dikitar semula. Ini adalah kesedaran yang tinggi dimiliki
oleh setiap rakyat negeri maju. Pengalaman dan pembelajaran serta latar
belakang akademik yang ada telah membolehkan penghuni negara maju bersifat
begitu dan mempunyai rasa tanggung jawap yang tinggi kepada tempat tinggal mereka.
Ini adalah kerana gaya hidup mereka telah maju disebabkan pendedahan dan
pendidikan yang mereka telah terima. Penyelesaian masaalah sampah hanya akan
berjaya jika PBT menyediakan tong sampah dengan banyak. Jika boleh setiap 10
meter satu tong sampah disediakan. Pihak PBT perlu melambakan jumlah tong
sampah. Tiang elektrik dan telekom perlu juga di pasang tong sampah. Sudah
menjadi tabiat semulajadi kita tidak
suka menyimpan sampah terlalu lama.dan tidak mahu berjalan jauh untuk membuang
sampah, jika sudah ada tong sampah didepan mata sudah pasti sampah tidak
dibuang merata-rata.
Penerimaam sebahagian besar
rakyat Malaysia terhadap produk inovasi berasaskan kecanggihan sains dan
teknologi amat rendah dengan proses penerimaan yang amat pelahan. Rakyat Malaysia lebih suka dengan
sikap tunggu dan lihat keupayaan sesuatu teknologi. Mereka lebih mudah
menerima atau sesuatu produk itu telah
digunakan oleh orang lain barulah mereka ingin mencuba atau menggunakannya.
Tabiat ini bukan sahaja ditunjukan oleh rakyat tetapi pengusaha juga tidak
berminat dengan produk inovasi sains hasil ciptaan tempatan. Seperti yang kita
ketahui, ini dapat dilihat dari kesukaran produk inovasi dapat dikomersialkan
di Malaysia. Pengusaha Malaysia lebih minat mengimpot barangan dari seluruh
dunia dan tidak beminat untuk menggeluarkan produk sendiri. Seperti yang telah
kita ketahui pengusaha Malaysia memang tidak berminat dengan inovasi negara
sendiri mungkin kurang berkeyakinan. Sikap mahu menggunakan teknologi sains di
Malaysia amat tinggi terutama produk elektronik dan peralatan komunikasi mudah
alih. Rakyat Malaysia juga sangat berminat dengan peralatan elektronik yang
kerap diiklankan didalam media massa. Sikap ini amat baik dari satu segi
perniagaan tetapi tidak menyumbang perkembangan teknologi tempatan. Kesan dari
sikap ini kita masih lagi mengekalkan tabiat lama yang jelas tidak membantu
dari perkembangan sains tetapi kita terpaksa meneruskanya. Banyak ciptaan
produk elektronik canggih yang dicipta di Malaysia oleh rakyat tempatan. Produk
ini kerap dipamerkan ketika pameran inovasi atau pameran sains dan teknologi.
Produk inovasi juga kerap dilaporkan didalam akhbar tempatan tetapi hanya
tinggal sebagai bahan bacaan sahaja. Produk ini sebenarnya hasil penyelidikan
saintifik dan kemampuan teknikal rakyat Malaysia dan besar kemungkina mendapat
pendidikan sepenuhnya di dalam negara. Malaysia mempunyai kemampuan modal insan
yang tinggi tetapi kemampuan ini kurang dipercayai dan kurang diberi perhatian
oleh rakyat Malaysia sendiri. Tugas untuk meyakinkan kemampuan ini sebenarnya
harus diselesaikan oleh saintis kita sendiri. Setiap hasil penyelidikan dan
ciptaan berasaskan sains dan teknologi ini perlu diyakini dengan kebolehan
menulis, bercakap dan berhujah. Saintis haruslah manusia yang serba boleh dan
selalu terkehadapan. Para saintis tidak boleh lagi sebagai mereka yang berada
dibelakang pentas. Ahli sains perlu berada didalam masyarakat dengan penuh
yakin menyatakan produk inovasi berasaskan kajian saintifik harus digunakan dalam
kehidupan dengan penuh yakin. Tiada salahnya kita menggunakan sepenuhnya
pendekatan sains dan teknologi untuk keseluruhan penghidupan jika benar-benar
produk ini dapat memberi kita penghidupan dengan penuh bergaya dan dengan gaya
hidup yang sangat menyehatkan.
Penghidupan menggunakan penekatan
sains dan teknologi perlu benar-benar difahami sejak bangku sekolah lagi.
Kaedah pengajaran juga perlu berubah. Pendekatan saintif semasa mengajar dengan
peralatan mengajar yang berdasarkan lihat, teliti, cuba dan lakukan perlu
diamalkan. Bahan pengajaran perlu menunjukan ujikaji yang sebenarnya melalui
model yang bercirikan saintifik. Lawatan sambil belajar sangat dan perlu
digalakan. Tidak semestinya lawatan perlu tempat yang agak jauh. Lawatan perlu
dilakukan di lokasi berdekatan tetapi setiap pemerhatian perlu dihubungkaitkan
dengan pemahaman sains dan teknologi. Jika perlu setiap hasil lawatan perlu
diteliti kefahaman pelajar melalui aktiviti pembentangan. Kita harus membiarkan
pelajar membuat pembentangan apa yang telah mereka lihat dan fikirkan. Kita
patut juga memberi peluang kepada pelajar membuat cadangan jika mereka dalam
keadaan begitu dan begini.
No comments:
Post a Comment